Selasa, 22 November 2011

Malaysia - Juara Bolasepak Sukan Sea 2011






Pasukan bolasepak Malaysia Bawah 23 tahun berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya dua tahun lalu dengan mengalahkan jiran tetangga, Indonesia dengan kemenangan menerusi sepakan penalti. Seawal minit kelima, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan. Sebelum separuh masa pertama tamat, pasukan negara berjaya menjaringkan gol, juga menerusi tandukan yang disempurnakan oleh Asrarudin Putra Omar. Keputusan seri 1-1 berlarutan sehingga tamat separuh masa kedua. Pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti dan pasukan Malaysia berjaya memenanginya dengan keputusan 4-3.

Perlawanan akhir telah dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia sambil disaksikan lebih 100,000 penyokong tuan rumah pada hari Isnin (21 Nov 2011) lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails