Ahad, 16 Mei 2010

Peria


Peria




Peria, sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di sebalik kepahitan peria, terselit juga khasiat dan kebaikan yang mampu membantu kita agar kekal sihat. Antaranya;

Penawar penyakit kencing manis
Kandungannya yang mirip insulin berkesan bagi menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Maka, penghidap diabetes harus menjadikan jus peria ni sebagai satu jus minuman harian terutama sekali sebelum sarapan pagi.

Batuk di kalangan kanak-kanak
Juga dapat menyembuhkan batuk yang menyerang kanak2. Caranya mudah sahaja iaitu rebus peria dalam masa beberapa minit. Kemudian masak seperti biasa yang digaul bersama telur dan ayam cincang. Pasti menyelerakan..hehe..

HIV
Sememangnya belum ada fakta mengatakan penyakit HIV ada penawarnya. Namun, peria boleh membantu merawat jangkitan HIV sebagai ubat tradisional.

Malaria
Kandungan kuinin yang tinggi dianggap oleh orang2 Asia termasuk orang dari negara Amerika Selatan, Panama dan Colombia sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Buasir
Dipercayai mampu merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan.

Darah kotor
Membantu mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal2. Campur segelas perahan peria dan perahan limau. Perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails