Jumaat, 31 Disember 2010

Happy New Year 2011




Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2011 yang akan tiba tidak lama lagi..Semoga tahun 2011 lebih memberikan 1001 makna kepada setiap insan yang masih hidup di muka bumi ini termasuk la diri saya..InsyaAllah..

Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia..




Buat julung-julung kalinya pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki yang bermula pada 1 Disember dan berakhir pada hari semalam, 29 Disember 2010. Walaupun tewas 1-2 pada aksi final kedua ketika menentang pasukan Indonesia, tetapi pasukan Malaysia telah dinobatkan juara pada edisi kali ini selepas memenangi aksi final pertama dengan kemenangan bergaya 3-0 sekaligus menyaksikan agregat memihak kepada Malaysia 4-2..Antara pemain Malaysia yang menyerlah di aksi final ini ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, kapten pasukan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaring gol terbanyak kejohanan iaitu Safee Sali..Dengan pencapaian yang penuh membanggakan yang ditonjolkan oleh pasukan Harimau Malaya nie tidak mustahil kedudukan ranking dunia akan berubah seterusnya mampu menyaingi gergasi Asia yang lain seperti Korea Selatan, Jepun dan Australia..Harapan penyokong Malaysia sudah semestinya mahukan pemain bolasepak kebangsaan beraksi dengan konsisten pada setiap kejohanan besar di masa hadapan seterusnya menjulang nama Malaysia ke persada antarabangsa..

Khamis, 23 Disember 2010

Cermin Mata Marmaduke







P/S : TQ Karangkraf..

Inter Milan juara Piala Kelab Dunia 2010


Maicon & Ivan Cordoba




Juara Eropah 2010, Inter Milan memenangi Piala Kelab Bola Sepak Dunia setelah menewaskan kelab yang menjuarai benua Afrika, TP Mazembe dengan kemenangan 3-0 menerusi jaringan Goran Pandev, Samuel Eto'o dan Jonathan Biabiany pada 19 Disember yang lalu. Perlawanan akhir itu telah berlangsung di Abu Dhabi.

MLTR - Love Will Never Lie



Nothing can stop emotions,
That run down the sides of your face,
Wish I could change this moment to,
Another time and place.

Nothing you say can move me,
I've chosen the road that I'm on,
I have to join the fight for freedom,
Until the war is won.

We will keep the faith between us,
If we only try,
We will keep the truth inside us,
Love will never lie.

Someone will always here you,
Care about you when you cry,
But no one can hear my heart is breaking,
As I say goodbye.



Selasa, 14 Disember 2010

Plants vs Zombies 1..








P/S : Dah abis main game nie..pasni nak main game siri kedua pulak..hehe..

Ahad, 12 Disember 2010

Al-Fatihah..


Gambar hiasan



Bacaan Ummul Furqan al-Fatihah disedekahkan kepada Allahyarham Pak cik Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Pokta yang baru sahaja menyambut seruan Ilahi akibat serangan jantung pada pukul 12.30 pagi tadi bersamaan 12 Disember 2010..Arwah merupakan jiran kami yang menetap di Bandar Jengka..Rumahnya berada di hadapan rumah kami..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin..


Jumaat, 10 Disember 2010

Genap 11 tahun menetap di Bandar Jengka..





8 Disember 1999 - 8 Disember 2010..

Rabu, 8 Disember 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Taman Herba


Pelan Lokasi Rimba Herba Perlis




Letaknya hanya beberapa kilometer dari Taman Ular dan juga bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer. Taman Herba ini merangkumi kawasan seluas 12 hektar. Ianya ditubuhkan oleh Pejabat Perhutanan Perlis pada tahun 1998. Ia dibuka kepada orang awam pada tahun 1999. Taman ini kini berfungsi sebagai "muzium etnobotani" dan juga sebagai takungan gen bagi kebanyakan sumber tumbuhan yang boleh didapati di negara ini.

Taman Herba negeri Perlis merupakan satu projek Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di dalam usaha untuk mempelbagaikan potensi tumbuhan herba supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi pada masa kini dan akan datang. Limpahan keaslian herba ini telah menjadi inspirasi kepada penyelidik taman ini untuk mengetahui warisan dan kemujaraban sistem perawatan tradisional yang telah diamalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu. Sesungguhnya herba merupakan ubat untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit.

Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini, tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini. Sehingga tahun 2000, koleksi tumbuh-tumbuhan di Taman Herba telah menjangkau sehingga 600 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.

Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar tumbuh-tumbuhan ubatan serta khasiatnya yang terdapat di Taman ini:





Lidah ayam - untuk mengubati penyakit kayap.





Mengkuang tikus - untuk mengubati penyakit batu karang.





Paku raya - untuk mengubati luka.






Ekor ayam - untuk memulihkan tenaga batin.






Anjing tinggong - untuk memulihkan tenaga batin.






Pecah kaca @ Bayam karang - untuk mengubati kanser payu dara.






Mas Cotek - kegunaan wanita selepas bersalin.






Bunga Kertas - keputihan, melancarkan perjalanan haid.






Panas Bulan Lima - sebagai perancang keluarga.







Selasa, 7 Disember 2010

Taman Ular dan Reptilia




Taman Ular dan Reptilia ini dikelilingi Hutan Simpan Bukit Bintang berhampiran Sungai Batu Pahat yang terletak 10 km ke utara bandar Kangar iaitu ibu negeri Perlis.

Ia merupakan sebuah pusat kaji selidik yang ditubuhkan bagi menghasilkan penawar bagi bisa ular. Pusat ini merupakan satu-satunya taman ular di Malaysia yang mempunyai lebih dari 20 spesies ular serta buaya dan biawak.

Di bawah ini disertakan beberapa gambar ular, biawak dan buaya.
































Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails