Antara rahsia untuk kekal cergas sepanjang berpuasa ialah :
- Amalkan prinsip pemakanan seimbang, sederhana dan mengikut saranan pengambilan harian (RDA) bagi memastikan berat badan tidak bertambah menjelang hari raya, dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dibolehkan memakan makanan dan minuman yang manis tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
- Minuman terbaik ialah air masak. Lebih banyak meminum air masak ia lebih baik untuk kesihatan. Untuk bulan puasa disarankan meminum air sebanyak tujuh hingga lapan gelas air sehari.
- Kurangkan minum air manis kerana ia akan menyebabkan kita cepat letih keesokan harinya.
- Masalah keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan.
- Mulakan berbuka dengan kurma kerana ketika berbuka, kandungan gula dalam badan sangat rendah. Kurma mengandungi banyak karbohidrat dalam bentuk gula ringkas yang akan memberi tenaga segera kepada badan.
- Mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran mengelakkan makanan bergoreng dan banyak lemak, sebaliknya memilih sajian yang dimasak secara kukus, rebus, stew, bakar atau panggang.
- Elak makan selepas selesai menunaikan solat tarawih kerana badan tidak mempunyai cukup masa menghadamkan makanan sebelum kita tidur.
- Lakukan senaman seperti berjalan selama 20 - 30 minit sehari dan lanjutkan senaman dengan solat tarawih. Senaman sebenarnya akan memberi kita tenaga dan membuat badan berasa lebih segar.
0 ulasan:
Catat Ulasan