Sabtu, 22 Mei 2010

Layanzzzzzzzz!!!

Em, baru2 nie dengan niat nak menghilangkan kebosanan yang melanda jiwa nie saya layan la beberapa filem Melayu..macam ungkapan salah seorang pensyarah "sekadar nak amik pengajaran" hehe..berikut merupakan senarai filem2 melayu yang saya tonton baru2 nie;






Rasukan Ablasa



Filem nie sememangnya filem melayu yang paling best dan menarik di abad ini..dalam erti kata lain la..hahaha..tak payah tengok pun takpe..tak rugi apa2 pun..pengarah citer nie merupakan seorang profesor..em, malas la nak bagitau nama dia..rasanye korang dah tau kot..huhu..besanye kalau citer arahan dia nie memang tak best..jalan cerita merapu je..sebelum saya tengok citer nie pun memang dah boleh ramal dah jalan citer macam mana..mengarut..malas nak tengok sebenarnya..tapi sebab nak jaga perasaan rumet yang begitu meluap2 ingin tonton citer nie so terpakse juga la layan sampai abis..citer nie pasal hantu..ada beberapa scene yang ntah apa2..scene mula2 pun dah mengarut..babak isteri curang..cantik pelakon wanita yang berlakon babak tu tapi sayangnya dia sanggup berlakon babak camtu..isk3..pelakon baru tu..tak femes sangat..babak lain macam terdapat beberapa watak utama kena rasuk lepas dengar lagu berhantu..ha, yang nie babak yang tak boleh blah!! lawak dengar lagu hantu..hahaha..antara pelakon yang membintangi filem ni ialah Gambit Saifullah, Almy Nadia dan Yusri KRU (pelakon undangan)..






V3 : Samseng Jalanan




Filem ini merupakan filem arahan Farid Kamil, juga pelakon utama untuk filem nie..menarik filem ini kerana ada banyak babak aksi cam bergaduh, race motor dll..ramai gak pelakon femes yang berlakon citer nie cam Farid Kamil, Lisa Surihani dan Aqasha..cuma yang tak bestnye lebih 50% penggunaan dialog dalam citer nie adalah menggunakan loghat utara..Farid Kamil tu memang la orang Utara..lahir kat Alor Setar..em, yang lawaknye si Bront Palarae tu speaking Utagha..dia orang KL kalau tak silap saya la..tapi menjadi la dia cakap utara..lakonan dia pun mantap..lepas tu babak terakhir filem nie seakan2 filem Remp-It..tapi mujur la watak utama iaitu si Farid Kamil tak mati, cuma koma je..yang mati dalam citer nie adalah watak antagonis yang dilakonkan oleh Aqasha..padan muka..hehe..






Niyang Rapik




Seterusnya filem Niyang Rapik..Daya tarikan filem nie ialah sebab menampilkan 4 pelakon lelaki yang sedang meningkat naik pada waktu ini sebagai teraju utama iaitu Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Awal Ashari dan Kamal Adli..Fizz Fairuz juga berlakon dalam citer nie tapi sekadar pelakon tambahan je..pelakon wanita yang berlakon dalam filem ni ialah Liyana Jasmay..memang laku betul pelakon kelahiran Kuantan, Pahang nie..mulanya saya sangka filem nie merupakan kesinambungan drama "Puaka Niyang Rapik" yang pernah ditayangkan di TV3 dulu..rupanye tidak..jadi tak dapat la nak melihat kelibat watak seperti Tok Dalik, Bok Miah dan toyol2 yang comel..huahaha..em, jalan cerita menarik..cuma kesian dengan watak Fizz Fairuz sebab mati sia2 je..hehe..tak sangka si Awal yang jahat..mula2 saya ingat watak Kamal Adli yang jahat..huhu..pujian juga diberikan kepada Ahmad Idham kerana berjaya mengarahkan filem seram yang menarik..sebelum nie pun filem seram arahannya seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak pun mendapat sambutan yang memberangsangkan..







My Spy



Filem arahan Afdlin Shauki serta diterbitkan oleh Syarikat KRU nie sememangya bagus dari segi kesan khas..itu merupakan kelebihan atau identiti tersendiri filem terbitan KRU..gandingan AC Mizal dan Harun Salim Bachik juga ternyata menjadi..banyak juga lawak terutamanya daripada si Harun..huhu..cuma yang tak bestnye jalan cerita cam meleret2..kadang2 sampai tertido bila lihat babak2 yang membosankan..antara babak yang senang diingati ialah pada tiap2 kemunculan watak "Mr O" yang dilakonkan oleh Ridzuan Hashim..pasti ada lagu tema yang berkaitan ngan"Mr O"..huhu..







Duhai Si Pari-Pari




Walaupun menampilan ramai pelakon2 yang popular seperti Que Haidar, Liyana Jasmay, Remy Ishak dan Farid Kamil, cerita bergenre fantasi komedi ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk drama, bukan filem..jalan cerita pun tidak berapa menarik..lagu tema je best iaitu"Aku Jatuh Cinta" nyanyian Liyana Jasmay..apa pun filem ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails