Rabu, 17 Ogos 2011

Durian



Durian yang dianggap sebagai buah-buahan eksotik oleh orang Barat merupakan buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara. Warnanya berbeza dari hijau ke perang dan mempunyai bentuk bujur atau bundar. Ciri-ciri utama durian adalah berkulit sabut dan diselaputi kulit tajam serta mempunyai bau yang kuat. Sesetengah orang tidak menyukai baunya yang dikatakan seperti bau lori sampah, stoking busuk serta skunk. Pokok durian boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 50 meter dan buahnya tumbuh tergantung dari cabang dahan. Biasanya, sebiji durian mempunyai berat dari satu sehingga tiga kilogram. Proses pendebungaan dilakukan oleh kelawar yang menghisap madu bunga durian. Kini, terdapat lebih daripada 55 jenis baka durian asli dan 190 jenis baka klon.

Perihal burung unta



Burung unta merupakan burung yang terbesar di dunia dengan memiliki ketinggian yang boleh mencapai sehingga 2.5 meter. Disebabkan saiznya yang besar, burung unta tidak boleh terbang. Walau bagaimanapun, ia mampu dijadikan sebagai haiwan tunggangan di beberapa buah kawasan yang terletak di Afrika Utara dan juga Arab. Di masa ini, burung unta telah dijadikan sebagai tunggangan rekreasi di taman tema. Burung ini akan menyembunyikan kepalanya ke dalam tanah apabila berdepan dengan bahaya. Selain daripada berdarah panas, burung unta juga mempunyai paruh yang tidak bergigi dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam. Burung unta kini dibiakkan secara komersial dan dagingnya dijadikan hidangan lazat seperti burger, sate dan stik di beberapa buah negara di dunia.

Nuzul Quran





Peristiwa Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana yang dapat kita lihat pada hari ini. Peristiwa tersebut berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu Baginda sedang beribadat di Gua Hira' bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610M. Kalimah nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah 5 ayat daripada surah al-Alaq.

Isnin, 15 Ogos 2011

Program2 Internship yang dilakukan di SK Sungai Baru, Perlis


Program Ceramah Awal Ramadhan 2011/1432H



Imbas kembali selama sebulan saya dan rakan sepraktikum iaitu Amir menjalani program internship di sekolah, kami telah mengadakan beberapa bentuk program untuk sekolah. Semua program yang kami aturkan berlaku di minggu kedua internship..Antaranya:


1. Pengurusan Perhimpunan Pagi (Selasa - Jumaat / 26 - 29 Julai 2011)
Di Perlis, semua sekolah rendah melaksanakan sesi perhimpunan pagi pada setiap hari..Sesi perhimpunan pada Hari Isnin merupakan perhimpunan rasmi manakala hari-hari seterusnya cuma sesi perhimpunan biasa sahaja dan menggunakan silibus 1 Malaysia yang mengandungi nilai-nilai murni..Kami ditugaskan untuk meng'handle' perhimpunan pada hari Selasa hingga Jumaat..saya dan rakan berbincang dan kami bersetuju untuk mengagihkan tugas mengikut hari. Pada mulanya berdebar2 juga bila terpaksa memberikan ucapan di hadapan semua murid..Lama-kelamaan rasa seronok pulak..huhu..


2. Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat ( Khamis / 28 Julai 2011)

Program ini dilaksanakan pada hari Khamis malam Jumaat di asrama sekolah..Ia melibatkan semua murid yang menghuni asrama terdiri daripada murid tahun lima dan enam..aktiviti pada malam tersebut dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat..Aktiviti diteruskan dengan bacaan Yassin secara berjemaah dan diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah.


3. Program Ceramah Awal Ramadhan ( Jumaat / 29 Julai 2011)

Program ini dilaksanakan bertujuan memberikan info yang berguna kepada seluruh kakitangan sekolah mengenai amalan puasa di bulan Ramadhan..Saya dan Amir telah menjemput junior kami, al-Fadhil Ustaz Muhammad Zaki b Md Rosnan untuk memberikan ceramah dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Syazwan @ Awe selaku "bodyguard" Ustaz Zaki..hehe..


4. Program Motivasi UPSR 2011 (Sabtu / 30 Julai 2011)

Untuk program ini, kami telah bekerjasama dengan pihak sekolah. Ia melibatkan semua murid tahun enam..Program ini dijalankan di Bukit Ayer Chalet, Perlis..Kami telah menjemput pensyarah IPG Kampus Perlis, Encik Rashidi b Hamzah untuk mengendalikan satu slot di waktu petang..


Mula2 rasa cam tak yakin nak handle @ create sesuatu program..Tapi bila terlibat sekali dengan program nie rasa memang best la..hehe..alhamdulillah, dapat pengalaman baru..di samping itu dapat la juga menyumbangkan 'sesuatu' untuk sekolah..





Program Motivasi UPSR 2011

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kenangan Berinternship di SK Sungai Baru, Perlis



Pada hari Jumaat minggu lepas (12 Ogos) merupakan hari terakhir saya menjalani program internship di sekolah..program nie bermula pada 18 Julai 2011..Rasa sedih bila meninggalkan sekolah tersebut..rindu pulak nak jumpa ngan cikgu2 sekolah dan anak murid..tambahan pula maybe pasni dah xmengajar di sekolah yg terletak di negeri Perlis dah..sebab dh isi dh borang posting..mintak negeri lain..apapun, banyak la kenangan yg dapat sepanjang berada di sekolah tersebut..Semoga Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Perlis menjadi sekolah yang hebat di masa hadapan..InsyaAllah..

Rabu, 10 Ogos 2011

Doa Harian Bulan Ramadhan

HARI 1
"Ya Allah, jadikanlah puasaku sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang2 yang benar2 melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku daripada tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku. Wahai Tuhan sekalian alam, ampunilah aku, wahai Yang Maha Pengampun para pembuat dosa."

HARI 2
"Ya Allah, dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku daripada kemurkaan serta alasan-Mu. Berilah aku kemampuan bagi membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih daripada semua pengasih."

HARI 3
"Ya Allah, berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Dermawan daripada semua dermawan."

HARI 4
"Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku bagi menegakkan perintah-Mu, dan kurniakan kepadaku nikmat berzikir mengingati-Mu. Berikan kepadaku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai zat Yang Maha Melihat."

HARI 5
"Ya Allah, jadikanlah aku antara orang yang memohon keampunan, dan jadikan aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku antara auliya-Mu yang dekat di sisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai zat Yang Maha Pengasih antara semua pengasih."

HARI 6
"Ya Allah, janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkan aku daripada hal2 yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan orang yang berkeinginan."

HARI 7
"Ya Allah, bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkan aku daripada kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikan aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, dengan taufik-Mu, wahai pemberi petunjuk orang yang sesat."

HARI 8
"Ya Allah, berikan aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai tempat berlindung bagi orang yang berharap."

HARI 9
"Ya Allah, sediakan untukku sebagian daripada rahmat-Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai harapan orang yang rindu."

HARI 10
"Ya Allah, jadikanlah aku antara orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikan aku antara orang yang menang di sisi-Mu, dan jadikan aku antara orang yang menang di sisi-Mu, dan jadikan aku antara orang yang dekat kepada-Mu dengan ihsan-Mu, wahai tujuan orang yang memohon."

HARI 11
"Ya Allah, tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian pada kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah daripadaku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-mu, wahai penolong orang yang meminta pertolongan."

HARI 12
"Ya Allah, hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qanaah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku daripada setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, wahai penjaga orang yang takut."

HARI 13
"Ya Allah, sucikanlah diriku daripada kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku bagi menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku bagi bertakwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, wahai dambaan orang miskin."

HARI 14
"Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang aku lakukan. Dan ampunilah aku daripada kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, wahai kemuliaan kaum Muslimin."

HARI 15
"Ya Allah, berikan aku rezeki berupa ketaatan orang yang khusyuk. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, wahai keamanan untuk orang yang takut."

HARI 16
"Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang yang baik. Dan jauhkanlah aku daripada kehidupan bersama orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-Mu, wahai Tuhan seruan sekalian alam."

HARI 17
"Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat atas Muhammad dan keluarganya yang suci."

HARI 18
"Ya Allah, sedarkanlah aku akan berkat-berkat yang terdapat ketika saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, demi cahaya-Mu wahai penerang hati para arifin."

HARI 19
"Ya Allah, penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Engkau jauhkan aku daripada keterimaan kebaikan-kebaikannya, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang."

HARI 20
"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca al-Quran wahai penurun ketenangan dalam hati orang Mukmin."

HARI 21
"Ya Allah, berilah aku petunjuk menuju kepada keredaan-Mu. Dan janganlah Engkau bukakan jalan kepada syaitanuntuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristiharatan, wahai pemenuh keperluan orang yang meminta."

HARI 22
"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaan-Mu, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredaan-Mu, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, wahai penjawab doa orang yang dalam kesempitan."

HARI 23
"Ya Allah, sucikanlah aku daripada dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketakwaan dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang yang berdosa."

HARI 24
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keredaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai pemberi para peminta."

HARI 25
"Ya Allah, jadikanlah aku antara orang yang mencintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunah-sunah penutup Nabi-Mu, wahai penjaga hati para nabi."

HARI 26
"Ya Allah, jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan diterima, dan seluruh aibku ditutupi, wahai Maha Pendengar daripada semua yang mendengar."

HARI 27
"Ya Allah, berikanlah kepadaku keutamaan Lailatulqadar, dan ubahlah urusan-urusanku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permohonan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh."

HARI 28
"Ya Allah, penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunah dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu antara semua perantara, Wahai yang tidak disibukkan oleh permintaan orang yang meminta."

HARI 29
"Ya Allah, liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang Mukmin."

HARI 30
"Ya Allah, jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredaan-Mu dan keredaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya. Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam."

Isnin, 8 Ogos 2011

Manchester United - Juara Piala Perisai Komuniti 2011/2012






Perlawanan pembukaan bagi Liga EPL kebiasaannya bermula dengan kejohanan dalam merebut Piala Perisai Komuniti; yang menemukan juara EPL dan juara Piala FA..Bagi musim 2011/2012 ini telah menemukan dua pasukan yang terletak di Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City..Pada separuh masa pertama, pasukan Manchester City mendahului dua gol..Gol tersebut dijaringkan oleh Joleon LeScott dan Edin Dzeko..Pada babak kedua pula, pasukan Manchester United melipatgandakan usaha bagi mendapatkan gol..Akhirnya usaha pasukan tersebut berjaya juga dan mereka memperolehi tiga gol..Ia telah dijaringkan oleh Nani (2) dan Chris Smalling. Keputusan akhir: Manchester City 2 Manchester United 3..

Ahad, 7 Ogos 2011

Al-Fatihah buat nenek saudaraku..

Al-Fatihah buat nenek saudaraku yang kembali ke rahmatullah pada awal pagi tadi di hari ketujuh seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan..Jenazah arwah selamat dikebumikan di Kampung Paya Sok, Jerantut, Pahang..Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin..

Ahad, 31 Julai 2011

~ Selamat Menyambut Ramadhan 1432H ~




Ramadhan kali ini merupakan tahun terakhir saya menyambut di bumi Perlis..sedih pulak rasanya..first time berpuasa di bulan yang mulia ini di negeri Perlis adalah pada tahun 2006..tup2 tahun ke-6 dah puasa di sini..6 tahun gak saya x berkesempatan berpuasa hari pertama bersama famili..em, tahun depan pose kat mana la gamaknye..Sabah? Sarawak? Pahang? Wallahua'lam..Apapun rebutlah peluang yang diberi oleh-Nya ini dengan mengerjakan pelbagai amalan sunat selagi hayat dikandung badan..

Isnin, 25 Julai 2011

Uruguay - Juara Copa Amerika 2011






Pasukan Uruguay telah mencatatkan sejarah baru dalam Kejohanan Copa Amerika dengan menjuarainya buat kali ke-15 pada pagi tadi setelah menewaskan Paraguay 3-0..Gol pasukan Uruguay telah dijaringkan oleh pasangan ayam tambatan mereka Diego Forlan (2) dan Luis Suarez (1)..Kejayaan pasukan Uruguay tersebut menjadikan mereka sebagai pasukan paling banyak menjuarai Kejohanan Copa Amerika mengatasi pasukan Argentina, juara 14 kali kejohanan tersebut.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails