Khamis, 15 April 2010

Bila 14 APRIL menjelma...




Sungguh pantas masa berlalu, bumi berputar 365 hari..14 April ku fikirkan baru saja kutemui pada tahun lepas..Alhamdulillah, ku masih sempat bertemu dengan 14 April pada tahun ini, 2010..Apa istimewa sangat dengan tarikh ini?? em, sebenarnya tarikh ini merupakan tarikh keramat buat diriku..tarikh ku dilahirkan di muka bumi ini.. tahun nie genap la usiaku 22 tahun..tua dah..huhu..harapanku yang utama ialah ku mengharapkan hidupku ini diberkati oleh-Nya..dan dengan penambahan usia ini juga mengingatkanku bahawa masa berlalu dengan pantas..so, senantiasa lah mengingati-Nya dan beramal soleh sebelum bertemu dengan-Nya..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan2 yang mengingati "birthday" ku ini..walau bz dengan tugas masing2, tp masih sempat ucapkan kata2 "Happy Birthday to You" kepada diriku ketika bertemu dengannku atau ketika mengirim mesej..jutaan terima kasih diucapkan..rasa terharu la plak..huhu..

Insan yang pertama mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepadaku adalah Saba..juniorku..seingatku masa tu adalah 13 April..lepas balik dari solat Maghrib di surau I3P..terima kasih Saba..hehe..Berikutnya pula adalah insan yang paling ku sayang dalam hidup ini iaitu ibuku, Maimunah Binti Aripin..terima kasih mak..

Disusuli pula :
Nor Maizura Haron (akak), Siti Fatimah, Mawaddah, Syahida, Hidayah (13P), Azrai (kembo), Azuari(abang), Kak Nur (akak ipar), Abdullah (I3P), Azrul (adik), Azmil (abang), Mustaqim, Salwani, Munirah dan Ain (I3P)..

Tidak dilupakan juga insan2 yang mengucapkannya di laman sosial popular, FACEBOOK..seingatku Mahfuz, Shahir, Muhibbiin, Atiyah, Huzaifah, Nadwa, Sopi, Basar, Harqib dan lain2..terima kasih banyak2..hanya Allah SWT saja yang boleh membalas jasa baik kalian..InsyaAllah..


Adakah ku sempat bertemu lagi dengan 14 APRIL pada tahun hadapan?? wallahua'lam..

Ahad, 21 Mac 2010

11 tahun berlalu...

Bukit Goh..
11 tahun ku membesar di sana..
sebelum berhijrah ke tempat lain..
Tempat yang bernama Bandar Tun Razak Jengka

11 tahun juga..
tempoh ku kembali semula ke Bukit Goh..
selepas meninggalkannya
juga selama 11 tahun..

angka keramat 14 Mac 2010
akan senantiasa ku ingati
kerana pada tanggal tersebutlah
ku berpeluang pergi ke Bukit Goh..
bagi menghilangkan perasaan rindu..
yang tak berbelah bagi..

bila ku jejaki di sana..
menggamit nostalgia lalu..
peristiwa lama..
kenangan masa silam..
gembira dan sedih..
manis dan pahit..
takkan sesekali kulupakan..

walaupun ianya tidak sama seperti dahulu..
banyak perubahan positif berlaku..
maju dari aspek pembangunan..

akan tetapi..
suasana kehijauan berkurangan..
panasnya mentari..
membakar bumi..
meresahkan diriku..

ku merindui persekitaran hijau..
ku merindui suasana lama..
ku merindui sahabat2 lama..
ku merindui cikgu2 lama..
ku merindui Bukit Goh..

Takkan sesekali ku melupakanmu..
senantiasa di ingatanku..
ku bangga menjadi sebahagian darimu..
rakyat FELDA..
Bukit Goh..

Ahad, 17 Januari 2010

PENTING!!! Senarai Kod Lemak Babi

Salam..sbnrnye sy terfikir nk post blog pasal kod lemak babi nie selepas shja sy membeli mknn ringan "kek lapis APOLLO" dan ditegur oleh rakan baik saya sendiri..mula2cam xcye tp bler check kt internet n tnye mrka2 yg pakar tntg prkra nie smmngnye produk APOLLO mengandungi EMULSIFIER iaitu lemak babi..cnth E 110 dan bnyk lg..(pasni sy akan bg senarai menyeluruh kod lemak babi)..klu kite tgk produk mknn kt Malaysia nie rata2 nye diimport dr negara luar..jd potensi terdpt kndgn lemak babi dlm satu2 produk tu adalah sgt tinggi..sebagai contoh coklat "CADBURY"..ada gak mengandungi EMULSIFIER..pandai tol musuh ISLAM menggunakan helah secara halus untuk menghancurkan umat ISLAM di muka bumi nie..perbuatan mereka nie teramat-amat keji..semoga mereka dilaknati Allah SWT..

Berikut merupakan senarai kod lemak babi :-

E 100
E 110
E 120
E 140
E 141
E 153
E 160
E 161
E 210
E 213
E 214
E 216
E 234
E 252
E 270
E 280
E 300
E 301
E 325
E 326
E 327
E 334
E 335
E 336
E 337
E 422
E 430
E 431
E 432
E 433
E 434
E 435
E 436
E 440
E 441
E 470
E 471
E 472
E 473
E 474
E 475
E 476
E 477
E 478
E 481
E 482
E 483
E 491
E 492
E 493
E 494
E 495
E 542
E 570
E 572
E 631
E 635
E 904
E 920



CADBURY






Kek lapis APOLLO





p/s : Produk VICO pn ada gak bahan E471..xcaye?? pasni try tengok..

Rabu, 13 Januari 2010

Kuala Gandah





Kuala Gandah..satu nama yang sinonim dengan gajah serta hidupan liar yang lain..terletak di negeri Pahang, daerah Lanchang..Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah ditubuhkan untuk melindungi gajah2 yang telah diselamatkan dari tempat2 di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni..bnyk kita dengar kes gajah mengamuk la, apa la..so, lokasi ini sememangnya menempatkan sebilangan gajah yang liar pada asalnya..tetapi apabila mereka dijaga dengan penuh kasih sayang oleh para petugas Pusat Perlindungan tersebut, akhirnya perubahan kelakuan berlaku keatas gajah2 tersebut..jd jinak..hehe..menurut jangkaan, terdapat hanya kira2 1200 ekor gajah Asia atau Elephus Maximus yg tinggal di Malaysia..pusat ini merupakan satu2 nya tempat yg berfungsi memindahkan gajah liar yg telah kehilangan habitat semulajadinya..jugak untuk mengelakkan spesies gajah daripada diancam kepupusan..em, banyak aktiviti yang disediakan di Kuala Gandah nie..antaranya para pelawat berpeluang memberikan makanan yang telah disediakan kepada gajah2 tersebut..makanan cam buah-buahan, kacang dsbgnya (free je..tanpa byrn..klu xmalu bleh gak "melantak" mknn tue..hehe)..bukan macam sesetengah tempat tu..main lempar je makanan kt haiwan cam gajah nie..xde nilai kesopanan n kasih sayang pn..sian gajah..di sini lain..para pelawat bleh bg mknn secara "face 2 face" kt gajah..siap bleh pegang lidah gajah lg..geli tu memang la geli..xdpt nk dinafikan..tetapi yg penting dapt la jugak pengalaman bg mknn kt gajah..selain itu, para pengunjung bleh gak menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout aka pemandu gajah..cam pngalaman sy sendiri la, apabila menunggang gajah nie dapt la merasa betapa kuatnye tulang gajah, betapa tebalnya kulit gajah..boleh usik lg badan gajah..huhu..bila ada kt atas badan gajah..wat rileks je..jgn gelabah..huhu..cam klu pengunjung wanita, xdibenarkan menunggang gajah dgn pakai kasut tumit tinggi..meraung gajah tu nnt..xdpt nk imagine..huhu..pelawat yg berani n menginginkan pnglmn yg berlainan berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya..ini juga satu keistimewaan kepada pengunjung krn xde tempat lain yg ada xtvt cam nie..(sy xjoin xtvt nie..kotor baju nnt..hehe) Di Kuala Gandah juga terdapat kwsn yg menempatkan haiwan2 liar yg lain..kt Deerland cam beruang, rusa, kucing hutan, ular dll..(harimau, singa n buaya xde la :-))

Sabtu, 9 Januari 2010

Proton Savvy





Proton Savvy adalah sebuah kereta mini yang dihasilkan oleh syarikat kereta Malaysia, Proton. Model sistem gear insani (MT) telah dilancarkan di Malaysia pada Jun 2005 manakala model penghantaran automatik (AMT) dilancarkan pada November 2005. Di United Kingdom, Proton Savvy telah dilancarkan pada September 2005. Ia menggunakan enjin 1.2L DOHC 16-injap yang dihasilkan Renault, sama seperti enjin yang digunakan oleh Renault Twingo dan Clio.

Jumaat, 8 Januari 2010

Selamat Pengantin Baru buat mempelai




Salam..em, ak dedikasikan tulisan blog nie wat dua org abg ak yg tersayang iaitu Mohd Azuari & Mohd Azmil Bin Haron yg mana mereka telah menamatkan zaman bujang mereka dengan mengahwini pasangan masing2 yakni Nur Islamiah Binti Mohd Shaidi & Aima Sazyana Binti Md Basir pd bulan Disember yg lepas..( dua2 org Pahang)..hehe..sebagai seorg adik sememangnye ak ingin melihat ikatan prkhwinan mrka bertahan shgga ke akhir hayat..em, skrg nie tinggal ak, kembar n adik laki je yg blom kawin..persoalan yg sering ak fikirkn adalah bila ak akn kawin?? ngan sapa?? di mana?? mak ak pn nk ak ngan kembar kawin sama2..wat cam abg2 ak nie..jimat sket kos perbelanjaan..huhu..em, calon pn xde lg..single la katakan..lgpn tgjwb pn mnjd berat bler dh kawin..kena bimbing isteri n anak2 supaya mrka bertakwa kpd Allah SWT..mmg berat..em, ak akui wat setakat nie ilmu pngthuan ak masih xmncukupi untuk mndidik insan2 yg brgelar isteri n juga anak2..apa pun ak hrp dpt dijodohkn ngan wanita yg solehah..cam lagu nyanyian kumpulan nasyid "The Zikr" yg btajuk "Isteri Solehah"..sebetul2 nye impian smua lelaki ingin dperjodohkn ngan wanita yg solehah..termasuk lah ak..selamat dunia akhirat..hehe..tp untuk mencari insan yg betul2 solehah amat susah seperti mencari mutiara di dasar laut.apa pun, x terlambat ak nk ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kpd mempelai..semoga mereka cepat dikurniakan anak bg menyerikan lg rumahtangga mrka..(kak long dh mengandung dh..x sabar nk ada anak buah..djangka bulan Mei)..hehe..

Khamis, 31 Disember 2009

Tahun Baru 2010




Pejam celik pejam celik tahun baru pun bakal menjelma pada hari esok..Cepat sungguh masa berlalu..kebiasaannya di negara kita nie sambutan tahun baru akan diiringi dengan bermacam2 bentuk hiburan..lebih2 lg hiburan berbentuk maksiat..ntah apa2..kan bagus klu wat solat hajat ke atau wat perkara2 yang boleh mendatangkan manfaat untuk kite..cam mlm nie xtau la cmne..rsnye ada kot wat konsert..cam dh jd hukum wajib kt negara kita nie..mksiat2..bler wat konsert mmg konfem la pergaulan bebas berlaku..pstu wujudlah insan2 yang baru hndk mengenal dunia yg fana nie di merata2 tempat..dlm tandas, dlm longkang, kt masjid dsbgnya..isk3..sedih tol rsnye..klu keadaan cam nie berterusan la mmg dapat BALA la negara kite nie..wallahua'lam..

lagi satu bler nk dkt thn baru je setiap org psti ada "wish2" tertentu..xkesah la wish ape pun..yg penting biarlah wish tu untuk prkra2 yg baik..setiap orang pun psti ada kenangan2 manis dan pahit sepanjang thn nie..tahun 2009..perkara2 tersebut dh pun berlaku, xbleh nk berpatah blk dh..jd keep it in our memory..dan semoga kita semua mnjadi lebih baik dr thn2 sebelum nie..jd lebih soleh dan solehah..

akhir sekali, saya mengajak para pengunjung blog sy nie untuk menghayati makna ayat2 Al-Quran daripada Surah Al-Asr dan juga sebuah lagu nyanyian kumpulan Raihan bertajuk "Demi Masa"..semoga kita mengambil iktibar drpdnya..sekian..

SURAH AL-ASR
1. DEMI MASA
2. SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN
3. KECUALI ORANG2 YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN SERTA SALING MENASIHATI UNTUK KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI UNTUK KESABARAN.



Demi Masa - Kumpulan Raihan


Demi Masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh..

Demi Masa
Sesungguhnya manusia kerugian..
Melainkan..
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum mati

Khamis, 26 November 2009

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1430H





Bagi tahun Hijrah, tanggal 10 Zulhijjah merupakan antara hari yang penting dan bersejarah dalam hidup umat Islam amnya..Kalau 1 Syawal sinonim dengan Hari Raya AidilFitri, 10 Zulhijjah pula dengan Hari Raya AidilAdha..Kedua2 nya merupakan hari perayaan terbesar bagi umat Islam.

AidilAdha adalah perayaan yang istimewa kerana ia akan mengingatkan kita berkenaan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah Taala dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah Taala.

Selain itu, keistimewaan AidilAdha adalah ibadat korban. Ia hanya boleh dilakukan selama 4 hari bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah AidilAdha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah..

Happy Holiday






Assalamualaikum wbt..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti aka Happy Holiday kepada semua kengkawan especially teman2 seperjuangan daripada IPGM Kampus Perlis..Jadikan masa cuti ini sebagai satu wadah atau medan untuk merehatkan minda selepas berhempas pulas menjalani peperiksaan sebelum ini..selain itu juga, penuhilah masa lapang dengan melakukan perkara2 berfaedah dan dapat mendatangkan manfaat kepada diri..yang paling penting wat refleksi diri..apa yang baik dikekalkan dan yang buruk pula dihindarkan sejauh2 nya..InsyaAllah..

Sabtu, 14 November 2009

Good Luck





Selamat Menghadapi Peperiksaan diucapkan kepada rakan2 dari IPGM Kampus Perlis khususnya opsyen Pengajian Agama A dan B..Semoga kita berjaya menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan hati yang tenang serta memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan untuk semester ini.. InsyaAllah..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails