Isnin, 17 Mei 2010

Inter Milan dan Barcelona berjaya mempertahankan kejuaraan Serie A dan La Liga


Inter Milan


Bagi saingan Serie A Itali, kejuaraan telah sah menjadi milik pasukan gergasi, Inter Milan. Pasukan yang dibarisi beberapa pemain bintang seperti Samuel Eto'o, Wesley Sneijder dan Diego Milito ini telah berjaya menjuarai Serie A bagi musim kelima berturut-turut. Mereka baru menjuarai Piala Itali pada minggu lepas selepas menewaskan pesaingnya, AS Roma..Mereka juga berpeluang untuk menjuarai treble sekiranya berjaya menewaskan Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah..Pasukan yang mengiringi Inter Milan untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah bagi musim hadapan ialah AS Roma, AC Milan dan Sampdoria..Pasukan Juventus hanya akan beraksi untuk Liga EUROPA pada musim hadapan..

Sementara itu, Barcelona berjaya memenangi La Liga Sepanyol dengan rekod 99 mata setelah menewaskan pasukan Valladolid 4-0 sementara musuh ketat, Real Madrid hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu pasukan Malaga..Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan tersebut layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan bersama pasukan Valencia dan Sevilla..



0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails