Isnin, 19 Disember 2011

Barcelona - Juara Piala Kelab Dunia 2011






FC Barcelona menjuarai Piala Kelab Dunia kali kedua dalam tempoh 3 tahun setelah menewaskan kelab gergasi Brazil, Santos dengan keputusan 4-0. Gol dijaringkan oleh Lionel Messi (2), Xavi dan Fabregas.

Sabtu, 3 Disember 2011

EURO 2012


Kump A:
Rep. Czech
Greece
Poland
Russia

Kump B:
Denmark
Germany
Netherlands
Portugal

Kump C:
Croatia
Rep. Ireland
Italy
Spain

Kump D:
England
France
Sweden
Ukraine

Selasa, 22 November 2011

Malaysia - Juara Bolasepak Sukan Sea 2011






Pasukan bolasepak Malaysia Bawah 23 tahun berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya dua tahun lalu dengan mengalahkan jiran tetangga, Indonesia dengan kemenangan menerusi sepakan penalti. Seawal minit kelima, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan. Sebelum separuh masa pertama tamat, pasukan negara berjaya menjaringkan gol, juga menerusi tandukan yang disempurnakan oleh Asrarudin Putra Omar. Keputusan seri 1-1 berlarutan sehingga tamat separuh masa kedua. Pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti dan pasukan Malaysia berjaya memenanginya dengan keputusan 4-3.

Perlawanan akhir telah dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia sambil disaksikan lebih 100,000 penyokong tuan rumah pada hari Isnin (21 Nov 2011) lalu.

Rabu, 16 November 2011

Mark Zuckerberg aka Mark Abu Bakar





Siapa tak kenal insan yang bernama Mark Zuckerberg yang juga merupakan pengasas laman sosial popular, FACEBOOK. Pada masa kini terdapat gosip yang hangat mengatakan bahawa Mark Zuckerberg menganut agama Islam. Nama barunya adalah Mark Abu Bakar. Sekiranya perkara ini benar, saya secara peribadi berasa sangat gembira dan berharap agar saudara baru kita ini akan menyumbangkan sesuatu untuk agama Allah SWT. InsyaAllah.

Ahad, 13 November 2011

Gambar bersama para pensyarah JPI




Tarikh: 11 November 2011
Masa: 8.30 - 11 pagi
Lokasi: Foyer Dewan Pulai, IPG Kampus Perlis



Guru Pelatih Lelaki:
Abdul Muhaimin (KELANTAN)
Abdul Rahman (TERENGGANU)
Fatahal Hazmy (KEDAH)
Jasmahazrin (TERENGGANU)
Mauludin (PAHANG)
Mohamad Amir (KEDAH)
Mohd Asyran (KELANTAN)
Mohd Azlan (JOHOR)
Mohd Azrein (PAHANG)
Mohd Fikri (MELAKA)
Mohd Firdaus (PAHANG)
Mohd Nurulkhalbi (KELANTAN)
Mohd Saifullah (KELANTAN)
Mohd Wafiy (KELANTAN)
Muhammad Faiq (PERLIS)
Muhammad Farhan (PULAU PINANG)
Muhammad Zakwan (PERAK)
Syed Abdul Hadi (PERAK)


Guru Pelatih Wanita:
Farah Izyan (PAHANG)
Mawaddah (KELANTAN)
Munirah (PERAK)
Nik Najmiah (TERENGGANU)
Noorsyahida (KEDAH)
Noorzilawaty (KEDAH)
Nor Hasmeera (TERENGGANU)
Norhidayah (TERENGGANU)
Norsalwani (PAHANG)
Nur Sazrina (KELANTAN)
Nurul Hairunisak (JOHOR)
Nurulain (JOHOR)
Nurus Syazana (SELANGOR)
Siti Fatimah (TERENGGANU)
Wan Siti Mannam (KELANTAN)


Pensyarah Lelaki:
Dr. Rosdi
Ustaz Joohari
Ustaz Azman
Ustaz Najib
Ustaz Rahimi
Ustaz Mahamad


Pensyarah Wanita:
Ustazah Sodah
Ustazah Saidah
Ustazah Zawati
Ustazah Nazimah
Ustazah Aznida


Annual Dinner 2011


Ketibaan Pengarah IPG Kampus Perlis,
Encik Tan Ying Kee






Bacaan doa







Ucapan wakil pelajar,
saudara Abdul Muhaimin b. Abd Hamid







Tuan Pengarah menyampaikan ucapan.







Zakwan, Faiq & Asyran.







Asyran & Azrein







Farhan buat "peace"








Semua guru pelatih SEM 8 IPG Kampus Perlis
bergambar bersama-sama.






Majlis bagi meraikan kesemua guru pelatih semester 8 IPG Kampus Perlis sesi 2011 ini bertemakan "Malam Seribu Kenangan". Ia merupakan hasil idea daripada YDP JPP IPG Kampus Perlis 2011, saudara Abdul Muiz bin Husin. Majlis ini berlangsung pada 11/11/2011 bersamaan hari Jumaat. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam hingga 12 malam. Ia diadakan di Hotel Sri Malaysia, Perlis.

Selasa, 8 November 2011

Peperiksaan terakhir..






P/S: Selamat menghadapi peperiksaan buat semua student IPG di seluruh Malaysia khususnya PISMP Ambilan Januari 2008. Peperiksaan kali ini merupakan yang terakhir buat batch tersebut setelah mengharungi 11 semester tempoh pengajian (3 semester masa pra) di IPG.

Ahad, 6 November 2011

Isnin, 31 Oktober 2011

Futsal Terakhir di Perlis


Jejaka Misteri..hehe






Farhan @ Paan bajek kiut..






Asyran, Amir, Hadi, Azrein dan Jasma







Mauludin berdiri dan Asyran terbaring keletihan







Pasangan sahabat sejati - Saiful & Zakwan





Main futsal tuk release tension..lagi pun satu hobi aku..semangat la jugak nak main..perlawanan futsal nie dirancang sebagai satu bentuk riadah buat kali terakhir untuk ahli Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam (IMPI) Sem 8 yang melibatkan semua pelajar lelaki Pengajian Agama A dan B..tapi macam biasala..tidak dapat nak kumpul semua ahli..yang tak hadir tu ada dah beri sebab dan ada yang tak bagitau pun sebab kenapa tak dapat sertai..apapun, benda dah berlalu..buat apa nak kenang semula kan! hehe..


Pada malam tersebut kami bermain selama 1 jam 30 minit..lama jugak la tu..huhu..permainan bermula pada pukul 9 malam hingga 11.30 malam..em, cam besa la kalau dah lama tak main jadi tak berapa nak pandai nak kawal bola..lebih kurang jadi kaki bangku la masa awal-awal main..hehe..tapi, alhamdulillah pada malam tersebut Allah SWT telah membenarkan aku melakukan tiga jaringan..seronok betol kalau dah dapat jaring gol..baru rasa ada keyakinan diri..hehe..dalam masa yang sama rasa perit jugak sebab kena tackle dengan seorang member..kena dekat buku lali kaki kanan..bengkak jugak la..lebih kurang dua minggu baru nak sembuh..hehe..penangan futsal la katakan..


Em, tuk entry kali ni saja membahasakan diri sebagai aku..hehe..Sebagai pemilik blog nie aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang menjayakan perlawanan futsal pada malam tersebut..Gambar yang diupload tak berapa nak cantik sebab sistem pencahayaan gelanggang futsal tersebut tidak berada dalam keadaan yang memuaskan seterusnya memberi kesan kepada gambar-gambar tersebut..


Dedicated to players:
Faiq (Penganjur)
Wafiy (Penganjur)
Mauludin
Qalbi
Saiful
Zakwan
Jasma
Azrein
Asyran
Amir
Hadi
Farhan


Supported by:
Fikri
Farah
Salwani
Ain


PISMP Ambilan Januari 2008 IPG Kampus Perlis





Opsyen:
Pengajian Agama (A)
Pengajian Agama (B)
Pendidikan Muzik (A)
Pendidikan Muzik (B)
Pendidikan Seni Visual
Matematik

Gambar Jamuan Perpisahan IMPI Sem 8 2011

























Layannnzzz 12


Libas (2011)




Filem aksi komikal yang ditunggu-tunggu pada tahun ini..hahaha..filem arahan pengarah baru iaitu Jurey Latif ini mengetengahkan permainan sepak takraw sebagai subjek utama..dibintangi pelakon lelaki popular Rosyam Nor serta dibantu Johan Raja Lawak dan Scha al-Yahya, filem nie tidak bergantung kekuatan lakonan individu sahaja..tetapi, hampir kebanyakan watak memainkan peranan penting dalam menghidupkan cerita ini..banyak part2 yang lawak..cam lakonan Yank Kassim sebagai coach team Siam..konon cakap Siam tapi sbnrnya ckp melayu je..bunyi je cam Siam..haha..pastu ada 8pack kat badan..tu pun sebab conteng..yang xleh terima gak pengadil2 cam orang terencat je..ntah apa2..ending citer nie, pasukan sepak takraw Malaysia yang diketuai oleh Adnan Saladin berjaya menewaskan pasukan Siam..








Captain America (2011)



Filem remake ini dibintangi oleh Chris Evans yang memikul tanggungjawab untuk melakonkan watak Steve Rogers @ Captain America..bagi saya, filem nie x sebest citer Thor ataupun Green Lantern..tapi saje nak tengok..filem nie berlatarbelakangkan zaman perang dunia kedua..masa intro, Steve Rogers telah direject oleh pihak tentera US disebabkan masalah kesihatan dan fizikal yang kecil..tetapi, heroin n pihak tertinggi tentera melihat yang Steve Rogers nie bersemangat kental walaupun selalu dihina dan diejek oleh kawan2 lain..so, Steve Rogers telah dipelawa untuk menjalani operasi sulit ketenteraan..operasi tersebut telah mengubah penampilan Steve..menjadi pemuda yang bertubuh sasa serta dikurniakan tenaga yang kuat..dipendekkan cerita, antagonis citer nie ialah Johan Schmidt iaitu seorang pegawai Nazi Hitler..ending, si Johan nie tunjuk rupa sebenarnya iaitu tengkorak merah dan berlawan dengan Captain America..spt kebiasaan filem sudah semestinya pihak baik yg menang..







Al-Hijab (2011)



Sekali lagi pelakon Pierre Andre berlakon dalam filem bergenre seram iaitu Al-Hijab..filem nie mengisahkan Rafael (Pierre) seorang pelakon yang tak takut pun ngan hantu dan cuba untuk mendapatkan feel takut bagi menjadikan lakonannya hidup di dalam citer seram..setelah dibantu oleh makwenya dan juga bakal mak mertuanya, si Rafael nie berjaya la jugak menemui Mak Itam di sebuah kg bagi membuka hijab di matanya..selepas hijab dibuka, macam2 hantu la si Rafael nampak..bila Mak Itam nak tutup semula hijab si Rafael nie xnak..mengada betol..huhu..pastu malam tu jugak si Rafael nie kena kacau kaw2 ngan hantu sampai xlena dibuatnya..huhu..pastu, si Rafael nie nk berjumpa semula ngan Mak Itam supaya ditutup semula hijab..malangnya Mak Itam sudah kembali ke rahmatullah..begitulah ending citer nie..camtu je..isk3..em, yg xbest bila tngok citer nie sbnrnya muzik yg menimbulkan rasa seram n takut..bukan sebab hantu..jalan citer pun dah tau cmne ending..








Bini-Biniku Gangster (2011)




Bila tengok citer nie pun dah dapat teka yang si hero @ Shaheizy Sam tu sebenarnya merupakan gangster gak..yang xbest ada gak scene yang separa lucah..masa si Shaheizy Sam bersama ngan dua isterinya..malu rasanye klu budak tengok..








Green Lantern (2011)




Tahun nie pun banyak citer adiwira ditayangkan di pawagam tempatan..filem nie pun mengisahkan adiwira gak..watak utama iaitu Hal Jordan (Ryan Reynolds) merupakan seorang bakal juruterbang yang telah dipilih oleh cincin milik Abin Sur untuk menjadi salah seorang Green Lantern..yang bertanggungjawab dalam menentang penjahat bernama Parallax..geli bila tengok watak antagonis..cam bakteria je..ending, si Parallax mati selepas ditumbuk oleh Hal Jordan dan terus dimusnahkan oleh matahari..watak salah seorang Green Lantern iaitu Sinetros mayb jadi jahat tuk filem Green Lantern 2 selepas memakai cincin kuning yang ada power Parallax..heroin citer nie pun cun..huhu..








Karipap-Karipap Cinta (2011)





Filem yang ditayangkan semasa Hari Raya Aidilfitri ini dicedok dari sebuah novel dengan judul yang sama..arahan Hafsham..x bergantung kepada pelakon popular tanah air..tapi kbnykknya adalah pelakon baru seperti hero si Gambit Saifullah, lupa plak nama heroin, si Syawal AF dan Eman Manan..saya tengok citer nie pun selepas diberitahu oleh adik yg mengatakan ok la citer nie..bila tngokpun x rasa bosan sebab ada je yg lawak..cuma yg xbestnya masa intro filem nie..ketika si hero berehat di taman, ada la sorg pompuan yg cun gak la bersenam kat depan hero..masa tu hero tengah baring..pelik gak tengok hero senyum semacam je..rupanya pompuan tu sengaja memperlihatkan lurah dada kepada hero time bersenam..bengong tol la..x malu langsung pelakon pompuan tu..satu lagi xbest ialah watak heroin..konon lepasan al-Azhar tapi bertudung nmpk rmbut..alahai citer melayu..alahai pengarah..xleh ke mintak heroin pakai tudung tutup rambut serta labuh..sesuai la ngan watak lepasan al-Azhar..xpeka @ terlepas pandang? wallahua'lam..







Kung Fu Panda 2 (2011)





Jalan citer yang menarik..watak antagonis adalah seekor burung..ending, si Po berjaya mengalahkan si jahat..happy ending..









Mars Needs Moms (2011)




Cerita animasi nie bermesejkan kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak lelaki yang nakal..apabila si ibu diculik oleh UFO barulah si anak berasa menyesal kerana pernah menyakiti hati si ibu..ending, si ibu dan anak kembali semula ke bumi dan menikmati kehidupan dengan baik..






Rise Of The Planet Of The Apes (2011)




Filem mengenai seekor beruk yang bijak bernama Caesar. Beruk tu jadi bijak selepas diberi ubat untuk pesakit Alzheimer oleh hero..mula2 baik je beruk nie..tapi melihatkan terdapat manusia yang melakukan diskriminasi terhadap mereka menjadikan mereka memberontak gila2 terhadap manusia..Caesar pun perlahan2 jadi antagonis dan jadi leader tuk beruk2 yang lain..







The Smurfs (2011)



Filem nie pun lawak..7 Smurf masing2 ada perwatakan tersendiri..orang jahat pun lawak ngan kucing peliharaannya..huhu..ending, Smurfs pulang semula ke dunianya..hepi ending..

Ahad, 16 Oktober 2011

Buah Kelapa





Buah kelapa atau dikenali sebagai nyiur sangat terkenal kerana keunikan serta banyak khasiat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Buah kelapa mampu memberikan sumber buah, air, santan dan minyak kepada manusia. Ia dikenali sebagai sejenis buah yang kaya dengan nutrisi, serat, vitamin dan mineral. Dari segi perubatan tradisional, buah kelapa dipercayai mampu untuk merawat penyakit asma, kebotakan, gigitan serangga, demam dan selesema. Manakala dari segi perubatan moden pula, buah kelapa digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit kanser payu dara, dan usus. Selain itu, ia juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit ulser tekak, jangkitan saluran kencing, dan penyakit gusi. Kajian terbaru turut mendapati khasiat buah kelapa mampu membunuh virus yang menyebabkan penyakit kronik seperti influenza, hepatitis C dan SARS.

Ahad, 9 Oktober 2011

Penyakit Gusi


Gingivitis
Merupakan peringkat awal penyakit yang hanya melibatkan gusi sahaja.

Periodontis
Peringkat penyakit yang lebih teruk di mana jangkitan telah merebak ke akar gigi dan melibatkan tulang serta struktur tisu penyokong gigi.

Punca
Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi. Namun, terdapat faktor2 lain yang turut menyumbang penyakit gusi.
  • Kalkulus @ plak gigi yang telah keras.
  • Merokok.
  • Diabetes.
  • Kerosakan gigi.
  • Stres
  • Gigi palsu (dentur).
  • Mulut kering.
  • Ubat-ubatan seperti ubat epilepsi & tekanan darah tinggi.
  • Perubahan hormon contohnya semasa mengandung.

Tanda
  • Gusi merah & bengkak
  • Gusi berdarah
  • Gigi longgar @ berubah daripada kedudukan
  • Nafas berbau
  • Gangguan deria rasa.

Rawatan
  • Penjagaan kebersihan mulut yang baik
  • Berus gigi sehingga bersih dan teratur
  • Gunakan flos
  • Berkumur
  • Makan secara sihat & hadkan makanan manis
  • Tidak merokok

Penangan Steamboat


Gambar Hiasan





Lama dah saya x makan steamboat..kali terakhir pun masa g Cameron Highlands pada tahun lepas..yang latest makan steamboat adalah pada hari semalam selepas sahaja diajak oleh seorang rakan..kami menikmati hidangan steamboat di satu kedai makan yang terletak di Perlis..

Apa yang menarik berkaitan dengan perkhidmatan di kedai tersebut ialah pengunjung bebas mengambil seberapa banyak makanan yang disediakan..caj pun dah ditetapkan sebanyak RM10 satu kepala,,kalau pengunjung xabiskan makanan yang telah diambil, caj tambahan akan dikenakan oleh pihak kedai..

So, untuk round pertama, saya dan rakan amik la sebanyak mungkin bahan makanan steamboat cam daging blackpepper, ayam blackpepper, isi ketam, sosej, sayuran, fish ball dan lain-lain..memang menyelerakan la masa tu coz memang lapar masa tu..untuk round kedua pulak dh rasa lain mcm je..rasa tu timbul klu mkn mknn selain drpd daging & ayam blackpepper..rasa masin..tapi nasib baik la bleh habiskn mknn tuk round kedua..xlarat dah nak sambung round ketiga..hahaha..

Selasa, 4 Oktober 2011

Kata-Kata Prof Ungku Aziz

Al-Fatihah..


Kg. Paya Kecil, Temerloh, Pahang




Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Sekalung al-Fatihah disedekahkan buat ibu kepada seorang rakan yang bernama Norsalwani Binti Ramli yang kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi sekitar jam 3.15 pagi. Jenazah arwah dikebumikan pada pagi ini (4 Oktober 2011) di Kg. Paya Kecil, Temerloh, Pahang. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan oleh-Nya di kalangan para solehin..Amin..

Isnin, 3 Oktober 2011

Cleopatra





Terkenal sebagai firaun terakhir Mesir. Cleopatra berbangsa Greek dan dilahirkan pada tahun 69 sebelum Masihi. Dia diiktiraf sebagai wanita paling bahaya di dalam sejarah kerana berjaya memikat lelaki aling berkuasa pada ketika itu, Julius Caesar dan Mark Anthony. Dia juga menganggap dirinya sebagai kelahiran semula Dewi Isis. Pada mulanya, dia memerintah Mesir bersama ayah dan adiknya. Kemudian, dia menjadi pemerintah tunggal. Dia menjalinkan hubungan diplomatik bersama kerajaan Rom melalui Julius Caesar dan Mark Anthony. Cleopatra menghembuskan nafas terakhir pada tahun 30 sebelum Masihi. Dia dikatakan telah membunuh dirinya dengan menggunakan bisa ular tedung.

Windstruck (2004)




Filem Korea keluaran tahun 2004 nie mengisahkan seorang polis wanita bernama Kyun Jing yang tegas dan garang serta obses dengan kerjayanya sebagai seorang polis. Pada suatu hari, dia tersalah menangkap seorang lelaki jujur dan lurus bendul bernama Myung Woo yang dianggap sebagai pencuri..walhal, lelaki tersebut adalah cikgu merangkap hero dalam filem nie..selepas anggota polis yang lain berjaya menangkap pencuri yang sebenar, Myung Woo dibebaskan..dipendekkan cerita, Kyun Jing dan Myung Woo pun jatuh cinta antara satu sama lain..Kyun Jing sebenarnya seorang perempuan yang lemah lembut..sebab dia bertukar menjadi kasar kerana kehilangan kembar yang mati akibat kemalangan..masa klimaks filem nie, si Myung Woo mati kena tembak ngan polis merangkap kawan sekerja Kyun Jing..Masa tu Kyun Jing dan rakannya ingin menangkap penjenayah lelaki yang brutal..lepas tu, Kyun Jing macam xdapat nak terima hakikat bahawa pakwenya mati..dia rasa bersalah dan cuba ingin membunuh diri dengan pelbagai cara..ending citer nie, si Kyun Jing bertemu dengan lelaki yang mempunyai jiwa yang sama seperti Myung Woo..






Moral filem nie antaranya ialah kena tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup..ini tergambar menerusi watak Kyun Jing yang kehilangan kembar dan pakwe tersayang..seterusnya, kena terima qada dan qadar Allah..watak Kyun Jing yang cuba untuk membunuh diri akibat kehilangan pakwe tersayang tidak sesuai dengan ajaran Islam..banyak inisiatif lain yang boleh membantu dalam melupakan peristiwa2 sedih..moral seterusnya ialah ikhlas dalam menjalankan tugas..ini terbukti dengan watak Myung Woo yang ikhlas dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru..begitu juga dengan Kyun Jing yang komited sebagai seorang polis..moral seterusnya ialah disebabkan seseorang, manusia boleh berubah..ia sesuai dengan watak Kyun Jing yang berubah personaliti dari lembut ke kasar selepas kehilangan kembar tersayang..moral terakhir ialah ajal dan jodoh ketentuan Ilahi..ia dapat dibuktikan menerusi watak Kyun Jing dan Myung Woo sebagai pasangan kekasih..akan tetapi, mereka tiada jodoh untuk bersama dek kerana ajal lebih menemui Myung Woo..ending citer nie pun si Kyun Jing menemui lelaki yang mempunyai jiwa yang sama seperti Myung Woo..maybe lebih baik daripadanya..


Lagu dalam citer nie pun best cam Stay, BK Love, Tears dan Knockin' On Heavens Door..


Pelakon:
Jang Hyuk - Myung Woo
Jeon Ji Hyun - Kyun Jing

Sabtu, 1 Oktober 2011

Ciri - Ciri Isteri Solehah



  1. Mentaati perintah Allah dan mengerjakan perintah suami selagi tidak melanggari syariat.
  2. Bersedia menunaikan hajat suami apabila diperlukan.
  3. Menunaikan keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak.
  4. Sentiasa menghias diri, bermanis muka, memakai wangi-wangian apabila berhadapan dengan suami.
  5. Bersyukur dengan apa yang disediakan oleh suami serta mengelakkan dalam menyusahkan suami dengan kehendak peribadi.
  6. Meminta izin suami sebelum keluar dari rumah.
  7. Menghormati suami, menghantar pemergiannya dan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang manis.
  8. Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup suami.
  9. Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami.
  10. Sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada suami dalam apa jua tindakan selagi tidak melanggari syariat.
  11. Menjaga harta dan maruah suami dengan baik.
  12. Tidak mengkhianati serta berlaku curang kepada suami semasa ketiadaannya.

Rabu, 28 September 2011

Wake Me Up When September Ends - Green Day





Summer has come and passed,
The innocent can never last,
Wake me up when September ends.

Like my father's come to pass,
Seven years has gone so fast,
Wake me up when September ends.

Here comes the rain again,
Falling from the stars,
Drenched in my pain again.
Becoming who we are.

As my memory rests,
But never forget what I lost,
Wake me up when September ends.

Ring out the bells again,
Like we did when spring began,
Wake me up when September ends.










Don't Have To Lose - MLTR




If we want it we have just to choose,
If we need it we don't have to lose,
I see into your eyes,
It's time to realize.

If you want it I am here for you,
If you need it if you love me too,
There is no black or white,
This is no sacrifice.

We don't have to lose this love my friend,
We won't make the same mistake again,
We've been restless we've been blind,
We've been going out of our minds.

If we want it we could try again,
If we need it this could be the end,
Of feeling crazy,
The end of feeling sad.

We don't have to run,
And crash into some wall,
We don't have to let it go,
We don't have to fall.

We don't have to lose.


Assignment terakhir..





Alhamdulillah, dapat disiapkan juga esaimen yang terakhir sepanjang belajar di IPG selama 5tahun setengah..lepas nie maybe rasa rindu tuk menaip esaimen, cari bahan, berkolaborasi dengan rakan dan pensyarah, tak tido malam dan buat kerja last2 minit..haha..

Sabtu, 24 September 2011

Selesai bentang tesis





Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menulis entri berkenaan dengan VIVA..bukan kereta Viva ye..ahaks..tetapi pembentangan tesis untuk semua guru pelatih IPG sem 8..untuk IPG Kampus Perlis, Seminar Penyelidikan Tindakan berlangsung pada 19 dan 20 September 2011, bersamaan hari Isnin dan Selasa..giliran saya pada hari Selasa..memang berdebar sebelum menghadapinya..acap kali berkata supaya cepat la VIVA abis sebab tula penghalang terbesar untuk kitorg..pasni cuma tinggal exam akhir je lagi..huhu..dan masa pembentangan pun rasa lega sebab tak kerap buat mistake..apapun, ia dah berakhir..memang rasa best sangat2 sebab beban utama dah lepas..:-)

Pergi kuliah Ustaz Azhar Idrus..




14 September 2011 - first time dapat lihat dari dekat Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tahfiz al-Quran al-Imam an-Nawawi (MATIN) di Perlis..difahamkan rakyat Perlis menantikan kehadiran tok guru sejak tahun 2009 lagi..sebelum nie pn just tengok video kuliah beliau je kat Youtube..best dengar kuliah agama tok guru dari Terengganu nie..ada unsur2 lawak..antaranya tok guru cakap dalam loghat utara..haha..kenangan yang tak dapat dilupakan apabila sempat bersalaman dengan ustaz selepas kuliah tamat bertujuan untuk mendapatkan keberkatan..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails