Ahad, 1 Mei 2011

Kenangan di SK Sungai Baru, Perlis

Logo Sekolah






Alhamdulillah, praktikum fasa 3 baru sahaja habis pada hari Jumaat lepas..Ia merupakan praktikum terakhir untuk guru pelatih IPG Kampus Perlis dan IPG2 lain seluruh Malaysia..Kali ini kami menjalani praktikal selama 3 bulan..Untuk Guru Pelatih IPG Kampus Perlis bermula praktikal pada 31 Januari hingga 29 April 2011..tetapi tak semua yang start masa hari first tu..Ia disebabkan ada sekolah yang mengambil cuti Tahun Baru Cina..macam saya dan pasangan praktikal, Mohammad Amir start menjalani praktikal pada 7 Februari, selepas cuti Tahun Baru Cina..Untuk Fasa Ketiga ini, kami berdua telah ditempatkan di SK Sungai Baru, yang terletak di kawasan Simpang Empat, Perlis..Selama 3 bulan menjalani praktikal, kami kena bangun sebelum subuh bagi mengelakkan diri daripada datang lewat ke sekolah..

Banyak pengalaman serta pengetahuan baru yang saya dapat selama 3 bulan di sekolah tersebut..Antaranya, kena handle senamrobik sempena Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah..Lagi, terlibat dengan Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Simpang Empat, Kejohanan Bolasepak Peringkat Kawasan, Kejohanan Bola Tampar Peringkat Kawasan, Mesyuarat PIBG, Program Motivasi di sekolah dan banyak lagi..

Lepas cuti pertengahan sem, sekolah kami telah didatangi dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Ilmu Khas, opsyen PJ dan dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Perlis..yang cors PJ tu seminggu je kat sekolah untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)..dua orang lagi tu cors Pemulihan dan menjalani praktikal selama sebulan aka junior saya..Hamzah dan Farhad..

Lupa pulak nak bagitau yang sekolah nie ada kemudahan asrama..mula2 tu nak gak merasa jadi warden..siap dapat elaun lagi..tapi atas sebab2 tertentu xjd la warden..hehe..

Masa tinggal seminggu je lagi saya n Amir nak abis praktikal, pihak sekolah ada la buat jamuan perpisahan di Samudra, Kuala Perlis..bukan untuk kami sahaja, tetapi jamuan tersebut turut meraikan bekas2 guru sekolah, GPK Hem yang bertukar ke SK Ujong Batu, Perlis dan bekas Guru Besar yang kini bertugas di SK Padang Kota, Perlis dan Hamzah serta Farhad yang abis 2 minggu lebih awal daripada kami..Masa terlibat ngan jamuan tu dapat rasa seperti satu family..makan satu meja dengan guru..memang seronok..

Pejam celik pejam celik hari terakhir pun tiba pada hari Jumaat lepas..saya mewakili Guru Pelatih telah diberikan penghargaan untuk memberikan sedikit ucapan di perhimpunan pagi..semasa saya memberikan ucapan, saya ada selitkan kata2 penghargaan kepada pihak sekolah, guru2 yang membantu kami ketika kami diobserve oleh pensyarah, bagi tips untuk murid supaya menjadi pandai dalam pelajaran serta memberikan beberapa nasihat yang berguna kepada murid..masa tu perasaan saya bercampur baur..ada rasa sedih, sayu, puas, suka dan banyak lagi perasaan muncul masa tu..lepas je abis berucap, pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepada kami berdua yang berupa frame ayat2 al-Quran..terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah..kami pun telah menyediakan juga hadiah2 untuk sekolah dan guru pembimbing kami..sudah menjadi kebiasaan, murid2 kami pun turut memberi hadiah kepada kami..akhir kata, best duduk di sekolah lagi berbanding di Institut..semakin lama berkhidmat di sekolah, semakin berat untuk meninggalkan sekolah..itulah penangan hebat Praktikum Fasa Tiga..





Hadiah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails