Isnin, 31 Januari 2011

Selamat Hari Lahir - Januari 2011





Assalamualaikum..em, sekejap rasanya bulan Januari akan berlalu pergi..Esok bermulanya pula bulan Februari..Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Sanah Helwah kepada beberapa nama yang saya kenali yang lahir pada bulan Januari..Semoga Allah SWT merahmati kehidupan kalian di dunia dan akhirat..InsyaAllah..


Mohd Ismail - 1 Januari
Khairul Syafiq - 7 Januari

Mohd Shahir - 7 Januari
Nurul Ain - 13 Januari

Nik Najmiah - 13 Januari
Nurislamiah (Kak Nur) - 14 Januari
Hasmeera - 16 Januari

Zuraidah - 16 Januari
Mohd Firdaus - 18 Januari

Mohd Kamaruzzaman - 22 Januari
Nurul Atiyah - 22 Januari

Zul Ajmal - 22 Januari
Mohd Sofi - 22 Januari

Mohammad Amir - 23 Januari
Hanis Syazwani - 23 Januari
Nurliyana - 27 Januari

Aiz Zuriati - 31 Januari
Lina - 31 Januari

Para-Para Sakura (2001)


Filem dari Hong Kong yang bercorak muzikal ini ditayangkan di pawagam sekitar tahun 2001..Pada tahun 2003, buat pertama kali ia ditayangkan di stesen televisyen swasta tempatan, TV3 bersempena Tahun Baru Cina ketika itu..Mengisahkan seorang lelaki yang mengalami masalah buta warna dalam hidupnya dan bekerja sebagai guru tari..Memandangkan dia seorang guru tari jadi sudah semestinya pakar dalam pelbagai jenis tarian termasuklah tarian "Para-Para"..Pada suatu hari, lelaki tersebut terserempak dengan seorang wanita yang mana ketika itu wanita tersebut melarikan diri daripada bodyguard nya..Pada masa yang sama lelaki tersebut mula lah jatuh cinta dengan perempuan tersebut..kiranya cinta pandang pertama la nie..hehe..dipendekkan cerita sebenarnya perempuan tersebut sudah pun bertunang..ending citer nie, perempuan tu merangkap heroin bercerai dengan suami dia yang dianggap sebagai abang sahaja..sebab sebenar mereka kahwin hanya kerana membantu syarikat keluarga mereka agar sama2 naik..heroin tersebut pun ingin bersama dengan guru tarian merangkap hero..Lakonan Aaron Kwok dan Cecilia Cheung..






Perkara menarik menerusi filem nie ialah mesej yang ingin disampaikan; berkaitan dengan keyakinan diri..Walaupun lelaki tersebut buta warna tetapi cekal dalam menjalani kehidupan sebagai guru tari..Pada satu ketika dia pernah berasa rendah diri disebabkan kekurangan yang ada pada dirinya serta merasakan bahawa dia tidak sesuai dengan perempuan tersebut..Tetapi dia memberanikan diri meluahkan perasaannya kepada wanita terbabit ketika majlis perkahwinan berlangsung di Jepun..Sebenarnya heroin cuma nak tahu isi hati hero kepada dirinya..mesej lain ada berkaitan dengan nilai persahabatan, kasih sayang dan takde insan yang perfect dalam dunia nie..yang tak bestnya memang jiwang jugak la citer nie..huhuhu..

Ahad, 30 Januari 2011

Jepun - Juara Piala Asia 2011



Pasukan yang diberi jolokan "The Blue Samurai" berjaya menewaskan Australia dengan kemenangan 1-0 menerusi jaringan pemain gantian, Tadanari Lee..Kejayaan tersebut membolehkan pasukan Jepun menjuarai Piala Asia buat kali keempat..Kejohanan Piala Asia 2011 ini telah berlangsung di Doha, Qatar..Pada edisi 2007, Piala Asia telah dimenangi oleh pasukan Iraq..Bagi satu lagi perlawanan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pula telah dimenangi oleh pasukan Korea Selatan yang menewaskan pasukan Uzbekistan dengan kemenangan 3-2..





Tadanari Lee menjaringkan gol kemenangan pasukan Jepun.

Isnin, 24 Januari 2011

Berwajah baru




Alhamdulillah niat hendak menukar background blog ini terlaksana jua..Bukannya apa, dah dua tahun lebih background yang sama je..terdetik juga perasaan jemu menatap blog nie x berubah2 dari segi background..So, nak buat kelainan sket untuk tahun nie dan buat keputusan nak tukar background baru..feel pun rasa baru jugak..em, mana la tau dalam masa terdekat nie nak tukar lagi background yang lebih cantik..tuan empunya badan la yang akan tentukan..hehe..

Jumaat, 21 Januari 2011

Dilema Berakhir..

Akhirnya beban yang ku tanggung sudah pun berakhir pada minggu lepas..Al-kisahnya saya dipertanggungjawabkan oleh pensyarah dan rakan2 untuk menguruskan satu Program Lawatan ke Indonesia pada tahun ini yang mana kami dijangka akan menaiki kapal terbang Syarikat Air Asia dan akan pergi ke Acheh atau Jakarta..Setelah bersilih ganti tarikh sebenar kami akan berlepas, keputusan muktamad telah memutuskan pada akhir tahun ini iaitu sekitar bulan 12 program ini dapat direalisasikan dengan memilih destinasi Acheh untuk tempat yang akan dilawati..




Pada mulanya saya telah pun bersetuju untuk menguruskan serta mengikuti program ini..Akan tetapi disebabkan faktor masa, maka saya terpaksa memberitahu pensyarah bahawa saya tidak dapat menyertainya..Alasan?? Banyak sebenarnya..Lebih2 lagi faktor kewangan..Kebiasaannya, guru baru yang akan di"posting" di serata Malaysia tidak akan mendapat elaun lebih kurang 3 bulan..Lepas tu barulah dapat merasa gaji pertama yang diberi "selonggok" terus..Atas alasan itu sebenarnya saya menolak untuk pergi ke Indonesia..Yela..kos pun mencecah ratusan ringgit..Memang saya akui saya begitu teringin pergi ke luar negara, teringin menaiki kapal terbang..tetapi apakan daya, ia dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini..so, kena la jugak berjimat untuk kesenangan di masa hadapan..Ada juga faktor lain sebenarnya kenapa saya tak mahu pergi..Biasanya pada waktu cuti akhir tahun, saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan2 lama..Insyaallah juga pada hujung tahun ni saya ingin mencari guru agama bagi mempelajari ilmu agama..lebih2 lagi ilmu berkaitan akidah..nak memantapkan lagi diri ini dalam ilmu tersebut..atas sebab tu juga sebenarnya saya berat hati nak pergi Indon..






Sebagai seorang manusia biasa, saya hanya mampu merancang aktiviti2 yang akan dilakukan di kala cuti sekolah tetapi Allah SWT yang menentukan segala2 nya..Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terjadi pada masa akan datang melibatkan semua makhluk ciptaan-Nya yang bernama manusia merangkumi rezeki, ajal dan jodoh..Ehem2..Jodoh?? Begitu mengharapkan insan yang solehah untuk membimbing diri ini ke jalan yang diredhai-Nya..InsyaAllah..

Khamis, 20 Januari 2011

Ulser Mulut






Masuk arini dah 3 hari sakit ulser mulut..Kali ini bukan berlaku seperti kebiasaan iaitu 1 tempat je..tapi pada 3 tempat yang berbeza..sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu..bila difikirkan semula, maybe sebagai satu bentuk 'kaffarah' ataupun penghapus sesuatu dosa yang telah dilakukan..InsyaAllah..di sini disertakan beberapa perkara yang berkaitan dengan penyakit ulser mulut ini..


Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan ia menyakitkan buat si pesakit.


Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
  • stres
  • perubahan hormon
  • jangkitan kuman
  • kekurangan zat makanan
  • alahan
  • radioterapi
  • kimoterapi

Tanda-tanda (simptom) :
  • rasa membakar dalam mulut
  • kesakitan
  • tidak selesa
  • hilang selera makan
  • demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.


Cara mengubati penyakit ulser mulut:
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

Sabtu, 15 Januari 2011

Mudarat Kesihatan Jika Menghidupkan Air-Cond Sebaik Menaiki Kereta

Dilarang menghidupkan air-cond sebaik menaiki kereta...!!



Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan air-cond. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa dan pewangi udara akan menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser. Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukimia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.






Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan keadaan tingkap tertutup akan menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah Fahreinheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan. Dan penumpang yang berada di dalam kereta akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.







Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam kereta beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati. Ia juga akan menyukarkan pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

Selasa, 11 Januari 2011

Lionel Messi - Pemain Terbaik Dunia 2010





Lionel Messi berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia buat kali kedua berturut-turut ekoran daripada prestasi menakjubkan yang ditonjolkannya ketika beraksi bersama pasukan Barcelona..Beliau menewaskan dua pemain yang berpeluang memenangi gelaran tersebut, juga merupakan rakan sepasukan kelab Barcelona iaitu Xavi dan Andres Iniesta..Walaupun Messi gagal membantu pasukan Argentina bagi menjuarai Piala Dunia 2010 serta tidak menghasilkan sebarang gol sepanjang kejohanan tersebut diadakan, tetapi prestasi yang cemerlang ketika beraksi bersama pasukan Barcelona dengan meledak sebanyak 58 gol sepanjang musim lepas membolehkan Messi memenangi anugerah tersebut yang diadakan pada setiap tahun..

Ahad, 9 Januari 2011

Layanzzzz 6


Kapoww (2010)



Bagi saya filem nie memang menarik kerana ia menampilkan superhero2 bercirikan Malaysia..Pelakon utama filem ini adalah Zizan Raja Lawak yang memegang watak sebagai Atoi, seorang pemuda yang ingin menjadi superhero seterusnya terkenal di dunia..Malangnya, selepas Atoi dikurniakan dengan kuasa petir, perangai Atoi berubah menjadi bongkak dan derhaka kepada ibunya..Ending filem nie, si Atoi insaf sebab dipulau oleh masyarakat dan ibu, makwe serta kawan baiknya telah diculik oleh penjahat yang bernama Alakazambo @ Faibo...pastu si Atoi pun lawan la ngan si Alakazambo tu dan menang..Antara barisan pelakon2 lain ialah Awie, Lisa Surihani, Ngasrizal Ngasri dan Khir Rahman..Kalau tak silap saya, filem nie gagal mencatatkan kutipan box-office..Ia menyebabkan pengarah, Azizi Chunk Adnan give up seterusnya tidak mahu lagi mengarah filem selepas ini..Lagi satu sebab yang munasabah kenapa filem ini gagal di pasaran kerana jadual tayangan filem ini serentak dengan filem Lagenda Budak Setan..







Case 39 (2010)



Filem lakonan Renee Zelweger nie merupakan sebuah filem seram..Watak jahat atau antagonis dalam citer nie dipegang oleh pelakon kanak-kanak perempuan aka hantu dalam citer nie..Seram jugak la..em, kesian hero mati..isk3..





Cuti-Cuti Cinta (2010)




Filem ini merupakan filem pertama gandingan Farid Kamil dan Nora Danish..Kebanyakan penggambaran dilakukan di kawasan Pantai Morib..Kebiasaan filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham pasti ada Cat Farish yang melakonkan watak sebagai pengurus hotel yang lembut..Kalau tengok trailer citer nie pun ada gak scene yang kontroversi yang melibatkan dialog..Dialog yang dimaksudkan ialah "Nasi Lemak 50 sen"..Kalau budak kecik tengok la citer nie pasti mereka akan menggunakan istilah tersebut dalam kehidupan seharian..Sepatutnya pengarah kena faham budaya orang timur camne..penuh dengan adab kesopanan..Apapun, filem nie berjaya mencatatkan kutipan box-office iaitu sebanyak 3 juta..





Knight and Day (2010)




Filem aksi lakonan Tom Cruise dan Cameron Diaz nie pun best gak sebab banyak aksi2 yang mendebarkan ada di dalam filem ini..Tapi, jelas kelihatan urat-urat di wajah kedua-dua pelakon tersebut yang menandakan mereka sudah berumur..






Mantra (2010)




Filem ini juga merupakan filem bergenre seram yang ditayangkan di Malaysia pada tahun lepas..Mengisahkan Muzir yang telah dianiaya oleh rakan baiknya sendiri @ gurunya dalam mempelajari ilmu hitam..Akibatnya Muzir dipenjarakan dalam tempoh masa yang lama dan Hasbi telah berkahwin dengan isteri Muzir iaitu Ani..Ending citer nie pun best gak..Si Hasbi kalah dengan pertarungan dengan Muzir..Walaupun Muzir menang, tetapi dia tidak sempat untuk bertaubat kerana dipengaruhi dengan ilmu hitamnya seterusnya mati dalam kesesatan..Tiada pelakon popular yang berlakon dalam filem nie..Semuanya biasa2 sahaja..Pelakon utama adalah Zack Handy Black (Muzir), Hasnul Rahmat (Hasbi) dan Ana Dahlia (Ani)..Filem nie pun mencetuskan kontroversi gak sebab si Zul Handy Black sanggup melakonkan adegan bogel dalam salah satu babak di dalam citer nie..Begitu juga dengan Ana Dahlia..Walaupun masih baru di dalam dunia hiburan tanah air tetapi sanggup melakonkan adegan berkemban yang melampau..Kedua-dua pelakon tersebut menyatakan bahawa mereka hanya mengikut kehendak skrip..Persoalannya, kehendak skrip atau kehendak agama yang patut diutamakan?? Tepuk dada tanya hati..







Pulau Asmara (2010)




Bagi saya, filem sulung yang diterbitkan oleh syarikat baru iaitu Alakazam Productions yang dimiliki oleh Dato Aziz Singah sememangnya tak best..Nama tajuk pun ntah apa2..lebih ke arah negatif..bubuh je la tajuk dia Pulau Langkawi ke kan senang..Kebanyakan pelakon utama filem nie pun merupakan pelakon baru kecuali si Faizal Ramly aka Faizal AF4..Masa intro citer nie pun ada dendangan lagu yang bertajuk Pulau Asmara yang dinyanyikan oleh Faizal sendiri..tak best langsung lagu tu..huhu..








Resident Evil: Afterlife (2010)



Filem ini terkenal kerana menampilkan pelakon wanita sebagai watak utama yang dilakonkan oleh Mila Jovovich yang memerangi satu sindiket yang mencipta virus seterusnya menyebabkan manusia menjadi zombi bagi menakluki alam ini..







Senario Asam Garam (2010)



Bila tengok filem nie ternyata lawak yang dibuat oleh Mazlan Pet Pet serta Azlee Jaafar sudah tidak menjadi lagi..






The King of Fighters (2010)




Filem ini diadaptasikan daripada game pertarungan yang popular di dunia, juga dengan judul yang sama..Watak utama di dalam filem ini sudah semestinya Kyo Kusanagi, Iori Yagami, Rugal Bernstein dan Terry Bogard..Bagi peminat siri game ini yang mengharapkan filem ini semenarik game, ternyata jangkaan tersebut meleset sama sekali..ini kerana filem nie memang x best..kerana pengarah mengubah jalan cerita seterusnya merekacipta bagi mencapai kepuasan individu, bukannya kepuasan hati peminat di seluruh dunia..Kebanyakan pelakon yang memegang watak utama pun tidak sesuai..huh!!

Sabtu, 8 Januari 2011

Kurnia - Slam




Terlukis hakikat insani,
Dari cinta lautan jiwa,
Satu penzahiran rasa jelas di mata,
Satu lakonan di pentas dunia.

Lukisan yang tidak berbingkai,
Dan bahasa yang tak ternilai,
Kita renangi bersama lautan nikmat,
Sampai ke pulau segala keramat.

Pabila kita pulang,
dendangkan lagu kasih sayang,
Hilangkan keraguan,
Terangkan kegelapan,
Apa yang ada di langit dan bumi,
Adalah satu curahan cinta kita,
Tak terperi.

Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan,
Menjamah kebahagiaan,
Dan berterima kasih atas kurnia,
Yang tak terhingga.

Sepi




SEPI..sinonim dengan perkataan tersebut adalah sunyi..lagi ia juga merujuk kepada situasi seseorang yang berasakan dirinya berada dalam keadaan keseorangan..em, perasaan nie ada pada diri saya sepanjang minggu pertama berada di asrama maktab sekembalinya daripada cuti sekolah..benda nie terjadi coz kebanyakan kawan2 yang kamcem dah tak duduk asrama dah..so, sebab tu la jadi cam sepi..takde tempat nak kongsi masalah..sembang2 kosong dan sebagainya..apapun, saya anggap nie merupakan cabaran terakhir kepada diri saya..untuk menguatkan lagi diri saya menempuh dugaan nie, kerap kali saya mengingatkan diri saya bahawasanya tahun nie merupakan tahun terakhir saya belajar di Perlis..sedikit sebanyak kurang la rasa sepi tu..hehe..

Ahad, 2 Januari 2011

Al-Fatihah untuk Faizal Yusof




Kebanyakan penduduk dunia berada dalam keadaan yang gembira pada hari semalam kerana menyambut Tahun Baru 2011..Pada masa yang sama, peristiwa sedih juga berlaku pada segelintir penduduk di dunia termasuk la di dalam negara kita, Malaysia..Pada hari semalam bersamaan 1 Januari 2011, dunia hiburan tanah air telah dikejutkan dengan kematian aktor yang popular menerusi watak Dani di dalam drama Adamaya iaitu Faizal Yusof..Arwah meninggal dunia disebabkan serangan jantung pada petang semalam..Arwah pernah berkahwin dengan penyanyi wanita tempatan iaitu Siti Nordiana tetapi ianya tidak dapat bertahan lama..Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang berusia 2 tahun..Al-Fatihah untuk arwah Faizal Yusof..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails