Khamis, 31 Disember 2009

Tahun Baru 2010




Pejam celik pejam celik tahun baru pun bakal menjelma pada hari esok..Cepat sungguh masa berlalu..kebiasaannya di negara kita nie sambutan tahun baru akan diiringi dengan bermacam2 bentuk hiburan..lebih2 lg hiburan berbentuk maksiat..ntah apa2..kan bagus klu wat solat hajat ke atau wat perkara2 yang boleh mendatangkan manfaat untuk kite..cam mlm nie xtau la cmne..rsnye ada kot wat konsert..cam dh jd hukum wajib kt negara kita nie..mksiat2..bler wat konsert mmg konfem la pergaulan bebas berlaku..pstu wujudlah insan2 yang baru hndk mengenal dunia yg fana nie di merata2 tempat..dlm tandas, dlm longkang, kt masjid dsbgnya..isk3..sedih tol rsnye..klu keadaan cam nie berterusan la mmg dapat BALA la negara kite nie..wallahua'lam..

lagi satu bler nk dkt thn baru je setiap org psti ada "wish2" tertentu..xkesah la wish ape pun..yg penting biarlah wish tu untuk prkra2 yg baik..setiap orang pun psti ada kenangan2 manis dan pahit sepanjang thn nie..tahun 2009..perkara2 tersebut dh pun berlaku, xbleh nk berpatah blk dh..jd keep it in our memory..dan semoga kita semua mnjadi lebih baik dr thn2 sebelum nie..jd lebih soleh dan solehah..

akhir sekali, saya mengajak para pengunjung blog sy nie untuk menghayati makna ayat2 Al-Quran daripada Surah Al-Asr dan juga sebuah lagu nyanyian kumpulan Raihan bertajuk "Demi Masa"..semoga kita mengambil iktibar drpdnya..sekian..

SURAH AL-ASR
1. DEMI MASA
2. SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN
3. KECUALI ORANG2 YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN SERTA SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN.



Demi Masa - Kumpulan Raihan


Demi Masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh..

Demi Masa
Sesungguhnya manusia kerugian..
Melainkan..
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum mati

Khamis, 26 November 2009

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1430H





Bagi tahun Hijrah, tanggal 10 Zulhijjah merupakan antara hari yang penting dan bersejarah dalam hidup umat Islam amnya..Kalau 1 Syawal sinonim dengan Hari Raya AidilFitri, 10 Zulhijjah pula dengan Hari Raya AidilAdha..Kedua2 nya merupakan hari perayaan terbesar bagi umat Islam.

AidilAdha adalah perayaan yang istimewa kerana ia akan mengingatkan kita berkenaan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah Taala dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah Taala.

Selain itu, keistimewaan AidilAdha adalah ibadat korban. Ia hanya boleh dilakukan selama 4 hari bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah AidilAdha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah..

Happy Holiday






Assalamualaikum wbt..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti aka Happy Holiday kepada semua kengkawan especially teman2 seperjuangan daripada IPGM Kampus Perlis..Jadikan masa cuti ini sebagai satu wadah atau medan untuk merehatkan minda selepas berhempas pulas menjalani peperiksaan sebelum ini..selain itu juga, penuhilah masa lapang dengan melakukan perkara2 berfaedah dan dapat mendatangkan manfaat kepada diri..yang paling penting wat refleksi diri..apa yang baik dikekalkan dan yang buruk pula dihindarkan sejauh2 nya..InsyaAllah..

Sabtu, 14 November 2009

Good Luck





Selamat Menghadapi Peperiksaan diucapkan kepada rakan2 dari IPGM Kampus Perlis khususnya opsyen Pengajian Agama A dan B..Semoga kita berjaya menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan hati yang tenang serta memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan untuk semester ini.. InsyaAllah..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)






Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat berjasa untuk negara
Tidak kira kaum dan agama
Waktu Aman atau Bahaya

Di mana jua adanya sengsara
Di sana ada kita
Di darat dan laut kita bersedia
Walau diancam bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu semua yang menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan tabah dan bersemangat

Selasa, 27 Oktober 2009

Senarai Pemain Bola Sepak Antarabangsa yang Beragama Islam

Ok..informasi nie ak dapat dari laman web www.wikipedia.com..berikut senarai pemain bola sepak antarabangsa yang beragama Islam @ muslim:

Sulley Muntari - Pemain kelahiran Ghana. Kini beraksi untuk pasukan Inter Milan di Itali dan bermain untuk posisi tengah. Pernah bermain bersama pasukan Portsmouth di Liga Perdana Inggeris.

Kamel Fathi Ghilas - Pemain kelahiran Algeria dan kini beraksi untuk pasukan Hull City di EPL. Posisi penyerang.

Yaya Toure - Berasal dari negara Ivory Coast. Kini beraksi di Liga Sepanyol untuk pasukan FC Barcelona.

Moustapha Bangura - Pemain pasukan kebangsaan Sierra Lione.

Miralem Pjanic - Pemain kelahiran Bosnia dan beraksi untuk pasukan Olympic Lyonnais.

Mohamed Abourtrika - Pemain kelahiran Mesir dan beraksi untuk kelab Al-Ahly.

Frederic Kanoute - Pemain kelahiran negara Mali dan sekarang bermain untuk kelab Sevilla FC yang beraksi di Liga Sepanyol. Terkenal dengan sikap dermawannya seperti mendirikan masjid di Seville.


Frederic Kanoute


Kolo Toure - Bermain untuk pasukan Manchester City dan merupakan pemain antarabangsa skuad Ivory Coast. Juga abang kepada pemain tengah FC Barcelona, Yaya Toure.

Hasan Salihamidzic - Pemain tengah kelahiran Bosnia dan bermain untuk kelab Italy, Juventus FC.

Mahamadou Diarra - Pemain kelahiran Mali dan beraksi untuk pasukan Real Madrid sebagai pemain tengah.

Zlatan Ibrahimovic - Pemain kelahiran Sweden dan beraksi untuk pasukan FC Barcelona (yg nie ak xbrpe kompem lg Islam ke x)

Franck Ribery - Perancang utama pasukan Bayern Munich kelahiran negara France.

Samir Nasri - Pemain kelahiran France yang beraksi untuk pasukan Arsenal.


Samir Nasri


Khalid Boulahrouz - Bekas pemain Chelsea dan kini beraksi untuk pasukan VfB Stuttgart. Merupakan pemain kebangsaan Belanda.

Hatem Ben Arfa - Pemain France berketurunan Tunisia yang bermain untuk pasukan Olympique Marseille.

Eric Abidal - Pemain kelahiran France yang beraksi untuk pasukan FC Barcelona dan pasukan kebangsaan France. Beraksi sebagai pemain pertahanan kiri.

Ibrahim Affelay - Pemain Belanda berketurunan Maghribi dan kini bermain untuk pasukan PSV Eindhoven.

Hamit Altintop - Pemain kelahiran Jerman dan beraksi untuk pasukan kebangsaan Turki dan kelab Bayern Munich.

Halil Altintop - Adik kembar kepada Hamit Altintop. Beraksi untuk pasukan kebangsaan Turki dan kelab Jerman, Schalke 04.

Ahmed Hossam Hussein Mido - Pemain kelahiran Mesir dan pernah beraksi untuk pasukan Tottenham Hotspur dan Wigan Athletic yang beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Lorik Cana - Seorang pemain tengah yang bermain untuk pasukan Sunderland dan pasukan kebangsaan Albania.

Nicolas Anelka - Pemain kelahiran France yang bermain untuk pasukan Chelsea dan pasukan kebangsaan France.


Nicolas Anelka


Arouna Kone - Pemain Ivory Coast dan sekarang beraksi bersama pasukan FC Sevilla di Liga Sepanyol. Juga merupakan pemain kebangsaan Ivory Coast.

Mehdi Mahdavikia - Pemain pasukan kebangsaan Iran dan juga bermain untuk kelab Eintracht Frankfurt di Liga Jerman.

El Hadji Diouf - Pemain pasukan kebangsaan Senegal dan Blackburn Rovers. Merupakan bekas pemain Liverpool, Sunderland, Bolton Wanderers dan Lens.

Yakubu Aiyegbeni - Pemain pasukan kebangsaan Nigeria yang beraksi sebagai penyerang untuk kelab Everton.

Mohamed Zidan - Pemain Mesir dan Borussia Dortmund.

Amr Zaki - Bekas pemain Wigan Athletic dan merupakan pemain kebangsaan Mesir.

Zinedine Zidane - Lahir pada 23 Jun 1972 di Marseille, France. Pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan France, Juventus dan Real Madrid. (Islam Sekular kot mamat nie).


Zinedine Zidane


Mohamed Sissoko - Pemain kelahiran France tetapi bermain untuk pasukan kebangsaan Mali setelah mendapat taraf kewarganegaraan Mali. Juga bekas pemain Liverpool dan kini bermain untuk pasukan Juventus.

Hakan Yakin - Pemain kebangsaan Switzerland.

Abou Diaby - Pemain antarabangsa France dan beraksi untuk pasukan Arsenal.

Abdoulaye Faye - Pemain antarabangsa Senegal dan kini bermain untuk pasukan Stoke City.

Marouanne Fellaini - Pemain kebangsaan Belgium dan beraksi bersama pasukan Everton.

Robin Van Persie - Pemain antarabangsa Belanda dan kini bermain untuk pasukan Arsenal.

Nabil El Zhar - Pemain Maghribi kelahiran France yang beraksi bersama pasukan Liverpool.

Marouane Chamakh - Juga merupakan pemain kebangsaan Maghribi kelahiran France dan kini beraksi bersama pasukan Bordeaux sebagai seorang penyerang di Liga France.

Karim Benzema - Pemain antarabangsa France yang beraksi bersama pasukan Real Madrid

Isnin, 5 Oktober 2009

Lembah Bujang


Peta ke Lembah Bujang


Galeri Arkeologi Lembah Bujang

Muzium Arkeologi yang mempamerkan pelbagai artifak arkeologi protosejarah sejak dari kurun ke 2 hingga ke 14 Masihi ini terletak di Bukit Batu Pahat, Mukim Merbok, Sungai Petani, Kedah. Terdapat lebih kurang 1000 artifak yang dipamerkan dan 2500 yang masih dikaji.

Muziun Arkeologi Lembah Bujang ini mempunyai 2 buah galeri utama yang dipamerkan:
  • Lembah Bujang sebagai pusat dagangan di Asia Tenggara yang mengendalikan perdagangan kargo dan India serta para pedagang maritim dan Kepulauan Melayu.
  • Artifak kebudayaan dan senibina yang berhubung dengan keagamaan serta membuktikan kewujudan tamadun Hindu-Buddha di Lembah Bujang.

Candi Bukit Batu Pahat - Antara Monumen Terbesar di Lembah Bujang






Ia terletak di sebelah barat Sungai Batu Pahat kira-kira 3 km di utara Kampung Sungai Merbok. Di antara peninggalan sejarah yang boleh didapati adalah candi Siva dan 66 pelapik tiang daripada tiang kayu. Monumen ini dipercayai diperbuat daripada kayu dan batu granit. Tiang-tiang kayu dan bumbung kuil ini telah lapuk ditelan masa dan tidak lagi bertahan.



Riadah Untuk Seisi Keluarga

Persekitaran Muzium Arkeologi Lembah Bujang sungguh sesuai bagi aktiviti kekeluargaan. Sebagai contohnya, landskap hutan tropikanya penuh keunikan flora dan fauna serta keindahan Sungai Merbok sesuai untuk mandi-manda, berkelah dan 'hiking'.

Bagi mereka yang berminat dengan pelancongan agro terdapat pemandangan sawah padi untuk dinikmati. Pengunjung juga boleh menghayati keindahan air terjun yang terdapat di sekitarnya atau menikmati pemandangan dari Gunung Jerai yang berketinggian 1360 meter. Gunung ini dianggap suci sewaktu zaman pengaruh Hindu-Buddha di Lembah Bujang.

Ahad, 27 September 2009

Keyahudian David Beckham


Siapa yang tidak kenal dengan kelibat bekas bintang bola sepak Manchester United, Real Madrid dan AC Milan ini. Juga pernah menyandang jawatan selaku kapten bola sepak bagi pasukan kebangsaan England suatu ketika dahulu. Walaupun kini bermain bersama LA Galaxy, kelab Amerika Syarikat yang bersaing dalam Major League Soccer (MLS), majoriti peminat di serata dunia masih lagi menjulangnya selaku ikon bintang bola sepak nombor satu dunia sekalipun pada masa kini telah wujud bintang-bintang baru yang menyinar dalam arena bola sepak.

Nama insan ini ialah David Beckham atau nama penuh David Robert Joseph Beckham. Dilahirkan pada tanggal 2 Mei 1975, di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom. Dan kini beliau berusia 34 tahun. Datuknya merupakan keturunan Yahudi laknatullah. Walaupun beliau bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Untuk pengetahuan semua, Brooklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga pernah mengatakan dalam buku autobiografinya, bahawa semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue iaitu tempat ibadat orang Yahudi dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, Beckham juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel.

Pada April 2008 yang lalu, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki ketiga mereka iaitu Cruz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di kuil Yahudi yang terletak di Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

Peringatan kepada rakan-rakan seagama yang dikasihi khususnya mereka yang begitu fanatik dengan makhluk ini, jangan jadikan David Beckham sebagai idola yang disanjungi. Ada insan yang lebih layak untuk kita ikuti. Tidak lain dan tidak bukan, Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.

10 Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara, iaitu:

  1. HAK KEPADA DIRI - Mengurangkan tidur, makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
  3. HAK KEPADA KUBUR - Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR -Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) - Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
  6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) - Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA) - Menangis lantaran takut kepada Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
  8. HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) - Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW - Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
  10. HAK KEPADA ALLAH SWT - Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Puasa Sunat Enam di bulan Syawal : Jangan Biarkan Ianya Berlalu Pergi

Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan serta ikhlas kerana mengharapkan keredhaan dari-Nya akan meninggalkan impak yang mendalam dalam jiwa setiap individu yang bergelar muslim serta menambahkan lagi rasa ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila ianya telah berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus ditekuni setelah berlalunya Ramadhan ialah puasa sunat enam di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah berpuasa di bulan Ramadhan.

Fadhilat puasa enam ini telah disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a:

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, ianya seperti berpuasa sepanjang tahun."

Diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun.

Apa yang dimaksudkan dengan persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala, iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Memandangkan kita sekarang berada dalam bulan Syawal, maka elok benarlah kita mengerjakan puasa sunat enam di bulan ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia hanya datang sekali sahaja dalam masa setahun. Bak kata pepatah "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi."

Rabu, 23 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H


Assalamualaikum..kepada semua yang mengenali diri ini, ingin sekali ku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Selasa, 15 September 2009

Semoga Bahagia Hingga ke Akhir Hayat Buat Kak Long


Dengan keizinan daripada Allah swt, pada tanggal 30 Mei 2009 yang lalu, insan yang bernama Nor Maizura Binti Haron merangkap kakak aku telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Mohd Yazrin bin Shafie di kediaman keluarga kami, Bandar Tun Razak Jengka Pahang. Sebagai seorang adik, aku sememangnya mengharapkan kebahagiaan berlaku dalam hidup kakak aku yang juga bekerja sebagai seorang doktor perubatan..beliau banyak berkorban untuk adik2 nya sebelum ini..berkorban dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya..melihatkan semua adiknya berjaya barulah beliau memikirkan untuk mencari pasangan hidupnya..wajah kegembiraan jelas terpancar di wajahnya sepanjang perkahwinannya berlangsung..abang ipar aku yang lebih mesra dengan panggilan ABANG YO pulak merupakan seorang tentera udara..seorang yang mudah mesra dengan sesiapa pun..perkenalan pasangan mempelai bermula pada akhir tahun 2007 yang lalu..bermula sebagai teman biasa sehingga menjadi pasangan suami isteri..akhir kata, semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat pasangan ini..InsyaAllah..

Isnin, 14 September 2009

5 Perkara Hindar Akhlak Buruk

Pada bulan Ramadhan, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai 5 perkara itu iaitu:
  1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
  2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan.
  4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  5. Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Ahad, 13 September 2009

Ganjaran Bagi Insan Yang Ikhlas Berpuasa

Kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia sehinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan al-Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."

Orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalanyang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Rabu, 6 Mei 2009

Luahan Hati - Setiap tindakan pasti "bersebab"..

Pada asalnya saya "join" blog adalah sekadar suka2 sahaja..disebabkan ramai member yang ada blog sendiri so saya pun join gak..tetapi, bila difikirkan kembali laman blog persendirian jugak boleh dijadikan sebagai satu "platform" bagi meluahkan perasaan yang terpendam di hati ini..ok..

Em, setiap tindakan yang kita lakukan pasti ada sebabnya...dipendekkan cerita ada sesetengah perkara yang dilakukan tidak masuk akal..ada sesetengah perkara boleh melukakan hati dan perasaan orang lain..ada sesetengah perkara yang dilakukan adalah semata-mata mahukan individu lain hidup dalam keadaan gembira..saya pun tidak terkecuali..pernah melakukan perkara2 yang telah saya sebutkan tadi....tapi terpulang lah kepada pendapat atau pandangan masing2 atas apa yang telah dilakukan.....yang pasti kita ada sebab atau tujuan sebenar kita lakukan dalam sesuatu perkara..biarlah orang cakap macam2 terhadap kita..biarlah orang kutuk "kaw2" dekat kita..biarlah orang pandang hina ke arah kita...yang lebih penting sebenarnya hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perkara yang berlaku di sebaliknya..pesanan buat sahabat2, teman2 dan mereka yang mengenali diri ini bahawa Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui atas setiap perkara yang berlaku....Wallahua'lam..

Isnin, 4 Mei 2009

Bagaimana Rasulullah Ceria & Ketawa??

  • Daripada Umar bin Al-Khattab katanya: "Rasulullah s.a.w. tersenyum, dan beliau adalah orang yang paling bagus giginya." (Riwayat Ibnu Hibban)
  • Daripada Saidatina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah s.a.w. berlebihan ketawa hingga kulihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad)
  • Abu Dzar berkata: "Pernah kulihat Rasulullah s.a.w. tersenyum hingga terlihat gusi beliau."
  • Rasulullah s.a.w. juga insan biasa yang dianugerahkan fitrah semulajadi manusia iaitu senyum dan menangis.
  • Bagaimanapun, Rasulullah tidak akan ketawa berdekah-dekah kerana itu tidak melambangkan sahsiah individu Muslim apatah lagi Baginda seorang Rasul, utusan Allah.

Ahad, 26 April 2009

7 Golongan Ahli Syurga

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat 7 golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tiada lagi pelindung selain Dia, iaitu :
  1. Pemimpin yang adil.
  2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang apabila dirayu untuk melakukan zina oleh seorang wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: "Tidak, saya takut kepada Allah."
  6. Lelaki yang bersedekah dengan rahsia sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan oleh tangan kanan.
  7. Lelaki yang berzikir secara bersendirian, air matanya berlinangan kerana takutkan akan azab Allah.

Kisah Saidina Abu Bakar r.a. Dicerca

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. Apabila lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar pun membalas beberapa kata lelaki tersebut. Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi amat marah lalu bangun dan diekori oleh Abu Bakar. Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: "Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Apabila aku mula membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu".

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mula membalas kata-kata kesatnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Oleh yang demikian, aku tidak mahu duduk bersama-sama dengan syaitan".

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Ya Abu Bakar! Terdapat tiga perkara yang benar iaitu:
  1. Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan mrnguatkan dan membantunya.
  2. Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawanannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.
  3. Apabila seseorang itu mula meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu". Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?" Wallahua'lam..

Jumaat, 24 April 2009

Adab Duduk Dalam Majlis

Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada mereka mendatangi Nabi s.a.w. sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.

Tiga Lelaki
Setelah Rasulullah s.a.w. selesai memberikan pengajian Baginda bersabda, "Perhatikanlah, kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang yang kedua malu-malu maka Allah malu pula kepadanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling, maka Allah berpaling pula daripadanya."

Nabi Musa a.s. dan Malaikat Pencabut Nyawa

Daripada Abu Hurairah r.a., ketika itu beliau menyebutkan beberpa hadis, antaranya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada suatu ketika Izrail, malaikat maut diutus Allah kepada Nabi Musa a.s., dia berkata, "Sahutlah panggilan Tuhanmu."

Tamparan Musa a.s.
Malaikat maut tersebut lantas ditampar oleh Nabi Musa hingga buta kedua-dua matanya. Malaikat kembali kepada Allah dan berkata, "Ya Allah, Engkau telah menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak ingin mati, dan mencucuk mataku."

Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya dan berfirman, "Kembalilah dan katakan, "Adakah kamu masih ingin hidup? Jika begitu, letakkan tanganmu di belakang lembu. Untuk setiap bulu yang tertutup oleh tanganmu, engkau masih berkesempatan hidup selama satu tahun."

Musa bertanya,"Setelah itu?" Dia menjawab, "Kemudian kamu akan mati!" Musa berkata, "Kalau begitu sekarang kematian itu sudah dekat!" Ia pun memohon kepada Allah supaya mematikannya dekat Baitul Maqdis dengan jarak satu lemparan batu."

Makam Musa a.s.
Rasulullah s.a.w. seterusnya bersabda, "Jika sekiranya aku berada di sana akan kutunjukkan kepadamu makamnya, iaitu di pinggir jalan berhampiran tompokan-tompokan pasir merah."

Khamis, 23 April 2009

Strategi Iblis Untuk Sesatkan Nabi Ayub a.s.

Nabi Ayub a.s. seorang yang kaya raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai nabi, baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.

"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya,"tegas Allah.

Iblis pun mengumpul kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub. Selain harta benda musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis.

Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub dan berkata, "Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah tidak terima amal ibadahmu selama ini."

"Allah-lah yang memberi dan Dia jugalah yang mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub dengan tenang.

Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu ia kembali menghadap Allah. "Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi tunaikan ibadah kepada-Mu," mohon Iblis kepada Allah.

"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah.

Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub. Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub. Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit. Hanya isterinya yang masih setia di sisi.

Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.

Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.

"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" tanya Nabi Ayub kepada isterinya.

"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.

"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?"

"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.

"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya."

Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.

Diampunkan Dosa Kerana Seekor Anjing

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ketika seorang lelaki sedang dalam perjalanan, ia berasa dahaga. Lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu minum air di dalamnya. Setelah dia keluar didapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata, "Anjing ini merasakan apa yang baru saja saya rasakan."

Terampun dosanya
Kemudian ia kembali turun ke dasar telaga semula untuk mengambil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu. Sesampainya di atas ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah jika kami mengasihi binatang, kami juga mendapat pahala?" Baginda bersabda, "Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti mendapat pahala."

19 Hadis Mengenai Wanita

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t.akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu-pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhammad s.a.w.) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a."Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Kasih Sayang Allah Sangat Luas

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh manusia sehingga mencapai 99 orang. Pada suatu hari, dia ingin bertaubat lalu mencari-cari orang yang berilmu di negeri itu yang dapat memberikan bimbingan. Dia telah dibawa kepada seorang pendeta, lantas dia menceritakan kejahatannya membunuh 99 orang dan dia bertanya, "Adakah taubatku masih diterima?"

Genap 100
Kemudian pendeta itu mengatakan, "Tidak, taubatmu tidak akan diterima." Lantas orang itu membunuh sang pendeta tadi. Maka genaplah menjadi 100 orang yang telah dibunuhnya. Dia pun terus mencari-cari lagi orang yang paling alim yang lain di negeri itu untuk meminta nasihat. Maka dia pun dibawa kepada seseorang yang paling alim (ahli ilmu).

Dia menceritakan bahawa ia telah membunuh 100 orang, maka apakah masih diterima taubatnya? Orang alim itu menjawab, "Ya, masih boleh. Siapakah yang berhak menghalangi seseorang untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah itu menyembah Allah s.w.t. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi ke kampung halamanmu kerana perkampunganmu daerah hitam (banyak melakukan maksiat)."

Perebutan 2 Malaikat
Maka orang itu pergilah ke tempat tersebut. Apabila sampai di tengah perjalanan, dia pun meninggal dunia. Kemudian malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar merebutkan orang itu. Malaikat rahmat membela, "Dia pergi ke sana kerana benar-benar ingin bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t." Sedang malaikat azab berhujah dengan katanya, "Sesungguhnya dia belum pernah berbuat kebaikan walaupun sedikit."

Ukuran Syurga dan Neraka
Lantas malaikat yang lain diutuskan Allah dan kedua-dua malaikat itu bersepakat menjadikannya sebagai hakim. Malaikat yang menjadi hakim itu berkata, "Ukurlah jarak kedua-dua daerah itu, dan nasibnya akan ditentukan berdasarkan yang lebih hampir."

Apabila diukur, mereka mendapati daerah yang ingin dituju itulah yang lebih hampir. Dengan demikian, dia diterima oleh malaikat rahmat."

Nabi Muhammad SAW menewaskan ahli gusti zamannya

Daripada Abu Daud dan al-Tirmizi, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Baginda untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan, Baginda telah mengalahkannya.


Nabi menundukkannya 3 kali!
Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafi'i dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a., bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya, telah mencabar Baginda untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu, Nabi s.a.w. telah menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan.

Tiada siapa...
Akhirnya dia berkata: "Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku (jatuh terlentang) dalam pertarungan selainmu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasulnya." Nabi s.a.w. kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai pertaruhannya itu.

Kisah Ka'ab dan Jin

Ka'ab pernah bercerita tentang stor tempat menyimpan buah-buahan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Setiap hari stor ini dijaga dengan rapi agar tiada barang yang hilang. Namun lain pula hal yang berlaku. Setiap hari ada saja barang yang hilang. Pada suatu malam ia menjaga stor itu dengan teliti. Ia mengelilingi stor itu beberapa kali dan akhirnya menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuknya. Ia bertanya kepada haiwan itu: "Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin.

Ka'ab bertanya lagi kepada jin itu: "Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Ia menjawab: "Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian daripada sedekahmu itu."

Kemudian Ka'ab bertanya lagi: "Apakah yang dapat menyelamatkan kami daripada gangguanmu?" Jawab jin itu: "Ayat Kursi yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 255."

Pada pagi hari esoknya Ka'ab pergi ke rumah Rasulullah dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah s.a.w. mengakui kebenaran apa yang diucapkan oleh jin itu.

(Riwayat Abul Qasim daripada Ubai bin Ka'ab)

Rabu, 22 April 2009

Kisah Iblis dengan Nabi Yahya a.s.

Iblis pernah menjelma di depan Nabi Yahya a.s. Di lehernya ada beberapa kalungan. Lagaknya sangat angkuh memperlihatkan kalungan-kalungan itu. Sengaja agaknya nak menunjuk-nunjuk kepada Nabi Yahya. Sudah begitu sifat Iblis. Angkuh dan suka berlagak.

"Kalungan apa yang kamu pakai itu?" soal Nabi Yahya.

"Kalung-kalung ini ialah nafsu syahwat yang aku dapat daripada anak Adam,"jawab Iblis penuh bangga.

"Adakah kamu berjaya mendapatnya daripada aku?"

"Kalau kamu makan sekenyang-kenyangnya, barulah aku dapat goda kamu supaya malas solat dan berzikir," jawab Iblis.

"Selain itu?"

"Tak ada," jawab Iblis.

"Demi ALLAH, jika begitulah keadaannya, aku tidak akan makan sekenyang-kenyangnya lagi," tegas Nabi Yahya.

Sedarlah Iblis, rupa-rupanya ia telah mendedah rahsia mudah menggoda manusia supaya lalai berbuat amal ibadah. Manusia apabila kekenyangan, syaitan mudah menggoda nafsunya agar lalai. Nafsu syahwat yang berjaya digoda inilah yang menjadi kalung-kalung anugerah kepada Iblis. Jadi kalau tak nak "sedekah" kalung pada Iblis, makanlah ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Baginda makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Ini menyempitkan laluan Iblis dan syaitan untuk goda kita.

Berkenalan dengan beberapa ekor Syaitan



  1. A'awan Kerja syaitan ini adalah menghasut pemerintah atau raja. Raja atau pemerintah kalau tidak hirau dengan kehidupan rakyat, tak rajin jenguk rakyat, hanya seronok dengan kedudukan dan kekayaan, maka itu tandanya dia telah dihasut oleh syaitan A'awan.
  2. Lakhuus Syaitan jenis ini suka dekati orang-orang Majusi yang menyembah api supaya mereka terus sesat dan tak dapat petunjuk.
  3. Haffaf Inilah syaitan yang jadi teman kaki-kaki botol di kelab malam, disko dan lain-lain untuk menghasut dan melalaikan mereka.
  4. Murrah Kerja syaitan ini merosakkan ahli-ahli muzik hingga lalai dari mengingati Allah. Ahli muzik yang lalai ini akan menghasilkan muzik yang melalaikan orang lain.
  5. Zalitun Syaitan ini kerjanya menghasut manusia di pasar. Termasuklah di pasar malam, pasar minggu, pasar raya, pasar mini, karnival dan segala macam tempat tumpuan orang untuk membeli barang. Antara bidang tugas mereka yang utama adalah menghasut manusia membazirkan duit. Sememangnya amalan syaitan ialah suka membazir. Jadi, dia hendak tarik manusia supaya jadi macam dia. Syaitan ini juga kerjanya menghasut penjual supaya menipu pembeli.
  6. Waathiin Ini jenis syaitan yang suka menghimpit orang yang diuji Allah dengan musibah. Dia hasut orang ini supaya sangka buruk dengan Allah. Hasutan syaitan ini menyebabkan manusia cepat berputus asa serta mekin jauh dengan Allah. Peranan syaitan ini lebih kurang sama dengan syaitan bernama Tsabar yang bertaraf menteri dalam kerajaan Iblis Laknatullah. Wallahua'lam...
  7. Masuud Tidak dapat dipastikan adakah syaitan ini sama dengan syaitan yang bernama Maswath yang tugasnya menyebarkan pembohongan. Mengikut apa yang disebut dalam kitab, syaitan ini duduk di bibir mulut agar timbul penyakit yang bermula dari mulut seperti mengumpat, memfitnah, menyebarkan pembohongan, khabar angin dan lain-lain.
  8. Dasim Peranannya adalah memporak-perandakan rumah tangga.
  9. Walahan (Wilhan) Syaitan ini pakar dalam melahirkan perasaan was-was di dalam hati manusia.

Ciri-Ciri Orang Yang Bermotivasi

1. Sentiasa awal dan mendahului.
2. Sentiasa bersemangat.
3. Sentiasa tekun dan rajin.
4. Sentiasa positif dan optimis.
5. Kenal potensi dan kehebatan diri.
6. Sentiasa cekal dan tabah.
7. Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan.
8. Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang.
9. Sentiasa bersyukur.
10. Sentiasa berdoa.
11. Sentiasa tawadduk.
12. Menerima teguran.
13. Memberi maaf.
14. Bijak menyelesaikan masalah.
15. Mengambil pendekatan yang mudah dalam tindakan.
16. Sentiasa jujur dan ikhlas kerana ALLAH.

Adab Bersama Guru

  1. Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul.
  2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
  3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
  4. Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormatkannya.
  5. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
  6. Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
  7. Hindari dari menyinggung perasaan guru.
  8. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka.
  9. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal.
  10. Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

Syaitan Gagal Perdaya Syeikh Abdul Kadir

Satu ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar satu suara,"Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau telah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini telah kuhalalkan bagimu apa yang aku haramkan kepada hamba-hambaku." Mendengar seruan begitu, tahulah Syeikh Abdul Kadir bahawa itu suara syaitan yang cuba memperdayanya. "Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang telah diharamkan-Nya.

Syaitan tidak putus asa, lalu berkata, "Telah ramai wali Allah yang berjaya kusesatkan dengan helahku, tapi engkau telah selamat dari tipuanku kerana ilmumu yang tinggi."

"Celakalah engkau," balas Syeikh Abdul Kadir, "bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku."

Selepas itu syaitan pun beredar kerana gagal memperdaya Syeikh Abdul Kadir Jailani.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails