Sabtu, 30 April 2011

Celcom Broadband


Semalam 29 April genap setahun pakai celcom broadband..niat nak pakai broadband tu timbul pada tahun lepas disebabkan wayarles kat maktab slow..and then, tak semua website yg dapat bukak..atas sebab tu la saya guna broadband..mula2 tu pakai pakej RM68 sebulan dengan storan 3GB..baru2 nie je baru tukar pakej RM48 sebulan dengan storan 1GB..kelajuan sama ngan pakej RM68 iaitu 364mbps..

Selamat Hari Lahir - April 2011





Selamat Hari Lahir diucapkan kepada insan2 yang ku kenali yang lahir pada bulan APRIL..


Noradilah Zulkifli - 2 April 1991
Fathi - 3 April 1988
Abirah - 5 April 1991
Arifatul Adilah - 5 April 1988


Syikin (msas) - 6 April 1988
Abdullah (Lah) - 7 April 1987
Ridhuan (dwang) - 7 April 1991
Nisa (PSV) - 8 April 1989


Normaizura (Long) - 9 April 1977
Zubir - 9 April 1988
Hafizah MS - 9 April 1988
Fiztri (along) - 10 Apri 1988


Azrai - 14 April 1988
Azrein (aku) - 14 April 1988
Ieyda (msas) - 14 April 1988
Madeehah - 14 April 1989


Fitri (i3p jr) - 15 April 1991
Kak Ema - 18 April 1986
Asmawi (msas) - 20 April 1988
Kak Amy (i3p) - 21 April 1986


Ku Fatimah - 22 April 1988
Khairul Farhan - 22 April 1989
Hasyimah Haron (msas) - 23 April 1988
Za (i3p jr) - 24 April 1989


Zulhilmi (msas) - 24 April 1988
Syahida - 26 April 1988
Pojie (i3p jr) - 26 April 1989
Lutfi (UiTM) - 27 April 1988


Ana Mardiyah (I3P jr) - 28 April 1991
Muhaimin - 29 April 1988
Syahmi (i3p jr) - 29 April 1989



May ALLAH SWT Bless Us..InsyaAllah...:-)

Ahad, 24 April 2011

Selipar Kaki Beruang





Hehe..pertama kali terjumpa selipar bentuk kaki beruang kat salah satu kedai di Padang Besar, Perlis..Yang lawaknya sepasang selipar ini takde bahagian khusus untuk kaki kiri dan kanan..gerenti tak tersilap pakai..hehe..

Lidah dan Hati

Pada suatu hari, Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat banyak khasiatnya. Setelah Luqman al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya.

Pada hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkannya.

Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman tersebut. Lalu dia memanggil dan bertanya kepada Luqman: "Wahai Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling baik, engkau telah mengeluarkan lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu?" Luqman menjawab:

"Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai memelihara dan mengawalnya, maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan baik. Ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang, dengki dan sebagainya. Lidah juga boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh mengeluarkan kata-kata kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh-membunuh."

Sabtu, 23 April 2011

Kebijaksanaan Luqman

Ibn Kathir berkata, "Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' tentang kebijaksanaan Luqman adalah seperti berikut:

  • Luqman adalah lelaki yang cekal dengan kebenaran.
  • Pendiam, banyak bertafakur dan berpandangan jauh.
  • Tidak pernah tidur di siang hari.
  • Tidak pernah meludah, tidak berkahak.
  • Tidak bermasam muka dan tidak ketawa.
  • Tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya.
  • Pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu.
  • Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar.

Khamis, 21 April 2011

Selimut Hati - Dewa 19




Aku kan menjadi malam-malammu,
Kan menjadi mimipi-mimpimu,
Dan selimuti hatimu....yang beku.

Aku kan menjadi bintang-bintangmu,
Kan selalu menyinarimu,
Dan menghapus rasa rindumu....yang pilu.

Aku bisa untuk menjadi apa yang kau minta,
Untuk menjadi apa yang kau impikan,
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya.

Aku kan menjadi embun pagimu,
Yang kan menyejukkan jiwamu,
Dan kan membasuh hatimu yang layu.

(ulang rangkap 2)

Tinggalkan sejenak lalumu,
Beri sedikit waktu,
Kepadaku tuk meyakinkanmu.


(ulang rangkap 1)

Selimuti hatimu (7x)


Real Madrid - Juara Piala Raja Sepanyol 2011

Real Madrid - Juara Piala Raja Sepanyol 2011



Pasukan Real Madrid berjaya menewaskan pasukan Barcelona 1-0 pada aksi final seterusnya menjuarai Piala Raja Sepanyol @ Copa Del Rey hasil jaringan bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo. Selepas ini kedua-dua pasukan akan bertembung bagi pusingan separuh akhir untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Sabtu, 16 April 2011

Wang Kelian


Gambar Hiasan





Wang Kelian merupakan satu nama tempat di kawasan Padang Besar, Perlis, kawasan sempadan Malaysia-Thailand, berhampiran dengan Bandar Satun, Thailand. Bagi mereka2 yang menggemari budaya shopping, khususnya wanita, Wang Kelian mungkin menjadi salah satu destinasi yang patut dituju. Barangan2 yang dijual kebanyakannya adalah makanan, pakaian, cenderahati dan barangan keperluan lain. Yang paling istimewa ialah barangan2 yang dijual jauh lebih murah berbanding di kawasan lain. Kalau tak percaya boleh la pergi ke sana nanti..

Khasiat Pisang





Pisang tergolong dalam keluarga Musaceae. Paling popular adalah kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali yang ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pernah suatu ketika dahulu, pokok pisang hanya dibiarkan tumbuh meliar di kawasan Asia Tenggara, namun kini hasilnya dikomersialkan. Kebanyakan pisang yang dinikmati hari ini adalah keturunan Musa Acuminata dan Musa Balbisiana. Khasiat utama pisang adalah dapat membekalkan tenaga. 100 gram pisang mengandungi protein, lemak, kalsium, karotena, kalium, karbohidrat, serabut dan tenaga. Ia juga mengandungi magnesium, fosforus, iodin, kuprum, vitamin B1, B2, B6 dan C, niasin serta folat yang sangat penting untuk organ dalaman manusia.

Jumaat, 15 April 2011

23 Tahun..






Syukur alhamdulillah..masih diberi peluang oleh-Nya untuk menghirup udara yang nyaman serta mengharungi perjalanan hidup di kala usia 23 tahun..rasa macam xpercaya je..umur dah semakin bertambah..tanggungjawab pula menjadi semakin berat..ajal n jodoh?? wallahualam..Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila ia akan berlaku..whatever, that is a custom of life..

Pada entri kali ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang wish "Sanah Helwah", "Selamat Hari Lahir", "Happy Birthday" kepada saya pada 14 April iaitu hari semalam..tidak silap saya lebih daripada 100 insan yang melakukannya..di dalam FACEBOOK, face to face dan sms..ingat jugak korang besday ak yek..hehe..sebagai menghargai insan2 tersebut, saya akan bongkarkan identiti2 mereka..



Family n sedara: abah, mak, long, de, ateh, itam, kak nur, anjang dan ina.


kawan SKBG: Firdaus, Pojie Mat, along, dila, ella, ain, hafiza, ijat.


kawan SKJP2: nik ifahni, mus, zakuan, mahfuz, ibin, dolah, madeehah, atiyah, yaqin, najwa.


kawan MSAS: k.on, ieyda, basar, kak dila, wafa, ezreen, anuarol, wan fatimah, asyraf roslan, mawi, isa, huzaifah, abg daus.


kawan i3p: min, muiz, pes, syamim, ali, laila, mey, abg lias, tiara balqis, alif jumiran, kerol, dee, munir, norhana, kak da, che din, abg nik, bob, sofi, hilmi, mawaddah, taufik, za, aiman fadhil, hamzah, harqib, acap, abg rosli, umar, wan nor athirah, firdaus zain, shaba, hafiz irsyad, hasmira, lah, ropi, tam, abg ong, ishak, faris, ibriziah, safuan, puwe, faiq, lele, paad, fitri, amir, jas, pokle, paan, peja.


kawan UiTM Jengka: Lutfi, naim, awi, asraf, riz.


lain2: ikram, aishah, faiz.


SK Sungai Baru: Ustaz zulaini, sir zul, cikgu zabidi, ustaz mat arif, cikgu zamri.


Thank You So Much..May ALLAH SWT bless us..InsyaAllah..

Sabtu, 9 April 2011

Layannnzzz 8




Gulliver's Travels (2010)



Best la jugak bila tengok citer nie..Lamuel Gulliver (Jack Black) telah ditugaskan oleh penulis wanita yang bernama Darcy (Amanda Peet) untuk pergi mengembara ke Kepulauan Bermuda secara solo selepas penulis tersebut kagum dengan penulisan si Lamuel..Padahal si Lamuel wat plagiat kat penulisannya..ha3..Semasa mengembara secara solo dengan menaiki bot, akhirnya si Lamuel terdampar ke sebuah pulau ..Diringkaskan cerita Lamuel sampai ke tempat yang bernama Liliput yang mana Lamuel terkejut besar sebab penduduk di situ semuanya kecik2 macam semut..Dan mereka menganggap Lamuel ni raksasa sebab saiz badan besar bak gergasi..Nak dekat ending citer nie, Darcy pun terdampar ke pulau tersebut dan berjumpa semula dengan Lamuel..Akhirnya mereka balik semula ke Amerika bersama2..






Haq (2011)



Filem terbitan syarikat milik pelakon Nanu Baharudin nie menggunakan banyak imej janaan komputer atau CGI..dan bagi saya apabila menonton filem ini, pengarah lebih suka menonjolkan unsur material atau mewah sahaja..lebih2 lagi apabila melihat penggunaan kereta sport, rumah mewah dll..Walhal kalau tidak silap saya la filem nie tidak mencapai kutipan yang baik..kiranya xpulang modal la..Dan banyak juga adegan2 xpakai baju dipaparkan dalam filem ni, lebih2 lagi watak antagonis yang dibawa oleh aktor Adi Putra..






Kembar Siang (2011)



Bosan bila tengok filem ini..menyesal beli DVD..isk3..Pelakon utama adalah Kamal Adli yang memegang dua watak dan Intan Ladyana..Citer pasal kembar..sorang normal, sorang lagi cam terencat..Ending citer dua2 kembar nie pun kawin gak ngan kembar (Intan Ladyana)..







Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)


Filem pertama Malaysia yang ditayangkan pada tahun 2011 ini menampilkan Syamsul Yusof sebagai hero merangkap pengarah, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali..Filem seram nie berjaya mencatat kutipan box-office..Ada jugak adegan seram yang tidak pernah ditonjolkan dalam mana2 filem seram keluaran negara Malaysia yang lain..Nak bagi spoil sket tntg citer nie..watak Syamsul Yusof tu jahat sebab dia guna khidmat bomoh untuk memikat watak Sabrina Ali..kesannya si Sabrina tu mula la suka kat Syamsul..tapi Syamsul dah mula suka dekat perempuan lain lakonan Liyana Jasmay dan kawin pastu..Dia dah xsuka ngan watak Si Sabrina tu sebab kaki bersosial kat kelab malam..Si Sabrina tu lak cam xleh nak lupakan si Syamsul tu..maklum la muka cam Tom Cruise (ahaks)..last2 bunuh diri..pengajaran citer nie, pilihlah pasangan yang baik untuk dijadikan sebagai teman hidup..selamat dunia n akhirat..dan jangan sesekali syirik kepada Allah..Sebab dosa syirik nie merupakan satu2 nya dosa yang tidak diampunkan oleh-Nya..






Marmaduke (2010)




Boleh pecah perut bila tengok citer nie..lawak tengok kerenah si anjing yang bernama Marmaduke (Owen Wilson) bersama teman baiknya si kucing yang mempunyai suara ala2 rockers..hehe..Sesuai ditonton oleh seisi keluarga..








Shaolin (2011)



Menampilkan Andy Lau sebagai teraju utama, dibantu oleh Nicholas Tze dan Jackie Chan..Citer yang bertemakan persahabatan, konflik politik dalam tentera dan percintaan..Nicholas Tze jahat dalam citer nie..Diringkaskan cerita, Andy Lau mati dalam citer nie..sebelum mati sempat la dia bertaubat dengan menjadi seorang sami..tu pun selepas mendapat petunjuk apabila berjumpa dengan seorang sami yang bekerja sebagai tukang masak (Jackie Chan)..







Sini Ada Hantu (2011)



Filem nie ada 3 kisah hantu..Hantu Pokok Pisang, Hantu Nombor Ekor dan Hantu Jepun..tak seram la bila tonton filem ini..unsur2 kelakar ada la..hahaha..Ramai pelakon baru yang berlakon dalam filem ini..Hanya Fasha Sandha dan Eira Syazira sahaja pelakon terkenal yang berlakon dalam filem nie..






Rapunzel: A Tangled Tale (2010)



Filem yang baru saya tengok pada hari ini..Filem yang berdurasi selama 1 jam 30 minit nie menceritakan seorang anak perempuan pasangan diraja yang bernama Rapunzel telah diculik oleh seorang tukang sihir wanita kerana mengandungi kuasa sakti seperti boleh memanjangkan usia dll melalui rambutnya yang panjang..Diringkaskan cerita, si Rapunzel nie menganggap tukang sihir tu maknya..dan dia diminta untuk tinggal di sebuah menara serta tidak dibenarkan untuk keluar daripada menara tersebut..Alasannya kerana dunia luar berbahaya..Padahal tukang sihir pompuan tu xbagi si Rapunzel keluar daripada menara kerana takut rahsianya terbongkar..Pada suatu hari, lelaki bernama Eugene iaitu seorang pencuri melarikan diri daripada dikejar oleh askar2 istana..dan akhirnya dia terjumpa menara yang didiami oleh Rapunzel dan bersembunyi di situ drpd kantoi ngan pegawai2 istana tersebut..dari situ la Rapunzel berkenalan ngan Eugene..ending filem nie, tukang sihir wanita tu mati terjatuh daripada tingkap menara sebab terkejut selepas si Eugene memotong rambut Rapunzel yang panjang..kuasa sakti hilang dan tukang sihir tu jadi tua kerepot..si Rapunzel pun akhirnya jumpa la semula ngan kedua2 ibu bapanya yang juga raja dan permaisuri di negara tersebut selepas berpisah selama 18 tahun..






The Tourist (2010)



Filem bercorakkan romantik, komedi dan thriller nie menampilkan dua pelakon popular, Johnny Depp dan Angelina Jolie..Mengisahkan seorang wanita bernama Elise (Jolie) yang melarikan diri daripada diekori oleh polis Perancis, polis Scotland dan pasukan Interpol..Di sebuah kafe, dia menerima surat daripada Alexander Pierce, bekas pakwenya juga seorang penjenayah yang dipercayai berada di Venice, Itali..Selepas itu Elise bergegas ke keretapi dan berjumpa pula dengan seorang lelaki Amerika yang bernama Frank Tupelo (Depp)..Spy2 polis yang berada di situ beranggapan Elise bersama dengan Alexander Pierce..Diringkaskan cerita, si Elise tu sebenarnya polis..Dia jatuh cinta ngan Alexander Pierce ketika menyamar menjadi penjenayah..Si Frank tu pun dah mula suka kat Elise selepas berkenalan sepanjang berada di Venice, Itali..Masa Elise kena tangkap ngan Reginald Shaw, seorang mafia yang dikhianati oleh Alexander, si Frank datang untuk menyelamatkan Elise..pada mulanya si Frank berpura2 mengatakan bahawa dia adalah Alexander Pierce..Tujuannya nak selamatkan Elise..siapa sebenarnya Alexander Pierce?? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah Frank Tupelo sendiri (Depp)..untuk keterangan lanjut tengok jela filem nie..








Tron Legacy ( 2010 )



Filem nie memang mantap dari segi kesan CGI..Watak Jeff Bridges merangkap ayah kepada hero mati dalam filem nie..tak nak ulas panjang..just want to say "BEST"..hehe..





2 Alam (2010)



Filem yang dijangka mencapai kutipan 40 juta oleh produser sendiri iaitu Dato Dr Rozmey (DDR) nie banyak babak flash back..watak utama yang dibawa oleh pelakon baru Suhailah Salam pun seksi habis..isk3..Pengajaran citer nie jangan ubah ciptaan Allah seperti tukar jantina..jangan derhaka kepada kedua ibu bapa dll..Kesannya apabila mati, tanah tidak akan menerima jasad dan banyak lagi dugaan atau azab dunia yang menimpa si mati..Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Aaron Aziz, Faizal Hussein dan Suhailah Salam..

Ahad, 3 April 2011

Di Sebalik Bawang Putih




Orang kata siapa2 yang makan bawang putih akan berdepan dengan masalah badan berbau..Betul ke??


Pencernaan
Membantu pencernaan dan menambah nafsu makan. Apabila dimakan secara mentah, ia berupaya untuk merangsang perembesan air liur.

Barah
Menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian kolon, hati. buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan servik.

Fungsi organ
Menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme apabila dimakan secara mentah.

Tahap gula
Mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesann yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kencing manis.

Kesan sampingan jika dimabil berlebihan:
  • Merangsang mukus pencernaan
  • Muntah, anoreksia nervosa
  • Hilang berat badan
  • Anemia
  • Dermatitis

Cadangan
  • Ambil tidak kurang daripada 5g bawang putih mentah setiap hari
  • Ambil tidak kurang daripada 0.5 ml jus bawang putih setiap hari
  • Ambil tidak kurang daripada 300 mg serbuk bawang putih setiap hari

Sabtu, 2 April 2011

Penyakit Asma






Definisi
Penyakit Asma @ lelah merupakan penyakit imunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan & spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit mungkin mengalami pernafasan bersiul, sesak nafas & sukar bersenam.

Penyebab
Selalunya penyakit ini tidak boleh diubati, namun biasanya kanak2 yang menghidapi asma akan sembuh apabila usia meningkat. Perlu diketahui, apakah yang menyebabkan berlakunya penyakit asma. Antaranya:
  • Alahan menghidu seperti kutu habuk, debunga, spora kulapuk, bulu binatang peliharaan.
  • Udara sejuk.
  • Senaman.
  • Jangkitan sistem pernafasan.
  • Tekanan emosi.
  • Aspirin & ubat2 an.
  • Penyakit keturunan.

Pencegahan
Pesakit yang mempunyai simptom penyakit asma sepanjang hari akan merasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Antara yang boleh membantu daripada diserang penyakit asma adalah:
  • Penghidu (inhaler)
  • Elak merokok
  • Elak si perokok
  • Jangan kerap berada di kawasan sejuk apabila tidak berbaju
  • Memakai topeng muka apabila mengemas rumah
  • Elak melakukan kerja2 berat
  • Elak bersenam secara berlebih2 an
  • Jauhi bulu binatang peliharaan

Jumaat, 1 April 2011

Di Sebalik Peristiwa "April Fool"




Setiap tahun menjelang 1 April, sebilangan besar manusia termasuk mereka2 yang beragama Islam meraikan hari tersebut yang dikenali sebagai "April Fool's Day"..Hari tersebut sebenarnya merupakan salah satu budaya yang diperkenalkan oleh Barat; sama seperti Valentine's Day..Menyentuh kembali perayaan April Fool's Day, ia mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol..Setelah bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya tumbang diserang tentera Kristian laknatullah..Penduduk2 Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di rumah masing2 untuk menyelamatkan diri daripada pihak musuh..Tentera2 Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang2 Islam di Sepanyol..Penduduk2 muslim telah diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dalam keadaan selamat bersama barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan..Orang2 muslim yang bimbang jika tawaran tersebut merupakan satu tipu muslihat telah pergi ke pelabuhan tersebut untuk melihat sendiri kapal2 yang dimaksudkan..Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak..Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barang yang ingin dibawa menuju ke pelabuhan..Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 Islam ini..Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar..Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan serta kanak2 kecil..Peristiwa berdarah yang menyedihkan buat umat Islam ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian..Perayaan ini akhirnya diraikan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia..Yang lagi menyedihkan, orang2 Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikannya lagi taksub tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai2 saudara seIslam mereka sendiri..Semoga kita yang beragama Islam mengambil pengajaran daripada peristiwa ini..SAY NO TO APRIL FOOL'S DAY!!!

Banjir di Perlis..


Jemaah yang pulang daripada mengerjakan solat Jumaat di Masjid Putra, Perlis.



Hari ini merupakan hari yang keempat Perlis dilanda banjir..Buat pertama kali sepanjang 5 tahun saya belajar di Perlis, kejadian banjir berlaku di Perlis pada bulan Mac..5 bulan yang lalu, penduduk negeri ini terpaksa menghadapi banjir yang berlarutan melebihi seminggu..kali ini ia berlaku lagi..Berita terkini melaporkan bahawa sebanyak 18 buah sekolah di Perlis masih ditutup akibat dilanda banjir..sekolah tersebut adalah SK Padang Melangit, SK Seri Indera, SK Putra, SK Abi, SK Titi Tok Bandar, SK Seri Perlis, SK Stella Maris, SJK (T) Kangar, SMK Syed Hassan, SMK Derma, SMK Putra, SMK Perlis, SMK Vokasional Kangar dan SMA (P) Kangar..4 sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir pula ialah SK Sena, SK Panggau, SK Behor Empiang dan SMK Dato Ali Ahmad..Kejadian banjir kali ini berlaku di luar jangkaan manusia..ia datang secara tiba2..apabila berlaku perkara sebegini, barulah kebanyakan manusia mengingati dan senantiasa berdoa kepada Yang Esa..kan bagus kalau sentiasa mengingati ALLAH sepanjang masa, tidak kira ketika berada pada situasi senang ataupun susah..sama2 lah kita bermuhasabah diri..




Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails