Ahad, 15 Mei 2011

Juara Serie A, La Liga & EPL 2010/2011

AC Milan - Juara Serie A 2010/2011



Saingan Serie A bagi musim ini menyaksikan persaingan hebat di antara pasukan setempat, AC Milan dan Inter Milan..Musim terdahulu, Inter Milan meraih trofi berganda dengan menjuarai liga, UEFA Champions dan Piala Itali. Apapun, bagi musim ini, pasukan AC Milan berjaya menjuarai liga buat kali ke-18, selepas kali terakhir pasukan tersebut menjuarai liga ialah pada musim 2002/2003..Keputusan tersebut menyaksikan penguasaan Inter Milan dalam liga Itali selama 5 musim berturut-turut telahpun berakhir..Tunjang utama buat pasukan AC Milan sudah semestinya bintang2 yang baru menyertai pasukan tersebut seperti Zlatan Ibrahimovic, Marc Van Bommel dan Antonio Cassano..Musim ini juga merupakan musim yang baik untuk pasukan Napoli, Udinese dan Lazio seterusnya lebih menonjol berbanding kelab gergasi Itali, Juventus dan AS Roma







Barcelona - Juara La Liga 2010/2011



Ramai pemerhati bolasepak melabel pasukan Barcelona sebagai pasukan terhebat pada masa kini..Tanggapan mereka ada benarnya kerana pasukan ini berjaya menjuarai saingan La Liga buat kali ketiga berturut-turut sekaligus mengenepikan cabaran musuh ketat mereka, Real Madrid..Tunjang kekuatan Barcelona pada musim ini banyak diterajui oleh penyerang sensasi kelahiran Argentina, Lionel Messi serta dibantu oleh pemain2 lain seperti David Villa, Xavi dan Iniesta..






Rooney meraikan gol melalui penalti



Sejarah baru tercipta dalam saingan EPL..Sebelum ini, pasukan yang paling kerap menjuarai saingan ini adalah Liverpool dan Manchester United iaitu dengan 18 gelaran..tapi, pasukan "The Red Devil" berjaya menjuarai EPL buat kali ke-19 setelah keputusan 1-1 menentang Blackburn menerusi jaringan penalti Wayne Rooney..MU memerlukan satu mata sahaja bagi memastikan gelaran EPL bagi musim ini menjadi milik mereka..Akhirnya harapan mereka tercapai selepas menentang pasukan Blackburn..Keputusan tersebut telah melakar sejarah baru dalam saingan EPL seterusnya menjadikan Manchester United pasukan yang paling berjaya dalam saingan ini..Pasukan ini juga berjaya merampas kembali EPL daripada pasukan Chelsea..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails