Rabu, 23 Februari 2011

Conduct Senamrobik..


Murid SK Sungai Baru, Perlis





Pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 19 Februari 2011 merupakan hari persekolahan untuk cuti berganti bersempena Tahun Baru Cina di kebanyakan sekolah di negeri Perlis..Pada hari tersebut, pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah..Saya serta rakan sepraktikum telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk menguruskan senamrobik dan juga menjawat jawatan sebagai AJK Keselamatan sepanjang program tersebut dijalankan..Apa yang menarik sebenarnya adalah ianya merupakan pengalaman pertama di sekolah yang mana saya ditugaskan untuk conduct senamrobik..Tidak mahu dilabel sebagai guru pelatih yang demand, saya serta rakan sepraktikum menyahut cabaran tersebut dengan hati yang terbuka..Timbul juga di hati ini "Adakah aku boleh conduct senamrobik di hadapan semua murid sekolah"? Biasanya tanggapan negatif akan melanda juga pada diri saya sebelum situasi itu berlaku..Tapi, Alhamdulillah, ianya terlaksana jua dengan baik..yang penting sebenarnya dapat membangkitkan perasaan yakin pada diri serta memperoleh pengalaman baru dalam hidup..Ada juga perkara yang melawakkan berlaku ketika senamrobik dijalankan..Antaranya guru pembimbing minta kami sediakan lagu Inggeris yang rancak2..last2, saya pilih la lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga, lagu Jennifer Lopez, Backstreet Boys dan lain-lain..Budak2 pun apa lagi, siap joget n menari lagi..haha..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails