Ahad, 28 November 2010

Cinta Membawa ke Syurga

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah SAW tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula, "Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"

Orang Badwi itu menjawab, "Aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu."

Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah SAW terus bersabda yang bermaksud: "Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."

Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat - kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti. Sebaliknya, alangkah malangnya jika kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!

Itulah peri agung dan pentingnya cinta. InsyaAllah orang Badwi yang mencintai Rasulullah SAW itu akan bersama Junjungan Mulia di dalam syurga. Ya, kita akan sentiasa bersama dengan orang yang kita cintai semasa di dunia dan di akhirat nanti. Itu merupakan kepastian yang diberikan oleh Rasulullah SAW sendiri. Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah. Firmannya yang bermaksud: "Sesiapa yang mencintai Allah, maka ikutlah aku." (Surah Ali 'Imran 3: 31)

Khamis, 25 November 2010

Happy Holiday 2010

Terserempak dengan Ezani





Peristiwa nie berlaku masa saya ingin menunaikan sembahyang Jumaat pada minggu lepas ( 19 Nov 2010 ) di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Perlis..

Fotograf - Luka Seribu Rindu



Api dah menjadi bara,
Bara menjadi debu,
Mawar indah nan setangkai,
Layu dan berguguran.

Begitulah ibarat cinta,
Terjalin sementara,
Madu tak sempat kurasa manisnya,
Pahit berganti,
Terpaksa ku telan jua.

Aku bagaikan tawanan,
Di dalam perang rindu,
Asyik berganti derita,
Cinta tak kesudahan.

Mesranya tingkahmu,
Di samping dirinya,
Menambah luka di hatiku,
Senyumanmu di samping orang ketiga,
Bagaikan sembilu,
Menusuk di hatiku.

Hatiku sakit tak tertahan lagi,
Kasih sudahnya begini,
Cinta murni nan sejati,
Ke manakah hala,
Yang akan ku bawa,
Hati sarat luka seribu rindu,

Dia yang menanti,
Setiaku menunggu,
Tapi kepadanya kau pergi.





Al-Fatihah untuk Shamrin Fotograf




Shamrin atau nama sebenar Mohd Shamrin Abd Samad, berusia 45 tahun merupakan penyanyi utama kumpulan Fotograf..arwah meninggal dunia pada 11 November yang lalu kerana sakit jantung semasa bermain bola sepak bersama rakan2 nya..arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandungkan anaknya yang ketiga serta empat orang anak, dua daripadanya merupakan anak bersama bekas isteri yang pertama..Balunya berhajat memberi nama Shamrin kepada anak ketiga yang dikandungnya sebagai memperingati arwah Shamrin..kumpulan Fotograf pernah popular dengan lagu hits seperti Di Alam Fana Cinta dan Luka Seribu Rindu..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..al-Fatihah..

Hari Raya Korban


Gambar hiasan



Salam..nak kongsi sket pengalaman semasa menyambut raya korban @ haji pada minggu lepas bersamaan 17 November 2010..saya menyambut di Bandar Jengka, Pahang..raya korban tahun nie 'special' sket coz keluarga ada beli seekor lembu nak wat korban dan aqiqah tuk anak sedara perempuan yg baru lahir..semua famili terlibat masa tu..tak terkecuali jiran tetangga dan sanak saudara pun terlibat juga..pada hari tersebut saya terlibat sama membantu dan menyaksikan lembu untuk korban disembelih..pengalaman berharga tu..selepas selesai sembelih, kami menyiang daging korban seterusnya mengagihkan kepada mereka2 yang terlibat..

Happy Birthday Savvy..




23 November 2010 genap setahun Proton Savvy berkhidmat dengan aku..

Ahad, 21 November 2010

Peristiwa banjir di I3P tahun 2010




Sekadar imbasan semula..peristiwa banjir ini berlaku sejurus sahaja kejadian alam puting beliung berlaku di kawasan Jejawi, Perlis..lebih daripada seminggu peristiwa ini berlaku di negeri seperti Perlis dan Kedah..Beberapa daerah di negeri Kelantan juga dilanda banjir ketika itu..Ketiga-tiga daerah di Perlis iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau masing2 terkena dek tempias banjir ini termasuk IPG Kampus Perlis yang terletak di Behor Pulai, Kangar..Banjir yang berlaku ini juga merupakan banjir yang terburuk melanda negeri Perlis selepas kali terakhir berlaku pada tahun 2005..Semasa mula2 banjir sekitar 29 Oktober 2010, saya tiada di Perlis kerana pulang ke kampung halaman di Pahang..Alhamdulillah, sekarang sudah menjadi seperti keadaan asal..menurut jangkaan selepas ini akan berlaku banjir di negeri2 lain pula seperti Johor dan Pahang..wallahualam..

Sabtu, 20 November 2010

Puting beliung di Perlis





Sekadar imbasan semula..Kejadian alam ini berlaku pada hari Sabtu, 28 Oktober 2010 di Jejawi, Perlis..Gambar yang tertera di atas ini dirakamkan di kawasan IPG Kampus Perlis..Menurut junior saya, dia juga sempat melihat kejadian tersebut di dalam biliknya di asrama dan sempat merakam peristiwa tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya..Difahamkan pada waktu kejadian itu berlaku, ia memberi kesan kepada penduduk di kawasan taman yang terbabit..juga merupakan petanda akan berlakunya banjir selepas itu..em, mungkin ini merupakan peringatan Allah SWT kepada kita yang lalai kepada-Nya..sudah tentu ada hikmah di sebalik peristiwa ini berlaku..wallahualam..

Aktif semula berblog..




Ini merupakan post pertama yang saya tulis dalam bulan November 2010..em, bukan disebabkan tiada idea tapi ada sebab yang membataskan penulisan saya di dalam blog ini..sebabnya ialah masalah yang melanda laptop saya pada awal bulan nie..jenama Acer..tak dapat nak on sebab keypad on tercabut..baru hari nie laptop saya dihantar ke Lowyat untuk diperbaiki..kosnya em boleh tahan..Alhamdulillah, boleh on macam biasa..lepas nie boleh la aktif semula berblog..hehe:-)

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails