Ahad, 15 Mei 2011

Happy Teacher's Day - 16 Mei 2011




Selamat Hari Guru diucapkan kepada bekas guruku yang pernah mendidikku bermula TADIKA Bukit Goh (1994), SK Bukit Goh, Kuantan, Pahang (1995 - 1999), SK Jengka Pusat 2, Pahang (2000), Ma'ahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini, Jengka (2001 - 2005)..

Juga diucapkan kepada pensyarah2 daripada UiTM Kampus Jengka (Julai 2006 - 3 minggu) dan IPG Kampus Perlis ( 2006 - 2011)..tidak dilupakan kepada rakan2 senior dan junior yang bakal menjadi pendidik, yang dah menjalani praktikal di sekolah dan semua guru di seluruh Malaysia.


"Sebaik-baik pekerjaan adalah menjadi guru"

Juara Serie A, La Liga & EPL 2010/2011

AC Milan - Juara Serie A 2010/2011



Saingan Serie A bagi musim ini menyaksikan persaingan hebat di antara pasukan setempat, AC Milan dan Inter Milan..Musim terdahulu, Inter Milan meraih trofi berganda dengan menjuarai liga, UEFA Champions dan Piala Itali. Apapun, bagi musim ini, pasukan AC Milan berjaya menjuarai liga buat kali ke-18, selepas kali terakhir pasukan tersebut menjuarai liga ialah pada musim 2002/2003..Keputusan tersebut menyaksikan penguasaan Inter Milan dalam liga Itali selama 5 musim berturut-turut telahpun berakhir..Tunjang utama buat pasukan AC Milan sudah semestinya bintang2 yang baru menyertai pasukan tersebut seperti Zlatan Ibrahimovic, Marc Van Bommel dan Antonio Cassano..Musim ini juga merupakan musim yang baik untuk pasukan Napoli, Udinese dan Lazio seterusnya lebih menonjol berbanding kelab gergasi Itali, Juventus dan AS Roma







Barcelona - Juara La Liga 2010/2011



Ramai pemerhati bolasepak melabel pasukan Barcelona sebagai pasukan terhebat pada masa kini..Tanggapan mereka ada benarnya kerana pasukan ini berjaya menjuarai saingan La Liga buat kali ketiga berturut-turut sekaligus mengenepikan cabaran musuh ketat mereka, Real Madrid..Tunjang kekuatan Barcelona pada musim ini banyak diterajui oleh penyerang sensasi kelahiran Argentina, Lionel Messi serta dibantu oleh pemain2 lain seperti David Villa, Xavi dan Iniesta..






Rooney meraikan gol melalui penalti



Sejarah baru tercipta dalam saingan EPL..Sebelum ini, pasukan yang paling kerap menjuarai saingan ini adalah Liverpool dan Manchester United iaitu dengan 18 gelaran..tapi, pasukan "The Red Devil" berjaya menjuarai EPL buat kali ke-19 setelah keputusan 1-1 menentang Blackburn menerusi jaringan penalti Wayne Rooney..MU memerlukan satu mata sahaja bagi memastikan gelaran EPL bagi musim ini menjadi milik mereka..Akhirnya harapan mereka tercapai selepas menentang pasukan Blackburn..Keputusan tersebut telah melakar sejarah baru dalam saingan EPL seterusnya menjadikan Manchester United pasukan yang paling berjaya dalam saingan ini..Pasukan ini juga berjaya merampas kembali EPL daripada pasukan Chelsea..

Manchester City - Juara Piala FA 2011


Mancini bersama Tevez memegang Piala Fa yang dimenangi pasukan mereka.



Hampir 35 tahun pasukan Manchester City tidak menjulang sebarang piala..Apapun penantian pasukan kaya tersebut berakhir pada hari semalam selepas menewaskan pasukan Stoke City dengan keputusan 1 - 0 pada perlawanan akhir Piala FA 2011..Jaringan kemenangan telah disumbangkan oleh bekas pemain Barcelona, Yaya Toure..Sebelum itu, pasukan tersebut juga berjaya menempah tiket ke kancah Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) bagi musim 2011/2012 selepas mengenepikan cabaran pasukan Tottenham Hotspur, Liverpool dan Everton..

Isnin, 2 Mei 2011

Lagu SK Sungai Baru, Perlis



Di Mana Bumi Dipijak,
Di Situlah Langit Ku Junjung,
Akan Berbakti Padamu,
SKSB Sungai Baru.

Ilmu Menjadi Panduan,
Teras Pendidikan Hidup,
Akan Berbakti Padamu,
SKSB Terus Maju.

Belajar Terus Belajar,
Memajukan Bangsa,
Memenuhi Kehendaknya,
Wawasan Negara.

Di Mana Bumi Dipijak,
Di Situlah Langit Ku Junjung,
Akan Berbakti Padamu,
SKSB Terus Maju.



Ahad, 1 Mei 2011

Kenangan di SK Sungai Baru, Perlis

Logo Sekolah






Alhamdulillah, praktikum fasa 3 baru sahaja habis pada hari Jumaat lepas..Ia merupakan praktikum terakhir untuk guru pelatih IPG Kampus Perlis dan IPG2 lain seluruh Malaysia..Kali ini kami menjalani praktikal selama 3 bulan..Untuk Guru Pelatih IPG Kampus Perlis bermula praktikal pada 31 Januari hingga 29 April 2011..tetapi tak semua yang start masa hari first tu..Ia disebabkan ada sekolah yang mengambil cuti Tahun Baru Cina..macam saya dan pasangan praktikal, Mohammad Amir start menjalani praktikal pada 7 Februari, selepas cuti Tahun Baru Cina..Untuk Fasa Ketiga ini, kami berdua telah ditempatkan di SK Sungai Baru, yang terletak di kawasan Simpang Empat, Perlis..Selama 3 bulan menjalani praktikal, kami kena bangun sebelum subuh bagi mengelakkan diri daripada datang lewat ke sekolah..

Banyak pengalaman serta pengetahuan baru yang saya dapat selama 3 bulan di sekolah tersebut..Antaranya, kena handle senamrobik sempena Hari Merentas Desa Peringkat Sekolah..Lagi, terlibat dengan Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Simpang Empat, Kejohanan Bolasepak Peringkat Kawasan, Kejohanan Bola Tampar Peringkat Kawasan, Mesyuarat PIBG, Program Motivasi di sekolah dan banyak lagi..

Lepas cuti pertengahan sem, sekolah kami telah didatangi dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Ilmu Khas, opsyen PJ dan dua orang guru pelatih daripada IPG Kampus Perlis..yang cors PJ tu seminggu je kat sekolah untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)..dua orang lagi tu cors Pemulihan dan menjalani praktikal selama sebulan aka junior saya..Hamzah dan Farhad..

Lupa pulak nak bagitau yang sekolah nie ada kemudahan asrama..mula2 tu nak gak merasa jadi warden..siap dapat elaun lagi..tapi atas sebab2 tertentu xjd la warden..hehe..

Masa tinggal seminggu je lagi saya n Amir nak abis praktikal, pihak sekolah ada la buat jamuan perpisahan di Samudra, Kuala Perlis..bukan untuk kami sahaja, tetapi jamuan tersebut turut meraikan bekas2 guru sekolah, GPK Hem yang bertukar ke SK Ujong Batu, Perlis dan bekas Guru Besar yang kini bertugas di SK Padang Kota, Perlis dan Hamzah serta Farhad yang abis 2 minggu lebih awal daripada kami..Masa terlibat ngan jamuan tu dapat rasa seperti satu family..makan satu meja dengan guru..memang seronok..

Pejam celik pejam celik hari terakhir pun tiba pada hari Jumaat lepas..saya mewakili Guru Pelatih telah diberikan penghargaan untuk memberikan sedikit ucapan di perhimpunan pagi..semasa saya memberikan ucapan, saya ada selitkan kata2 penghargaan kepada pihak sekolah, guru2 yang membantu kami ketika kami diobserve oleh pensyarah, bagi tips untuk murid supaya menjadi pandai dalam pelajaran serta memberikan beberapa nasihat yang berguna kepada murid..masa tu perasaan saya bercampur baur..ada rasa sedih, sayu, puas, suka dan banyak lagi perasaan muncul masa tu..lepas je abis berucap, pihak sekolah telah memberikan cenderahati kepada kami berdua yang berupa frame ayat2 al-Quran..terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah..kami pun telah menyediakan juga hadiah2 untuk sekolah dan guru pembimbing kami..sudah menjadi kebiasaan, murid2 kami pun turut memberi hadiah kepada kami..akhir kata, best duduk di sekolah lagi berbanding di Institut..semakin lama berkhidmat di sekolah, semakin berat untuk meninggalkan sekolah..itulah penangan hebat Praktikum Fasa Tiga..





Hadiah

Sabtu, 30 April 2011

Celcom Broadband


Semalam 29 April genap setahun pakai celcom broadband..niat nak pakai broadband tu timbul pada tahun lepas disebabkan wayarles kat maktab slow..and then, tak semua website yg dapat bukak..atas sebab tu la saya guna broadband..mula2 tu pakai pakej RM68 sebulan dengan storan 3GB..baru2 nie je baru tukar pakej RM48 sebulan dengan storan 1GB..kelajuan sama ngan pakej RM68 iaitu 364mbps..

Selamat Hari Lahir - April 2011





Selamat Hari Lahir diucapkan kepada insan2 yang ku kenali yang lahir pada bulan APRIL..


Noradilah Zulkifli - 2 April 1991
Fathi - 3 April 1988
Abirah - 5 April 1991
Arifatul Adilah - 5 April 1988


Syikin (msas) - 6 April 1988
Abdullah (Lah) - 7 April 1987
Ridhuan (dwang) - 7 April 1991
Nisa (PSV) - 8 April 1989


Normaizura (Long) - 9 April 1977
Zubir - 9 April 1988
Hafizah MS - 9 April 1988
Fiztri (along) - 10 Apri 1988


Azrai - 14 April 1988
Azrein (aku) - 14 April 1988
Ieyda (msas) - 14 April 1988
Madeehah - 14 April 1989


Fitri (i3p jr) - 15 April 1991
Kak Ema - 18 April 1986
Asmawi (msas) - 20 April 1988
Kak Amy (i3p) - 21 April 1986


Ku Fatimah - 22 April 1988
Khairul Farhan - 22 April 1989
Hasyimah Haron (msas) - 23 April 1988
Za (i3p jr) - 24 April 1989


Zulhilmi (msas) - 24 April 1988
Syahida - 26 April 1988
Pojie (i3p jr) - 26 April 1989
Lutfi (UiTM) - 27 April 1988


Ana Mardiyah (I3P jr) - 28 April 1991
Muhaimin - 29 April 1988
Syahmi (i3p jr) - 29 April 1989



May ALLAH SWT Bless Us..InsyaAllah...:-)

Ahad, 24 April 2011

Selipar Kaki Beruang





Hehe..pertama kali terjumpa selipar bentuk kaki beruang kat salah satu kedai di Padang Besar, Perlis..Yang lawaknya sepasang selipar ini takde bahagian khusus untuk kaki kiri dan kanan..gerenti tak tersilap pakai..hehe..

Lidah dan Hati

Pada suatu hari, Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat banyak khasiatnya. Setelah Luqman al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya.

Pada hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkannya.

Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman tersebut. Lalu dia memanggil dan bertanya kepada Luqman: "Wahai Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling baik, engkau telah mengeluarkan lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu?" Luqman menjawab:

"Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai memelihara dan mengawalnya, maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan baik. Ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang, dengki dan sebagainya. Lidah juga boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh mengeluarkan kata-kata kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh-membunuh."

Sabtu, 23 April 2011

Kebijaksanaan Luqman

Ibn Kathir berkata, "Berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda' tentang kebijaksanaan Luqman adalah seperti berikut:

  • Luqman adalah lelaki yang cekal dengan kebenaran.
  • Pendiam, banyak bertafakur dan berpandangan jauh.
  • Tidak pernah tidur di siang hari.
  • Tidak pernah meludah, tidak berkahak.
  • Tidak bermasam muka dan tidak ketawa.
  • Tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya.
  • Pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu.
  • Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails