Ahad, 27 September 2009

Puasa Sunat Enam di bulan Syawal : Jangan Biarkan Ianya Berlalu Pergi

Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan serta ikhlas kerana mengharapkan keredhaan dari-Nya akan meninggalkan impak yang mendalam dalam jiwa setiap individu yang bergelar muslim serta menambahkan lagi rasa ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila ianya telah berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus ditekuni setelah berlalunya Ramadhan ialah puasa sunat enam di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah berpuasa di bulan Ramadhan.

Fadhilat puasa enam ini telah disebutkan dalam hadith Rasulullah SAW daripada Abu Ayyub al-Anshari r.a:

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, ianya seperti berpuasa sepanjang tahun."

Diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun.

Apa yang dimaksudkan dengan persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala, iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Memandangkan kita sekarang berada dalam bulan Syawal, maka elok benarlah kita mengerjakan puasa sunat enam di bulan ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia hanya datang sekali sahaja dalam masa setahun. Bak kata pepatah "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi."

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails