Isnin, 30 Mei 2011

Inter Milan - Juara Piala Itali 2011


Leonardo menjulang Piala Itali





Pasukan Inter Milan telah berjaya menewaskan Palermo 3-1 pada perlawanan akhir Piala Itali..Gol untuk pasukan Inter telah dijaringkan oleh Samuel Eto'o (2) dan Diego Milito..

Ahad, 29 Mei 2011

FC Barcelona - Juara Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011


Pasukan FC Barcelona




Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2010/2011 mempertemukan dua pasukan gergasi Eropah, Barcelona dan Manchester United..Perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Wembley, England..Keputusan perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Barcelona dengan keputusan 3-1..Gol pasukan Barcelona telah disumbangkan oleh trio penyerang iaitu Pedro, Lionel Messi dan David Villa..Gol pasukan MU pula dijaringkan oleh Wayne Rooney..Kemenangan Barcelona tersebut merupakan kejuaraan ke-4 dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan sebaris dengan pasukan Bayern Munich dan Ajax Amsterdam, juga telah memenangi kejuaraan sebanyak 4 kali..Perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan ulangan bagi Final tahun 2009 juga menemukan dua pasukan yang sama dan telah dimenangi oleh pasukan Barcelona..

Ahad, 22 Mei 2011

Seribu Impian - Casey



Di senjakala begini,
Teringat Kembali,
Teman-teman lama dahulu,
Yang pernah sama mengharungi.

Pahit dan manis dirasa,
Shati sejiwa,
Tak mungkin ku lupakan segala,
Saat suka dan duka.

Susah dan senang kita bersama,
Rentasi rintangan yang ada,
Tiada sempadan yang memisahkan,
Kasih sesama kita walau badai tiba.

Seribu impian.
Pernah pun kita bina
Demi masa depan,
Tenggelam jauh dalam khayalan,
Dibuai alam mimpi.

Kenangan lalu menjelma,
Teringat kembali,
Di ketika bergurau senda,
Mesranya kita bersama.

Seribu impian indah menghias jiwa,
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru mimpi kita,
Abadi selamanya......

Al-Fatihah untuk seniwati Mahyon Ismail




Seniwati tanah air, Mahyon Ismail telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam di Hospital Ampang Puteri, Selangor..Allahyarham meninggal dunia akibat demam dan batuk sejak seminggu lalu..Allahyarham meninggalkan tiga anak termasuk pelakon terkenal tanah air, Faizal Hussein..Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah..

Sabtu, 21 Mei 2011

Layannnzzz 9

Senjakala (2011)



Filem arahan sutradara Ahmad Idham ni merupakan filem seram..mengenai saka..Teraju utama adalah Liyana Jasmay serta pendatang baru, Zahiril Adzim yang memegang watak hero dalam filem ini..tak seram sangat pun..biasa2 saja..nak tergelak juga dengan watak lakonan si Zahiril..selalu je pegang telinga menandakan ada sesuatu yang x kena..hehe..






Rio (2011)



Filem animasi yang berlatarbelakangkan negara Amerika Selatan iaitu Brazil ini mengisahkan Blue, seekor anak burung jenis Macaw yang tidak boleh terbang..banyak cabaran yang dilalui olehnya ketika berpisah dengan penjaganya di dalam hutan..banyak gak la watak2 yg lawak dlm citer nie..cam monyet gangster, burung jahat dll..ending citer nie, si Blue boleh gak terbang..pengajaran yang terdapat dlm filem ni ialah jgn sesekali mudah berputus asa dlm melakukan sesuatu prkara n manfaatkan setiap peluang yang ada dengan bersungguh2..sperti yg ditonjolkn pada watak Blue..mula2 tu xleh terbang tapi apabila keadaan terdesak dia berusaha untuk terbang n akhirnya berjaya..best la citer nie..hehe..





Dilarang Masuk (2011)



Mula2 tu ingat filem ini pasal hantu...last2 xde pn..citer pasal pembunuh psiko..sekumpulan 4 orang muda-mudi tersesat di dalam hutan..pastu jumpa satu rumah kosong n brmlm di situ..bila duk kt umah tu diorang terjumpa sejumlah wang n lebih mengejutkan (xterkejut pn..haha) ada mayat dlm umah tu..watak utama yang dibawa oleh Shiqin Kamal tu ada masalah kesihatan..ada la flashback sket yg kaitkn dia ngan umah tu..dipendekkan crite, ada pmbunuh psiko dlm umah tu..doktor..si Esma Daniel..biasa2 je citer nie..






Cun (2011)


Filem komedi drama yang buat pertama kali menggandingkan Remy Ishak n Maya Karin nie mengisahkan seorang selebriti terkenal, Luna Latisya (Maya Karin) yang melarikan diri ke Kedah bersama pengurusnya (Faezah Elai) sebab x tahan dengan gosip2 panas yang dibawa oleh si Ning Baizura membabitkan buah hatinya lakonan Jehan Miskin yang over tu..haha..sebenarnya si Luna tu nak lari ke kampung halaman pengurus dia kat Kedah..bila dah sampai ke Kedah, so kbnykan pelakon pn cakap loghat utara la..huhu..pastu jumpa la ngan Atan (Remy Ishak) sepupu Faezah Elai dlm citer nie..macho siot..hehe..banyak gak la part2 lawak..lembu pakai mekap la..si Jehan Miskin wat muka masa nangis depan kamera (xleh blah) dll..filem ni ok la tapi xdapat sambutan sngt kt pawagam tanah air..mayb sebab skrg nie selera penonton lebih kpd genre seram n komedi 100% kot..




Megamind (2010)



Walaupun citer nie banyak unsur lawak tapi ada jugak part2 yang kesian lagi menyedihkan..terutama melibatkan watak makhluk berwarna biru yang bernama Megamind..kesian masa dia kecik..kena buli, tersisih dll..ramai orang masa tu lebih tabik spring kat seorang lagi makhluk asing yg dianggap superhero di kawasan tersebut iaitu Metro Man (suara Brad Pitt)..disebabkan sllu tersisih dengan masyarakat menyebabkan Megamind nak jadi penjahat dunia..macam2 la plan yg dia buat semata2 nak tumbangkan Metro Man..akhirnya rancangan dia berhasil apabila dia menculik seorang wartawan wanita yang bernama Roxanne untuk mengumpan Metro Man..diringkaskan cerita, si Metro Man terbunuh dalam peristiwa tersebut akibat satu letupan yang dihasilkan oleh Megamind..si Megamind pun dalam diam2 menyukai Roxanne..tapi Roxanne sukakan si Metro Man n mnyebabkan dia betul2 naik menyampah kat Megamind sebab mematikan hero pujaannya..diringkaskan cerita buat kali ke-2, sebenarnya si Metro Man hidup lagi..dia menyamar mati sebab nak bersara jadi hero..nak jadi orang biasa je..si Megamind diangkat sebagai hero selepas mengalahkan penjahat ciptaannya sendiri iaitu pembantu Roxanne..





I Am Number Four (2011)


Filem yang banyak guna teknologi CGI nie menceritakan sekumpulan kanak2 yang diburu oleh makhluk asing dari planet Lorian kerana memiliki superpower yang boleh mengancam makhluk asing tersebut..diceritakan hanya terdapat 9 kanak2 je yang ada superpower..kanak2 tu pun sebenarnya dari planet Lorian gak..tapi dihantar ke bumi oleh mak ayah mereka kerana diburu oleh makhluk asing yang jahat tu..masa mula2 cerita nie, penjahat tu sempat bunuh 3 orang kanak2..pastu nak buru pulak yang no 4 iaitu hero..15 tahun kemudian, hero dah besar n dijaga oleh seorang lelaki..lelaki tu tau yang hero tu ada power n diburu oleh makhluk jahat tu..hero ada power cam kat dlm poster tu..ada power kat tangan n macam2 lagi..masa tengok citer nie disangkakan ada la muncul saki baki superhero..last2 yang ada cuma superhero pompuan bernombor 6..kiranya yang xde adalah no 5, 7, 8 dan 9..mayb kuar masa filem lanjutan kot..ending citer nie, geng2 jahat mati...no 4 n 6 pergi mengembara sebab nak cari 4 orang lagi kawan mereka..






Hikayat Merong Mahawangsa (2011)




Jarang sekali cerita epik difilemkan di Malaysia..kali terakhir pun cerita Puteri Gunung Ledang pada tahun 2001 (kot)..kali ini, filem epik bertajuk 'Hikayat Merong Mahawangsa" keluaran KRU Movies berjaya juga menjengah ke pawagam tanah air..filem yang berbajet besar nie wajar diberikan pujian..hasil kerja yang ditonjolkan setanding dengan produksi Hollywood..tapi ada jugak kontroversi..watak puteri China yang sedang mandi..nampak cam real je xpakai apa pun ketika mandi..isk3..harap2 x real la tu..apapun best la cerita arahan Yusri KRU nie..lakonan Stephen Rahman Hughes n Khir Rahman pun bagus..








Faster (2010)



Filem aksi yang menampilan Dwayne "The Rock" Johnson sebagai hero nie banyak unsur2 ganas..sesuai untuk tontonan 18 tahun ke atas..cerita pasal dendam kesumat..nak tuntut bela atas kematian abangnya yang mati dibunuh oleh sekumpulan penjahat..last2 sekali, mastermind yang bunuh abang The Rock dalam citer nie adalah seorang polis lakonan Billy Bob Thornton yang mati jugak kena tembak ngan The Rock..





Madu 4 (2010)



Nasib baik la xbeli citer nie..tengok pn lepas amik dari kawan yang download citer nie..xbest la..ngarut banyak..sesuai buat drama je..tak la rugi teruk nanti (opps)..





The Return of Chen Zen (2010)



Filem aksi yang menyayat hati ini menceritakan mengenai zaman pemerintahan Jepun di negara China..memang zalim tentera2 Jepun nie..lebih2 lagi Jeneral..kejam giler..banyak gak part2 ganas cerita nie..tapi syok tengok aksi berlawan Donnie Yen..penuh style..hehe..






Red (2010)



Filem ini banyak menampilkan pelakon2 veteran yang diterajui oleh Bruce Willis..besa2 je..

Khamis, 19 Mei 2011

FC Porto - Juara UEFA Europa League 2010/2011


FC Porto



Perlawanan akhir bagi merebut Piala UEFA Europa bagi musim 2010/2011 telah menemukan dua kelab Portugal, FC Porto dan Braga yang berlangsung di Glasgow, Scotland..Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan FC Porto 1-0..Gol kemenangan telah dijaringkan oleh penyerang sensasi kelahiran Colombia, Radamel Falcao.

Isnin, 16 Mei 2011

Exam Bulan Mei 2011






Ahad, 15 Mei 2011

Happy Teacher's Day - 16 Mei 2011




Selamat Hari Guru diucapkan kepada bekas guruku yang pernah mendidikku bermula TADIKA Bukit Goh (1994), SK Bukit Goh, Kuantan, Pahang (1995 - 1999), SK Jengka Pusat 2, Pahang (2000), Ma'ahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini, Jengka (2001 - 2005)..

Juga diucapkan kepada pensyarah2 daripada UiTM Kampus Jengka (Julai 2006 - 3 minggu) dan IPG Kampus Perlis ( 2006 - 2011)..tidak dilupakan kepada rakan2 senior dan junior yang bakal menjadi pendidik, yang dah menjalani praktikal di sekolah dan semua guru di seluruh Malaysia.


"Sebaik-baik pekerjaan adalah menjadi guru"

Juara Serie A, La Liga & EPL 2010/2011

AC Milan - Juara Serie A 2010/2011



Saingan Serie A bagi musim ini menyaksikan persaingan hebat di antara pasukan setempat, AC Milan dan Inter Milan..Musim terdahulu, Inter Milan meraih trofi berganda dengan menjuarai liga, UEFA Champions dan Piala Itali. Apapun, bagi musim ini, pasukan AC Milan berjaya menjuarai liga buat kali ke-18, selepas kali terakhir pasukan tersebut menjuarai liga ialah pada musim 2002/2003..Keputusan tersebut menyaksikan penguasaan Inter Milan dalam liga Itali selama 5 musim berturut-turut telahpun berakhir..Tunjang utama buat pasukan AC Milan sudah semestinya bintang2 yang baru menyertai pasukan tersebut seperti Zlatan Ibrahimovic, Marc Van Bommel dan Antonio Cassano..Musim ini juga merupakan musim yang baik untuk pasukan Napoli, Udinese dan Lazio seterusnya lebih menonjol berbanding kelab gergasi Itali, Juventus dan AS Roma







Barcelona - Juara La Liga 2010/2011



Ramai pemerhati bolasepak melabel pasukan Barcelona sebagai pasukan terhebat pada masa kini..Tanggapan mereka ada benarnya kerana pasukan ini berjaya menjuarai saingan La Liga buat kali ketiga berturut-turut sekaligus mengenepikan cabaran musuh ketat mereka, Real Madrid..Tunjang kekuatan Barcelona pada musim ini banyak diterajui oleh penyerang sensasi kelahiran Argentina, Lionel Messi serta dibantu oleh pemain2 lain seperti David Villa, Xavi dan Iniesta..






Rooney meraikan gol melalui penalti



Sejarah baru tercipta dalam saingan EPL..Sebelum ini, pasukan yang paling kerap menjuarai saingan ini adalah Liverpool dan Manchester United iaitu dengan 18 gelaran..tapi, pasukan "The Red Devil" berjaya menjuarai EPL buat kali ke-19 setelah keputusan 1-1 menentang Blackburn menerusi jaringan penalti Wayne Rooney..MU memerlukan satu mata sahaja bagi memastikan gelaran EPL bagi musim ini menjadi milik mereka..Akhirnya harapan mereka tercapai selepas menentang pasukan Blackburn..Keputusan tersebut telah melakar sejarah baru dalam saingan EPL seterusnya menjadikan Manchester United pasukan yang paling berjaya dalam saingan ini..Pasukan ini juga berjaya merampas kembali EPL daripada pasukan Chelsea..

Manchester City - Juara Piala FA 2011


Mancini bersama Tevez memegang Piala Fa yang dimenangi pasukan mereka.



Hampir 35 tahun pasukan Manchester City tidak menjulang sebarang piala..Apapun penantian pasukan kaya tersebut berakhir pada hari semalam selepas menewaskan pasukan Stoke City dengan keputusan 1 - 0 pada perlawanan akhir Piala FA 2011..Jaringan kemenangan telah disumbangkan oleh bekas pemain Barcelona, Yaya Toure..Sebelum itu, pasukan tersebut juga berjaya menempah tiket ke kancah Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) bagi musim 2011/2012 selepas mengenepikan cabaran pasukan Tottenham Hotspur, Liverpool dan Everton..

Isnin, 2 Mei 2011

Lagu SK Sungai Baru, Perlis



Di Mana Bumi Dipijak,
Di Situlah Langit Ku Junjung,
Akan Berbakti Padamu,
SKSB Sungai Baru.

Ilmu Menjadi Panduan,
Teras Pendidikan Hidup,
Akan Berbakti Padamu,
SKSB Terus Maju.

Belajar Terus Belajar,
Memajukan Bangsa,
Memenuhi Kehendaknya,
Wawasan Negara.

Di Mana Bumi Dipijak,
Di Situlah Langit Ku Junjung,
Akan Berbakti Padamu,
SKSB Terus Maju.



Ahad, 1 Mei 2011

Kenangan di SK Sungai Baru, Perlis

Logo Sekolah






Alhamdulillah, praktikum fasa 3 baru sahaja habis pada hari Jumaat lepas..Ia merupakan praktikum terakhir untuk guru pelatih IPG Kampus Perlis dan IPG2 lain seluruh Malaysia..Kali ini kami menjalani praktikal selama 3 bulan..Untuk Guru Pelatih IPG Kampus Perlis bermula praktikal pada 31 Januari hingga 29 April 2011..tetapi tak semua yang start masa hari first tu..Ia disebabkan ada sekolah yang mengambil cuti Tahun Baru Cina..macam saya dan pasangan praktikal, Mohammad Amir start menjalani praktikal pada 7 Februari, selepas cuti Tahun Baru Cina..Untuk Fasa Ketiga ini, kami berdua telah ditempatkan di SK Sungai Baru, yang terletak di kawasan Simpang Empat, Perlis..Selama 3 bulan menjalani praktikal, kami kena bangun sebelum subuh bagi mengelakkan diri daripada datang lewat ke sekolah..

Banyak pengalaman serta pengetahuan baru yang saya dapat selama 3 bulan di sekolah tersebut..Antaranya, kena handle senamrobik sempena Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah..Lagi, terlibat dengan Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Simpang Empat, Kejohanan Bolasepak Peringkat Kawasan, Kejohanan Bola Tampar Peringkat Kawasan, Mesyuarat PIBG, Program Motivasi di sekolah dan banyak lagi..

Lepas cuti pertengahan sem, sekolah kami telah didatangi dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Ilmu Khas, opsyen PJ dan dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Perlis..yang cors PJ tu seminggu je kat sekolah untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)..dua orang lagi tu cors Pemulihan dan menjalani praktikal selama sebulan aka junior saya..Hamzah dan Farhad..

Lupa pulak nak bagitau yang sekolah nie ada kemudahan asrama..mula2 tu nak gak merasa jadi warden..siap dapat elaun lagi..tapi atas sebab2 tertentu xjd la warden..hehe..

Masa tinggal seminggu je lagi saya n Amir nak abis praktikal, pihak sekolah ada la buat jamuan perpisahan di Samudra, Kuala Perlis..bukan untuk kami sahaja, tetapi jamuan tersebut turut meraikan bekas2 guru sekolah, GPK Hem yang bertukar ke SK Ujong Batu, Perlis dan bekas Guru Besar yang kini bertugas di SK Padang Kota, Perlis dan Hamzah serta Farhad yang abis 2 minggu lebih awal daripada kami..Masa terlibat ngan jamuan tu dapat rasa seperti satu family..makan satu meja dengan guru..memang seronok..

Pejam celik pejam celik hari terakhir pun tiba pada hari Jumaat lepas..saya mewakili Guru Pelatih telah diberikan penghargaan untuk memberikan sedikit ucapan di perhimpunan pagi..semasa saya memberikan ucapan, saya ada selitkan kata2 penghargaan kepada pihak sekolah, guru2 yang membantu kami ketika kami diobserve oleh pensyarah, bagi tips untuk murid supaya menjadi pandai dalam pelajaran serta memberikan beberapa nasihat yang berguna kepada murid..masa tu perasaan saya bercampur baur..ada rasa sedih, sayu, puas, suka dan banyak lagi perasaan muncul masa tu..lepas je abis berucap, pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepada kami berdua yang berupa frame ayat2 al-Quran..terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah..kami pun telah menyediakan juga hadiah2 untuk sekolah dan guru pembimbing kami..sudah menjadi kebiasaan, murid2 kami pun turut memberi hadiah kepada kami..akhir kata, best duduk di sekolah lagi berbanding di Institut..semakin lama berkhidmat di sekolah, semakin berat untuk meninggalkan sekolah..itulah penangan hebat Praktikum Fasa Tiga..





Hadiah

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails