Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos - Allahyarham Sudirman





Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah.

Tanggal 31,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari yang mulia,
Hari bahagia,
Sambut dengan jiwa yang merdeka,

Mari kita seluruh warga negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh,
Hari mulia negaraku merdeka.


Ahad, 29 Ogos 2010

Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan tahun ke-92 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Ziad berjaya membuka Andalusia (Sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusia" ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam ketika itu.

Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam: "Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."

Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada bulan Ramadan.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam pada zaman silam.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Layanzz 4

Treasure Hunter (2009)


Filem aksi dari negara Taiwan ini dibintangi oleh aktor tersohor Taiwan, Jay Chou..Filem ini mengisahkan satu kumpulan jenayah antarabangsa "The Company" yang mahu mencari seorang pemilik peta harta karun..Peta tersebut jatuh ke tangan seorang pemuda, Ciao Fei (Jay Chou) yang berusaha menjaga peta tersebut daripada dirampas oleh penjahat tersebut..itu juga merupakan satu usahanya untuk menyelamatkan nyawa seorang gadis iaitu anak kepada bosnya..Bergandingan bersama gadis tersebut dan seorang ahli arkeologi terkenal, mereka mengharungi satu perjalanan yang mencabar bagi menjaga harta karun tersebut daripada dirampas oleh pihak yang berhaluan kiri..em, best gak citer nie..banyak aksi berlawan..Jay Chou pun banyak terlibat dengan aksi berlawan dalam citer nie..






The Wolfman (2009)


Filem nie boleh diklasifikasikan sebagai 18SG..sesuai ditonton oleh mereka2 yang berumur 18 tahun ke atas sahaja..ganas sebab filem nie memfokuskan kepada serigala jadian..Hero citer nie iaitu Benicio Del Toro memang sesuai untuk pegang watak serigala jadian sebab muka dia pun cam serigala...haha..yang lawaknya penjahat sebenar citer nie ialah watak yang dilakonkan oleh aktor lagenda Hollywood iaitu Sir Anthony Hopkins..lawak tengok bila dia jadi serigala jadian..tak la nampak seram tapi nampak comel..haha..ending citer nie si hero n penjahat mati gak..heroin hidup..em, tak berapa best sangat citer nie..hehe..





Z00 (2010)


Filem yang hampir keseluruhan menjalani penggambaran di Zoo Negara nie sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..Dibintangi oleh Lan Pet-Pet, Lisa Surihani, Azlee dan ramai lagi..mengisahkan seorang pekerja zoo iaitu Lan yang dianugerahkan kelebihan boleh berkomunikasi dengan haiwan di zoo..Malangnya, satu konspirasi yang dicetuskan oleh antagonis menyebabkan kehidupan haiwan2 di zoo tersebut bakal terancam..Siapa antagonis dalam citer nie?? hehe..bikin suspen je..nak tau tengok la citer nie..em, filem nie lain dari yang lain..bukan macam filem buatan Malaysia yang lain, asyik2 citer pasal hantu..tak pun rempit..tapi filem nie fokus kepada haiwan..jarang la filem cam nie kat Malaysia..cuma yang tak bestnye bila la si Mazlan tu boleh cakap KL dengan lancar..agaknya kekal kot dia cakap lagu tu..huhu..





Kecoh Betul (2010)


Sebuah filem aksi komedi yang diterbitkan oleh syarikat yang masih "Hijau" dalam industri perfileman tanah air, filem nie sekali lagi menggandingkan dua orang pelawak terkemuka tanah air iaitu Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek..sebelum nie mereka pernah digandingkan dalam filem "Sifu dan Tongga"..ternyata pisang berbuah dua kali...bosan bila tengok citer nie..walaupun menampilkan pelakon remaja terhangat masa kini iaitu Diana Danielle tetapi filem nie tak laku di pawagam..mungkin disebabkan kontroversi yang dicetuskan oleh salah seorang pelakon filem nie yang terbabit dengan kes dadah..mungkinlah sebab tu filem nie tak laku..






Furry Vengeance (2010)



Bila tengok poster filem nie pun dah agak jalan citer macam mana..memang lawak..haha..terutamanya lakonan pelakon utama merangkap produser citer nie iaitu Brendan Fraser..tema filem nie pun pasal alam sekitar..termasuk la kehidupan haiwan di hutan yang diancam bahaya disebabkan oleh sikap manusia yang mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga alam sekitar..bila tengok citer nie memang tak bosan..ada je yang lawak..haiwan pun buat lawak gak cam rakun, mentibang, beruang dan lain2..sesuai ditonton seisi keluarga..filem ini juga dibintangi oleh Brooke Shields..






Prince of Persia: The Sands of Time (2010)


Filem ini merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu oleh pencinta filem pada tahun ini..Filem ini juga diadaptasi daripada game yang mendapat sambutan hangat di dunia dengan judul yang sama..Bila tengok filem terbitan Walt Disney nie ternyata sangat la best..Pelakon utama, Jack Gyleenhaal memang sesuai memegang watak sebagai Putera Dastan, iaitu hero dalam filem ini..heroin filem nie ialah Gemma Artenton..manakala Sir Ben Kingsley memegang watak sebagai Nizam, antagonis dalam filem ini..

Atletico Madrid juara Piala Super Eropah musim 2010 / 2011

Sergio Aguero meraikan gol jaringannya..


Awal pagi tadi, perlawanan bolasepak untuk merebut Piala Super Eropah telah menemukan dua pasukan yang masing2 menjuarai Piala Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Liga Europa bagi musim lepas iaitu Inter Milan dan Atletico Madrid..Kebiasaannya, perlawanan ini diadakan sebelum saingan baru yang membabitkan dua kejuaraan bermula..Pada perlawanan tersebut pasukan Inter Milan tewas kepada Atletico Madrid 0-2..Dua jaringan gol telah disumbangkan oleh Jose Antonio Reyes dan Sergio Aguero..


Berikut merupakan undian peringkat kumpulan untuk Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2010 / 2011 yang mengandungi lapan kumpulan bermula kumpulan A hingga H:

Kumpulan A:
Inter Milan (Itali)
Werder Bremen (Jerman)
Tottenham (England)
FC Twente (Belanda)

Kumpulan B:
Lyon (Perancis)
Benfica (Portugal)
Schalke 04 (Jerman)
Hapoel Tel Aviv (Israel)

Kumpulan C:
Man United (England)
Valencia (Sepanyol)
Rangers (Scotland)
Bursaspor (Turki)

Kumpulan D:
Barcelona (Sepanyol)
Panathinaikos (Greece)
FC Copenhagen (Denmark)
Rubin Kazan (Russia)

Kumpulan E:
Bayern Munich (Jerman)
AS Roma (Itali)
FC Basel (Switzerland)
CFR Cluj (Romania)

Kumpulan F:
Chelsea (England)
Marseille (Perancis)
Spartak Moscow (Russia)
Zilina (Slovakia)

Kumpulan G:
AC Milan (Itali)
Real Madrid (Sepanyol)
Ajax Amsterdam (Belanda)
Auxerre (Perancis)

Kumpulan H:
Arsenal (England)
Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Braga (Portugal)
Partizan Belgrade (Serbia)

Nikmatnya berbuka puasa..


Pemandangan di Kuala Perlis..



Alhamdulillah, pada hari semalam bersamaan 27 Ogos 2010 @ Jumaat, segala yang dirancangkan menjadi juga..iaitu berbuka puasa di Kuala Perlis..memang best..!! Jarang pergi ke Kuala Perlis nie..memandangkan pada hari semalam free dan menerima pelawaan seorang rakan untuk berbuka puasa di luar, lokasi Kuala Perlis berlegar di otak saya..Kami bertolak dari IPG pada pukul 6.30 petang dan sampai ke destinasi yang dituju pada pukul 6.50 petang..masa kami sampai pun memang dah ramai orang kat situ untuk berbuka puasa..Hampir setiap meja ada je menu makanan yang dah di"order" oleh pelanggan..last2 kami pilih meja yang berdekatan dengan pemandangan laut..dekat luar khemah..memang syok..pemandangan pun cantik..kami dah plan menu makanan apa yang hendak dimakan sebelum sampai lagi..dan antara menu makanan yang kami pesan ialah ikan gerut bakar dan tomyam ayam..untuk minuman saya pesan air kosong ngan teh o ais..em, kalau ikutkan nafsu nak pesan lebih lagi cam sotong bakar dan lain2 tapi takut nanti berlaku pembaziran.. jadi cukuplah setakat tu je menu yang dipesan oleh kami..em, harga pun boleh tahan la..hehe..tepat jam 7.30 malam, kami pun berbuka puasa..nikmat betul bila berbuka puasa..syukur alhamdulillah..






Menu berbuka puasa

Kuala Perlis





Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di negeri Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi. Di Kuala Perlis juga perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli belah bebas cukai barangan daripada tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia.

Kuala Perlis terkenal dengan makanan berasaskan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar seperti ikan gerut, ikan siakap, ketam, mentarang dan lain-lain. Harganya juga adalah berpatutan. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan persekitarannya merupakan tapak peperangan lama antara Kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban.

Sumber daripada wikipedia.

Isnin, 23 Ogos 2010

Kenangan di SK Guar Nangka..



Alhamdulillah, praktikum Fasa Kedua sudah pun tamat pada minggu lepas setelah saya serta rakan2 IPG Sem 6 menjalani praktikal selama 8 minggu bersamaan 2 bulan di sekolah yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum..sekitar negeri Perlis..Pelbagai perasaan bercampur baur menyelubungi diri saya sepanjang menjalani praktikal Fasa Kedua ini..Lupa la pulak nak bagitau untuk sesi Praktikum Fasa Kedua ini saya telah ditempatkan di SK Guar Nangka yang terletak di kawasan Mata Ayer, Perlis..Kali ini saya menjalani praktikal bersama dengan tiga rakan yang lain iaitu saudara Mohamad Amir dari opsyen Pengajian Agama B, Mohd Shafiq dan Rafiudin dari opsyen Matematik..Kali ini, kami diminta untuk mengajar dua subjek di sekolah..macam saya sendiri untuk subjek major iaitu Pendidikan Islam kena mengajar tahun 3 Cemerlang..sementara subjek minor iaitu Bahasa Arab pula saya ditugaskan untuk mengajar tahun 4 Cemerlang..Pada mulanya memang la berat untuk menjalani praktikal..Maklumlah sebelum tu saya serta rakan2 yang lain baru habis bercuti sem selama 3 minggu di rumah keluarga masing2..alih2, praktikum start lepas abis cuti..terus terang saya katakan pada minggu pertama praktikal di sekolah, saya masih teringat2 rumah keluarga saya di Pahang..Masa minggu kedua praktikal saja saya baru bersemangat untuk mengajar murid2 di dalam kelas..Em, banyak jugak la cabaran yang saya tempuh sepanjang menjalani praktikal di sekolah nie..macam kena mengajar mata pelajaran Bahasa Arab..mula2 memang la sukar sebab kita takde pengalaman lagi mengajar subjek nie..tp lama-kelamaan dapat juga membiasakan dengan pengajaran Bahasa Arab di dalam kelas..Guru Pembimbing serta Pensyarah Pembimbing menasihati saya supaya menggunakan 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab sepanjang pnp..tu untuk memudahkan murid memahami apa yang kita sampaikan kepada mereka..Selain itu, untuk subjek Pendidikan Islam pula, cabaran yang saya perlu tempuhi ialah mengajar tahun 3 Cemerlang yang mana kedapatan murid di dalam kelas tersebut merupakan anak guru di sekolah ini..termasuklah juga anak kepada guru pembimbing..semasa saya mengajar di kelas tersebut, saya tidak mengamalkan konsep pilih kasih kepada murid..saya akan bertindak tegas kepada sesiapa saja di kalangan murid yang membuat bising ketika pnp berlangsung, termasuklah kepada anak2 guru..em, banyak jugak la sebenarnya pengalaman lain yang saya dapat selama berada 2 bulan di sekolah tu..antaranya terlibat dengan pelbagai bentuk program seperti Program Tasmik al-Quran, Program Tadarrus al-Quran, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk murid2 tahun 6, Majlis Sambutan Nuzul al-Quran, Majlis Sambutan Israk Mikraj dan lain2..em, selain tu saya jugak pernah la menjadi imam tarawih di sana..Sekolah nie ada asrama..penghuninya adalah dari kalangan murid tahun 5 dan 6..so, jadi imam masa solat tarawih kat asrama sekolah la..dapat la pengalaman baru mengimamkan murid sekolah..hehe..em, bila datang kat sekolah nie, teringat la kembali semasa saya belajar di sekolah rendah..best sangat..memang seronok masa tu..tapi skrg keadaan dh berubah..saya bakal menjadi guru untuk tempoh setahun lebih lagi..pada hari terakhir saya menjalani praktikal di sekolah ini, pihak sekolah ada la membuat majlis perpisahan untuk guru2 pelatih..masa tu la boleh saksikan dengan mata sendiri budak2 yang nangis..ramai jugak yang menahan nangis..ada yang macam tak semangat, ada yang murung dan sebagainya..itulah antara bentuk kesan perpisahan antara murid dengan guru2 praktikal..walaupun senakal mana pun seorang murid tu, terselit jugak nilai kasih sayangnya kepada guru praktikal..kedapatan juga murid yang memberi hadiah kepada guru2 praktikal sebagai tanda kenang-kenangan..terima kasih...Akhir kata, Praktikum Fasa Kedua lebih best dari Praktikum Fasa Satu..





Hadiah pemberian murid

Gila Jersi..


Antara jersi yang telah dibeli di Padang Besar.



Sebenarnya sudah lama hendak menjejakkan kaki ke Padang Besar untuk membeli belah..Tetapi selalu tidak menjadi kenyataan atas beberapa sebab yang tidak dapat hendak dielakkan. Alhamdulillah, pada tanggal 8 Ogos yang lepas, saya dapat juga pergi ke Padang Besar buat pertama kali pada tahun ini dengan menaiki kenderaan sendiri.. Saya pergi ke situ bersama dengan seorang rakan saya..Dia yang mengajak saya pergi ke Padang Besar..Katanya hendak mencari jersi..Saya pun teringat kembali dengan permintaan abah saya yang teringin dengan jersi pasukan bolasepak "Argentina"..Tanpa berlengah panjang, saya dan kawan saya tersebut pergi la ke Padang Besar..Dari IPG ke Padang Besar mengambil masa lebih kurang 40 minit..Bila dah sampai ke sana, mulalah saya jadi rambang mata..Tujuan asal hanya sekadar membeli jersi Argentina untuk abah..Tetapi bila dah sampai, lain pulak jadinya..saya pun teringin jugak hendak membeli jersi untuk saya..Bila diputuskan keputusan terakhir, akhirnya saya bercadang membeli 4 jersi..satu untuk abah, satu untuk abang, satu untuk adik, dan satu untuk saya..Akhirnya saya membeli jersi Argentina untuk abah, jersi pasukan Belanda untuk saya, jersi Jerman dan Liverpool masing2 untuk abang dan juga adik..Selepas puas merayau di sekitar pasar tersebut, saya serta rakan pun pulang semula ke IPG..

Padang Besar



Padang Besar merupakan sebuah bandar sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia terletak di sempadan Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana bagi penduduk tempatan ia sering kepada bandar ini sebagai "Pekan Siam".

Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.





Sumber daripada wikipedia..

Sabtu, 21 Ogos 2010

10 Peringatan Bumi




Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a. "Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

  • Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  • Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  • Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  • Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan bersedih di dalam perutku.
  • Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
  • Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  • Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  • Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina.
  • Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  • Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails