Ahad, 21 Mac 2010

11 tahun berlalu...

Bukit Goh..
11 tahun ku membesar di sana..
sebelum berhijrah ke tempat lain..
Tempat yang bernama Bandar Tun Razak Jengka

11 tahun juga..
tempoh ku kembali semula ke Bukit Goh..
selepas meninggalkannya
juga selama 11 tahun..

angka keramat 14 Mac 2010
akan senantiasa ku ingati
kerana pada tanggal tersebutlah
ku berpeluang pergi ke Bukit Goh..
bagi menghilangkan perasaan rindu..
yang tak berbelah bagi..

bila ku jejaki di sana..
menggamit nostalgia lalu..
peristiwa lama..
kenangan masa silam..
gembira dan sedih..
manis dan pahit..
takkan sesekali kulupakan..

walaupun ianya tidak sama seperti dahulu..
banyak perubahan positif berlaku..
maju dari aspek pembangunan..

akan tetapi..
suasana kehijauan berkurangan..
panasnya mentari..
membakar bumi..
meresahkan diriku..

ku merindui persekitaran hijau..
ku merindui suasana lama..
ku merindui sahabat2 lama..
ku merindui cikgu2 lama..
ku merindui Bukit Goh..

Takkan sesekali ku melupakanmu..
senantiasa di ingatanku..
ku bangga menjadi sebahagian darimu..
rakyat FELDA..
Bukit Goh..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails