Isnin, 24 Mei 2010

Awas! Elak Denggi..

Kitaran hidup Nyamuk





Apa?
Demam Denggi adalah disebabkan oleh virus denggi (genus flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) & Sindrom Kejutan Denggi (DSS)


Gejala
Pesakit akan mengalami tanda2 dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti:
  1. Demam panas
  2. Sakit kepala
  3. Sakit tulang belakang
  4. Sakit sendi2
  5. Loya dan muntah2
  6. Sakit biji mata
  7. Ruam


Rawatan
Sebenarnya, masih tiada lagi rawatan khas untuk demam denggi. Jika mengalami tanda2 dan menunjukkan gejala2 demam denggi, korang hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberi ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum banyak air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.


Pencegahan
Mulakan dengan persekitaran yang bersih. Mudah, bukan? Kaedah mencegah seperti berikut:
  1. Tempat biak - Buang bekas yang bertakung, tangki air dan pastikan bekas tadahan ditutup, buang air dalam pasu bunga seminggu sekali dan bela ikan dalam kolam untuk mengelakkan jentik2.
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
  3. Diri Sendiri - Tingkap dan pintu hendaklah sentiasa ditutup, sapu ubat penghalau nyamuk jika terdedah pada persekitaran nyamuk yang banyak, pakai pakaian cerah dan lengan panjang jika keluar rumah serta pasangkan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.

P/S : Bagi tempoh antara 21 hingga 27 Mac 2010, sejumlah 797 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails