Definisi
Penyakit Asma @ lelah merupakan penyakit imunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, keradangan & spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit mungkin mengalami pernafasan bersiul, sesak nafas & sukar bersenam.
Penyebab
Selalunya penyakit ini tidak boleh diubati, namun biasanya kanak2 yang menghidapi asma akan sembuh apabila usia meningkat. Perlu diketahui, apakah yang menyebabkan berlakunya penyakit asma. Antaranya:
- Alahan menghidu seperti kutu habuk, debunga, spora kulapuk, bulu binatang peliharaan.
- Udara sejuk.
- Senaman.
- Jangkitan sistem pernafasan.
- Tekanan emosi.
- Aspirin & ubat2 an.
- Penyakit keturunan.
Pencegahan
Pesakit yang mempunyai simptom penyakit asma sepanjang hari akan merasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Antara yang boleh membantu daripada diserang penyakit asma adalah:
- Penghidu (inhaler)
- Elak merokok
- Elak si perokok
- Jangan kerap berada di kawasan sejuk apabila tidak berbaju
- Memakai topeng muka apabila mengemas rumah
- Elak melakukan kerja2 berat
- Elak bersenam secara berlebih2 an
- Jauhi bulu binatang peliharaan
0 ulasan:
Catat Ulasan