Ahad, 27 September 2009

10 Wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara, iaitu:

  1. HAK KEPADA DIRI - Mengurangkan tidur, makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
  3. HAK KEPADA KUBUR - Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR -Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) - Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
  6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) - Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. HAK KEPADA MALAIKAT MALIK (PENJAGA NERAKA) - Menangis lantaran takut kepada Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
  8. HAK KEPADA MALAIKAT RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) - Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
  9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW - Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
  10. HAK KEPADA ALLAH SWT - Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails