Sabtu, 31 Julai 2010

Konsert Kumpulan Far East

Alhamdulillah, konsert Far East selamat juga diadakan pada 29 Julai 2010 yang lalu bersamaan hari Khamis pada jam 9.30 malam bertempat di Dewan Indera Kayangan, IPG Kampus Perlis anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) serta Biro Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Perlis..Walaupun saya sibuk dengan persiapan untuk mengajar murid di sekolah pada hari keesokannya yakni hari Jumaat, saya masih berkesempatan untuk menghadiri konsert kumpulan nasyid tersebut..Kumpulan Far East dianggotai oleh 4 orang tetapi yang hadir cuma 3 orang sahaja..Seorang lagi tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain yakni bertugas sebagai seorang guru di sekolah yang terletak di negeri Perak..Em, seronok melihat persembahan mereka secara "live"..suara mereka sememangnya sedap..macam dalam kaset je..antara lagu2 yang mereka nyanyikan pada malam itu ialah Nur Syahadah, Ahlan Bina dan lagu2 yang sesuai untuk tema pada malam tu..Lupa pulak nak bagitau tema pada malam tersebut ialah bertemakan padang pasir..Ramai jugak la kawan2 yang memakai pakaian ala2 arab..yang lelaki memakai jubah..yang perempuan pulak memakai burqa..terasa macam di negara arab pulak..hehe..Em, sebenarnya saya suka dengan lagu "Cinta Pertama" tetapi kumpulan Far East tak nyanyi lagu tersebut..maybe lagu tu tak selari dengan tema pada malam tu kot..Apapun memang enjoy la pada malam tu..kali terakhir saya menonton konsert nasyid pun pada sekitar tahun 2005 di sekolah lama saya yang membabitkan persembahan Kumpulan nasyid Brothers..Tepat jam 11.30 malam saya pun berangkat pulang ke Aspura untuk menyiapkan BBM untuk mengajar murid2 di sekolah..:-)

Rabu, 28 Julai 2010

Rabbani - Pergi Tak Kembali


Kumpulan Rabbani




Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana,
Akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.

Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada.....lemah tak berdaya,
Terbuka hijab di depan mata.

Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.

Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih,
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.

Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.

Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.

Al-Fatihah buat mak saudaraku..

Innalillahiwainnailaihirajiun..itulah kalimah pertama yang saya ucapkan apabila menerima mesej dari abang yang mengatakan mak saudara sebelah abah meninggal dunia secara mengejut sekitar jam 3 petang tadi..(28 Julai 2010)..selepas mendapat mesej dari abang, saya terus menelefon mak saya..menurut kata2 dari mak saya, pada waktu pagi arwah Mak Long kelihatan sihat walafiat dan boleh bersembang seperti hari biasa..tidak berapa lama kemudian, arwah mengadu sakit perut..sekitar jam 3 petang tadi, arwah disahkan meninggal dunia. Arwah meninggalkan 5 orang anak perempuan dan 8 cucu..suami arwah iaitu Pak Long terlebih dulu dijemput Ilahi sekitar tahun 2008..tidak dapat dinafikan perasaan sedih ada di hati saya mengenangkan kenangan saya bersama dengan arwah..saya masih ingat semasa saya kecil sekitar umur 3-5 tahun, saya pernah diasuh dan dijaga oleh arwah di rumahnya di Kampung Kelola, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang..arwah sememangnya rapat dengan saudara mara..termasuk la dengan anak2 buahnya..sedih sebab masa arwah Pak Long meninggal dunia pun saya tak sempat nak berjumpa dengan arwah buat kali terakhir pada tahun 2008 kerana masa tu saya berada di IPG Perlis untuk belajar..kejadian hari ini juga sama seperti dua tahun lepas..apapun ajal sudah ditetapkan oleh-Nya..perlu terima qada dan qadar dari-Nya..Akhir kata, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..

4th Anniversary - Second Intake Julai 2006


Kek Ulangtahun Ke-4





Sekejap je masa berlalu..dulu waktu baru mendaftar untuk belajar kat IPG Perlis pada 24 Julai 2006 terasa macam lambat sangat nak abiskan pengajian..memandangkan tempoh pengajian selama 5 tahun setengah bersamaan 11 semester..3 sem untuk Program Pra Ijazah dan 8 sem untuk Program Ijazah..tapi kini dah melepasi ulangtahun ke-4 saya serta rakan2 sekuliah belajar di sini..bagi meraikan hari bersejarah ini, salah seorang rakan sekuliah merancang untuk mengadakan jamuan di Radix Fried Chicken (RFC) Kangar pada 24 Julai 2010..Alhamdulillah, ia dapat dilaksanakan juga..jamuan berlangsung sekitar jam 8.30 malam..hanya seorang rakan je yang tak dapat turut serta kerana ada komitmen lain..Husnuzon jela..hehe..

Ahad, 25 Julai 2010

In-Team - Stand Together



Here we are living in this world,
A journey to the end,
We are servants, we bow to Allah,
From Him a helping hand,

We are different races,
From countries far and wide,
Together we can face it,
Uphold what's pure and right

We can stand and work hand in hand
We're stronger when we unite,
Share the words and spread the truth
With Iman Allah's light

In our's heart can't fake it
When Allah's love embraced
Together we can make it,
The world a better place

Everything in life
We can take everything in stride
Cause we live in this worldly life
Can only try

Every dream we have
We want to have the very best
But we can only face the test
For we can try

And in team we stand
And in team we can
We can make it through the day
We can help each other one another
And in team we should stay

Let us take the guidance from Allah
And Rasulullah
We can face the world
We can make it through the night.




Sabtu, 24 Julai 2010

Takziah untuk rakan2 ku..

Geram, bengang dan benci!!! Itu yang dapat disimpulkan di atas perbuatan si pencuri yang mencuri motosikal dua orang rakan ku baru2 ini..macam takde keje lain dah selain mencuri..kalau kerajaan melaksanakan hukum hudud kat negara kita nie memang sah2 si pencuri itu dipotong tangannya..rasa kesian tengok kawan2 yang kehilangan kenderaan ni..depa bukan orang senang pun..orang biasa je..dah la sibuk dengan praktikal di sekolah..motor pulak kena curi ngan orang2 yang x bertanggungjawab..kesian..yang sorang hilang motor RXZ..yang sorang lagi EX5..masing2 duk umah sewa..risau gak saya kalau saya ditakdirkan untuk menginap di rumah sewa pada tahun hadapan..keselamatan kenderaan tak terjamin..harap boleh la lagi kekal kat hostel sampai abis belajar..kepada rakan2 ku yang kehilangan motor nie diharap bersabar banyak2..moga si pencuri motor ni akan mendapat pembalasan di dunia apatah lagi di hari akhirat..InsyaAllah..

Ahad, 18 Julai 2010

Allah tolak amalan jika riak

Diriwayatkan Syidad bin Ausi berkata: "Satu hari aku melihat Rasulullah SAW duduk dalam keadaan berdukacita serta menangis. Kerana ingin tahu, aku bertanya demikian halnya mengapa Rasulullah SAW yang dicintai Allah SWT dan umatnya itu bersedih hati.

Rasulullah SAW menjawab; "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik. Katahuilah mereka itu tidak menyembah berhala tetapi berlaku riak dengan amalan serta perbuatan mereka."

Rasulullah SAW lalu menerangkan, setiap amal perbuatan manusia akan dibawa naik oleh malaikat penjaga dengan diiringi 3,000 malaikat menuju langit ketujuh dengan bunyi seperti lebah dan sinar seperti matahari.

Sebaik malaikat yang membawa amalan itu tiba di langit, maka berkatalah malaikat di langit: "Berdiri dan campakkan setiap amalan ini ke muka pemiliknya dan semua anggota sehingga menutupi hatinya. Sesungguhnya aku menghalang setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki-Nya daripada sampai kepada pencipta-Nya.

Jadi, apabila seseorang itu termasuk ahli fiqh yang melakukan amalan dan berlaku riak kerananya, hanya kerana inginkan darjat serta ketinggian selain daripada Allah SWT, maka aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk tidak membiarkan amalan itu melepasi langit ini dan ia hanya sampai kepadaku dan tidak aku biarkan ia sampai ke mana-mana."

Maka Rasulullah SAW dengan hiba menerangkan sekali pun amalan itu dibawa sampai kepada penghakiman Allah SWT dan malaikat itu memberi persaksian terhadap amalan dilakukan pemilik yang dijaga mereka dengan bersaksi ia ikhlas kerana Allah, tetap ia tidak akan diterima.

Rasulullah SAW bersabda bahawasanya Allah SWT yang Maha Mengetahui sesuatu itu berfirman kepada malaikat itu: "Kamu semua adalah malaikat Hafadzah (malaikat penjaga) yang Aku tugaskan untuk menjaga setiap amal perbuatan hamba-Ku. Tetapi ketahuilah, Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hati hamba-Ku.

"Bahawasanya sesungguhnya jika hamba-Ku mengkehendaki amal ini dan bukan untuk Aku, walaupun bersaksikan oleh kamu (malaikat penjaga), maka aku laknatinya dan tidak sekali-kali Aku terima."

Jelas di sini, jika seseorang itu melakukan setiap amal perbuatan hanya kerana kepentingan diri selain mendapatkan keredhaan Allah SWT, ia tetap tidak akan diterima sebagaimana dinyatakan Rasulullah mereka yang termasuk dalam golongan ini juga adalah daripada orang yang mensyirikkan Allah yakni beramal untuk perkara lain selain hanya untuk Allah.

Sabtu, 17 Julai 2010

Coklat dan kecantikan






Seperti sedia maklum, coklat bukan saja menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat malah amat berguna dalam bidang kecantikan. Buktinya?? Teruskan membaca..hehe..

  • Kaya dengan vitamin A dan E yang sangat penting untuk memperbaiki sel2 kulit, keremajaan kulit dan melancarkan aliran darah.
  • Kandungan mentega koko iaitu lemak tumbuhan yang disarikan dari biji coklat dikenalpasti dapat melembapkan, mengurangkan parut2 dan garisan halus serta membantu meningkatkan keanjalan kulit.
  • Mengandungi theobromine yang mampu membantu meningkatkan emosi dan tenaga.
  • Serotonine membantu mengurangi stres
  • Antioksidan membantu mengurangkan kerosakan sel kulit akibat pencemaran udara yang tercemar di sekeliling.
  • Lemak mentega koko mempunyai ejen menenang dan memulihkan yang digunakan pada zaman Aztec purba sebagai produk penjagaan bibir untuk memulihkan bibir kering.
  • Mentega koko juga adalah pelembap semula jadi yang bukan sahaja melembut dan melindungi kulit kering, malah melegakan iritasi dan menghapuskan kedutan serta tanda penuaan.
  • Tannin dalam serbuk koko mampu mengelak daripada pembiakan bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi.

Ibnu Sina

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina @ Avicenna di dunia barat. Beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sebagai doktor @ mahaguru ilmu tersebut serta mendapat gelaran al-Syeikh al-Rais ( Mahaguru pertama). Ibnu Sina terkenal selepas beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibnu Nas al- Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. Sumbangan Ibnu Sina sangat besar antaranya penghasilan buku al-Qanun fil al-Tibb tahun 1593 yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Tidak sampai 100 tahun, buku tersebut dicetak dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku2 tersebut dijadikan rujukan di universiti Itali dan Perancis. Beliau telah menulis tentang 760 jenis penyakit dan cara2 menyembuhkannya. Apa yang istimewanya, kepakaran beliau tidak terhad pada bidang perubatan semata2 tetapi merangkumi metafizik, muzik, astronomi, ilmu bahasa, syair, prosa dan agama. Sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Bukan saja unggul dalam bidang perubatan, beliau juga unggul dalam bidang falsafah bahkan mengatasi gurunya sendiri, Abu al-Nasr al-Farabi.

Rabu, 14 Julai 2010

Sepanyol dinobatkan selaku juara baru Piala Dunia 2010

Perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan klasik yang akan dikenang sepanjang zaman kerana menemukan dua pasukan gergasi bolasepak yang belum pernah menjuarai Piala Dunia..Perlawanan akhir Piala Dunia bagi edisi kali ini melibatkan pertarungan Belanda menentang Sepanyol. Kedua-dua pasukan sememangnya digeruni oleh pasukan2 lain kerana menampilkan persembahan yang bertenaga pada setiap kali mereka beraksi. Tuah memihak kepada pasukan Sepanyol kerana berjaya menjuarai Piala Dunia buat julung2 kalinya selepas membenam Belanda dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain lincah, Andres Iniesta. Pasukan Belanda pula meneruskan kemarau mereka untuk menjuarai Piala Dunia apabila kalah buat kali ketiga di pentas final. Sebelum ini mereka layak ke final pada tahun 1974 dan 1978. Tetapi sayangnya mereka kecundang kepada pasukan Jerman dan Argentina. Kini, Sepanyol merupakan kuasa besar dalam sukan bolasepak dan menjadi negara kelapan memenangi Piala Dunia selepas Uruguay, Argentina, Itali, Brazil, Jerman, England dan Perancis..




Andres Iniesta

Ahad, 11 Julai 2010

Syaaban bulan menghapuskan dosa

Sabda Rasulullah SAW: "Bulan Rejab adalah bulan Allah SWT, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadan pula adalah bulan bagi umatku."

Sebagaimana kita ketahui, kita kini berada di penghujung Rejab. Dalam tempoh dua hari lagi menyusul kedatangan Syaaban iaitu bulan yang dianggap sebagai pintu gerbang bagi menanti kedatangan Ramadan.

Sebagaimana Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, Syaaban adalah bulan untuk menghapuskan dosa sementara Ramadan pula adalah bulan menyucikan diri daripada dosa. Antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah dengan beramal seikhlas hati kepadanya, terutama melakukan puasa.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah keatas tubuhnya (orang yang berpuasa) dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas daripada kegelapan alam kubur, bebas daripada huru hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya."

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan jika dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid."

Itulah antara kelebihan berpuasa pada Syaaban. Di samping itu berpuasa dalam bulan ini juga sebagai persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan pada Ramadan.

Selain memohon doa, umat Islam digalakkan bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT sebagaimana dinyatakan, dalam bulan ini juga ada satu malam yang sangat istimewa yang dikenali sebagai "Nisfu Syaaban".

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tibanya malam ini, datanglah Malaikat Jibril lalu memberitahu sesungguhnya pintu-pintu langit serta pintu-pintu rahmat Allah SWT sudah pun dibuka. Maka, bagi orang yang beriman dan beramal soleh, dirikanlah solat dengan disertai doa kerana dibukakan oleh Allah SWT 300 pintu rahmat-Nya.

Jadi, antara kelebihan yang Allah SWT kurniakan pada hambanya, diberi dalam Syaaban bagi mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan amalan mereka.

Khamis, 8 Julai 2010

Asal-Usul Radio




Radio merupakan sejenis alat komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet atau isyarat radio untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar, manakala unit yang menukarkan isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar dipanggil penerima. Biasanya, penerima dirujuk sebagai satu radio atau peti radio. Pencipta radio ialah Guglielmo Marconi yang berasal dari Itali. Paa mulanya, radio dipanggil telegrafi wayarles. Awalan radio membawa erti penyiaran tanpa talian. Radio ini paling awal digunakan untuk tujuan maritim bagi tujuan menghantar pesanan telegrafi berkod Morse antara kapal dan daratan. Di antara pengguna terawalnya termasuklah tentera laut Jepun meninjau armada Russia ketika Perang Tsushima tahun 1905. Salah satu telegrafi marin yang paling dikenali adalah kejadian tragedi kapal Titanic tahun 1912.

Penciptaan Komputer




Asalnya komputer bermaksud pengira yang bertujuan melakukan pengiraan matematik dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya hasil kiraan dialihkan ke mesin. Komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik. Komputer berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan, namun dibatasi oleh pemuatan ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol elektronik dengan pantas dan tepat serta direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.

Ahad, 4 Julai 2010

Rahsia Khusyuk dalam solat

Diriwayatkan pada zaman dulu ada seorang ahli ibadat bernama Isam bin Yusuf yang terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat.

Bagaimanapun, sebagai seorang manusia, Isam selalu tertanya mengenai ibadat yang dilakukan berikutan khuatir ia tidak khusyuk menyebabkan dia sering bertanya kepada ahli ibadat lain bagi memperbaiki dirinya.

Namun, pada satu hari, Isam menghampiri seorang abid bernama Hatim al-Assam lalu bertanya: "Wahai Abu Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan mengerjakan solat?"

'Lalu dijawab Hatim: "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Kerana ingin mengetahui lebih lanjut, Isam bertanya: "Bagaimana pula caranya wuduk zahir dan batin itu?"

Dijawab oleh Hatim: "Wuduk zahir adalah sama seperti kita membasuh anggota dengan menggunakan air tetapi wuduk batin adalah dengan membasuh seluruh anggota badan menerusi tujuh perkara iaitu bertaubat, menyesali dosa yang dilakukan, tidak terlalu mencintai dunia, tidak mengharap pada pujian, meninggalkan sifat bangga, meninggalkan sifat khianat dan menipu, serta meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya, Hatim berkata: "Apabila sesudah aku berwuduk zahir dan batin, lalu aku terus ke masjid, aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dengan perasaan aku menghadap Allah SWT, syurga di kananku, neraka di kiriku dan malaikat maut di belakangku.

"Sesudah itu, aku bayangkan berdiri di atas titian Siratul Mustaqim dengan menganggap solatku ini adalah solat yang terakhir, lalu aku berniat dan bertakbir dengan sebaik-baiknya.

"Ketika di dalam solat, aku menghayati bacaan dan doa yang diucapkan, aku pastikan aku memahami maksudnya sebelum aku rukuk dan sujud dengan penuh tawaduk, lantas aku bertasyadud dengan sepenuh keikhlasan hati. Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun," katanya.

Apabila mendengar penerangan itu, menangislah Isam kerana membayangkan ibadat dilakukannya kurang baik berbanding Hatim.

Menerusi kisah ini, dapat disimpulkan bahawa bagi mencapai solat yang khusyuk, seseorang itu bukan sahaja perlu meninggalkan setiap sifat buruk di dalam diri, malah perlu memahami maksud serta makna bacaan yang diucapkan.

Peristiwa Jumaat yang melucukan..

Peristiwa melucukan ni berlaku ketika saya berada di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Jengka, Pahang untuk menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah lain pada tanggal 25 Jun yang lepas..sedang khusyuk mendengar khatib membaca khutbah, tiba2 terdengar bunyi gelakan budak2 yang duduk di saf belakang..bila saya menoleh ke belakang, didapati seorang lelaki yang diramal berusia dalam 40-an yang menjadi pencetus ketawa oleh budak2 tadi..gayanya yang pelik mengesahkannya lagi..kemudian, lelaki tadi meluru ke barisan hadapan seterusnya duduk dan mendengar khatib membaca khutbah..masa nilah dia menunjukkan taringnya..maksud saya bukan taring gigi tapi perangainya yang sebenar..selalu menyampuk masa khatib baca khutbah..tengok muka khatib pun macam tak selesa..hehe..

Masa nak solat saya harap lelaki tadi tak la buat perangai..tapi jangkaan saya ternyata meleset..dia wat perangai masa dalam solat..masa imam tak habis lagi baca al-Fatihah dia dah baca dah al-Fatihah..ikut dan dia je..baca pun bukannya suara slow tapi kuat..boleh dengar satu masjid..pastu bila nak sebut AMIN dia sebut dengan lenggokan suara yang melawakkan..masa tulah kedengaran suara beberapa orang tergelak..termasuklah orang tua..masa tu saya boleh tahan lagi..hehe..cabaran terakhir masa tok imam nak mengucapkan salam pertama..bila imam mengucapkan salam pertama lelaki tadi pun menjawab dengan sekuat hati "Waalaikumussalam tok imam"..lagi la banyak kedengaran suara jemaah yang menahan gelak..masa tok imam membaca doa pun lelaki tadi mendoakan macam2..yang saya ingat dia doa macam nie "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah tok imam kami..tok imam nombor satu Masjid Bandar Pusat Jengka..Ya Allah..chup2..(bunyi cam nak cium)..pastu banyak kali cakap AMIN dengan suara yang boleh buat orang ketawa..eiy...macam2..lepas abis doa je saya terus solat semula..first time la dalam hidup saya terlibat ngan peristiwa lawak cam nie masa solat Jumaat..Hehe..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails