Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia..




Buat julung-julung kalinya pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki yang bermula pada 1 Disember dan berakhir pada hari semalam, 29 Disember 2010. Walaupun tewas 1-2 pada aksi final kedua ketika menentang pasukan Indonesia, tetapi pasukan Malaysia telah dinobatkan juara pada edisi kali ini selepas memenangi aksi final pertama dengan kemenangan bergaya 3-0 sekaligus menyaksikan agregat memihak kepada Malaysia 4-2..Antara pemain Malaysia yang menyerlah di aksi final ini ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, kapten pasukan, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaring gol terbanyak kejohanan iaitu Safee Sali..Dengan pencapaian yang penuh membanggakan yang ditonjolkan oleh pasukan Harimau Malaya nie tidak mustahil kedudukan ranking dunia akan berubah seterusnya mampu menyaingi gergasi Asia yang lain seperti Korea Selatan, Jepun dan Australia..Harapan penyokong Malaysia sudah semestinya mahukan pemain bolasepak kebangsaan beraksi dengan konsisten pada setiap kejohanan besar di masa hadapan seterusnya menjulang nama Malaysia ke persada antarabangsa..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails