Ahad, 27 September 2009

Keyahudian David Beckham


Siapa yang tidak kenal dengan kelibat bekas bintang bola sepak Manchester United, Real Madrid dan AC Milan ini. Juga pernah menyandang jawatan selaku kapten bola sepak bagi pasukan kebangsaan England suatu ketika dahulu. Walaupun kini bermain bersama LA Galaxy, kelab Amerika Syarikat yang bersaing dalam Major League Soccer (MLS), majoriti peminat di serata dunia masih lagi menjulangnya selaku ikon bintang bola sepak nombor satu dunia sekalipun pada masa kini telah wujud bintang-bintang baru yang menyinar dalam arena bola sepak.

Nama insan ini ialah David Beckham atau nama penuh David Robert Joseph Beckham. Dilahirkan pada tanggal 2 Mei 1975, di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom. Dan kini beliau berusia 34 tahun. Datuknya merupakan keturunan Yahudi laknatullah. Walaupun beliau bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Untuk pengetahuan semua, Brooklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga pernah mengatakan dalam buku autobiografinya, bahawa semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue iaitu tempat ibadat orang Yahudi dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, Beckham juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel.

Pada April 2008 yang lalu, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki ketiga mereka iaitu Cruz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di kuil Yahudi yang terletak di Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

Peringatan kepada rakan-rakan seagama yang dikasihi khususnya mereka yang begitu fanatik dengan makhluk ini, jangan jadikan David Beckham sebagai idola yang disanjungi. Ada insan yang lebih layak untuk kita ikuti. Tidak lain dan tidak bukan, Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.

10 Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara, iaitu:

  1. HAK KEPADA DIRI - Mengurangkan tidur, makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
  3. HAK KEPADA KUBUR - Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR -Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) - Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
  6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) - Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA) - Menangis lantaran takut kepada Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
  8. HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) - Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW - Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
  10. HAK KEPADA ALLAH SWT - Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Puasa Sunat Enam di bulan Syawal : Jangan Biarkan Ianya Berlalu Pergi

Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan serta ikhlas kerana mengharapkan keredhaan dari-Nya akan meninggalkan impak yang mendalam dalam jiwa setiap individu yang bergelar muslim serta menambahkan lagi rasa ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila ianya telah berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus ditekuni setelah berlalunya Ramadhan ialah puasa sunat enam di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah berpuasa di bulan Ramadhan.

Fadhilat puasa enam ini telah disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a:

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, ianya seperti berpuasa sepanjang tahun."

Diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun.

Apa yang dimaksudkan dengan persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala, iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Memandangkan kita sekarang berada dalam bulan Syawal, maka elok benarlah kita mengerjakan puasa sunat enam di bulan ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia hanya datang sekali sahaja dalam masa setahun. Bak kata pepatah "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi."

Rabu, 23 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H


Assalamualaikum..kepada semua yang mengenali diri ini, ingin sekali ku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Selasa, 15 September 2009

Semoga Bahagia Hingga ke Akhir Hayat Buat Kak Long


Dengan keizinan daripada Allah swt, pada tanggal 30 Mei 2009 yang lalu, insan yang bernama Nor Maizura Binti Haron merangkap kakak aku telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Mohd Yazrin bin Shafie di kediaman keluarga kami, Bandar Tun Razak Jengka Pahang. Sebagai seorang adik, aku sememangnya mengharapkan kebahagiaan berlaku dalam hidup kakak aku yang juga bekerja sebagai seorang doktor perubatan..beliau banyak berkorban untuk adik2 nya sebelum ini..berkorban dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya..melihatkan semua adiknya berjaya barulah beliau memikirkan untuk mencari pasangan hidupnya..wajah kegembiraan jelas terpancar di wajahnya sepanjang perkahwinannya berlangsung..abang ipar aku yang lebih mesra dengan panggilan ABANG YO pulak merupakan seorang tentera udara..seorang yang mudah mesra dengan sesiapa pun..perkenalan pasangan mempelai bermula pada akhir tahun 2007 yang lalu..bermula sebagai teman biasa sehingga menjadi pasangan suami isteri..akhir kata, semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat pasangan ini..InsyaAllah..

Isnin, 14 September 2009

5 Perkara Hindar Akhlak Buruk

Pada bulan Ramadhan, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai 5 perkara itu iaitu:
  1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
  2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan.
  4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  5. Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Ahad, 13 September 2009

Ganjaran Bagi Insan Yang Ikhlas Berpuasa

Kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia sehinggakan Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan al-Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."

Orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalanyang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails