Isnin, 24 Mei 2010

Awas! Elak Denggi..

Kitaran hidup Nyamuk





Apa?
Demam Denggi adalah disebabkan oleh virus denggi (genus flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) & Sindrom Kejutan Denggi (DSS)


Gejala
Pesakit akan mengalami tanda2 dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti:
  1. Demam panas
  2. Sakit kepala
  3. Sakit tulang belakang
  4. Sakit sendi2
  5. Loya dan muntah2
  6. Sakit biji mata
  7. Ruam


Rawatan
Sebenarnya, masih tiada lagi rawatan khas untuk demam denggi. Jika mengalami tanda2 dan menunjukkan gejala2 demam denggi, korang hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberi ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum banyak air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.


Pencegahan
Mulakan dengan persekitaran yang bersih. Mudah, bukan? Kaedah mencegah seperti berikut:
  1. Tempat biak - Buang bekas yang bertakung, tangki air dan pastikan bekas tadahan ditutup, buang air dalam pasu bunga seminggu sekali dan bela ikan dalam kolam untuk mengelakkan jentik2.
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
  3. Diri Sendiri - Tingkap dan pintu hendaklah sentiasa ditutup, sapu ubat penghalau nyamuk jika terdedah pada persekitaran nyamuk yang banyak, pakai pakaian cerah dan lengan panjang jika keluar rumah serta pasangkan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.

P/S : Bagi tempoh antara 21 hingga 27 Mac 2010, sejumlah 797 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara.

Ahad, 23 Mei 2010

Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar dan cacing

Kerbau



Pada suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan memintanya bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya: "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?"

Kerbau menjawab: "Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."





Kelawar





Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian Jibril bertanya: "Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar."

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya," jawab si kelawar.





Cacing




Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing. "Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?"

Si cacing menjawab: "Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seorang manusia.

"Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa buat selama-lamanya."

Inter Milan julang Piala Liga Juara-Juara Eropah selepas 45 tahun


Javier Zanetti menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah




Keputusan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan pasukan gergasi Itali, Inter Milan mengalahkan juara Bundesliga Jerman pada musim ini, Bayern Munich 2-0 di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid..kedua-dua gol tersebut telah dijaringkan oleh penyerang sensasi kelahiran Argentina iaitu Diego Milito..Kejayaan tersebut merupakan kali ketiga buat pasukan Inter dalam saingan Eropah..

Susulan daripada kejayaan itu, Inter berjaya merangkul 3 piala pada musim ini, dua daripadanya menerusi Serie A Itali..Pengurus pasukan Inter, Jose Mourinho pula akan melatih pasukan Real Madrid pada musim hadapan..





Wira Inter, Diego Milito

Sabtu, 22 Mei 2010

Layanzzzzzzzz!!!

Em, baru2 nie dengan niat nak menghilangkan kebosanan yang melanda jiwa nie saya layan la beberapa filem Melayu..macam ungkapan salah seorang pensyarah "sekadar nak amik pengajaran" hehe..berikut merupakan senarai filem2 melayu yang saya tonton baru2 nie;






Rasukan Ablasa



Filem nie sememangnya filem melayu yang paling best dan menarik di abad ini..dalam erti kata lain la..hahaha..tak payah tengok pun takpe..tak rugi apa2 pun..pengarah citer nie merupakan seorang profesor..em, malas la nak bagitau nama dia..rasanye korang dah tau kot..huhu..besanye kalau citer arahan dia nie memang tak best..jalan cerita merapu je..sebelum saya tengok citer nie pun memang dah boleh ramal dah jalan citer macam mana..mengarut..malas nak tengok sebenarnya..tapi sebab nak jaga perasaan rumet yang begitu meluap2 ingin tonton citer nie so terpakse juga la layan sampai abis..citer nie pasal hantu..ada beberapa scene yang ntah apa2..scene mula2 pun dah mengarut..babak isteri curang..cantik pelakon wanita yang berlakon babak tu tapi sayangnya dia sanggup berlakon babak camtu..isk3..pelakon baru tu..tak femes sangat..babak lain macam terdapat beberapa watak utama kena rasuk lepas dengar lagu berhantu..ha, yang nie babak yang tak boleh blah!! lawak dengar lagu hantu..hahaha..antara pelakon yang membintangi filem ni ialah Gambit Saifullah, Almy Nadia dan Yusri KRU (pelakon undangan)..






V3 : Samseng Jalanan




Filem ini merupakan filem arahan Farid Kamil, juga pelakon utama untuk filem nie..menarik filem ini kerana ada banyak babak aksi cam bergaduh, race motor dll..ramai gak pelakon femes yang berlakon citer nie cam Farid Kamil, Lisa Surihani dan Aqasha..cuma yang tak bestnye lebih 50% penggunaan dialog dalam citer nie adalah menggunakan loghat utara..Farid Kamil tu memang la orang Utara..lahir kat Alor Setar..em, yang lawaknye si Bront Palarae tu speaking Utagha..dia orang KL kalau tak silap saya la..tapi menjadi la dia cakap utara..lakonan dia pun mantap..lepas tu babak terakhir filem nie seakan2 filem Remp-It..tapi mujur la watak utama iaitu si Farid Kamil tak mati, cuma koma je..yang mati dalam citer nie adalah watak antagonis yang dilakonkan oleh Aqasha..padan muka..hehe..






Niyang Rapik




Seterusnya filem Niyang Rapik..Daya tarikan filem nie ialah sebab menampilkan 4 pelakon lelaki yang sedang meningkat naik pada waktu ini sebagai teraju utama iaitu Shaheizy Sam, Zed Zaidi, Awal Ashari dan Kamal Adli..Fizz Fairuz juga berlakon dalam citer nie tapi sekadar pelakon tambahan je..pelakon wanita yang berlakon dalam filem ni ialah Liyana Jasmay..memang laku betul pelakon kelahiran Kuantan, Pahang nie..mulanya saya sangka filem nie merupakan kesinambungan drama "Puaka Niyang Rapik" yang pernah ditayangkan di TV3 dulu..rupanye tidak..jadi tak dapat la nak melihat kelibat watak seperti Tok Dalik, Bok Miah dan toyol2 yang comel..huahaha..em, jalan cerita menarik..cuma kesian dengan watak Fizz Fairuz sebab mati sia2 je..hehe..tak sangka si Awal yang jahat..mula2 saya ingat watak Kamal Adli yang jahat..huhu..pujian juga diberikan kepada Ahmad Idham kerana berjaya mengarahkan filem seram yang menarik..sebelum nie pun filem seram arahannya seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak pun mendapat sambutan yang memberangsangkan..







My Spy



Filem arahan Afdlin Shauki serta diterbitkan oleh Syarikat KRU nie sememangya bagus dari segi kesan khas..itu merupakan kelebihan atau identiti tersendiri filem terbitan KRU..gandingan AC Mizal dan Harun Salim Bachik juga ternyata menjadi..banyak juga lawak terutamanya daripada si Harun..huhu..cuma yang tak bestnye jalan cerita cam meleret2..kadang2 sampai tertido bila lihat babak2 yang membosankan..antara babak yang senang diingati ialah pada tiap2 kemunculan watak "Mr O" yang dilakonkan oleh Ridzuan Hashim..pasti ada lagu tema yang berkaitan ngan"Mr O"..huhu..







Duhai Si Pari-Pari




Walaupun menampilan ramai pelakon2 yang popular seperti Que Haidar, Liyana Jasmay, Remy Ishak dan Farid Kamil, cerita bergenre fantasi komedi ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk drama, bukan filem..jalan cerita pun tidak berapa menarik..lagu tema je best iaitu"Aku Jatuh Cinta" nyanyian Liyana Jasmay..apa pun filem ni sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..

Jumaat, 21 Mei 2010

Kejadian Pelangi


Cantiknya pelangi nie..


Pelangi merupakan salah satu pemandangan indah yang jarang2 kita lihat. Ia ada prosesnya tersendiri menyebabkan pelangi terjadi. Jika lihat bentuk pelangi yang melengkung di langit biru tu muncul oleh kerana pembiasan dari sinar matahari ketika hujan. Biasanya pelangi dapat dilihat di kawasan pergunungan, ketika mendung atau selepas hujan yang beru berhenti. Pelangi merupakan satu2 nya gelombang elektro magnetik yang dapat kita lihat. Ia terdiri daripada beberapa spektrum warna seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu yang hanya boleh dilihat dari mata kasar..Cara untuk saya mengingati susunan warna pelangi ialah melalui rangkap ayat ini "Michael Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung."hehe.

Warna merah memiliki panjang gelombang yang paling besar manakala ungu pula memiliki panjang gelombang yang paling kecil. Kalau hendak mudah, cuba amati ketika sinar matahari mengenai cermin, tepi gelas prisma atau atas permukaan buih sabun. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai warna menerusi cahaya ini. Sebenarnya pelangi terjadi ketika cahaya putih dibiaskan dan pada ketika itulah gelombang cahaya yang dilihat oleh mata kita menampakkan pelbagai warna ini wujud. Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis2 parallel dan tiap2 warna akan membias dengan warna di sebelahnya. Pita ini dinamakan spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu hujung dan ungu pula di sisi yang lain di mana ia ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang.

Ketika melihat pelangi, ia sama je bila kita melihat spektrum warna. Lebih jelas lagi ialah pelangi adalah spektrum warna yang melengkung besar disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Ketika cahaya matahari memancarkan pada titisan air, ia sama seperti menembusi prisma kaca. Jadi di dalam titisan air ni kita sudah mendapatkan warna yang berbeza dari satu ke satu titisan air yang lain.

Rabu, 19 Mei 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan


Salam..em, rasa macam sat (sekejap je) masa berlalu..pejam celik pejam celik dah nak exam dah..hehe..takde ape sebenarnya yang ingin diperkatakan selain daripada ucapan "Good Luck" @ Semoga Berjaya kepada semua guru pelatih yang belajar di IPG seluruh Malaysia dan juga kepada insan2 yang sedang atau akan menghadapi exam..xkira la belajar kat mana sekalipun..do the best in our exam..study jangan tak study langsung (even spot question..:-), kelak menyesal di kemudian hari..sekarang nie pun saya masih mengumpul kekuatan untuk study 4 exam..bukannye pe..banyak betul gangguan..muvi, internet, main dan lain2..huhu~..tapi saya bertekad bahawa saya akan berusaha untuk lebih fokus kepada exam..huhuhu..

em, berikut merupakan jadual peperiksaan yang akan saya hadapi;
20 Mei @ Khamis - Budaya dan Pembelajaran
24 Mei @ Isnin - Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pend. Islam
25 Mei @ Selasa - Penilaian dalam Pendidikan Islam
26 Mei @ Rabu - Pengajaran Mikro dan Makro Pend. Bahasa Arab
27 Mei @ Khamis - Taranum al-Quran

Isnin, 17 Mei 2010

Inter Milan dan Barcelona berjaya mempertahankan kejuaraan Serie A dan La Liga


Inter Milan


Bagi saingan Serie A Itali, kejuaraan telah sah menjadi milik pasukan gergasi, Inter Milan. Pasukan yang dibarisi beberapa pemain bintang seperti Samuel Eto'o, Wesley Sneijder dan Diego Milito ini telah berjaya menjuarai Serie A bagi musim kelima berturut-turut. Mereka baru menjuarai Piala Itali pada minggu lepas selepas menewaskan pesaingnya, AS Roma..Mereka juga berpeluang untuk menjuarai treble sekiranya berjaya menewaskan Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah..Pasukan yang mengiringi Inter Milan untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah bagi musim hadapan ialah AS Roma, AC Milan dan Sampdoria..Pasukan Juventus hanya akan beraksi untuk Liga EUROPA pada musim hadapan..

Sementara itu, Barcelona berjaya memenangi La Liga Sepanyol dengan rekod 99 mata setelah menewaskan pasukan Valladolid 4-0 sementara musuh ketat, Real Madrid hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu pasukan Malaga..Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan tersebut layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan bersama pasukan Valencia dan Sevilla..



CHELSEA juara Piala FA buat dua musim berturut-turut


CHELSEA, juara Piala FA 2010



Selepas menjuarai EPL bagi musim 2009/2010, pasukan CHELSEA berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada musim lepas selepas menewaskan pasukan Portsmouth dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penyerang sensasi, Didier Drogba..Walaupun hanya menang tipis, musim ini merupakan musim gemilang buat pasukan CHELSEA, juga juara berganda kerana menjuarai EPL dan Piala FA..Jika tidak tewas kepada Inter Milan dalam saingan Liga Juara2 Eropah, pasukan ini berpeluang menjuarai treble..Mana lah tahu pasukan CHELSEA akan menjuarai kejohanan tersebut pada musim hadapan..Tunggu dan lihat..




Ahad, 16 Mei 2010

Peria


Peria




Peria, sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di sebalik kepahitan peria, terselit juga khasiat dan kebaikan yang mampu membantu kita agar kekal sihat. Antaranya;

Penawar penyakit kencing manis
Kandungannya yang mirip insulin berkesan bagi menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Maka, penghidap diabetes harus menjadikan jus peria ni sebagai satu jus minuman harian terutama sekali sebelum sarapan pagi.

Batuk di kalangan kanak-kanak
Juga dapat menyembuhkan batuk yang menyerang kanak2. Caranya mudah sahaja iaitu rebus peria dalam masa beberapa minit. Kemudian masak seperti biasa yang digaul bersama telur dan ayam cincang. Pasti menyelerakan..hehe..

HIV
Sememangnya belum ada fakta mengatakan penyakit HIV ada penawarnya. Namun, peria boleh membantu merawat jangkitan HIV sebagai ubat tradisional.

Malaria
Kandungan kuinin yang tinggi dianggap oleh orang2 Asia termasuk orang dari negara Amerika Selatan, Panama dan Colombia sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Buasir
Dipercayai mampu merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan.

Darah kotor
Membantu mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal2. Campur segelas perahan peria dan perahan limau. Perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Selamat Hari Guru




Salam..em, xde point nk tulis sangat sebenar nie..huhu..cuma ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru2, ustaz, ustazah dan mereka2 yang terlibat dalam bidang perguruan di Malaysia ini termasuk la para guru pelatih di semua Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan yang sebanyak 27 jumlah kesemuanya..

Juga ditujukan khas kepada semua pendidik yang pernah mendidik saya ketika saya belajar di:
  • Tadika Kemas (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Goh, Kuantan, Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2, Pahang
  • Ma'ahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini, Jengka, Pahang
  • UiTM Jengka, Pahang
  • IPG Kampus Perlis (latest)

Jasa baik kalian akan saya ingati sampai bila2..bukan mudah tugas seorang guru..mendidik insan yang bergelar murid yang dahulunya tidak boleh membaca, tidak pandai menulis, tidak mahir dalam mengira sehingga mereka boleh menguasai kemahiran2 tersebut..yang paling penting membentuk insan menjadi seorang manusia..manusia yang berilmu, manusia yang boleh membezakan baik dan buruk..membentuk pekerti manusia menjadi mulia..tidak terkira penat lelah serta pengorbanan guru..pengorbanan dari aspek masa, tenaga dan adakalanya wang ringgit..besar sungguh pahala guru..oleh itu, hormatilah guru..kenangilah jasa mereka..

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails