Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Menyambut Hari Ibu tahun 2010





9 Mei..merupakan satu tarikh yang mengingatkan kita terhadap pengorbanan seorang insan..sape?? em, setiap insan yang bergelar anak seharusnya mengingati tarikh ini pada setiap tahun..sebab apa?? sebab ia merupakan tarikh bagi meraikan insan yang bergelar ibu @ emak @ mama @ ummi @ ma..Alhamdulillah, pada tahun ini saya berkesempatan untuk meluahkan kata2 atau ucapan di blog saya ini berkenaan dengan Hari Ibu..first time kot..coz tahun2 pas x tulis pun..huhu..

Em, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada mak tersayang, Maimunah Binti Aripin yang banyak berkorban dalam mendidik serta membesarkan anak yang nakal seperti saya ini..Alhamdulillah, walaupun mak sudah berusia 55 tahun tapi masih berupaya dalam menguruskan atau melakukan kerja2 di rumah..Pada masa yang sama rasa bersyukur terbit dalam hati ini kerana saya masih ada lagi mak..melihatkan rakan2 yang ketiadaan ibu membuatkan hati ini terasa pilu..kehilangan orang yang tersayang, yang paling rapat dengan kita membuatkan hati terasa sunyi..juga mengingatkan saya bahawa perlu senantiasa menghargai ibu ketika dia masih ada lagi di dunia ini..bila berjauhan dengan mak, perasaan sayang dengan rindu menebal dalam diri ini terhadap mak..secara peribadi, saya menelefon mak sekurang2 nya sekali dalam seminggu..niat untuk mengambil tahu perkembangan mak..lebih2 lagi mengenai faktor kesihatan..sememangnya tanggungjawab sebagai seorang anak untuk mengambil tahu perkembangan emaknya..termasuk la saya nie..

Nasihat saya juga kepada yang berkapel, utamakan la keluarga anda melebihi pasangan anda..lebih2 lagi perlu prihatin terhadap emak..kapel boleh dicari tapi emak hanya satu di dunia ini..jadi sebagai seorang anak, jangan sesekali melawan kata Ibu..sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu..keredhaan seorang Ibu juga merupakan keredhaan Allah SWT..kalau ibu tidak redha dengan kita maka Allah SWT pun takkan redha dengan kita..jangan sesekali derhaka terhadap Ibu..macam dalam citer "Si Tanggang" lakonan Senator Tan Sri Jins Shamsudin..anak derhaka..kalau derhaka dengan Ibu, di dunia lagi sudah mendapat azab dan balasan daripada Allah SWT..kalau kita ada buat salah terhadap mak, cepat2 la minta maaf..takut nanti kita akan bertemu dengan Allah SWT ketika kita tidak sempat memohon maaf kepada mak..azab masa nazak nanti..tak boleh nak mengucap..derhaka terhadap mak sememangnya dosa besar..Nauzubillah..semoga Allah SWT jauhkan perkara tersebut daripada kita semua termasuk la saya..Amin..

Ucapan "Selamat Hari Ibu" juga saya tujukan khas buat akak tersayang, Normaizura Binti Haron yang selamat melahirkan anak sulung pada Hari Jumaat yang lalu bersamaan 7 Mei..hehe..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails