Jumaat, 31 Disember 2010

Happy New Year 2011




Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2011 yang akan tiba tidak lama lagi..Semoga tahun 2011 lebih memberikan 1001 makna kepada setiap insan yang masih hidup di muka bumi ini termasuk la diri saya..InsyaAllah..

Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia..




Buat julung-julung kalinya pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki yang bermula pada 1 Disember dan berakhir pada hari semalam, 29 Disember 2010. Walaupun tewas 1-2 pada aksi final kedua ketika menentang pasukan Indonesia, tetapi pasukan Malaysia telah dinobatkan juara pada edisi kali ini selepas memenangi aksi final pertama dengan kemenangan bergaya 3-0 sekaligus menyaksikan agregat memihak kepada Malaysia 4-2..Antara pemain Malaysia yang menyerlah di aksi final ini ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, kapten pasukan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaring gol terbanyak kejohanan iaitu Safee Sali..Dengan pencapaian yang penuh membanggakan yang ditonjolkan oleh pasukan Harimau Malaya nie tidak mustahil kedudukan ranking dunia akan berubah seterusnya mampu menyaingi gergasi Asia yang lain seperti Korea Selatan, Jepun dan Australia..Harapan penyokong Malaysia sudah semestinya mahukan pemain bolasepak kebangsaan beraksi dengan konsisten pada setiap kejohanan besar di masa hadapan seterusnya menjulang nama Malaysia ke persada antarabangsa..

Khamis, 23 Disember 2010

Cermin Mata Marmaduke







P/S : TQ Karangkraf..

Inter Milan juara Piala Kelab Dunia 2010


Maicon & Ivan Cordoba




Juara Eropah 2010, Inter Milan memenangi Piala Kelab Bola Sepak Dunia setelah menewaskan kelab yang menjuarai benua Afrika, TP Mazembe dengan kemenangan 3-0 menerusi jaringan Goran Pandev, Samuel Eto'o dan Jonathan Biabiany pada 19 Disember yang lalu. Perlawanan akhir itu telah berlangsung di Abu Dhabi.

MLTR - Love Will Never Lie



Nothing can stop emotions,
That run down the sides of your face,
Wish I could change this moment to,
Another time and place.

Nothing you say can move me,
I've chosen the road that I'm on,
I have to join the fight for freedom,
Until the war is won.

We will keep the faith between us,
If we only try,
We will keep the truth inside us,
Love will never lie.

Someone will always here you,
Care about you when you cry,
But no one can hear my heart is breaking,
As I say goodbye.



Selasa, 14 Disember 2010

Plants vs Zombies 1..








P/S : Dah abis main game nie..pasni nak main game siri kedua pulak..hehe..

Ahad, 12 Disember 2010

Al-Fatihah..


Gambar hiasan



Bacaan Ummul Furqan al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham Pak cik Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Pokta yang baru sahaja menyambut seruan Ilahi akibat serangan jantung pada pukul 12.30 pagi tadi bersamaan 12 Disember 2010..Arwah merupakan jiran kami yang menetap di Bandar Jengka..Rumahnya berada di hadapan rumah kami..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin..


Jumaat, 10 Disember 2010

Genap 11 tahun menetap di Bandar Jengka..





8 Disember 1999 - 8 Disember 2010..

Rabu, 8 Disember 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Taman Herba


Pelan Lokasi Rimba Herba Perlis




Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai "muzium etnobotani" dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini.

Taman Herba negeri Perlis merupakan satu projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk mempelbagaikan potensi tumbuhan herba supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini telah menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk mengetahui warisan dan kemujaraban sistem perawatan tradisional yang telah diamalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu. Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit.

Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini, tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Sehingga tahun 2000, koleksi tumbuh-tumbuhan di Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.

Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar tumbuh-tumbuhan ubatan serta khasiatnya yang terdapat di Taman ini:





Lidah ayam - untuk mengubati penyakit kayap.





Mengkuang tikus - untuk mengubati penyakit batu karang.





Paku raya - untuk mengubati luka.






Ekor ayam - untuk memulihkan tenaga batin.






Anjing tinggong - untuk memulihkan tenaga batin.






Pecah kaca @ Bayam karang - untuk mengubati kanser payu dara.






Mas Cotek - kegunaan wanita selepas bersalin.






Bunga Kertas - keputihan, melancarkan perjalanan haid.






Panas Bulan Lima - sebagai perancang keluarga.







Selasa, 7 Disember 2010

Taman Ular dan Reptilia




Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berhampiran Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke utara bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis.

Ia merupakan sebuah pusat kaji selidik yang ditubuhkan bagi menghasilkan penawar bagi bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesies ular serta buaya dan biawak.

Di bawah ini disertakan beberapa gambar ular, biawak dan buaya.
































Ahad, 28 November 2010

Cinta Membawa ke Syurga

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah SAW tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula, "Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"

Orang Badwi itu menjawab, "Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu."

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah SAW terus bersabda yang bermaksud: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."

Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat - kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!

Itulah peri agung dan pentingnya cinta. InsyaAllah orang Badwi yang mencintai Rasulullah SAW itu akan bersama Junjungan Mulia di dalam syurga. Ya, kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia dan di akhirat nanti. Itu merupakan kepastian yang diberikan oleh Rasulullah SAW sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah. Firmannya yang bermaksud: "Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (Surah Ali 'Imran 3: 31)

Khamis, 25 November 2010

Happy Holiday 2010

Terserempak dengan Ezani





Peristiwa nie berlaku masa saya ingin menunaikan sembahyang Jumaat pada minggu lepas ( 19 Nov 2010 ) di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Perlis..

Fotograf - Luka Seribu Rindu



Api dah menjadi bara,
Bara menjadi debu,
Mawar indah nan setangkai,
Layu dan berguguran.

Begitulah ibarat cinta,
Terjalin sementara,
Madu tak sempat kurasa manisnya,
Pahit berganti,
Terpaksa ku telan jua.

Aku bagaikan tawanan,
Di dalam perang rindu,
Asyik berganti derita,
Cinta tak kesudahan.

Mesranya tingkahmu,
Di samping dirinya,
Menambah luka di hatiku,
Senyumanmu di samping orang ketiga,
Bagaikan sembilu,
Menusuk di hatiku.

Hatiku sakit tak tertahan lagi,
Kasih sudahnya begini,
Cinta murni nan sejati,
Ke manakah hala,
Yang akan ku bawa,
Hati sarat luka seribu rindu,

Dia yang menanti,
Setiaku menunggu,
Tapi kepadanya kau pergi.





Al-Fatihah untuk Shamrin Fotograf




Shamrin atau nama sebenar Mohd Shamrin Abd Samad, berusia 45 tahun merupakan penyanyi utama kumpulan Fotograf..arwah meninggal dunia pada 11 November yang lalu kerana sakit jantung semasa bermain bola sepak bersama rakan2 nya..arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandungkan anaknya yang ketiga serta empat orang anak, dua daripadanya merupakan anak bersama bekas isteri yang pertama..Balunya berhajat memberi nama Shamrin kepada anak ketiga yang dikandungnya sebagai memperingati arwah Shamrin..kumpulan Fotograf pernah popular dengan lagu hits seperti Di Alam Fana Cinta dan Luka Seribu Rindu..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..al-Fatihah..

Hari Raya Korban


Gambar hiasan



Salam..nak kongsi sket pengalaman semasa menyambut raya korban @ haji pada minggu lepas bersamaan 17 November 2010..saya menyambut di Bandar Jengka, Pahang..raya korban tahun nie 'special' sket coz keluarga ada beli seekor lembu nak wat korban dan aqiqah tuk anak sedara perempuan yg baru lahir..semua famili terlibat masa tu..tak terkecuali jiran tetangga dan sanak saudara pun terlibat juga..pada hari tersebut saya terlibat sama membantu dan menyaksikan lembu untuk korban disembelih..pengalaman berharga tu..selepas selesai sembelih, kami menyiang daging korban seterusnya mengagihkan kepada mereka2 yang terlibat..

Happy Birthday Savvy..




23 November 2010 genap setahun Proton Savvy berkhidmat dengan aku..

Ahad, 21 November 2010

Peristiwa banjir di I3P tahun 2010




Sekadar imbasan semula..peristiwa banjir ini berlaku sejurus sahaja kejadian alam puting beliung berlaku di kawasan Jejawi, Perlis..lebih daripada seminggu peristiwa ini berlaku di negeri seperti Perlis dan Kedah..Beberapa daerah di negeri Kelantan juga dilanda banjir ketika itu..Ketiga-tiga daerah di Perlis iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau masing2 terkena dek tempias banjir ini termasuk IPG Kampus Perlis yang terletak di Behor Pulai, Kangar..Banjir yang berlaku ini juga merupakan banjir yang terburuk melanda negeri Perlis selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2005..Semasa mula2 banjir sekitar 29 Oktober 2010, saya tiada di Perlis kerana pulang ke kampung halaman di Pahang..Alhamdulillah, sekarang sudah menjadi seperti keadaan asal..menurut jangkaan selepas ini akan berlaku banjir di negeri2 lain pula seperti Johor dan Pahang..wallahualam..

Sabtu, 20 November 2010

Puting beliung di Perlis





Sekadar imbasan semula..Kejadian alam ini berlaku pada hari Sabtu, 28 Oktober 2010 di Jejawi, Perlis..Gambar yang tertera di atas ini dirakamkan di kawasan IPG Kampus Perlis..Menurut junior saya, dia juga sempat melihat kejadian tersebut di dalam biliknya di asrama dan sempat merakam peristiwa tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya..Difahamkan pada waktu kejadian itu berlaku, ia memberi kesan kepada penduduk di kawasan taman yang terbabit..juga merupakan petanda akan berlakunya banjir selepas itu..em, mungkin ini merupakan peringatan Allah SWT kepada kita yang lalai kepada-Nya..sudah tentu ada hikmah di sebalik peristiwa ini berlaku..wallahualam..

Aktif semula berblog..




Ini merupakan post pertama yang saya tulis dalam bulan November 2010..em, bukan disebabkan tiada idea tapi ada sebab yang membataskan penulisan saya di dalam blog ini..sebabnya ialah masalah yang melanda laptop saya pada awal bulan nie..jenama Acer..tak dapat nak on sebab keypad on tercabut..baru hari nie laptop saya dihantar ke Lowyat untuk diperbaiki..kosnya em boleh tahan..Alhamdulillah, boleh on macam biasa..lepas nie boleh la aktif semula berblog..hehe:-)

Khamis, 28 Oktober 2010

Tidur tidak diganggu





Kalau mahu tidur dengan tenang dan aman, amalkanlah membaca ayat Kursi sebelum tidur. Amalkan juga membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Selalunya sebelum tidur, Rasulullah SAW akan membacanya lalu meniup kedua-dua tapak tangannya. Selepas itu, Baginda akan menyapukan tangannya pada seluruh tubuhnya, dari kepala hingga ke hujung kaki. InsyaAllah, amalan ini akan melindungi diri kita daripada gangguan syaitan sewaktu kita tidur sehinggalah kita terjaga.

Piramid


Piramid




Bangunan piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam sebenarnya. Yang paling terkenal adalah di Mesir. Ia dibuat daripada batu padu yang dibina sebagai makam Firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser. Selain itu, Piramid Besar Kufu mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Ia mengandungi dua juta batu blok yang setiap satunya seberat satu tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar dengan ketinggian 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya ia kelihatan hebat apabila siap dibina. Apa yang tinggal sekarang hanyalah batu kasar. Orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang Mesir tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukannya makam. Piramid Nubia dibina pada 300 SM. Manakala orang Babylon pula membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat. Piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai Zigurat.

Isnin, 25 Oktober 2010

Pengalaman Baru..




Letih dan memenatkan..tak cukup tidur..itulah antara bentuk penangan yang diterima oleh para AJK2 yang menguruskan Hari Kokurikulum IPG Kampus Perlis 2010, lebih2 lagi AJK Induk..Saya pun tidak terkecuali..dipilih untuk mengetuai bahagian gerai jualan..first time kena handle bahagian tersebut..Pada mulanya tidak dinafikan ada juga perasaan geram..sebab apa saya geram?? sebabnya nama saya dipilih oleh individu2 yang saya rasakan seperti sengaja mengenakan saya..main bubuh je..tanpa ada perbincangan..masa first sekali mesyuarat AJK2 Induk bersama pensyarah penasihat ada kawan beritahu yang saya dipilih ntuk bahagian gerai jualan..masa tu saya tak pergi meeting..sebab rasa macam kawan saya main2 je..tapi bila berjumpa dengan pengerusi untuk program tersebut baru saya percaya.. em, takpe la..dapat la jugak pengalaman baru..huhu..menerusi mesyuarat dengan pensyarah penasihat, target untuk gerai jualan adalah sebanyak 20 gerai..!!! satu bentuk target yang tinggi..bila saya bertanya kepada rakan2, ramai antara mereka mengatakan agak mustahil untuk mencapai sasaran tersebut..sebab bila tengok pada tahun lepas je ada 10 je gerai jualan..mustahil sasaran 20 gerai jualan dapat dicapai dalam masa yang agak terhad..tetapi saya just cuba jugak promote kat student..alhamdulillah, jumlah semua gerai yang melibatkan student adalah sebanyak 16 gerai..kira banyak dah tu..masa nie pun timbul la satu masalah..masalah khemah..khemah yang hanya dapat disediakan oleh penganjur sebanyak 6 khemah sahaja..khemah dari Jabatan Teknikal IPG Kampus Perlis..seperti yang dirancang, 1 khemah akan melibatkan 2 gerai..so, jumlah gerai di khemah adalah sebanyak 12..saya dah try tempah 4 lagi khemah dari luar tapi xdapat..sebabnya perlu tempah sebulan lebih awal daripada tarikh satu2 event dilaksanakan..jadi untuk 4 lagi gerai saya terpaksa memohon payung untuk gerai jualan dari Jabatan PJ sebanyak 4..untuk lebih adil, sistem undian untuk tapak gerai jualan terpaksa juga dilaksanakan..mereka yang bertuah akan berniaga di bahagian khemah manakala yang kurang bernasib baik akan berniaga di bawah payung..selepas undian dijalankan, maka peniaga2 yang akan berniaga di bawah payung pun sudah dikenalpasti..sistem cagaran kebersihan juga dilaksanakan supaya para peniaga menitikberatkan aspek kebersihan ketika berniaga..Alhamdulillah, selepas tamat program tersebut pada hari semalam (Ahad), keadaan semua gerai berada dalam tahap yang memuaskan..akhir kata, terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan gerai jualan sepanjang program tersebut dijalankan..jasa kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya..Moga ia dikira sebagai ibadah di sisi-Nya..InsyaAllah..


Dedicated to:-
Abdul Muhaimin b. Abd Hamid - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Mohd Asyran b. Mohd Nasir - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Mauludin b. Mistar - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Mohd Hafizi b. Abdul Basar - PISMP Pengajian Seni Visual Semester 6,
Mohamad Amir b. Mohamad Zaki - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Muhammad Faiq b. Zulkiply - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Mohd Nurul Khalbi b. Abdul Halim - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Muhammad Zakwan b. Halim - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Muhammad Farhan Afif b. Othman - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Mohd Azlan b. Ali Afandi - PISMP Pengajian Agama (A) Semester 6,
Hafifi b. Hassan - PISMP Matematik Semester 6,
Mohd Faizal b. Abd Rahman - PISMP Pengajian Muzik (A) Semester 6,
Mohd Ridhuan - PPISMP Pengajian Agama (A) Semester 3,
Hasbi Siddiqui - PPISMP Pengajian Agama (A) Semester 3,
Siti Fatimah bt Othman - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6,
Mawaddah bt Saaidin Khadri - PISMP Pengajian Agama (B) Semester 6

Isnin, 18 Oktober 2010

Nazmizan tak lokek dengan senyuman..


Masih ingat lagi tak insan yang bernama Nazmizan Muhammad ini?? Atlet yang berasal dari Terengganu ini pernah menggegarkan arena sukan tempatan menerusi pencapaiannya dalam acara lari 100 meter..Bahkan beliau pernah memenangi acara tersebut pada Sukan Sea hampir sedekad lalu..Pada minggu lepas first time saya bersua dengan beliau secara live..Masa tu saya dan seorang rakan ingin pergi ke kuliah dengan menaiki kenderaan kereta..Beliau pula menunggang motosikal dan betul2 berhenti di hadapan kafe berdepan dengan aspura yakni asrama untuk pelajar lelaki..agaknya hendak berjumpa dengan adik ipar dia kot..yang juga junior saya di maktab..Em, bila saya terlihat beliau saya rasa macam kenal..lepas tu saya tanye kepada rakan n dia kata tu Nazmizan Muhammad..bila beliau perasan yang kami melihatnya di tempat parking kereta, beliau pun melemparkan senyuman yang manis..on da way kami nak g ke kelas dengan menaiki kereta, beliau tanpa segan silu melambaikan tangan kepada kami sebagai tanda kemesraan..em, jarang betul la jumpa selebriti macam Nazmizan nie..kebanyakannya bila dah jadi superstar, jadi terkenal, famous dan popular mulalah jadi bongkak dan sombong..so, contohilah si Nazmizan nie yang mesra dengan orang biasa macam saya nie..Beliau pun seorang yang mudah tersenyum..Apapun, semoga berjaya di dunia dan akhirat diucapkan kepada Nazmizan Muhammad..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Dilema Cinta - Ungu




Seberapa salahkah diriku,
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku,
Inikah cara membalas,
Aku yang slalu ada saat kau terluka.

Seberapa hinanya diriku,
Hingga kau ludahi semua yang ku beri untukmu,
Tak ada satu pun perasaan,
Yang mampu membuatku begitu terluka.

Namun ku terlanjur mencintai dirimu,
Terlambat bagiku pergi darimu,
Begitu terlalu indah perasaan itu,
Tak mudah untukku jauh darimu.

Telah kucoba segala cara,
Tuk bahagiakan kamu merebut hatimu,
Namun tak semudah yang ku bayangkan,
Bila kau tak inginkan ku tuk disisimu.

Tak pernah ku rasakan sebelumnya,
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa,
Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlalu.

Selasa, 12 Oktober 2010

Angka 123




Ada apa pada satu nombor?? nombor 123..mesti ada maksud atau makna di sebalik nombor tersebut...em, takde idea dah sebenarnya nak post ape..cuma rasa nak share something ngan para pengunjung..sebenarnya nombor 123 nie memang ada maksud tersirat dlm diri saya..tak tau la klu ada juga orang lain camtu...angka nie berlaku pada diri saya baru2 nie..masa tu niat nak release tension..beriadah..main apa?? main boling..hehehe..kali keempat kot main boling..dan first time ada satu game dpt point melebihi markah 100..dapat markah 123..rasa bersyukur kepada-Nya sebab mengizinkan perkara tersebut berlaku pada saya..yela..sebelum2 nie pun memang xpernah dpt markah lebih 100..pastu ada gak wat strike n spare..tq gak kt kawan2 sebab ajar teknik balingan serta kedudukan ketika hndk membaling dgn betul..pengajaran yg saya dapat semasa main boling nie antaranya jangan cepat berputus asa, sabar serta fokus 100% ketika hendak membuat lontaran..InsyaAllah jika amalkan sikap tersebut, tidak mustahil boleh mencapai markah melebihi 100..em, rasa cam kemaruk lak nak main boling nie..bila la pulak ek?? hehe..

Rabu, 6 Oktober 2010

7 tahun berlalu...

Em..6 Oktober tahun 2003..perkara yang menarik berlaku dalam diriku ketika itu..tengah berperang dengan peperiksaan..keputusan yang akan diperoleh bakal menentukan sama ada menduduki kelas sains ataupun sastera..itulah penangan Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR..kepuasan akan terpancar di wajah calon sekiranya dapat menjawab soalan dengan baik..tetapi sebaliknya akan berlaku kepada calon jika tidak dapat memberi yang terbaik ketika peperiksaan berlangsung..masih saya ingat lagi pada tarikh ini bersamaan dengan hari Isnin, semua calon PMR seluruh Malaysia akan menghadapi peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam..pada hari keesokannya pula adalah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains..Pada hari Rabu adalah subjek Geografi, Kemahiran Hidup elektif dan Bahasa Arab bagi calon Sekolah Menengah Agama (SMA) atau calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)..pada hari terakhir pula adalah mata pelajaran Matematik dan Sejarah..walaupun pada hari ini genap 7 tahun berlalu tetapi peristiwa nie masih melekat lagi di ingatan saya..bila dah dapat result, masing2 membawa hala tuju yang berbeza..ada yang kekal di sekolah yang sama, ada yang berpindah sekolah seperti Sekolah Menengah Teknik, MRSM, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah biasa..masa tu la berpisah dengan kawan2 rapat..mula2 rasa cam xde mood nak blaja masa form 4..tapi lama-kelamaan dah rasa biasa..sedih jugak bila mengenangkannya..tetapi demi cita2, minat dan masa depan masing2 terpaksa la jugak berpisah..Pada hari semalam bersamaan 5 Oktober sehingga 12 Oktober, semua pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia menghadapi PMR..Good Luck For Them..InsyaAllah..

Ahad, 3 Oktober 2010

Saidina Ali matang melangkaui usia...

Khalifah keempat yang juga merangkap sepupu dan menantu Rasulullah saw ini bukan calang-calang orangnya. Seawal usia 7, 8 atau 10 tahun (menurut al-Bidayah wa al-Nihayah), Ali telah memeluk Islam. Malah Saidina Ali bin Abi Talib merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.

Salah seorang sahabat yang dijamin syurga ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai bagi menyelamatkan Rasulullah saw daripada cubaan bunuh oleh kafir Quraisy pada saat-saat getir peristiwa Hijrah. Tiada sedikit pun perasaan gentar wujud dalam jiwanya ketika saat berbaring menggantikan Rasulullah saw di tempat tidur Baginda dalam keadaan berselimut.

Lebih daripada itu, Ali turut ditugaskan menyerahkan kembali barang-barang yang berada di bawah jagaan Rasulullah saw kepada pemiliknya sementara Rasulullah telah berangkat untuk berhijrah.

Berapa umur Saidina Ali ketika turut terlibat sebagai "ahli jawatankuasa" hijrah dan memainkan peranan yang penting itu? Yang pasti, beliau masih terlalu muda tetapi cukup matang bagi memikul tanggungjawab tersebut.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Layanzzzz 5!!


Planet 51 (2009)

Em, citer nie memang lain dari yang lain..kisah tentang seorang angkasawan Amerika yang bernama Captain Charles "Chuck" Baker (suara The Rock) yang mendarat di sebuah planet yang ada kehidupan..didiami makhluk asing..gaya hidup pun macam manusia...hehe..ada gak unsur lawak..terutama ada satu watak makhluk asing yg jd penyanyi jalanan..memang lawak..hehe..






Setem (2009)


Terus terang saya katakan semasa kali pertama menonton filem arahan Kabir Bhatia ni pada tahun lepas, saya merasakan filem nie xbest sebab jalan citer yg slow..jd tak tengok la sampai habis..tapi kawan saya cakap citer nie best sebab jalan citer yang menarik..so, saya pun tengok la filem nie buat kali kedua sampai abis..apa ulasan saya pada kali ini?? em, saya setuju dengan kata2 daripada rakan saya tu..best citer nie..tapi masa part2 awal je yg slow..sebab tu macam xbest..tapi masa citer nie dah tengah2 baru best..hehe..hero filem nie adalah Rashidi Ishak..dah lama dah mamat nie tak jadi hero dalam filem..kali terakhir pun dalam citer 'Mimpi Moon"..hero kedua adalah Afdlin Shauki..pelakon2 lain seperti Vanidah Imran, Que Haidar, Bront Palarae dan Diana Danielle..








The Princess and The Frog (2009)

Filem animasi terbitan Syarikat Walt Disney ini ditayangkan pada tahun 2009. Plot citer nie mengisahkan seorang putera raja negara Maldonia iaitu Putera Naveen yang berubah menjadi seekor katak selepas disumpah oleh seorang pengamal voodoo yang jahat bernama Dr Facilier..watak heroin citer nie iaitu Tiana pun berubah menjadi katak jugak..haha..buat pertama kali rasanya watak2 utama adalah berkulit hitam..biasanya kalau hero dan heroin mesti watak kartun orang putih..tetapi berlainan dengan citer nie..setiap filem animasi mesti ada watak "sidekick" yang membantu watak utama..macam citer nie watak seekor buaya yang bernama Louis yang suka bermain trumpet memang menghiburkan..hehe..ending citer nie Putera Naveen dan Tiana berubah semula menjadi manusia..status Tiana pun bertukar kepada Puteri Tiana..Dr Facilier pulak abis dihentam dengan makhluk2 belaannya..sesuai ditonton oleh seisi keluarga..






The Expendables (2010)

Buat pertama kalinya filem ini menggandingkan nama2 besar pelakon aksi dalam dunia hiburan Hollywood..Diterajui oleh pelakon kelahiran Itali merangkap pengarah filem ini iaitu Sylvester Stallone, pelakon aksi kelahiran Perancis, Jason Statham dan pelakon Hong Kong, Jet Li..Turut berlakon dalam filem nie ialah Dolph Lundgren, Mickey Rourke dan Steve Austin (Stone Cold)..Arnold Schwarzenegger dan Bruce Willis hanya berlakon "cameo" sahaja dalam filem ini..Filem nie banyak unsur2 ganas dan hanya sesuai ditonton oleh penonton di usia 18 tahun ke atas..Bagi saya biasa je citer nie..tak la best sangat..






Predators (2010)


Filem nie mengisahkan sebilangan bekas banduan yang telah dihantar oleh pihak "misteri" ke satu planet yang didiami oleh "predators"..kiranya kalau nak selamat kena bertarung dengan makhluk asing tu habis-habisan..bukan satu tapi banyak..ending citer nie si hero lakonan Adrian Brody lawan satu sama satu dengan seekor predator (ketua kot)..akhirnya hero n heroin je yang hidup..yang lain semua mati..em, masa nie la boleh tengok badan Adrian Brody yang bajek besar tu..tapi tak setanding la ngan Si Arnold tu..huhu..






Lagenda Budak Setan (2010)

Filem yang diadaptasi dari novel yang dikarang oleh Ahadiyat Akashah nie ditayangkan di seluruh Malaysia pada bulan Jun yang lalu serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton filem tanah air..arahan daripada Sharad Sharan..first time kot dapat kutipan box office..hehe..Mengisahkan Kasyah (lakonan Farid Kamil) merupakan seorang pelajar yang nakal ketika belajar di kolej sehingga rakan serta penuntut kolej tersebut melabelkan dia sebagai "budak setan"..Kasyah berubah menjadi baik setelah dia tidak sengaja mengenakan seorang awek yang bernama Ayu lakonan Lisa Surihani..setakat tu je yang saya boleh ceritakan..huhu..yang tak best nye citer nie sebab banyak adegan peluk2..macam orang Barat..dapat dosa free je..pastu ada la seorang aktres filem nie yang berpakaian seksi..isk3..apapun lagu tema filem nie "Bila Cinta" best..lakonan Que Haidar pun mantap..banyak bermain dengan emosi..lagi satu, filem nie semestinya penuh dengan kejiwangan..hahahaha..






Nightmare on Elm Street (2010)


Filem nie merupakan remake daripada filem asal yang judulnya adalah sama sekitar era 80-an dulu..Mengisahkan hantu yang mengganggu serta boleh membunuh remaja dalam mimpi yang bernama Freddy Krueger..kesian tengok watak2 yang bakal menjadi mangsa sebab tak boleh tidur..kalau tidur je memang jumpa la ngan si Freddy Krueger bertangan bilah nie..Mangsa2 pun mati dengan cukup kejam..nasib baik la hero n heroin hidup masa ending citer nie..kalau ikut filem asal watak hero masa tu yang dipegang oleh Johnny Depp mati sebab nak selamatkan heroin..tapi kali nie ia diolah semula dan hero pun hidup..Tahyul citer nie..tapi saya tengok pun sekadar nak ambil pengajaran..





How To Train Your Dragon (2010)



Bagi saya filem nie menyeronokkan..Mengisahkan Hiccup, seorang pemuda yang bercita-cita menjadi pahlawan Viking seperti ayahnya..Pada zaman tersebut manusia bermusuh dengan naga2..Spesies naga yang paling ditakuti oleh manusia zaman tu adalah "Night Fury" sebab naga tersebut tersangat la misteri..Ayah si Hiccup tu tak bagi anaknya menjadi seorang Viking sebab risiko nak mati tu adalah tinggi..Nak jadi seorang viking pun memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menentang naga seperti pandai berlawan dan sebagainya..tapi si Hiccup nie tetap berdegil sebab memang cita2 dia nak jadi seorang viking..pada suatu hari di waktu malam, dia menggunakan peralatan yang direkanya untuk menentang naga..Peralatan yang digunakannya telah mengena sasaran..sasaran yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah naga spesies "Night Fury"..dipendekkan cerita si Hiccup nie berkawan baik dengan si Night Fury tu..timbul perasaan sayang terhadap naga tu..pada masa yang sama Hiccup menyedari bahawa semua naga adalah baik..ada sebab kenapa naga2 tersebut menjadi ganas..em, muka naga Night Fury tu macam watak dalam citer Pokemon je..huhu..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails