Sabtu, 25 September 2010

Terima Kasih KARANGKRAF!!




Alhamdulillah sebab segala penat dan lelah serta pengorbanan dari segi wang ringgit, tenaga dan masa akhirnya terbalas jua..terima kasih diucapkan untuk Kumpulan Karangkraf kerana telah menyediakan hadiah2 yang berharga kepada para pemenang bagi peraduan yang dianjurkan oleh kumpulan tersebut..saya juga merupakan antara mereka2 yang bertuah kerana memenangi hadiah peraduan..Sebelum nie pun saya pernah menang juga peraduan..daripada salah satu majalah terbitan Kumpulan Karangkraf nie..pernah dapat hadiah cam t-shirt, bekas cd, dvd, buku nota dan lain2..terbaru saya memenangi T-Shirt bagi filem Treasure Hunter & Bodyguard Assassin..Terima kasih diucapkan..

Biasanya bila saya masuk peraduan dalam majalah tersebut, saya akan mencari jawapan di dalam internet sebab soalan yang ditanya tidak disediakan jawapan dalam majalah tersebut..so, terpakse la cari jawapan di internet..kemudian hantar pada awal tarikh..InsyaAllah boleh menang..hehe..

Bukan macam sesetengah majalah terbitan syarikat lain tu..Payah betol nak menang peraduan..Banyak kali masuk peraduan tapi satu pun xpernah menang..Walhal, jawapan yang ditulis adalah betul serta dihantar pada awal tarikh..camne la syarikat tu memilih pemenang..Wallahua'lam..akhir kata semoga Kumpulan Karangkraf terus maju di dalam dunia penerbitan majalah di Malaysia pada masa akan datang serta menerbitkan lebih banyak bahan bacaan yang bermanfaat untuk para pembaca..lebih2 lagi buat mereka yang beragama Islam..InsyaAllah..

Kelahiran yang dinanti..


Ainun Irdina Saffiah




Anak buah bertambah lagi..hehe..kali ni baby perempuan pula..Dilahirkan di Hospital Swasta Alor Akar, Kuantan pada 18 September yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu..Nama insan kecil ni ialah Ainun Irdina Saffiah..Anak sulung buat pasangan Mohd Azmil (abang) & Aima Sazyana..Em, rasa terkilan gak sebenarnya sebab tak sempat nak tengok anak buah nie coz terpakse balik maktab..huhu..Mak cakap hidung dan mulut baby nie ikut ibunye n dahi ikut ayahnye..bila tengok gambar nie memang seperti yang dikatakan oleh mak la..hehe..tabik spring kat mak..huhu..Semoga dengan kelahiran Ainun Irdina Saffiah nie akan lebih menjadikan kehidupan Ateh ngan Kak Ema bahagia dan ceria..InsyaAllah..

Berhari raya bersama rakan2 ex-Ma'ahad SAS

Dah lama dah rasanye saya tak post something dalam blog nie..Alhamdulillah hari ini ada kelapangan dan idea nak tulis..berkenaan dengan sambutan hari raya ni di kampung halaman semasa cuti raya..first time rasanye beraya sakan ngan member2 lama daripada Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah ad-Dini, Jengka, Pahang..maklum la..dah ada kenderaan sndiri so bleh la jln2 umah member..thn2 sblm nie xbrpeluang prgi umah kawan2 disbbkn tak ckp knderaan..ada yg dipakai oleh abg, adik n sbgnya..tp ia xbrlaku pada raye thn nie..tu yg syoknye..hehe..em, memang seronok dpt jmpa balik ngan kwn2 yg dh lama xjumpe..bila berjumpa tu bnyk la point2 yg hndk dibncgkn..hehe..prkra yg besa disembangkn cam prstwa yg brlaku kt sklh masa bljr dlu..kenangan lama..kbnyknnya prstwa2 yg lawak r..memang xluput di ingatan kitorg..huhu..whatever, thanks to my old friends such as Mustaqim, Mahfuz, Muzzammil, Nuar, Pidot, K.On, Husnan, Ibin, Diya' dan Cen..Friendship Forever!!!

Ahad, 12 September 2010

Salam Aidilfitri 2010

Isnin, 6 September 2010

Balik Kampung - Allahyarham Sudirman





Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain di mata.

Nun menghijau gunung ladang dan rimba,
Langit nan tinggi bertambah birunya,
Deru angin turut sama berlagu.
Semuanya bagaikan turut gembira.

Ho ho ho balik kampung (3 x)
Hati girang.
Ho ho ho balik kampung (3 x)
Hati girang.

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang,
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati,
Menyambut kepulanganku nanti.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails