Ciri - Ciri Isteri Solehah

- Mentaati perintah Allah dan mengerjakan perintah suami selagi tidak melanggari syariat.
- Bersedia menunaikan hajat suami apabila diperlukan.
- Menunaikan keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak.
- Sentiasa menghias diri, bermanis muka, memakai wangi-wangian apabila berhadapan dengan suami.
- Bersyukur dengan apa yang disediakan oleh suami serta mengelakkan dalam menyusahkan suami dengan kehendak peribadi.
- Meminta izin suami sebelum keluar dari rumah.
- Menghormati suami, menghantar pemergiannya dan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang manis.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup suami.
- Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami.
- Sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada suami dalam apa jua tindakan selagi tidak melanggari syariat.
- Menjaga harta dan maruah suami dengan baik.
- Tidak mengkhianati serta berlaku curang kepada suami semasa ketiadaannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan