Ahad, 31 Julai 2011

~ Selamat Menyambut Ramadhan 1432H ~




Ramadhan kali ini merupakan tahun terakhir saya menyambut di bumi Perlis..sedih pulak rasanya..first time berpuasa di bulan yang mulia ini di negeri Perlis adalah pada tahun 2006..tup2 tahun ke-6 dah puasa di sini..6 tahun gak saya x berkesempatan berpuasa hari pertama bersama famili..em, tahun depan pose kat mana la gamaknye..Sabah? Sarawak? Pahang? Wallahua'lam..Apapun rebutlah peluang yang diberi oleh-Nya ini dengan mengerjakan pelbagai amalan sunat selagi hayat dikandung badan..

Isnin, 25 Julai 2011

Uruguay - Juara Copa Amerika 2011






Pasukan Uruguay telah mencatatkan sejarah baru dalam Kejohanan Copa Amerika dengan menjuarainya buat kali ke-15 pada pagi tadi setelah menewaskan Paraguay 3-0..Gol pasukan Uruguay telah dijaringkan oleh pasangan ayam tambatan mereka Diego Forlan (2) dan Luis Suarez (1)..Kejayaan pasukan Uruguay tersebut menjadikan mereka sebagai pasukan paling banyak menjuarai Kejohanan Copa Amerika mengatasi pasukan Argentina, juara 14 kali kejohanan tersebut.

Arsenal, Liverpool & Chelsea


Malaysia vs Arsenal







Malaysia vs Liverpool








Harimau Muda vs Chelsea







Penyokong bolasepak tempatan cukup bertuah kerana dapat menyaksikan pasukan kebangsaan dan Harimau Muda bertarung dengan 3 gergasi EPL dalam masa kurang dua minggu yang berlangsung pada bulan Julai..kelab Inggeris tersebut ialah Arsenal, Liverpool dan Chelsea..Pada perlawanan pertama menentang pasukan Arsenal, skuad negara tewas 0-4, disusuli tewas kepada Liverpool 3-6 serta tewas di tangan Chelsea 0-1..walaupun tewas dalam semua perlawanan, semangat juang para pemain Malaysia wajar sekali diberi pujian..pasni peminat bolasepak tanah air ingin juga menyaksikan skuad negara bertarung dengan gergasi2 Eropah yang lain seperti Manchester City, AC Milan, Inter Milan, Juventus, Bayern Munich, Real Madrid dan juara Eropah 2011 iaitu Barcelona..mungkinkah kita dapat menyaksikan pasukan negara menentang sebahagian kelab gergasi tersebut bagi musim hadapan??

Ahad, 24 Julai 2011

Layannnzzz 10


KL Gangster (2011)



Sebuah filem aksi arahan Syamsul Yusof yang berdurasi selama 1 jam 17 minit ini penuh dengan aksi pertarungan..Membabitkan ramai pelakon femes seperti Syamsul Yusof sendiri, Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan dll..Filem nie telah berjaya mencatatkan rekod dalam industri perfileman tanah air kerana berjaya mencatatkan kutipan tiket melebihi 10 juta..Jumlah kutipan yang diperolehi kalau x silap saya sebanyak 12 juta..bila tengok sendiri filem nie ternyata tidak membosankan..saya begitu tertarik dengan lakonan Adi Putra yang melakonkan watak sebagai Jai, adik kepada bekas gangster iaitu Malik lakonan pelakon Aaron Aziz....tema filem nie pun ada menyentuh tentang nilai kekeluargaan dan nilai persahabatan..masa ending pun si Aaron Aziz nak bertaubat kepada Ilahi di atas kesilapan yang dilakukan pada masa silam..tu bagi saya mesej yang paling berguna untuk masyarakat di negara ini..bertaubatlah sebelum terlambat..dengar citer Syamsul Yusof nak bikin filem KL Gangster 2..mesti lagi best..hehe..






Karak (2011)




Banyak tol citer seram Malaysia tahun nie..salah satu daripadanya ialah Karak: Laluan Puaka. Filem keluaran KRU dan diarahkan oleh Yusri Abdul Halim ini banyak menggunakan CGI..nama Karak pula diambil bersempena nama salah satu tempat di negeri Pahang..mengisahkan 4 orang sahabat yang dalam perjalanan dari KL nak balik ke kolej di Pahang..diorang ikut jalan lama sebab keadaan busy kat highway..secara peribadi, walaupun saya orang Pahang tapi xpernah pun lalu kat jalan lama..selalu klu balik kg pun ikut highway je..hehe..diringkaskan cerita mereka eksiden di jalan lama sebab nak elakkan daripada melanggar lembaga..masing2 tercampak ke dalam hutan..akhirnya mereka terjumpa sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki asli yang tua lakonan pelakon veteran Sidek Hussein..mula2 ingat si Sidek Hussein nie jahat..padahal baik..ending citer nie sebenarnya yang hidup si heroin sorg je..3 org kwnnye termasuk boifren si Shahir AF8 tu dh mati..haha..best tengok filem nie bila si heroin hafal ayat Kursi siap dengan makna dan hantu@ setan pun jadi takut..satu lagi scene masa dh nak abis citer nie bilamana dua orang sahabat yang metal layan lagu rock dlm keta..tengok2 ada hantu kat blakang diorg yang tumpang sekaki layan lagu tersebut..huahahahaha..em, terkilan jugak rasanye bila si Shahir sanggup berpegang tangan dengan heroin walaupun diorg bukan muhrim..padahal klu x silap si Shahir nie memang kuat dari segi pegangan agamanya..klu saya di tempat Shahir la rasanye tolak je tawaran berlakon citer nie..sedih siot coz x ramai artis lelaki yang begitu menjaga dari segi pergaulannya dengan wanita bukan muhrim..huh..







Nur Kasih The Movie (2011)



Filem yang diangkat daripada drama dengan judul yang sama ini pernah mencatatkan rating tertinggi jumlah penonton di TV3 iaitu sebanyak 19 juta (klu x silap la)..em, bila tengok citer arahan Kabir Bhatia nie memang meruntun jiwa la..banyak dugaan yang membabitkan 3 watak utama iaitu Adam, Aidil dan Nur Amina lakonan pelakon macho Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah..ending citer nie si Adam mati sebab ada masalah jantung..si Aidil dan Nur Amina hidup lagi sampai tua lakonan pelakon Dato Rahim Razali dan seniwati Afida Es..







Rango (2011)



Masa saya g kat kedai jual DVD rasa cam xnk je beli citer nie..sebab tengok cover pun x cantik..tp bila tengok si Johnny Depp pun ada sumbang suara untuk watak utama dlm citer nie sy pun beli la cter nie..Mengisahkan Rango, seekor mengkarung yang bernasib malang berubah menjadi satu harapan kepada satu perkampungan yang didiami oleh haiwan seperti tikus, burung, cicak dan sebagainya..kesian bila tengok citer nie sebab kampung tersebut mnghadapi mslh ketiadaan air..diringkaskan cerita, watak labi2 yang jahat dan bersekongkol dengan seekor ular sawa yang kejam..mereka yang control sumber air di kwsn tersebut..kiranya pemerintahan bercorak diktator la nie..ending yang jahat ditumpaskan dengan yang baik diketuai oleh Rango..






Kongsi (2011)



Mengisahkan Tumulak (Shaheizy Sam) seorang pembunuh upahan kelahiran Thai yang nk conquer KL..ramai gak musuh yg mmbabitkan 1 Malaysia, terdiri dr bangsa Melayu, Cina dan India..haha..Ok je citer nie..filem nie diarahkan oleh Farid Kamil dan berjaya mencatatkan kutipan sebanyak 8 juta..





Seru (2011)




Nie pun filem seram..arahan Pierre Andre ngan sorg pengarah Cina..filem ni lain dari yg lain..keseluruhan jalan citer nie menggunakan kamera perakam video sahaja..cam citer Hollywood yg bertajuk Cloverfield..filem nie xde hantu atau iblis..yang jahatnya org..sebab baca mantera tuk puja setan dan merasuk org2 yg di"wanted"..watak jahat citer nie ialah pasangan suami isteri berketurunan orang asli yang duk kat dlm hutan tu..hero citer nie ialah Shahnaaz..pelakon lelaki baru..seram siot..







3,2,1 Cinta (2011)



Bagi saya la kan filem nie besa2 je..yang x bestnya banyak kot dialog yang tak senonoh yg sering diungkapkan oleh pelakon utama..antara scene yg saya x dpt lupakan yg membabitkan watak Farid Kamil klu kena ngorat ngan wanita yg x cantik secara otomatik muka si Farid nie jadi lain..hehe..watak si Pierre pula student paling senior dan berlagak macho tp sbnrnya suka kat heroin tomboi..ending, si heroin lakonan Diana Amir pilih si Pierre yg dah hensem bila cukur bersih jambangnya..warghkahkah..







Dylan Dog (2011)




Filem yang menceritakan mengenai manusia, serigala jadian dan pontianak nie ditunjangi oleh pelakon yang bernama Brendan Routh (hero Superman muvie)..besa2 je citer nie..





Beastly (2010)



Versi filem Beauty & The Beast alaf baru nie menceritakan seorang pemuda (Alex Pettifer) yang kaya tetapi sombong dek kehenseman yang dimiliki olehnya..Pada suatu hari dia kutuk seorang ahli sihir wanita kerana memiliki wajah yg hodoh..pastu ahli sihir tersebut menyihirnya dan rupa hero jadi hodoh..cam Alien..haha..hanya satu je cara untuk menamatkan sumpahan tersebut iaitu seorang wanita yang jatuh hati kepada hero walaupun rupa hero hodoh..ending, hero jd hensem semula coz heroin suka kat dia..pengajaran citer nie cinta tidak mengenal rupa tetapi cinta mengenal hati budi..hehehehe..






Sekali Lagi (2011)




Filem arahan sutradara baru Hashim Rejab nie menampilkan artis paling popular 2010 Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Bront Palarae sebagai tunjang utama..filem nie bagi saya filem yang serius..pujian harus diberikan kepada Shaheizy kerana berjaya membawakan watak seorang bapa yg terencat akal dgn lakonan yang baik..ending citer nie, si Lisa kawin ngan Bront..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails