Seperti sedia maklum, coklat bukan saja menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat malah amat berguna dalam bidang kecantikan. Buktinya?? Teruskan membaca..hehe..
- Kaya dengan vitamin A dan E yang sangat penting untuk memperbaiki sel2 kulit, keremajaan kulit dan melancarkan aliran darah.
- Kandungan mentega koko iaitu lemak tumbuhan yang disarikan dari biji coklat dikenalpasti dapat melembapkan, mengurangkan parut2 dan garisan halus serta membantu meningkatkan keanjalan kulit.
- Mengandungi theobromine yang mampu membantu meningkatkan emosi dan tenaga.
- Serotonine membantu mengurangi stres
- Antioksidan membantu mengurangkan kerosakan sel kulit akibat pencemaran udara yang tercemar di sekeliling.
- Lemak mentega koko mempunyai ejen menenang dan memulihkan yang digunakan pada zaman Aztec purba sebagai produk penjagaan bibir untuk memulihkan bibir kering.
- Mentega koko juga adalah pelembap semula jadi yang bukan sahaja melembut dan melindungi kulit kering, malah melegakan iritasi dan menghapuskan kedutan serta tanda penuaan.
- Tannin dalam serbuk koko mampu mengelak daripada pembiakan bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi.
0 ulasan:
Catat Ulasan