Selasa, 15 September 2009

Semoga Bahagia Hingga ke Akhir Hayat Buat Kak Long


Dengan keizinan daripada Allah swt, pada tanggal 30 Mei 2009 yang lalu, insan yang bernama Nor Maizura Binti Haron merangkap kakak aku telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Mohd Yazrin bin Shafie di kediaman keluarga kami, Bandar Tun Razak Jengka Pahang. Sebagai seorang adik, aku sememangnya mengharapkan kebahagiaan berlaku dalam hidup kakak aku yang juga bekerja sebagai seorang doktor perubatan..beliau banyak berkorban untuk adik2 nya sebelum ini..berkorban dari segi wang ringgit, masa dan sebagainya..melihatkan semua adiknya berjaya barulah beliau memikirkan untuk mencari pasangan hidupnya..wajah kegembiraan jelas terpancar di wajahnya sepanjang perkahwinannya berlangsung..abang ipar aku yang lebih mesra dengan panggilan ABANG YO pulak merupakan seorang tentera udara..seorang yang mudah mesra dengan sesiapa pun..perkenalan pasangan mempelai bermula pada akhir tahun 2007 yang lalu..bermula sebagai teman biasa sehingga menjadi pasangan suami isteri..akhir kata, semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat pasangan ini..InsyaAllah..

2 ulasan:

John Steel berkata...

Salam saudara Rein. Saya kawan kepada Kapt Yazrin. Lama sangat saya tak jumpa dia. Cakap kat dia saya ni Kapt Nizam (Boxer). Camana nak contact dia. Ni email saya boxer3223@hotmail.com

akuinsanbiasa88 berkata...

minta maaf sebab bru baca mesej nie..saya dh bgtau dia dh..InsyaALLAH nnt dia bg respon..

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails