Isnin, 3 Oktober 2011

Cleopatra





Terkenal sebagai firaun terakhir Mesir. Cleopatra berbangsa Greek dan dilahirkan pada tahun 69 sebelum Masihi. Dia diiktiraf sebagai wanita paling bahaya di dalam sejarah kerana berjaya memikat lelaki aling berkuasa pada ketika itu, Julius Caesar dan Mark Anthony. Dia juga menganggap dirinya sebagai kelahiran semula Dewi Isis. Pada mulanya, dia memerintah Mesir bersama ayah dan adiknya. Kemudian, dia menjadi pemerintah tunggal. Dia menjalinkan hubungan diplomatik bersama kerajaan Rom melalui Julius Caesar dan Mark Anthony. Cleopatra menghembuskan nafas terakhir pada tahun 30 sebelum Masihi. Dia dikatakan telah membunuh dirinya dengan menggunakan bisa ular tedung.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails