Sebelum
- Sediakan hati bahawa Allah bersifat dengan sifat harus melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan-Nya. Bertaubatlah juga kepada Allah.
- Sebaik-baiknya berada dalam keadaan suci daripada hadas dan berwuduk.
- Menghadap kiblat jika tiada halangan.
- Memilih waktu yang mustajab untuk berdoa seperti pada hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat dan sebagainya.
- Memilih keadaan yang baik untuk berdoa seperti ketika sujud, antara dua khutbah, ketika berpuasa dan lain-lain.
- Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga nampak ketiak dan menyapu kedua-dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
- Digalakkan solat sunat hajat sebelum berdoa atau meminta sesuatu.
- Pastikan makanan dan minuman anda daripada sumber yang halal. Ini kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber haram.
- Hendaklah mengutamakan berdoa untuk diri sendiri berbanding mendoakan orang lain.
Semasa
- Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
- Berdoa dengan mengucapkan "Ya Rab" sebanyak tiga kali.
- Mengakui dan menyesali dosa yang dilakukan.
- Tidak mengangkat suara ketika berdoa.
- Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun akan kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
- Berdoa dengan penuh perhatian dan kesungguhan.
- Ulangi doa yang dibaca.
- Tidak berdoa dengan sesuatu keburukan.
- Menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat (al-jami').
- Diharuskan juga bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan.
Selepas
- Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
- Mengaminkan doa yang dibacakan.
- Bersangka baik bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Jika tidak pasti ada alternatif lain diberikan Allah, sama ada kita sedar atau tidak.
- Bersabar menanti jawapan Allah terhadap doa yang dipohon.
0 ulasan:
Catat Ulasan