Ahad, 27 Februari 2011

Selamat Hari Lahir - Februari 2011



Berikut merupakan insan2 yang saya kenali lahir pada bulan Februari..Moga mereka dirahmati Allah SWT..InsyaAllah..


Shahlani - 1 Feb 1988
Taufik Mukhtar - 2 Feb 1988
Hairunisak (Yun) - 2 Feb 1988
Abu Bakar - 3 Feb 1988

Shahrul (Gurun) - 3 Feb 1989
Khairul Anuar - 4 Feb 1988
Amir (Mz) - 5 Feb 1988
Roslan (PSV) - 5 Feb 1988

Malek (J-20) - 6 Feb 1986
Hanafiah - 6 Feb 1988
Shaba - 11 Feb 1988
Kadir - 11 Feb 1989

Farhan Afif - 12 Feb 1988
Syazwani (BG) - 13 Feb 1988
Abu Bakar (UiTM) - 13 Feb 1988
Syazalina (UiTM) - 15 Feb 1988

Hidayah (PSV) - 16 Feb 1988
Baihaqi (MSAS) - 16 Feb 1990
Mustaqim - 16 Feb 1988
Atiq Que - 17 Feb 1989
Norahezwan - 17 Feb 1988

Azuari (De) - 19 Feb 1982
Muhammad Aqil (anak buah) - 19 Feb 2011
Pidot Besut - 23 Feb 1989
Pakcu Radhi - 24 Feb 1980

Maimunah (mak) - 26 Feb 1955
Hafifi (Dee) - 27 Feb 1988
Afifah - 27 Feb 1988
Azimah - 27 Feb 1988

Dolah (SKJP2) - 27 Feb 1988
Padil (J-15) - 28 Feb 1988
Yusof Yaakub (I3P) - 28 Feb 1989
Syahmin Annisa (I3P) - 28 Feb 1991

Sabtu, 26 Februari 2011

Adab Terhadap Allah S.W.T

  1. Cintakan Allah S.W.T
  2. Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah S.W.T
  3. Takut dan hanya berharap kepada Allah S.W.T
  4. Bersyukur apabila diberi nikmat.
  5. Bersabar apabila ditimpa musibah atau kesusahan.
  6. Melihat taufiq dan hidayah daripada Allah S.W.T apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
  7. Sentiasa berzikir mengingati Allah S.W.T dan selalu bertaubat memohon keampunan dari-Nya.
  8. Tidak berputus asa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah S.W.T
  9. Melakukan segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.
  10. Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada dan Qadar Allah S.W.T kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmat disebaliknya yang tidak diketahui.

Khamis, 24 Februari 2011

Keistimewaan Madu Lebah






Allah SWT menjadikan makhluk lebah yang mampu menyediakan sumber makanan berkhasiat untuk manusia. Sumber yang dimaksudkan ialah madu. Antara keistimewaan madu lebah ialah:
  • Tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman.
  • Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau seseorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Kandungan gula yang terdapat dalam madu adalah jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.

Rabu, 23 Februari 2011

Conduct Senamrobik..


Murid SK Sungai Baru, Perlis





Pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 19 Februari 2011 merupakan hari persekolahan untuk cuti berganti bersempena Tahun Baru Cina di kebanyakan sekolah di negeri Perlis..Pada hari tersebut, pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah..Saya serta rakan sepraktikum telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk menguruskan senamrobik dan juga menjawat jawatan sebagai AJK Keselamatan sepanjang program tersebut dijalankan..Apa yang menarik sebenarnya adalah ianya merupakan pengalaman pertama di sekolah yang mana saya ditugaskan untuk conduct senamrobik..Tidak mahu dilabel sebagai guru pelatih yang demand, saya serta rakan sepraktikum menyahut cabaran tersebut dengan hati yang terbuka..Timbul juga di hati ini "Adakah aku boleh conduct senamrobik di hadapan semua murid sekolah"? Biasanya tanggapan negatif akan melanda juga pada diri saya sebelum situasi itu berlaku..Tapi, Alhamdulillah, ianya terlaksana jua dengan baik..yang penting sebenarnya dapat membangkitkan perasaan yakin pada diri serta memperoleh pengalaman baru dalam hidup..Ada juga perkara yang melawakkan berlaku ketika senamrobik dijalankan..Antaranya guru pembimbing minta kami sediakan lagu Inggeris yang rancak2..last2, saya pilih la lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga, lagu Jennifer Lopez, Backstreet Boys dan lain-lain..Budak2 pun apa lagi, siap joget n menari lagi..haha..

Ahad, 20 Februari 2011

Kelahiran anak sedara no 3...

Align Center
Muhammad Aqil Danish





Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya pada hari semalam, saya beroleh seorang anak sedara lelaki yang comel..sekarang nie dah ada 3 orang anak buah..2 lelaki 1 perempuan..em, orang yang paling gembira apabila menerima berita ini tidak lain dan tidak bukan ialah abang de dan kak nur..lebih manis lagi bayi lelaki ini berkongsi tarikh lahir dengan ayahnya, 19 Februari..nama bayi nie ialah Muhammad Aqil Danish..berat badan ketika dilahirkan sekitar 3.7 kg..bila tengok gambar nie, wajah Aqil menyerupai Kak Nur manakala tembam pipi ikut ayahnya..hehe..Apapun, semoga dengan kelahiran Muhammad Aqil Danish nie akan menyerikan lagi kehidupan de Wari dan Kak Nur..InsyaAllah..

Selasa, 15 Februari 2011

Happy to Celebrate Maulidul Rasul




Selamat Menyambut Maulidul Rasul diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia yang berfahaman ahl Sunnah Wal Jamaah..Semoga kita mengambil iktibar akan perjuangan Junjungan Mulia dalam menyebarluaskan dakwah Islamiah ke seluruh pelusuk dunia..Moga Baginda senantiasa diingati oleh umatnya sebagaimana Baginda masih mengingati mengenai umatnya sebelum kewafatan Baginda SAW..Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh @ role model yang sebenar untuk semua umat Islam..tiada insan lain di muka bumi ini yang lebih layak dijadikan contoh teladan yang hakiki selain daripada Baginda SAW..

Sabtu, 12 Februari 2011

Layannnzzz 7


Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)




Filem ini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada bulan Disember tahun lepas..Filem arahan sutradara Mamat Khalid nie berkonsepkan komedi seram dan dialog negeri Perak..Mengisahkan Husin (Awie) yang baru pulang ke Kampung halamannya iaitu Kampung Pisang setelah bekerja di Singapura selama 2 tahun..Selama Husin tiada di kampung tersebut, banyak kejadian aneh yang berlaku menurut kata dua orang sahabatnya iaitu Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) dan watak lakonan Shy8..lupa lak nama watak tu..huhu...Pada suatu malam sebelum Husin ingin tidur, dia ternampak kelibat Mak Cik Limah iaitu jirannya berada di luar rumah..Rupa Mak Cik Limah menakutkan ketika itu..Semenjak itu, Husin, Abi Hurairah dan kebanyakan penduduk di situ diganggu oleh kelibat Mak Cik Limah..Selepas itu, mereka semua telah bersepakat ingin pergi ke rumah Mak Cik Limah..Alangkah terkejutnya mereka kerana didapati terdapat satu mayat di rumah tersebut..Mereka menyangkakan bahawa mayat tersebut adalah Mak Cik Limah..Semenjak daripada peristiwa tersebut mereka beranggapan bahawa Mak Cik Limah sudah mati dan menjelma sebagai hantu..Memang lawak la melihatkan lakonan pelakon2 pembantu seperti Johan dan Shy8..Memang la over..hehe..Lupa lak nak crite yang si Husin tu pernah bertunang dengan seorang wanita yang bernama Che Nin (Ummi Nazeera), anak kepada Pak Cik Jabit..tetapi hubungan mereka terputus kerana si Husin ingin bekerja di Singapura tanpa memaklumkan sebab kepada Che Nin dan sekeluarga..Dipendekkan cerita, sebenarnya Kak Limah tu bukan hantu tetapi mengalami masalah mental..Mayat yang ada kat umah dia tu adalah mayat pembantu rumah yang diupah oleh anaknya (lakonan Pekin)..Pekin pun lawak jugak..gelak tak kena tempat..haha..Antara tagline dalam citer nie seperti "enjit2 semut sape sakit naik atas" yakni kata2 daripada Mak Cik Limah (Delimawati), sabor jela (sidekick2), Bakor (dialek Perak, bakar yang selalu Shy8 ckp dengan mimik muka yg over)..hehe..banyak pengajaran bila tengok filem nie..Antaranya orang melayu mudah lupa, mudah percayakan perkara2 tahyul macam hantu..Hantu?? hehe..ada jugak pelakon utama yang melakonkan watak sebagai hantu..Siapa?? bocorkan jela..haha..Si Ummi Nazeera dan Avaa Vanja..misteri tersebut terungkai di akhir cerita nie..frust menungging si Husin tu..kesian..ada jugak part yang separa lucah..maksud saya ada scene yang terdapat pelakon buat lawak lucah..x patut la ada scene lawak camtu..banyak kaedah atau gaya lawak yang boleh ditampilkan..xleh bayangkan klu budak2 tengok scene tu..isk3..Apapun, filem nie best jugak la..sebab tu la berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM7 juta..








The Sorcerer's Apprentice (2010)





Filem terbitan syarikat Walt Disney nie mengisahkan tentang sihir..dan terselit juga kisah mengenai Merlin ( sesetengah pndpt mengatakan bhwa Merlin tu Dajjal...Wallahua'lam)..Mantap jugak la jalan cerita filem nie..banyak unsur aksi..unsur humor pun ada gak..Lakonan berkesan yang dipamerkan oleh Nicolas Cage..maybe penonton akan ada perasaan menyampah dekat watak anak murid Nicolas Cage..banyak ragam..huhu..








Ngangkung (2010)






Filem paling laris di Malaysia yang berjaya mencatatkan keuntungan RM8.4 juta nie sekali lagi menampilkan Shaheizy Sam memegang watak utama di samping Azad Jasmin dan Angah Raja Lawak..Mengisahkan 3 orang sahabat yang terpengaruh dengan bomoh lalu terlibat dengan perkara2 mungkar iaitu nombor ekor dan mengharapkan pertolongan hantu..selepas menonton filem nie bagi saya ia merupakan filem yang biasa sahaja..tapi klu tngok trailer citer nie memang nampak best..em, xtau la pandangan orang lain cmne..mungkin ada yang kata best..masing2 ada pandangan yg trsendiri..ada jugak unsur dakwah dalam filem nie yang ditonjolkan oleh watak yg dilakonkan Azlee, seorang doktor...Pada suatu hari pasangan kekasih (pada mulanya ingat Ayh ngan anak..xleh blah) lakonan Yana Samsudin n pakcik pe ntah ingin menggugurkan anak luar nikah dengan meminta pertolongan daripada doktor (Azlee)..tapi doktor tersebut telah menggunakan kaedah psikologi ( siap dengan gaya + mimik muka ) bg menghalang niat jahat pasangan tersebut..huhu..










Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010)





Filem sekuel daripada filem dengan judul yang sama ini mengekalkan dua teraju utama iaitu Mazlan Pet2 dan Cat Farish..Shaheizy Sam xde..klu terngok citer nie kononnya watak Shaheizy Sam tu sambung blaja kt Sabah..so, tinggal la dua orang watak utama..Filem nie gak bercorakkan komedi seram..arahan Ahmad Idham..em, bertambah mengarut kot..hantu siap joget2 n nyanyi2 lagi..ada gak watak baru dlm citer nie..Antaranya watak yg dilakonkn oleh si Nora Danish..seksi gak minah nie..isk3..lokasi penggambaran di sekitar negeri Perlis..





Despicable Me (2010)



Filem animasi ini jalan citernya lain sket..Mengisahkan Gru, seorang lelaki berhidung mancung, berkepala botak yang bercita2 ingin menjadi seorang penjahat paling kejam di dunia..juga mempunyai impian gila2 iaitu memegang bulan..Walau bagaimanapun, ada lagi penjahat yang lebih genius daripadanya iaitu Vector (klu nama nerdnya Victor..haha)...xleh blah pasal si Vector nie sebab dia sllu guna tagline "oh yeah"..haha..lagi satu sebab dia suka cookies..macam2..Si Gru pun berubah menjadi baik selepas berjumpa dengan tiga kanak2 perempuan yg yatim piatu (adik-beradik)..tengok yg bongsu sekali cam watak Boo dalam citer Monster Inc..hehe..ending citer nie si Gru nie berjaya menumpaskan si Vector n impiannya juga terlaksana iaitu menakluk bulan tapi sat je..pekerja2 Gru pun comel2..makhluk berwarna kuning..






Damping Malam (2010)





Filem ini juga merupakan salah satu filem bergenre seram terbitan syarikat Metrowealth Movies serta arahan Ahmad Idham, juga melakonkan watak utama iaitu Wadi..Mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Wadi dan Ku Khalira yang hidup serba mewah serta mempunyai seorang anak perempuan yang berjaya memasuki sekolah asrama penuh..Walau bagaimanapun, masalah mula timbul sebaik sahaja anak pasangan tersebut menginap di asrama serta dikacau oleh sesuatu..Selepas itu, pasangan tersebut membawa pulang anak mereka ke kediaman mereka..Perkara yang sama juga berlaku kepada anaknya di rumah mereka..dikacau oleh makhluk halus..Bagi mengatasi masalah tersebut Wadi berjumpa dengan rakan lamanya iaitu seorang ustaz (Eizlan Yusof)..Setelah mereka berbincang, akhirnya ustaz tersebut menginap di rumah tersebut..Ustaz tersebut dapat merasakan ada perkara misteri yang perlu dirungkaikan melibatkan keluarga tersebut..Ku Khalira (Amy Mastura) pernah bagitau suaminya pasal maknya pernah mengambil pendamping ketika hayatnya..dan maybe pendamping tersebut yang mengganggu anak mereka..Pada mulanya, penonton akan mengesyaki watak yg dilakonkan oleh Azizah Mahzan iaitu mak sedara Ku Khalira merupakan antagonis dalam citer nie..sebenarnya tidak..ia akan didedahkan ketika klimaks citer nie semasa Wadi ingin menelefon Ku Khalira ketika di rumahnya..(ada sedikit persamaan dengan citer Kaho Naa Pyar Hai)..telefon Ku Khalira dikesan di dalam laci di bilik tetamu..Pada masa yang sama, terkantoi bahan2 pemujaan di bilik tersebut..Akhirnya, Ku Khalira lah yang jahat dalam citer nie..niatnya mengambil pendamping bagi melindungi anaknya serta berasa kesunyian di kala suaminya sibuk mengejar kekayaan..malangnya, dia tidak fikir tntg implikasinya..last sekali, anaknya mati..kesian..







City Under Siege (2010)





Menceritakan seorang lelaki lurus bendul yakni hero (lakonan Aaron Kwok) yang bekerja sebagai badut di pertunjukan..bercita2 ingin menjadi seorang pembaling pisau tepat seperti mendiang ayahnya..juga mempunyai beberapa rakan sekerja yang lebih mahir daripada dirinya..Pada suatu hari, dia ternampak beberapa rakan sekerjanya melakukan aktiviti2 haram di dalam hutan..ketika syok mengintip, akhirnya dia terjatuh lalu terkantoi ngan rakan2 sekerjanya..lepas tu, dia dipaksa direkrut untuk menyertai rakan2 nya pergi ke dalam sebuah gua untuk mencari harta2 karun..pada awalnya nasib menyebelahi mereka kerana terjumpa banyak jongkong2 emas di dalam bekas seperti rupa bentuk tembikar..disebabkan rakan2 sekerjanya tamak dengan harta tersebut, ada di antara mereka yang membuka satu bekas seterusnya mengeluarkan kepulan asap yang bersifat asid..waktu tu hero nyaris kena bunuh ngan sorg kwn sekerjanya..dek kerana bau asap yang tebal tersebut nyawa hero masih lagi pnjg n sempat melarikan diri..selepas itu, setiap daripada mereka merasakan sesuatu perubahan berlaku terhadap anggota badan..jadi macam mutan..cam citer Heroes..last sekali, hero berjaya menjadi seorang perwira yang mempunyai kelebihan pakar membaling pisau dengan tepat..kawan2 nya yang jahat semuanya mati belaka..








Alpha and Omega (2010)




Em, xde mood nak ulas citer nie..Bagi saya biasa2 je..






Aku Masih Dara (2010)





Filem bercorak islamik nie mengundang sedikit kontroversi dari segi tajuk cerita..strategi nak tarik pelanggan ke pawagam kot..menampilkan Ashraf Muslim sebagai hero..memegang watak sebagai Ustaz Amirul dan mempunyai seorang sepupu perempuan yang liar gaya hidupnya (lakonan Yana Samsudin)..sepupunya pula mempunyai dua orang kawan rapat (lakonan Raja Farah dan Diana Amir)..ketiga2 pelakon pompuan nie memang seksi la dalam citer nie..dek kerana tuntutan skrip jadi sanggup lakonkan watak cmtu..kononnya untuk tujuan berdakwah..jawapan2..harapya kalau kat dunia realiti nie tutup la aurat..tapi rasanya tak kot..isk3..kebiasaannya kalau filem arahan Ahmad Idham nie mesti ada tagline nya..macam citer nie saya ada terperasan dialog yang sering dikatakan oleh Yana Samsudin.."chottttttt"..ntah apa la maksudnya..wallahua'lam..ending citer nie lawak jugak bila si Ashraf Muslim meraung kesakitan selepas ditikam ngan penjahat citer nie lakonan si Farid Kamil..lawak tengok raut muka..hahaha..yang bestnya klu x silap saya tempat yang kena tikam tu kat bahagian perut..pastu ada balutan kain plak kat bhgn lengan dia..hahaha..

Sabtu, 5 Februari 2011

Terserempak dengan Azlee Senario



Berlaku ketika saya memandu kereta nak exit dari persimpangan Lanchang, Pahang..

Rabu, 2 Februari 2011

Senarai Perpindahan Pemain Pada Musim Sejuk 2010/2011

Senarai Pemain Bolasepak yang bertukar kelab pada musim sejuk 2010/2011





Jermaine Pennant - Real Zaragoza ke Stoke City
Hatem Ben Arfa - Marseille ke Newcastle United
Steve Sidwell - Aston Villa ke Fulham
Edin Dzeko - Wolfsburg ke Manchester City
Jean Makoun - Lyon ke Aston Villa
Steven Pienaar - Everton ke Tottenham Hotspur
Darren Bent - Sunderland ke Aston Villa
David Wheater - Middlesbrough ke Bolton





Torres - Liverpool ke Chelsea




Pascal Chimbonda - Blackburn ke QPR
Ryan Babel - Liverpool ke TSG Hoffenheim
Valon Behrami - West Ham United ke Fiorentina
Luis Suarez - Ajax Amsterdam ke Liverpool
Julio Baptista - AS Roma ke Malaga
Antonio Cassano - Sampdoria ke AC Milan
Mancini - Inter Milan ke Atletico Mineiro
Luca Toni - Genoa ke Juventus






Carroll - Newcastle ke Liverpool




Ronaldinho - AC Milan ke Flamengo
Massimo Maccarone - Palermo ke Sampdoria
Marc Van Bommel - Bayern Munich ke AC Milan
Andrea Barzagli - Wolfsburg ke Juventus
Giampaolo Pazzini - Sampdoria ke Inter Milan
Ibrahim Afellay - PSV ke Barcelona
Robert Pires - Villarreal ke Aston Villa
Simao - Atletico Madrid ke Besiktas







Pazzini - Sampdoria ke Inter Milan




Mahammadou Diarra - Real Madrid ke AS Monaco
Angelos Charisteas - AC Arles ke Schalke 04
Cristiano Zanetti - Fiorentina ke Brescia
Tuncay Sanli - Stoke City ke Wolfsburg
Fernando Torres - Liverpool ke Chelsea
Andy Carroll - Newcastle United ke Liverpool
David Luiz - Benfica ke Chelsea








Toni - Genoa ke Juventus

Selasa, 1 Februari 2011

Insan - Yantzen



Kita adalah insan,
Menumpang di atas dunia,
Aku dengan caraku,
Yang sederhana.

Kita adalah hamba,
Berbakti pada Yang Esa,
Aku mencari sinar,
Keredhaan-Nya.

Kita sama sahaja,
Bezanya cuma amalan kita,
Engkau dan juga aku,
Saling perlukan.

Oh cinta yang murni,
Sebagai ikatan,
Yang kukuh di hati,
Demi masa depan,
Jangan dihancurkan,
Hidup yang indah ini,
Akibatnya merana.

Jangan hancurkan,
Hidup yang indah,
Kita adalah hamba Yang Esa.





Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails