Ahad, 19 Jun 2011

Al-Fatihah untuk Pak Uda





Pada pagi tadi, negara Malaysia telah kehilangan seorang pelakon komedi berpengalaman, Zami Ismail selepas seminggu arwah dimasukkan ke IJN disebabkan masalah jantung. Arwah meninggal di kala usia 67 tahun..Arwah meninggalkan seorang isteri dan 8 orang anak termasuk pelakon komedi Opie Zami.

Arwah dikenali sebagai Pak Uda menerusi lakonannya di dalam sitkom komedi "Pi Mai Pi Mai Tang Tu"..sebelum nie, rakan seangkatan arwah yang berlakon watak Pak Busu telah pun meninggal dunia..

Seingat saya, pada hari Khamis yang lepas (16 Jun 2011), saya xtau nak watpe masa petang..masa tu tiba2 nak tengok citer "Hantu Kak Limah Balik Rumah"..lakonan Awie, Johan, Shy8, Zami Ismail dll..bila tengok lakonan arwah dalam citer tu memang menghiburkan sebab lawak jenakanya xkering gusi..hehe..

Saya juga masih ingat lakonan serius arwah bersama pelakon Rusdi Ramli dalam satu drama yang bertemakan ayah..memang sedih melihatkan lakonan arwah yang memegang watak sebagai seorang ayah yang begitu dahagakan kasih sayang daripada seorang anaknya (Rusdi Ramli)..tapi anak lelakinya melebihkan isterinya..ending citer si ayah meninggal..masa tulah si anak begitu menyesal sebab dia xlayan bapanya dengan baik..cerita yang begitu menyayat hati..memang sedih..

Apapun, marilah kita sama2 menyedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham Zami Ismail..Moga arwah ditempatkan di kalangan para solehin..Amin..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails