Rabu, 8 Disember 2010

Taman Herba


Pelan Lokasi Rimba Herba Perlis




Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai "muzium etnobotani" dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini.

Taman Herba negeri Perlis merupakan satu projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk mempelbagaikan potensi tumbuhan herba supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini telah menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk mengetahui warisan dan kemujaraban sistem perawatan tradisional yang telah diamalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu. Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit.

Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini, tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Sehingga tahun 2000, koleksi tumbuh-tumbuhan di Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.

Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar tumbuh-tumbuhan ubatan serta khasiatnya yang terdapat di Taman ini:





Lidah ayam - untuk mengubati penyakit kayap.





Mengkuang tikus - untuk mengubati penyakit batu karang.





Paku raya - untuk mengubati luka.






Ekor ayam - untuk memulihkan tenaga batin.






Anjing tinggong - untuk memulihkan tenaga batin.






Pecah kaca @ Bayam karang - untuk mengubati kanser payu dara.






Mas Cotek - kegunaan wanita selepas bersalin.






Bunga Kertas - keputihan, melancarkan perjalanan haid.






Panas Bulan Lima - sebagai perancang keluarga.







0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails