Isnin, 31 Oktober 2011

Futsal Terakhir di Perlis


Jejaka Misteri..hehe






Farhan @ Paan bajek kiut..






Asyran, Amir, Hadi, Azrein dan Jasma







Mauludin berdiri dan Asyran terbaring keletihan







Pasangan sahabat sejati - Saiful & Zakwan





Main futsal tuk release tension..lagi pun satu hobi aku..semangat la jugak nak main..perlawanan futsal nie dirancang sebagai satu bentuk riadah buat kali terakhir untuk ahli Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Sem 8 yang melibatkan semua pelajar lelaki Pengajian Agama A dan B..tapi macam biasala..tidak dapat nak kumpul semua ahli..yang tak hadir tu ada dah beri sebab dan ada yang tak bagitau pun sebab kenapa tak dapat sertai..apapun, benda dah berlalu..buat apa nak kenang semula kan! hehe..


Pada malam tersebut kami bermain selama 1 jam 30 minit..lama jugak la tu..huhu..permainan bermula pada pukul 9 malam hingga 11.30 malam..em, cam besa la kalau dah lama tak main jadi tak berapa nak pandai nak kawal bola..lebih kurang jadi kaki bangku la masa awal-awal main..hehe..tapi, alhamdulillah pada malam tersebut Allah SWT telah membenarkan aku melakukan tiga jaringan..seronok betol kalau dah dapat jaring gol..baru rasa ada keyakinan diri..hehe..dalam masa yang sama rasa perit jugak sebab kena tackle dengan seorang member..kena dekat buku lali kaki kanan..bengkak jugak la..lebih kurang dua minggu baru nak sembuh..hehe..penangan futsal la katakan..


Em, tuk entry kali ni saja membahasakan diri sebagai aku..hehe..Sebagai pemilik blog nie aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang menjayakan perlawanan futsal pada malam tersebut..Gambar yang diupload tak berapa nak cantik sebab sistem pencahayaan gelanggang futsal tersebut tidak berada dalam keadaan yang memuaskan seterusnya memberi kesan kepada gambar-gambar tersebut..


Dedicated to players:
Faiq (Penganjur)
Wafiy (Penganjur)
Mauludin
Qalbi
Saiful
Zakwan
Jasma
Azrein
Asyran
Amir
Hadi
Farhan


Supported by:
Fikri
Farah
Salwani
Ain


0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails