Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos - Allahyarham Sudirman





Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah.

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari yang mulia,
Hari bahagia,
Sambut dengan jiwa yang merdeka,

Mari kita seluruh warga negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari mulia negaraku merdeka.


Ahad, 29 Ogos 2010

Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan tahun ke-92 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Ziad berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam ketika itu.

Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam: "Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."

Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada bulan Ramadan.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam pada zaman silam.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Layanzz 4

Treasure Hunter (2009)


Filem aksi dari negara Taiwan ini dibintangi oleh aktor tersohor Taiwan, Jay Chou..Filem ini mengisahkan satu kumpulan jenayah antarabangsa "The Company" yang mahu mencari seorang pemilik peta harta karun..Peta tersebut jatuh ke tangan seorang pemuda, Ciao Fei (Jay Chou) yang berusaha menjaga peta tersebut daripada dirampas oleh penjahat tersebut..itu juga merupakan satu usahanya untuk menyelamatkan nyawa seorang gadis iaitu anak kepada bosnya..Bergandingan bersama gadis tersebut dan seorang ahli arkeologi terkenal, mereka mengharungi satu perjalanan yang mencabar bagi menjaga harta karun tersebut daripada dirampas oleh pihak yang berhaluan kiri..em, best gak citer nie..banyak aksi berlawan..Jay Chou pun banyak terlibat dengan aksi berlawan dalam citer nie..






The Wolfman (2009)


Filem nie boleh diklasifikasikan sebagai 18SG..sesuai ditonton oleh mereka2 yang berumur 18 tahun ke atas sahaja..ganas sebab filem nie memfokuskan kepada serigala jadian..Hero citer nie iaitu Benicio Del Toro memang sesuai untuk pegang watak serigala jadian sebab muka dia pun cam serigala...haha..yang lawaknya penjahat sebenar citer nie ialah watak yang dilakonkan oleh aktor lagenda Hollywood iaitu Sir Anthony Hopkins..lawak tengok bila dia jadi serigala jadian..tak la nampak seram tapi nampak comel..haha..ending citer nie si hero n penjahat mati gak..heroin hidup..em, tak berapa best sangat citer nie..hehe..





Z00 (2010)


Filem yang hampir keseluruhan menjalani penggambaran di Zoo Negara nie sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..Dibintangi oleh Lan Pet-Pet, Lisa Surihani, Azlee dan ramai lagi..mengisahkan seorang pekerja zoo iaitu Lan yang dianugerahkan kelebihan boleh berkomunikasi dengan haiwan di zoo..Malangnya, satu konspirasi yang dicetuskan oleh antagonis menyebabkan kehidupan haiwan2 di zoo tersebut bakal terancam..Siapa antagonis dalam citer nie?? hehe..bikin suspen je..nak tau tengok la citer nie..em, filem nie lain dari yang lain..bukan macam filem buatan Malaysia yang lain, asyik2 citer pasal hantu..tak pun rempit..tapi filem nie fokus kepada haiwan..jarang la filem cam nie kat Malaysia..cuma yang tak bestnye bila la si Mazlan tu boleh cakap KL dengan lancar..agaknya kekal kot dia cakap lagu tu..huhu..





Kecoh Betul (2010)


Sebuah filem aksi komedi yang diterbitkan oleh syarikat yang masih "Hijau" dalam industri perfileman tanah air, filem nie sekali lagi menggandingkan dua orang pelawak terkemuka tanah air iaitu Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek..sebelum nie mereka pernah digandingkan dalam filem "Sifu dan Tongga"..ternyata pisang berbuah dua kali...bosan bila tengok citer nie..walaupun menampilkan pelakon remaja terhangat masa kini iaitu Diana Danielle tetapi filem nie tak laku di pawagam..mungkin disebabkan kontroversi yang dicetuskan oleh salah seorang pelakon filem nie yang terbabit dengan kes dadah..mungkinlah sebab tu filem nie tak laku..






Furry Vengeance (2010)



Bila tengok poster filem nie pun dah agak jalan citer macam mana..memang lawak..haha..terutamanya lakonan pelakon utama merangkap produser citer nie iaitu Brendan Fraser..tema filem nie pun pasal alam sekitar..termasuk la kehidupan haiwan di hutan yang diancam bahaya disebabkan oleh sikap manusia yang mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga alam sekitar..bila tengok citer nie memang tak bosan..ada je yang lawak..haiwan pun buat lawak gak cam rakun, mentibang, beruang dan lain2..sesuai ditonton seisi keluarga..filem ini juga dibintangi oleh Brooke Shields..






Prince of Persia: The Sands of Time (2010)


Filem ini merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu oleh pencinta filem pada tahun ini..Filem ini juga diadaptasi daripada game yang mendapat sambutan hangat di dunia dengan judul yang sama..Bila tengok filem terbitan Walt Disney nie ternyata sangat la best..Pelakon utama, Jack Gyleenhaal memang sesuai memegang watak sebagai Putera Dastan, iaitu hero dalam filem ini..heroin filem nie ialah Gemma Artenton..manakala Sir Ben Kingsley memegang watak sebagai Nizam, antagonis dalam filem ini..

Atletico Madrid juara Piala Super Eropah musim 2010 / 2011

Sergio Aguero meraikan gol jaringannya..


Awal pagi tadi, perlawanan bolasepak untuk merebut Piala Super Eropah telah menemukan dua pasukan yang masing2 menjuarai Piala Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Liga Europa bagi musim lepas iaitu Inter Milan dan Atletico Madrid..Kebiasaannya, perlawanan ini diadakan sebelum saingan baru yang membabitkan dua kejuaraan bermula..Pada perlawanan tersebut pasukan Inter Milan tewas kepada Atletico Madrid 0-2..Dua jaringan gol telah disumbangkan oleh Jose Antonio Reyes dan Sergio Aguero..


Berikut merupakan undian peringkat kumpulan untuk Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2010 / 2011 yang mengandungi lapan kumpulan bermula kumpulan A hingga H:

Kumpulan A:
Inter Milan (Itali)
Werder Bremen (Jerman)
Tottenham (England)
FC Twente (Belanda)

Kumpulan B:
Lyon (Perancis)
Benfica (Portugal)
Schalke 04 (Jerman)
Hapoel Tel Aviv (Israel)

Kumpulan C:
Man United (England)
Valencia (Sepanyol)
Rangers (Scotland)
Bursaspor (Turki)

Kumpulan D:
Barcelona (Sepanyol)
Panathinaikos (Greece)
FC Copenhagen (Denmark)
Rubin Kazan (Russia)

Kumpulan E:
Bayern Munich (Jerman)
AS Roma (Itali)
FC Basel (Switzerland)
CFR Cluj (Romania)

Kumpulan F:
Chelsea (England)
Marseille (Perancis)
Spartak Moscow (Russia)
Zilina (Slovakia)

Kumpulan G:
AC Milan (Itali)
Real Madrid (Sepanyol)
Ajax Amsterdam (Belanda)
Auxerre (Perancis)

Kumpulan H:
Arsenal (England)
Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Braga (Portugal)
Partizan Belgrade (Serbia)

Nikmatnya berbuka puasa..


Pemandangan di Kuala Perlis..



Alhamdulillah, pada hari semalam bersamaan 27 Ogos 2010 @ Jumaat, segala yang dirancangkan menjadi juga..iaitu berbuka puasa di Kuala Perlis..memang best..!! Jarang pergi ke Kuala Perlis nie..memandangkan pada hari semalam free dan menerima pelawaan seorang rakan untuk berbuka puasa di luar, lokasi Kuala Perlis berlegar di otak saya..Kami bertolak dari IPG pada pukul 6.30 petang dan sampai ke destinasi yang dituju pada pukul 6.50 petang..masa kami sampai pun memang dah ramai orang kat situ untuk berbuka puasa..Hampir setiap meja ada je menu makanan yang dah di"order" oleh pelanggan..last2 kami pilih meja yang berdekatan dengan pemandangan laut..dekat luar khemah..memang syok..pemandangan pun cantik..kami dah plan menu makanan apa yang hendak dimakan sebelum sampai lagi..dan antara menu makanan yang kami pesan ialah ikan gerut bakar dan tomyam ayam..untuk minuman saya pesan air kosong ngan teh o ais..em, kalau ikutkan nafsu nak pesan lebih lagi cam sotong bakar dan lain2 tapi takut nanti berlaku pembaziran.. jadi cukuplah setakat tu je menu yang dipesan oleh kami..em, harga pun boleh tahan la..hehe..tepat jam 7.30 malam, kami pun berbuka puasa..nikmat betul bila berbuka puasa..syukur alhamdulillah..






Menu berbuka puasa

Kuala Perlis





Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di negeri Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi. Di Kuala Perlis juga perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli belah bebas cukai barangan daripada tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia.

Kuala Perlis terkenal dengan makanan berasaskan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar seperti ikan gerut, ikan siakap, ketam, mentarang dan lain-lain. Harganya juga adalah berpatutan. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan persekitarannya merupakan tapak peperangan lama antara Kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban.

Sumber daripada wikipedia.

Isnin, 23 Ogos 2010

Kenangan di SK Guar Nangka..



Alhamdulillah, praktikum Fasa Kedua sudah pun tamat pada minggu lepas setelah saya serta rakan2 IPG Sem 6 menjalani praktikal selama 8 minggu bersamaan 2 bulan di sekolah yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum..sekitar negeri Perlis..Pelbagai perasaan bercampur baur menyelubungi diri saya sepanjang menjalani praktikal Fasa Kedua ini..Lupa la pulak nak bagitau untuk sesi Praktikum Fasa Kedua ini saya telah ditempatkan di SK Guar Nangka yang terletak di kawasan Mata Ayer, Perlis..Kali ini saya menjalani praktikal bersama dengan tiga rakan yang lain iaitu saudara Mohamad Amir dari opsyen Pengajian Agama B, Mohd Shafiq dan Rafiudin dari opsyen Matematik..Kali ini, kami diminta untuk mengajar dua subjek di sekolah..macam saya sendiri untuk subjek major iaitu Pendidikan Islam kena mengajar tahun 3 Cemerlang..sementara subjek minor iaitu Bahasa Arab pula saya ditugaskan untuk mengajar tahun 4 Cemerlang..Pada mulanya memang la berat untuk menjalani praktikal..Maklumlah sebelum tu saya serta rakan2 yang lain baru habis bercuti sem selama 3 minggu di rumah keluarga masing2..alih2, praktikum start lepas abis cuti..terus terang saya katakan pada minggu pertama praktikal di sekolah, saya masih teringat2 rumah keluarga saya di Pahang..Masa minggu kedua praktikal saja saya baru bersemangat untuk mengajar murid2 di dalam kelas..Em, banyak jugak la cabaran yang saya tempuh sepanjang menjalani praktikal di sekolah nie..macam kena mengajar mata pelajaran Bahasa Arab..mula2 memang la sukar sebab kita takde pengalaman lagi mengajar subjek nie..tp lama-kelamaan dapat juga membiasakan dengan pengajaran Bahasa Arab di dalam kelas..Guru Pembimbing serta Pensyarah Pembimbing menasihati saya supaya menggunakan 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab sepanjang pnp..tu untuk memudahkan murid memahami apa yang kita sampaikan kepada mereka..Selain itu, untuk subjek Pendidikan Islam pula, cabaran yang saya perlu tempuhi ialah mengajar tahun 3 Cemerlang yang mana kedapatan murid di dalam kelas tersebut merupakan anak guru di sekolah ini..termasuklah juga anak kepada guru pembimbing..semasa saya mengajar di kelas tersebut, saya tidak mengamalkan konsep pilih kasih kepada murid..saya akan bertindak tegas kepada sesiapa saja di kalangan murid yang membuat bising ketika pnp berlangsung, termasuklah kepada anak2 guru..em, banyak jugak la sebenarnya pengalaman lain yang saya dapat selama berada 2 bulan di sekolah tu..antaranya terlibat dengan pelbagai bentuk program seperti Program Tasmik al-Quran, Program Tadarrus al-Quran, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid2 tahun 6, Majlis Sambutan Nuzul al-Quran, Majlis Sambutan Israk Mikraj dan lain2..em, selain tu saya jugak pernah la menjadi imam tarawih di sana..Sekolah nie ada asrama..penghuninya adalah dari kalangan murid tahun 5 dan 6..so, jadi imam masa solat tarawih kat asrama sekolah la..dapat la pengalaman baru mengimamkan murid sekolah..hehe..em, bila datang kat sekolah nie, teringat la kembali semasa saya belajar di sekolah rendah..best sangat..memang seronok masa tu..tapi skrg keadaan dh berubah..saya bakal menjadi guru untuk tempoh setahun lebih lagi..pada hari terakhir saya menjalani praktikal di sekolah ini, pihak sekolah ada la membuat majlis perpisahan untuk guru2 pelatih..masa tu la boleh saksikan dengan mata sendiri budak2 yang nangis..ramai jugak yang menahan nangis..ada yang macam tak semangat, ada yang murung dan sebagainya..itulah antara bentuk kesan perpisahan antara murid dengan guru2 praktikal..walaupun senakal mana pun seorang murid tu, terselit jugak nilai kasih sayangnya kepada guru praktikal..kedapatan juga murid yang memberi hadiah kepada guru2 praktikal sebagai tanda kenang-kenangan..terima kasih...Akhir kata, Praktikum Fasa Kedua lebih best dari Praktikum Fasa Satu..





Hadiah pemberian murid

Gila Jersi..


Antara jersi yang telah dibeli di Padang Besar.



Sebenarnya sudah lama hendak menjejakkan kaki ke Padang Besar untuk membeli belah..Tetapi selalu tidak menjadi kenyataan atas beberapa sebab yang tidak dapat hendak dielakkan. Alhamdulillah, pada tanggal 8 Ogos yang lepas, saya dapat juga pergi ke Padang Besar buat pertama kali pada tahun ini dengan menaiki kenderaan sendiri.. Saya pergi ke situ bersama dengan seorang rakan saya..Dia yang mengajak saya pergi ke Padang Besar..Katanya hendak mencari jersi..Saya pun teringat kembali dengan permintaan abah saya yang teringin dengan jersi pasukan bolasepak "Argentina"..Tanpa berlengah panjang, saya dan kawan saya tersebut pergi la ke Padang Besar..Dari IPG ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 40 minit..Bila dah sampai ke sana, mulalah saya jadi rambang mata..Tujuan asal hanya sekadar membeli jersi Argentina untuk abah..Tetapi bila dah sampai, lain pulak jadinya..saya pun teringin jugak hendak membeli jersi untuk saya..Bila diputuskan keputusan terakhir, akhirnya saya bercadang membeli 4 jersi..satu untuk abah, satu untuk abang, satu untuk adik, dan satu untuk saya..Akhirnya saya membeli jersi Argentina untuk abah, jersi pasukan Belanda untuk saya, jersi Jerman dan Liverpool masing2 untuk abang dan juga adik..Selepas puas merayau di sekitar pasar tersebut, saya serta rakan pun pulang semula ke IPG..

Padang Besar



Padang Besar merupakan sebuah bandar sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia terletak di sempadan Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana bagi penduduk tempatan ia sering kepada bandar ini sebagai "Pekan Siam".

Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.





Sumber daripada wikipedia..

Sabtu, 21 Ogos 2010

10 Peringatan Bumi




Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a. "Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

  • Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan bersedih di dalam perutku.
  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina.
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Rabu, 18 Ogos 2010

Manfaat Buah Avokado





Berikut merupakan kebaikan buah avokado atau nama saintifiknya Persea americana buat pengetahuan kita semua:-
  • Daun avokado berkhasiat melawas kencing, membuang angin, membetulkan perjalanan haid dan membuka selera.
  • Buah avokado mengandungi lemak, lesitin dan phistosterin yang digunakan untuk mengubat luka dan membetulkan perjalanan haid.
  • Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88% terdiri daripada lemak. Bertindak sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekaligus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.
  • Mengamalkan memakan buah avokado setiap hari membantu menurunkan paras kolesterol, mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolesterol baik yang bertindak melindungi seseorang itu diserang sakit jantung.
  • Isi buah avokado kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin yang amat berkesan memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.
  • Mengandungi vitamin E yang mampu membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel dan keradangan kulit.
  • Kandungan lutein pula membantu merawat berkaitan hati, prostat dan kesihatan mata.
  • Beta sitosterol pula membantu mengawal tahap keseimbangan kolesterol yang lebih baik.
  • Isi buahnya mampu melicinkan kulit dengan hanya menyapu isinya yang lembik ke wajah serta-merta.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bermulanya saingan Musim Baru 2010/2011

Saingan bagi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) akan bermula pada hari ini..Ramai pemerhati bolasepak beranggapan musim baru ini menjanjikan persaingan yang lebih sengit berbanding musim lalu..Lima tahun yang lalu, pentas EPL banyak didominasi oleh empat pasukan gergasi aka "BIG FOUR" seperti pasukan Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool..Sejarah tercipta pada musim lepas apabila Tottenham Hotspur berjaya memecahkan penguasaan empat kelab gergasi tersebut dengan menduduki tangga keempat seterusnya menyingkirkan pasukan Liverpool..Sebab itulah bagi musim ini persaingan lebih sengit bakal berlaku..Tambahan pula, kelab bolasepak terkaya dunia, Manchester City berjaya memancing beberapa pemain ternama dunia untuk menyarung jersi pasukan yang bergelar "The Citizens" itu bagi musim ini seterusnya berpotensi untuk merangkul kejuaraan EPL..Tidak ketinggalan juga pasukan lain seperti Aston Villa dan Everton yang mempamerkan prestasi memberangsangkan pada musim lepas..


Berikut merupakan senarai bintang baru yang mewarnai EPL bagi musim ini:-
David Silva - Valencia ke Manchester City
Yaya Toure - Barcelona ke Manchester City
Marouanne Chamakh - Bordeaux ke Arsenal
Javier Hernandez - Guadalajara ke Manchester United
Nikola Zigic - Valencia ke Birmingham City
Milan Jovanovic - Standard Liege ke Liverpool
Jerome Boateng - Hamburg SV ke Manchester City
Ramires - Benfica ke Chelsea
Christian Poulsen - Juventus ke Liverpool
Alexander Kolarov - Lazio ke Manchester City
Mario Balotelli - Inter Milan ke Manchester City
Laurent Koscielny - Lorient ke Arsenal



Senarai pemain yang bertukar kelab dan masih bermain di EPL pada musim ini:-
Joe Cole - Chelsea ke Liverpool
Phillipe Senderos - Arsenal ke Fulham
Ben Foster - Manchester United ke Birmingham City
Martin Petrov - Manchester City ke Bolton
Sol Campbell - Arsenal ke Newcastle United
Kenwyne Jones - Sunderland ke Stoke City
James Milner - Aston Villa ke Manchester City
Yossi Benayoun - Liverpool ke Chelsea


Senarai pemain yang berhijrah ke liga lain:-
Michael Ballack - Chelsea ke Bayer Leverkusen
Eduardo - Arsenal ke Shakhtar Donetsk
Albert Riera - Liverpool ke Olympiacos
Deco - Chelsea ke Fluminense
Ricardo Carvalho - Chelsea ke Real Madrid


Senarai pemain antarabangsa dari liga lain yang bertukar kelab:-
David Villa - Valencia ke Barcelona
Raul Gonzales - Real Madrid ke Schalke 04
Sami Khedira - Stuttgart ke Real Madrid
Thierry Henry - Barcelona ke New York Redbull
Luca Toni - AS Roma ke Genoa
Rafael Marquez - Barcelona ke New York Redbull





Sami Khedira

Selasa, 10 Ogos 2010

Harapan Ramadhan - Raihan & Man Bai



Ku mengharapkan Ramadhan,
Kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui,
Dengan sempurna.

Selangkah demi selangkah,
Setahun sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada,
Di bulan Ramadhan semula.

Puasa satu amalan,
Sebagaimana yang diperintah-Nya,
Moga dapat ku lenturkan,
Nafsu yang selalu membelenggu diri,
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja,
Tuhan pimpinlah daku yang lemah,
Mengharungi segalanya dengan sabar,
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan,
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan.

Selangkah demi selangkah,
Dengan rahmatmu oh Tuhanku,
Ku tempuh jua.

Kelebihan setiap malam Solat Tarawih





Berikut merupakan senarai kelebihan setiap malam solat tarawih:
  1. Keluar dosa orang Mukmin seperti mana dia baru dilahirkan. Ini bermakna dia diampunkan oleh Allah segala dosanya.
  2. Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya.
  3. Malaikat di bawah Arasy berseru supaya terus melakukan solat Tarawih.
  4. Mendapat pahala seperti pahala membaca kitab Zabur, Taurat, Injil dan Quran.
  5. Mendapat pahala bersolat di Masjid Haram di Makkah, Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin.
  6. Mendapat pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur. Batu-batan dan tanah mendoakan agar diampunkan dosanya.
  7. Mendapat pahala orang yang berjuang bersama Nabi Musa a.s. melawan Firaun dan Haaman.
  8. Mendapat pahala Tarawih seperti pahala Nabi Ibrahim a.s.
  9. Pahala dan mutu ibadat seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Keluar dari dunia iaitu mati dalam keadaan bersih daripada dosa.
  12. Pada hari kiamat, mukanya bercahaya.
  13. Pada hari kiamat, aman sentosa daripada kejahatan dan keburukan.
  14. Malaikat bersaksi bahawa dia bersolat Tarawih.
  15. Semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursi berselawat dan mendoakannya.
  16. Terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Pahala bertarawih seperti pahala para Nabi a.s.
  18. Malaikat berseru: "Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan kepada kedua ibu bapa engkau."
  19. Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus.
  20. Mendapat pahala mati syahid dan orang soleh.
  21. Dibina sebuah istana dalam syurga daripada nur (cahaya).
  22. Pada hari kiamat, aman daripada dukacita, kerisauan dan huru-hara Padang Mahsyar.
  23. Dibina sebuah bandar dalam syurga daripada nur (cahaya).
  24. Diberi 24 doa yang mustajab (diterima oleh Allah)
  25. Dilepaskan daripada seksa kubur.
  26. Pahala 40 tahun beribadat.
  27. Ganjaran melintas titian Siratul Mustaqim sepantas kilat.
  28. Diberi seribu darjat di akhirat.
  29. Mendapat pahala seribu haji mabrur (yang diterima Allah).
  30. Penghormatan daripada Allah dengan firman-Nya:

"Wahai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buah yang engkau ingin di dalam syurga, mandilah engkau daripada air syurga Salsabila, dan minumlah daripada air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama "al-Kauthar".

Salam Ramadhan 1431 Hijrah





Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini diucapkan kepada:-
  • mak, abah, Kak Long, Abg Yo, De, Ateh, Anjang, Kak Nuris, Kak Ema, Azrai, n Imdad (first year..hehe)

  • kawan2 masa zaman sekolah ; Tabika KEMAS (1994), SKBG (1995-1999), SKJP2 (2000), Ma'ahad SAS (2001-2005)

  • Kawan2 dari IPG Perlis (2006-2011)

  • Saudara-mara yang menetap di sekitar Jerantut, Kuala Krau, Jengka dan Temerloh..

  • Insan2 yang mengenali diri ini...


Di bulan yang diberkati inilah medan yang terbaik untuk kita semua mentarbiah diri kita dan mengabdikan diri dengan sepenuh hati kepada Yang Maha Esa..Ikhlas dan bertekadlah dalam memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia..Rebutlah peluang berbentuk ganjaran pahala yang berlipat kali ganda seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang senantiasa melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini..Semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 makna dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini..Entah kita boleh bertemu lagi atau tidak bulan Ramadhan pada tahun hadapan..Wallahua'lam..

Ahad, 8 Ogos 2010

Kekal cergas sepanjang berpuasa

Antara rahsia untuk kekal cergas sepanjang berpuasa ialah :
  • Amalkan prinsip pemakanan seimbang, sederhana dan mengikut saranan pengambilan harian (RDA) bagi memastikan berat badan tidak bertambah menjelang hari raya, dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dibolehkan memakan makanan dan minuman yang manis tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

  • Minuman terbaik ialah air masak. Lebih banyak meminum air masak ia lebih baik untuk kesihatan. Untuk bulan puasa disarankan meminum air sebanyak tujuh hingga lapan gelas air sehari.

  • Kurangkan minum air manis kerana ia akan menyebabkan kita cepat letih keesokan harinya.

  • Masalah keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.

  • Mulakan berbuka dengan kurma kerana ketika berbuka, kandungan gula dalam badan sangat rendah. Kurma mengandungi banyak karbohidrat dalam bentuk gula ringkas yang akan memberi tenaga segera kepada badan.

  • Mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran mengelakkan makanan bergoreng dan banyak lemak, sebaliknya memilih sajian yang dimasak secara kukus, rebus, stew, bakar atau panggang.

  • Elak makan selepas selesai menunaikan solat tarawih kerana badan tidak mempunyai cukup masa menghadamkan makanan sebelum kita tidur.

  • Lakukan senaman seperti berjalan selama 20 - 30 minit sehari dan lanjutkan senaman dengan solat tarawih. Senaman sebenarnya akan memberi kita tenaga dan membuat badan berasa lebih segar.

Berpuasa hati, keinginan zahir dan batin..

Cuma tinggal tiga hari saja lagi Ramadan bakal menjelma, sekali gus menyaksikan pemergian Syaaban. Sebagaimana kita maklum, apabila tiba Ramadan, diwajibkan ke atas setiap umat Islam untuk berpuasa pada siang hari dan berbuka apabila tiba waktunya.

Berpuasa pada Ramadan bukan sekadar satu tuntutan, sebaliknya termaktub ia satu daripada lima perkara yang dituntut dalam Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menunaikan haji ke Makkah bagi yang mampu dan menunaikan zakat.

Perintah ini jelas dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183: "Wahai orang2 yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 yang dulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Rasulullah SAW juga bersabda: "Apabila tibanya Ramadan, Allah SWT membuka pintu langit, pintu segala kebaikan, pintu rahmatnya kepada umat Islam dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Dengan terbenamnya fajar menandakan kedatangan Ramadan, dibelenggu setiap jin dan syaitan bagi memudahkan umat Islam berpuasa tanpa gangguan."

Berdasarkan ayat ini Rasulullah SAW mengingatkan bahawa tiada alasan bagi umat Islam meninggalkan amal ibadat berikutan ditutup oleh Allah SWT setiap tipu daya jin, syaitan dan iblis laknatullah. Sebaliknya, yang tinggal hanya tipu daya serta hasutan nafsu individu itu sendiri.

Bagi yang memuliakan bulan ini dengan berpuasa dan bersedekah, menghidupkan rumah Allah dengan bacaan al-Quran serta menghidupkan malam dengan ikhlas mengingati Allah, mereka dilimpahi oleh Allah dengan rahmatnya.

Namun Rasulullah SAW juga menyatakan apabila tiba Ramadan, umat Islam yang berpuasa akan terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang berpuasa dan mendapatkan rahmat serta keredhaan Allah SWT dengan pelbagai ganjaran manakala selebihnya hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa apa-apa pahala serta ganjaran dari-Nya.

Perkara ini juga pernah dinyatakan oleh Imam Ghazali yang membahagikan puasa kepada tiga peringkat iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa istimewa.

Menurutnya, puasa umum adalah apabila seseorang itu berpuasa sekadar menghindarkan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwat, manakala puasa khusus pula puasa orang yang menahan pancaindera daripada melakukan dosa.

Sebaik-baik puasa bagi umat Islam adalah puasa ketiga iaitu puasa istimewa, di mana apabila melakukan puasa itu dia melaksanakan sebagaimana puasa umum dan khusus di samping menjaga hati daripada keinginan zahir serta batin.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Piala Perisai Komuniti 2010/2011




Musim baru bolasepak antarabangsa akan bermula tidak lama lagi. Bagi Liga EPL, aksi pemanas badan akan bermula pada hari Ahad ini, perlawanan bagi merebut Piala Perisai Komuniti musim 2010/2011 yang menyaksikan dua kelab terunggul EPL, Chelsea dan Manchester United bertarung sesama sendiri di Stadium Wembley..Kedua-dua pasukan ini juga pernah bertemu pada musim lepas yang menyaksikan pasukan Chelsea berjaya menewaskan Manchester United menerusi sepakan penalti 4-1 selepas terikat 2-2 seterusnya merangkul piala yang dikenali juga sebagai F.A Community Shield Cup ini..Berlainan pada perlawanan hari Ahad ini yang mungkin menyaksikan kedua-dua pasukan menampilkan pemain-pemain baru..Chelsea misalnya memiliki pemain baru seperti Ramires yang pernah beraksi dengan pasukan Benfica dan Yossi Benayoun, pemain kelahiran Israel dan pernah bermain untuk pasukan Liverpool.. Manchester United pula dijangka menurunkan pemain yang baru dibeli, Javier Hernandez untuk bergandingan dengan Wayne Rooney bagi mempertajamkan jentera serangan pasukan mereka.

Berikut merupakan senarai pasukan yang paling banyak memenangi Piala Perisai Komuniti ini :-
Manchester United = 13
Arsenal = 11
Liverpool = 10
Everton = 8

Jumaat, 6 Ogos 2010

Layanzz 3!!!

The A-Team (2010)



Filem ini merupakan remake dari filem asal The A-Team pada tahun 1983.. Mengisahkan 4 orang bekas unit khas tentera Amerika Syarikat yang ingin membersihkan nama mereka selepas dilabel sebagai penjenayah perang oleh kerajaan negara mereka sendiri..Dibintangi Liam Nesson, Bradley Cooper dan Jessica Biel..Seronok bler tengok filem nie..sebab 4 orang pelakon lelaki utama masing2 ada kelebihan yang tersendiri..pakar dalam membuat senjata atau gajet yang ada kaitan dengan bidang ketenteraan..





Little Big Soldier (2010)


Filem aksi pengembaraan dan komedi ini merupakan filem kerjasama negara China dan Hong Kong..Mengisahkan seorang askar berpangkat rendah (Little Soldier) lakonan Jackie Chan dan seorang jeneral muda (Wang Lee Hom) dari negara musuh yang terselamat dalam pertempuran yang melibatkan beribu-ribu askar dari kedua-dua negara..juga seekor kuda yang terselamat..Little Soldier mengambil keputusan untuk menculik jeneral serta membawa balik ke negaranya seterusnya mendapat ganjaran..Ending citer nie tak best..Jackie Chan mati setelah ditikam@ dipanah secara beramai2 oleh askar..kesian..hehe..





14 Blades (2010)


Merupakan filem remake Hong Kong pada tahun 1984 yang berjudul Secret Service of The Imperial Court..bergenre action-thriller..seronok melihat kehebatan Donnie Yen dalam berkungfu..pelakon lain dalam filem ini ialah aktres, Zhao Wei..







Belukar (2010)


Filem ini merupakan arahan sulung seorang aktor bangsa Cina, Jason Chong..Teraju utama filem ini ialah aktor Bront Palarae dan aktres kelahiran Sabah, Daphne Iking..sememangnya satu tindakan yang berani kerana menggandingkan dua pelakon yang masih hijau di persada seni..em, ok la citer nie..ada unsur2 suspen gak..ending citer nie pun menarik..hampir keseluruhan filem ini berlatarbelakangkan negeri Sabah..pelakon dalam filem nie pun ramai dari negeri Sabah macam Yazer dan Ekin (AF3)..Rasa kesian sebab filem nie tak laku..mungkin sebab kurangnya promosi kot..produksi yang buat filem nie pun merupakan produksi yang baru..xberpengalaman..maybe sebab tu kot filem nie tak berapa laku..





Race to Witch Mountain (2009)


Filem nie pun merupakan filem remake pada tahun 1975 yang berjudul Escape to Witch Mountain..Filem nie merupakan filem terbitan Syarikat Walt Disney..Bergenre Sci-Fiction..Dibintangi oleh Dwayne Johnson aka The Rock..Mengisahkan seorang lelaki, Jack Bruno (The Rock) yang bekerja sebagai pemandu teksi di bandar Las Vegas..Pada suatu hari, Jack Bruno menumpangkan dua orang penumpang kanak2 yang juga merupakan adik-beradik di dalam teksinya..Dipendekkan cerita, dua orang penumpang kanak2 tersebut sebenarnya adalah makhluk asing..Mereka datang ke bumi untuk melarikan diri daripada diburu oleh musuh dari planet mereka..






Toy Story 3 (2010)



Filem ketiga Toy Story ini menyusul selepas filem Toy Story (1995), dan Toy Story 2 (1999)..Filem kerjasama antara syarikat Walt Disney dan Pixar ini lebih mantap daripada siri2 yang terdahulu..jalan citer yang menarik serta penambahan watak2 baru yang pelbagai aneka ragam..Musuh pun baru gak..Latso, anak patung beruang..dari segi luaran nampak macam baik, padahal dia ada rancangan jahat untuk menguasai Woody, Buzz Lightyear and da gang..Andy, tuan Woody pun dah besar..nak masuk universiti..ending citer nie diorang dapat tuan yang baru..jiran Andy yang masih kecil..hehe..

Rabu, 4 Ogos 2010

Otak




Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisis maklumat dan kemudiannya menghantar perutusan pada badan yang mengawal fungsi dan tindakan. Otak mengingati pengalaman lepas dan merupakan punca fikiran, mood serta emosi. Otak mampu menjadi sangat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 billion neuron setiap satunya bersambung dengan hampir 10000 neuron yang lain. Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Terkandung dalam kepala melalui saraf kranial dan berhubung dengan saraf tunjang melalui saraf belakang. Gentian saraf yang menghantar isyarat dari otak dikenali sebagai gentian efferent. Saraf boleh menjadi afferent, efferent atau campuran. Otak juga bertanggungjawab mengawal postur dan pergerakan. Membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk pembelajaran, otak juga mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik tanpa memerlukan kesedaran seperti menyelaras sistem deria, berjalan dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair dan suhu badan. Manakala serebelum pula mengawal keseimbangan dan pergerakan. Tanpanya, pergerakan tidak dapat diselaraskan.

Ahad, 1 Ogos 2010

Adab Berdoa




Sebelum
  • Sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubatlah juga kepada Allah.
  • Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
  • Menghadap kiblat jika tiada halangan.
  • Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan sebagainya.
  • Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain-lain.
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
  • Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
  • Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
  • Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.

Semasa
  • Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
  • Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
  • Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
  • Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
  • Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
  • Ulangi doa yang dibaca.
  • Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
  • Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat (al-jami').
  • Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.

Selepas
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  • Mengaminkan doa yang dibacakan.
  • Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
  • Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails