Rabu, 17 Ogos 2011

Kilauan Jed




Jed merupakan batu galian yang popular dan dijadikan sebagai batuan perhiasan atau barang kemas yang tinggi nilainya. Ia terbahagi kepada dua jenis, jed Nephrite, kaya dengan kalsium dan magnesium serta jed Jadeitite, kaya dengan natrium dan aluminium. Perkataan jed sebenarnya diambil dari istilah Sepanyol iaitu piedra de ijada yang bermaksud batu pinggang kerana reputasinya mampu merawat penyakit buah pinggang. Jed pernah ditempa menjadi senjata seperti mata kapak, pisau dan lembing. Kini, batu jed banyak menghiasi galeri2 barang kemas dan dijadikan sebagai cincin, gelang, rantai malahan ukiran perhiasan rumah. Ia adalah barang kemas yang sangat sinonim dengan masyarakat Cina.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails