Ahad, 25 April 2010

Kenangan di SK Seberang Ramai....

Hampir 2 minggu berlalunya praktikum buat kali pertama..banyak kenangan manis dan pahit tercipta sepanjang tempoh sebulan tersebut di sekolah yg bernama SK Seberang Ramai..pada mulanye sememangnye rasa gabra gak g sklh coz 1st time kena ngaja budak2 sekolah..tapi bila dh merase pnglmn ngaja budak rasa best plak..rasa kemaruk pn ada..huhu..seronok tgk murid faham apa yg kita ingin sampaikan, apa yg kita ajarkan..bru ku tau perasaan n nkmat sebenar mnjdi seorg guru bila melihat anak2 muridnya gembira, seronok dan ceria dgn segala xtvt yg dianjurkan oleh guru semasa ngaja dlm kelas..semestinye kepuasan terpancar di wajah seorang guru..mmg seronok..huhu..ak ditugaskan untuk mengajar murid tahun 4 & 6..tahun 4 ok lg..tp tahun 6 tu bermasalah sket..mklum la kelas ujung..macam2 "fiil" ada..ak juga rasa cukup bertuah sebab pihak pngrusn sekolah melayan guru2 praktikum ngan begitu baik sekali..dari GB hingga lah kpd makcik n pakcik cleaner..

menyentuh mengenai aspek pnp, masa minggu pertama, ada gak ak ngaja x ikut rph..tu yg lawaknye..main ngaja je..bler tgk rph mmg lari gak la..haha..tp tu masa 1st week je..alhamdulillah, pd minggu2 yg berikutnye ak ngaja ikut rph yg ak wat..em, kbnykn murid kt sklh ak tu berketurunan Myanmar..keluarga berpecah-belah..anak pn jd liar, buas n nakal..kurang kasih sayang n juga didikan agama..kesian tgk khdpn mereka..n dh jd tgjwb sbg seorg guru perlu menerapkan nilai2 murni dlm hidup setiap murid..motivasi juga perlu diberikn pd setiap ari agar semangat belajar mereka tidak luntur ttp mnjd berkobar2..rasa sedih juga melanda diri ini apabila mengetahui anak2 murid yg ku didik ini xbleh mengeja n membaca tulisan rumi n jawi dengan baik..darjah 6 xreti bc lg..mmg sedih..sebab tu la bler ak ngaja ak xterikut ngan sukatan..klu aras 1 pn dh tinggi, so terpakse la merendahkan aras yg ditetapkn mengikut kreativiti guru..itu yg ak nmpk kelemahan sistem pnddkn negara kita nie..terlalu bgantung ngan sukatan pelajaran..

masa di"observe" ngan pensyarah n guru pembimbing, mrka bnyk tegur ak mengenai penggunaan perkataan "ok"..ak akui ak sllu terlepas cakap "ok" semasa mngjr dlm kelas..dh mjadi kebiasaan..mrk minta ak menggantikn perkataan tersebut ngan "baiklah"..bler kita kena observe bru lah kita tau kelemahan kita semasa pnp..klu x di"observe" sampai bler la kite xtau apa kelemahan kita..hehe..

em, ak masih teringat masa minggu ketiga praktikum kt sklh tersebut yg melibatkan murid tahun 6, ada di antara mereka yg mengutuk n mengejek ak semasa sesi pnp..ak terdengar masa tu..n terus ak menegur n meminta murid mengaku siapa yg mengejek ak masa tu..xsemena2 ada seorang murid lelaki menangis..bler ak menghampirinya dia berkata dia dituduh oleh rakan2 lain bahawa dia yg mengejek ak..ak meminta rakan2 lain mengaku siapa yg kutuk ak..lgsng xde yg mngaku..akhir sekali, ak beri nasihat kaw2 kt diorg supaya perlu ada sikap hormat kt guru, jgn kutuk guru, walaupn guru tersebut ada kekurangan..terdiam terus bebudak masa tu..hati ini pn gundah gulana gak..tp mmg niat untuk mendidik mereka supaya mnghormati guru..lega juga masa tu..mereka faham..huhu..

peristiwa yg xkn kulupakan juga berlaku masa minggu terakhir praktikum kt sklh tersebut..peritiwa nie berlaku masa 14 April 2010..tarikh hari jadi ak..masa ak melangkah masuk ke kelas 6B, kebanyakan mereka mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kpdku..memang tersentuh masa tu..sebab ak xbgtau pn kt diorg "birthday" ak..masa tu juga mengingatkanku bhwa murid2 mmg prihatin n ambil berat ngan cikgu2 baru..sampai ari jadi pn diorg nk tau..huhu..murid darjah 4 pn camtu gak..diorg tau bler ak abis tempoh praktikum..siap bg adiah lg..walaupn xbnyk cume dpt 1 je adiah tp ak hargainye..pastu cam bese la sebelum berpisah mcm2 la diorg mintak..no hp lah, alamat lah, tnye sal status la..macam2..tp tu la pengalaman yg xkn kulupakan sepnjang mnjlni praktikum kt SK SEBERANG RAMAI..


Hadiah daripada seorang murid..hehe


rs best lg duk sklh dr duk mktb..klu kt sklh cume wat rph, bbm ngan terlibat ngan xtvt sklh (walaupn kdng2 terpakse tdo lewat, 3-4 pagi bru tdo..huhu)..klu kt mktb lak macam2..asemen la, kuliah la..em, bosan..hehe..

Sabtu, 17 April 2010

Amanah Berat untuk dipikul akhirnya selesai jua...


Logo KOAM




Salam..em, berkaitan ngan tajuk untuk post nie, ianya terjadi pada diriku baru2 nie iaitu sekitar bulan Mac 2010 (sebulan dh berlalu..huhu)..perkara nie terjadi kat I3P..selepas tamat sesi taklimat praktikum..majoriti rakan2 ku memilihku untuk memimpin mereka bagi mengendalikan KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA kelolaan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)..bagi pendapatku secara peribadi ia adalah satu tanggungjawab, amanah yang berat untuk dipikul..lebih2 lagi ditugaskan untuk jawatan Pengerusi..isk3..tapi demi menyelongkar bakat kepimpinan yang ada pada diri ini, ku sanggup juga memikulnya..walaupun pada mulanya ku rasakan ada unsur2 diskriminasi semasa memilih pemimpin, tapi ku mahu menghadapinya jua..

Tugas getir ini juga berlaku ketika kursus ini dijadualkan berlangsung semasa ku terlibat dengan praktikum..sedikit sebanyak sememangnya ku tertekan kerana sentiasa memikirkan adakah kursus tersebut boleh dijalankan atau sebaliknya..tambahan lagi hanya 3 minggu sahaja masa yang diperuntukkan untuk melicinkan pengurusan bagi memastikan perjalanan kursus ini dapat dijalankan..ku akui sepanjang 3 minggu tersebut ku xdapat tidur dengan lena..ku juga tidak dapat "concentrate" 100% ketika praktikum..apapun ku anggap ianya sebagai pengalaman dalam hidupku ini..

Cabaran yang lain adalah ketika mengendalikan mesyuarat..banyak kali terpaksa dibatalkan @ ditunda atas sebab2 tertentu..tapi alhamdulillah, mesyuarat dapat juga dilangsungkan sebanyak 3 kali..thanks a lot to my organisations..hehe..

Lagi, sebarang keputusan yang diputuskan tidak semestinya dapat memuaskan hati semua pihak..sebab tu ku tak mahu memegang jawatan tertinggi..terpikir juga xnk "sentuh" jawatan penting..fobia, serik dan macam2 perasaan timbul..sebab kadang2 ia akan menyebabkan sesuatu perhubungan yang dulunya rapat menjadi renggang, kawan menjadi lawan..banyak tanggapan negatif akan diperkatakan oleh orang2 tertentu..em, sebagai manusia biasa sememangnya ku xdapat memuaskan hati semua orang..tapi niatku adalah demi kebaikan bersama..Hanya ALLAH sahaja yang tahu keadaan yang sebenar..

Segala Puji bagi ALLAH, Tuhan Sekalian Alam kerana dengan keizinan dari-Nya Kursus Kepegawaian Olahraga 2010 dapat jua dijalankan pada 10 dan 11 APRIL 2010..gembira tol aku..huhu..

Di kesempatan ini aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah merangkap Pensyarah & Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Encik Abdul Muhaimin bin Othman kerana bersungguh2 dalam memberikan ceramah berkaitan dengan kepegawaian olahraga..tidak dilupakan juga kepada Pensyarah Penasihat, Encik Ravi dan Encik Azwan bin Ahmad kerana turut serta dalam menjayakan kursus ini..

Tidak dilupakan juga kepada AJK2 yang dilantik dalam mengendalikan kursus ini..terima kasih banyak2..


Timbalan Pengerusi = Jasmahazrin
Setiausaha = Juwairiah
Bendahari = Mohd Afizol (PJOE)

AJK
Makanan = Qalbi
Persiapan tempat = Nisak
Dokumentasi = Zaher
Perhubungan = Adlia
Cenderahati = Dikna
Protokol = Lan (Presiden)


Hari ini (17 APRIL 2010) berlangsungya peperiksaan anjuran KOAM..ku sudah berusaha sebaik mungkin dan bertawakal kepada-Nya..mudah-mudahan kuperoleh keputusan yang baik..InsyaAllah..

Khamis, 15 April 2010

Bila 14 APRIL menjelma...




Sungguh pantas masa berlalu, bumi berputar 365 hari..14 April ku fikirkan baru saja kutemui pada tahun lepas..Alhamdulillah, ku masih sempat bertemu dengan 14 April pada tahun ini, 2010..Apa istimewa sangat dengan tarikh ini?? em, sebenarnya tarikh ini merupakan tarikh keramat buat diriku..tarikh ku dilahirkan di muka bumi ini.. tahun nie genap la usiaku 22 tahun..tua dah..huhu..harapanku yang utama ialah ku mengharapkan hidupku ini diberkati oleh-Nya..dan dengan penambahan usia ini juga mengingatkanku bahawa masa berlalu dengan pantas..so, senantiasa lah mengingati-Nya dan beramal soleh sebelum bertemu dengan-Nya..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang mengingati "birthday" ku ini..walau bz dengan tugas masing2, tp masih sempat ucapkan kata2 "Happy Birthday to You" kepada diriku ketika bertemu dengannku atau ketika mengirim mesej..jutaan terima kasih diucapkan..rasa terharu la plak..huhu..

Insan yang pertama mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepadaku adalah Saba..juniorku..seingatku masa tu adalah 13 April..lepas balik dari solat Maghrib di surau I3P..terima kasih Saba..hehe..Berikutnya pula adalah insan yang paling ku sayang dalam hidup ini iaitu ibuku, Maimunah Binti Aripin..terima kasih mak..

Disusuli pula :
Nor Maizura Haron (akak), Siti Fatimah, Mawaddah, Syahida, Hidayah (13P), Azrai (kembo), Azuari(abang), Kak Nur (akak ipar), Abdullah (I3P), Azrul (adik), Azmil (abang), Mustaqim, Salwani, Munirah dan Ain (I3P)..

Tidak dilupakan juga insan2 yang mengucapkannya di laman sosial popular, FACEBOOK..seingatku Mahfuz, Shahir, Muhibbiin, Atiyah, Huzaifah, Nadwa, Sopi, Basar, Harqib dan lain2..terima kasih banyak2..hanya Allah SWT saja yang boleh membalas jasa baik kalian..InsyaAllah..


Adakah ku sempat bertemu lagi dengan 14 APRIL pada tahun hadapan?? wallahua'lam..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails