Ahad, 29 Ogos 2010

Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan tahun ke-92 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Ziad berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam ketika itu.

Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam: "Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."

Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada bulan Ramadan.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam pada zaman silam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails