Rabu, 23 Jun 2010

Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia..ia terletak di negeri Pahang..bersempadan dengan negeri Kelantan dan Perak..Ketinggiannya dipercayai mencecah 1829 meter dari aras laut..Suhu antara 10 - 20 darjah celcius..

Selain dikenali sebagai pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan dan sayur-sayuran yang bermutu tinggi dan sukar didapati di tempat lain..ini kerana dengan keadaan suhu yang rendah dan cuaca yang sejuk amat sesuai untuk tanaman2 tertentu sahaja..misalnya pokok teh, kaktus pelbagai warna dan strawberi..ada juga tanaman di sini yang mempunyai nama yang begitu unik dan mempunyai khasiat tertentu..misalnya pokok Halau Nyamuk..ia dipercayai boleh menghalau nyamuk sekiranya di tanam di kawasan persekitaran rumah atau di kebun kerana nyamuk boleh "mabuk" apabila terhidu bau pokok ini..wallahua'lam..







Pemandangan di Kawasan Ladang Teh..








Pokok Kaktus pelbagai aneka warna..cantik betol..






Di sini juga terdapat banyak lagi tempat2 yang menarik seperti Kea Farm, Butterfly Farm, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Strawberry Farm dan sebagainya..Disarankan kepada pengguna jalan raya agar menaiki kereta automatik untuk pergi ke sana..ia untuk memudahkan para pengguna jalan raya sahaja sebab Cameron Highland nie kan kawasan tanah tinggi..lebih2 lagi kalau memandu di Jalan Gunung Brinchang..ia dipercayai jalan raya tertinggi di Malaysia..tak la letih sangat memandu dengan kereta auto..sebab takde "clutch"...hehe..

Selamat Hari Bapa..



Kalau tengok kat wikipedia, Hari Bapa akan disambut di Malaysia pada hujung minggu ketiga bulan Jun..ini bermakna ia disambut pada 20 Jun 2010 bersamaan dengan hari Ahad yang lalu..walau pun terlambat nak wish kat abah, alhamdulillah saya masih ingat hari istimewa buat insan yang bergelar ayah @ bapa @ papa dsbgnya..Terima kasih abah sebab membesarkan saya dengan penuh kasih sayang..Dirimu tiada pengganti..



Rabu, 16 Jun 2010

SKBG (Sek Keb Bukit Goh)

SKBG tercinta,
Lahirkan bunga bangsa,
Yang Berilmu,
Yang Setia,
Junjung rukun negara,

Berdisiplin,
Berharmoni,
Teguh iman di hati

Cogan ilmu sinar hidup,
Semarakkanlah di jiwa,
Demi Cita,
Hari muka,
Amal tekad perwira

Bakti guru ibu bapa,
Abadi selamanya

Layanzz 2!!!

Semerah Cinta Stiletto (2010)


Pelakon utama untuk filem ini ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. Dah banyak kali dah mereka berdua ni bergandingan dalam satu2 filem..Genre filem ni ialah romantik komedi..cam citer I'm Not Single"..lakonan diorang gak..Jalan cerita untuk filem ni memang lain dari yang lain..tapi yang tak bestnye ending citer nie..senang je watak diorang berdua nie bertemu semula..watak lakonan Cat Farish yang saya kira cam penyelamat citer nie..walau pun sekadar "sidekick" dalam citer nie kalau watak dia nie takde rasa cam tak best je citer nie..Dialog yang selalu digunakan oleh si Cat nie cam "lek lu" yakni shortform tuk ayat "Rileks Dulu" sememangnya lawak..haha..










Jalang (2010)


Membosankan..jalan citer ntah apa2..takde mood nak tengok..main 4wd je..huhu..pelakon utama filem nie merupakan pendatang baru..Namanya Yasmin Khanif..Seksi..isk3..bila lah nak insaf ek!!










Solomon Kane (2010)


Secara peribadi, saya ingin menonton filem nie sebab sangkaan saya filem nie macam best..Tambahan pula dalam majalah2 dan surat khabar tempatan pun mempromosikan filem ini dan mengatakan ianya merupakan filem yang hebat..Tapi sangkaan saya ternyata meleset..tak best..lagipun ia banyak menyentuh tentang agama Kristian..terus takde mood nak tengok..main 4wd je..Hero filem nie pun nampak cam tua je..walaupun muka ada iras2 Hugh Jackman..huhu..Saya bagi 2 1/2 bintang untuk filem ini.






Robin Hood (2010)


Dibintangi oleh pelakon2 hebat seperti Russell Crowe yang memegang watak sebagai Robin Hood dan Cate Blanchett sebagai Marion..Banyak aksi lawan dalam filem nie..nampak cam real..jalan cerita pun menarik..Gaya lakonan si Russell Crowe nie memang menjadi..patut la pernah menang award..hehe..cuma benci tengok raja muda dalam citer nie..dengki dengan si Robin Hood..ending citer nie Si Robin n da gang jadi pelarian dan hidup dalam hutan bersama2 dengan anak2 yatim..








Cloudy with a chance of Meat Balls (2009)


Mula-mula sekali jalan citer filem nie nampak cam serius @ filem berat tetapi ia berubah dan banyak unsur2 humor pada beberapa minit kemudian..em, filem nie mengisahkan seorang saintis muda iaitu Flint Lockwood yang ingin mengubah keadaan ekonomi sekitar kampungnya yang terlalu bergantung kepada "sardin"..walaupun dia diejek serta dipandang rendah oleh masyarakat setempat kerana semua hasil rekaannya gagal, namun akhirnya dia berjaya mencipta mesin yang boleh menghasilkan makanan yang disukai oleh sesiapa sahaja..kiranya sebut je makanan pe yang kita suka..pastu seting kat mesin tu kemudian ia diproses sehingga keluar menu yang kita nak..tapi sayangnya mesin tersebut terlepas ke langit dan si Flint Lockwood kena "control" dengan Datuk Bandar yang jahat..Datuk Bandar tu pun "ngok" gak..siap pesan makanan2 yang bersaiz besar n seting kat mesin yang boleh kuarkan makanan tu..mesin tu pun jadi "hang"..pastu seluruh penduduk di situ dihujani oleh makanan2 gergasi sehingga mengkucar-kacirkan kehidupan mereka di situ..kira cam malapetaka la..ending untuk filem nie si Flint tu berjaya mematikan mesin yang dicipta tu dan keadaan di situ kembali aman..banyak nilai2 murni dalam filem nie cam kasih sayang, persahabatan dll..best filem nie..rugi la kalau tak tengok..hehe..








Clash of The Titans (2010)


Filem nie berdasarkan kepercayaan masyarakat Greek yang menganggap Percius iaitu watak yang dilakonkan oleh hero filem ini iaitu Sam Worthington sebagai anak kepada Tuhan yang bernama Zeus lakonan pelakon veteran iaitu Liam Nesson..Tuhan Zeus pun ada adik yang bersifat antagonis iaitu Hades..em, tuhan ada anak dengan adik..memang la mengarut..isk3..menariknya filem nie kerana sepanjang pengembaraan si Percius bersama konco2 nya bertemu dan berlawan dengan pelbagai spesies makhluk cam Kala Jengking gergasi, 3 ahli sihir yang hodoh, Medusa (puteri berambut ular), dan makhluk gergasi di lautan (campuran sotong & kura2)..memang menjadi trend untuk filem2 aksi yakni pihak yang baik akan menang..filem nie pun camtu gak..







White Out (2009)


Filem nie tentang kejadian pembunuhan yang berlaku di sekitar Antartika dekat kawasan kutub yang dipenuhi dengan salji..best gak citer nie..sebab boleh teka siapa pembunuh..Filem nie dilakonkan oleh aktres Amerika, Kate Beckinsale..

Ahad, 13 Jun 2010

Penyiasat terkenal "Sherlock Holmes"



Sherlock Holmes merupakan satu watak penyiasat fiksyen yang wujud sejak abad ke-19 yang mana kemunculannya buat kali pertama pada sekitar tahun 1887. Pada asalnya, watak ini dicipta oleh seorang pengarang dan doktor terkenal berbangsa Scotland bernama Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal dengan kebolehannya menggunakan logik dan pemerhatian pintarnya untuk menyelesaikan sesuatu kes yang berlaku. Oleh kerana itulah, dia menjadi terkenal tambahan pula Conan Doyle telah menulis empat novel dan 56 cerita pendek tentang Holmes. Kebanyakan cerita ini muncul dalam majalah bersiri The Strand dan berlarutan hingga 40 tahun di sekitar England. Ada lagi karya yang turut ditulis oleh Charles Dickens melalui cara yang sama di mana cerita2 Holmes merangkumi garis masa dari tahun 1878 hingga tahun 1903 dengan satu kes terakhir pada tahun 1914. Semakin hari Holmes menjadi semakin terkenal kerana dia merupakan penyiasat yang sangat fiksyen dan watak itu terus menjadi antara watak sastera yang paling dikenali secara universal. Sherlock Holmes menggelar dirinya sebagai penyiasat rundingan. Paling hebat, dia boleh menyelesaikan masalah tanpa meninggalkan rumah sekali pun. Dia juga mengkhususkan untuk menyelesaikan kes2 aneh yang tak perlu menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logik. Dia sering menunjukkan kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan langsung bersandarkan personaliti diorang. Conan Doyle telah mengkreditkan konsep Holmes ini dalam fakulti perubatannya. Malah dorang sendiri menyatakan bahawa Conan Doyle adalah Sherlock Holmes. Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang sangat dikaguminya dan seorang lagi pemain kriket Inggeris bernama Sherlock. Sesetengah menyatakan nota-nota awal Conan menunjukkan dia memberikan nama sebagai Sherrinford Holmes. Oleh kerana ini watak yang sangat popular, banyak lakonan pentas dan adaptasi semula daripada karya2 Conan telah dilakukan.

Terbaru, kisah Sherlock Holmes ini diadaptasikan dalam filem yang juga bertajuk Sherlock Holmes. Filem ini ditayangkan pada penghujung tahun 2009. Ia dibintangi pelakon2 handalan seperti Robert Downey Jr, Jude Law dan Rachel McAdams.






Sherlock Holmes (2009)

Jumaat, 11 Jun 2010

Kurangnya 'seri" Piala Dunia 2010

Pada edisi kali ini, pasukan seperti Republic Czech, Turki, Sweden, Ireland dan Russia tidak dapat beraksi kerana terkandas pada pusingan kelayakan. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa negara yang layak beraksi untuk kejohanan kali ini dilanda krisis kecederaan yang melibatkan pemain bintang dalam pasukan masing2. Kebanyakan daripada mereka tercedera ketika beraksi untuk kelab yang disertainya dan tercedera ketika terlibat dengan perlawanan persahabatan. Ada di antara mereka dijangka tidak dapat beraksi untuk kejohanan kali ini disebabkan kecederaan yang teruk dan dijangka pulih selepas tamatnya Piala Dunia.

Berikut merupakan antara senarai pemain bintang yang dilanda kecederaan seterusnya tidak beraksi dalam kejohanan ini.

Rio Ferdinand dan David Beckham - ENGLAND
Michael Ballack - GERMANY
Michael Essien - GHANA
John Obi Mikel - NIGERIA
Lassana Diarra - FRANCE
Nani - PORTUGAL


Senarai pemain bintang yang tercedera tetapi masih bersama pasukan

Didier Drogba - IVORY COAST
Arjen Robben - HOLLAND
Fernando Torres dan Andres Iniesta- SPAIN
Andrea Pirlo - ITALI
Alex Frei - SWITZERLAND


Senarai pemain bintang yang tidak dipilih @ bersara untuk mewakili pasukan

Karim Benzema, G. Coupet, P. Vieira - FRANCE
Javier Zanetti, Esteban Cambiasso, Juan Riquelme - ARGENTINA
Theo Walcott - ENGLAND
RV Nistelrooy, VD Sar - HOLLAND
A. Nesta, F. Totti, A. Del Piero - ITALI
A. Pato, Ronaldinho, Adriano - BRAZIL
Raul, F. Morientes - SPAIN
K. Kuranyi - GERMANY

Demam Piala Dunia @ FIFA World Cup 2010



Kejohanan Bolasepak Piala Dunia diadakan pada setiap empat tahun. Kali terakhir ia dianjurkan adalah pada tahun 2006 di negara Germany di mana pasukan Itali menjuarai pada kejohanan tersebut. Pada tahun 2010 pula ia akan dianjurkan buat kali pertama di benua Afrika iaitu di negara Afrika Selatan. Ia akan diadakan selama sebulan bermula pada hari ini bersamaan 11 Jun sehingga 12 Julai 2010. Pasukan tuan rumah layak secara automatik dalam kejohanan ini. Mereka akan beraksi pada perlawanan pembukaan bertemu dengan pasukan Mexico di Stadium Soccer City pada malam ini (waktu Malaysia pukul 10 malam). Dalam edisi kali ini, ramai pemerhati meramalkan pasukan Sepanyol dan Brazil akan menjuarainya. Pasukan pilihan lain seperti juara bertahan, Itali, juara 1998, France, Germany, Holland, Portugal, England dan Argentina juga berpeluang untuk menjuarainya. Pasukan bukan pilihan seperti Uruguay, Chile, Denmark dan Cameroon juga dilihat mampu untuk mencipta kejutan. Pasukan tuan rumah iaitu Afrika Selatan juga tidak terkecuali. Ditambah dengan sokongan penonton tempatan, tidak mustahil pasukan tersebut boleh menjuarai kejohanan Piala Dunia 2010 ini seterusnya mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Benua Afrika dinobatkan sebagai juara Piala Dunia. Pasukan dari benua Asia juga tidak layak untuk dipandang rendah oleh pasukan gergasi bolasepak. Pada edisi kali ini wakil benua Asia disandarkan kepada 4 pasukan iaitu Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan Australia.





Piala Dunia 2010 milik siapa??





Bola Rasmi Piala Dunia 2010 "Jabulani"






Gelanggang Stadium di Piala Dunia 2010






ZAKUMI merupakan maskot untuk kejohanan bagi edisi kali ini

Sabtu, 5 Jun 2010

Alhamdulillah..Selamat Sampai..

Hari Khamis yang lalu bersamaan 3 Jun 2010, saya serta rakan2 dari Pahang yang lain berangkat pulang dari IPG Kampus Perlis ke kampung halaman masing2..Kami mula bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi..Kami berkonvoi 2 kereta saja..CCM n CCN..Pengalaman peribadi saya sendiri ialah saya memandu kereta saya secara solo iaitu CCM 9027..manakala rakan2 lain menaiki kereta CCN..Sepanjang saya berada dalam kereta saya banyak menyanyi dan kadang2 bermonolog sendiri bagi menghilangkan rasa mengantuk dan bosan ketika memandu..Kami berehat ketika berada di Perhentian Tapah bagi menunaikan solat Jama' Zohor dan Asar serta menjamu selera..Selepas itu, kami pun bergerak semula..Letih!!! Sememangnya letih..sebab parjalanan kami memakan masa selama 11 jam..dan jarak perjalanan pula lebih kurang 670 km..sebelum nie kalau saya nak balik ke kampung biasanya ikut jalan "shortcut" iaitu dari Tanjung Malim ke Batang Kali..sebab ia boleh jimat dalam 60km..bersamaan 1 jam..tapi kami ikut jalan KL..bermula dengan Rawang diikuti Sungai Buloh akhirnya tembus ke Karak..Sepanjang perjalanan balik juga sebanyak 3 kali saya mengisi minyak..untuk menjimatkan minyak juga saya sanggup tidak memasng air cond..sejak dari Perlis lagi..tapi syukur kehadrat Ilahi kerana saya selamat pulang ke kampung halaman iaitu Bandar Jengka pada pukul 6.15 petang..






Dekat Lebuhraya Ipoh Selatan










Duk belakang kereta CCN..

Rabu, 2 Jun 2010

Countdown to Long Vacation


Selamat Bercuti!!!








Tak sabar rasanye nak bercuti sebab boleh balik ke kampung halaman..dah lama dah tak balik rumah..dah lama dah tak jumpa family..nak dekat 2 bulan..saya jarang balik ke rumah sebab saya belajar kat utara..Perlis..rumah pula dekat Pahang..sememangnya jauh..hehe..balik hari esok kot (Khamis)..tak sure lagi..harapnya jadi la..bila duk kat rumah tak la rasa tekanan sangat..kalau duk I3P la, macam2..tapi tu la lumrah alam..setiap perkara yang berlaku tu mudah-mudahan dapat mematangkan kita..InsyaAllah..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua rakan dari IPG Kampus Perlis serta rakan2 dari IPTA lain..Manfaatkan cuti anda dengan melakukan perkara2 yang boleh mendatangkan faedah..Cuti juga merupakan masa yang sesuai untuk kita sama2 bermuhasabah diri berkenaan perkara yang sudah berlaku kepada kita..buang yang keruh ambil yang jernih..mudah-mudahan untuk semester yang akan datang akan menjadi lebih baik untuk kita semua..Amin...

Evolusi KL Drift 2 (2010)


Cover Evolusi KL Drift 2




Baru-baru nie saya berpeluang menonton filem arahan Shamsul Yusof bersama dengan rumet..Apa yang mengagumkan dalam filem ini ialah aksi2 drift kereta..macam filem Fast & Furious dan Initial D..yang kurang menariknye ialah gaya lakonan hero filem ini merangkap pengarah iaitu Shamsul Yusof..poyo habis..dah la cakap cepat..kalau pelakon2 lain tak la cepat sangat kalau bercakap..gaya lakonan si Shamsul nie lebih kurang sama ngan lakonan2 dia dalam filem2 yang lain macam filem Bohsia dan Evolusi KL Drift..tak ada perubahan..tetapi pujian harus diberikan kepada pelakon pembantu seperti Shaheizy Sam dan Aaron Aziz..gaya lakonan mereka bersahaja..tak la poyo..saya tertarik dengan lakonan mereka yang memerlukan mereka berkomunikasi dalam bahasa Kantonis (kot..huhu)..nampak real..mesti orang Cina tabik spring kat diorang..hehe..em, secara peribadi saya bagi 3 1/2 bintang untuk filem ini..

Selasa, 1 Jun 2010

Millatfacebook cabar Facebook..

Millatfacebook merupakan salah satu laman sosial tetapi yang bezanya ia dicipta khas untuk mengajak seluruh umat Islam di dunia menyertai laman sosial ini bagi mencabar laman sosial yang paling popular di dunia ketika ini, FACEBOOK..Ia direka cipta oleh 6 ahli bijak pandai IT dari Pakistan..bagaimana laman web Millatfacebook ini wujud?? ia sebenarnya wujud disebabkan tindak balas terhadap FACEBOOK yang menyokong hasrat penulis wanita kelahiran Amerika, Molly Norris yang mencipta kontroversi dengan memperkenalkan "Hari Setiap Orang Melukis Nabi Muhammad SAW @ Everybody Draw Muhammed's Day" sehingga menyebabkan jutaan penduduk Islam di seluruh dunia mengecam dengan tindakannya itu..berikutan daripada kes tersebut, Pakistan dan Bangladesh telah mengharamkan FACEBOOK di negara masing2..jadi, saya menyeru kepada semua pengunjung2 yang beragama Islam agar menyertai Millatfacebook; iaitu laman sosial buatan Islam..Produk Islam jugak..macam HPA..kena bagi "support" la..saya pun sebenarnya ada keinginan untuk "cancel account" FACEBOOK..InsyaAllah ia akan berlaku pada suatu hari nanti, tapi bukan dalam masa terdekat la..sebab kadang2 saya "try" juga berdakwah dalam FACEBOOK tu..mengajak kepada perkara ma'ruf meninggalkan perkara munkar..saling memperingati antara satu sama lain..







Logo FACEBOOK








BBQ IMPI

Memang best dan seronok..!!! Itulah kata2 peribadi daripada saya sepanjang melibatkan diri dengan Program BBQ anjuran IMPI Perlis..best sebab dapat bekerjasama ngan kawan2 lain tuk bakar ayam, ikan, sosej serta hati ayam..lagipun aktiviti tersebut dilakukan pada waktu malam..sejuk je..huhu..macam saya lepas solat Maghrib baru turun untuk membantu kawan2 yang ada ketika itu..puas hati bila melihat kerjasama daripada semua rakan ketika BBQ malam tu..walaupun ada kedapatan ahli IMPI yang tak dapat hadir, program tersebut dapat juga berjalan dengan jayanya..masa BBQ gak sempat juga la saya sembang2 ngan kawan2..pas solat Isyak kami menjamu selera makanan tersebut dengan nasi goreng (kot..hehe)..pastu ada tayangan filem bertajuk "Laskar Pelangi" untuk ditonton..antara pensyarah yang hadir pada program tersebut ialah Ustaz Mahamad, Ustaz Rahimi, Ustazah Saidah dan Ustazah Raihaniah bersama keluarga masing2..yang penting sekali sebenarnya tujuan utama program tersebut dijalankan bagi menguatkan ukhwah sesama ahli IMPI..bagi saya tujuan tersebut tercapai la..dan harap program sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang..InsyaAllah..







ei, tangan sape yang dok pegang tulang ayam tu?? huhu..









bakar ayam dan ikan..

Berpeluh..

Apa yang menyebabkan berpeluh?? Jawapan yang paling ideal untuk soalan ini ialah disebabkan cuaca @ suhu yang panas..Perkara ini berlaku kepada saya sepanjang peperiksaan yang berlangsung di dalam Dewan Indera Kayangan, I3P pada minggu lepas..Juga ketika menghadiri satu perhimpunan organisasi di sini..Terlampau panas..yang beruntung adalah insan2 yang duduk di bahagian tepi, depan dan belakang ketika berada di dalam dewan..sebab ada kipas..tak berpeluh sangat la..yang jadi mangsa adalah mereka2 yang duk di bahagian tengah..berpeluh habis..nak jawab soalan time exam pun cam terganggu dek berpeluh yang menitik2..isk3..sabar jela time tu..rasa jeles pun ada sebenarnya..sebab dengar kata dewan besar di IPG lain terdapat air-cond..jadi, tak la rasa panas..harapnya pihak atasan I3P akan membuat tindakan yang selanjutnya dalam masa terdekat dan selepas ini dapatlah menjawab peperiksaan dalam keadaan yang tidak berpeluh..hehe..






Susun atur meja dan kerusi menjelang peperiksaan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails