Isnin, 3 Oktober 2011

Windstruck (2004)




Filem Korea keluaran tahun 2004 nie mengisahkan seorang polis wanita bernama Kyun Jing yang tegas dan garang serta obses dengan kerjayanya sebagai seorang polis. Pada suatu hari, dia tersalah menangkap seorang lelaki jujur dan lurus bendul bernama Myung Woo yang dianggap sebagai pencuri..walhal, lelaki tersebut adalah cikgu merangkap hero dalam filem nie..selepas anggota polis yang lain berjaya menangkap pencuri yang sebenar, Myung Woo dibebaskan..dipendekkan cerita, Kyun Jing dan Myung Woo pun jatuh cinta antara satu sama lain..Kyun Jing sebenarnya seorang perempuan yang lemah lembut..sebab dia bertukar menjadi kasar kerana kehilangan kembar yang mati akibat kemalangan..masa klimaks filem nie, si Myung Woo mati kena tembak ngan polis merangkap kawan sekerja Kyun Jing..Masa tu Kyun Jing dan rakannya ingin menangkap penjenayah lelaki yang brutal..lepas tu, Kyun Jing macam xdapat nak terima hakikat bahawa pakwenya mati..dia rasa bersalah dan cuba ingin membunuh diri dengan pelbagai cara..ending citer nie, si Kyun Jing bertemu dengan lelaki yang mempunyai jiwa yang sama seperti Myung Woo..






Moral filem nie antaranya ialah kena tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup..ini tergambar menerusi watak Kyun Jing yang kehilangan kembar dan pakwe tersayang..seterusnya, kena terima qada dan qadar Allah..watak Kyun Jing yang cuba untuk membunuh diri akibat kehilangan pakwe tersayang tidak sesuai dengan ajaran Islam..banyak inisiatif lain yang boleh membantu dalam melupakan peristiwa2 sedih..moral seterusnya ialah ikhlas dalam menjalankan tugas..ini terbukti dengan watak Myung Woo yang ikhlas dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru..begitu juga dengan Kyun Jing yang komited sebagai seorang polis..moral seterusnya ialah disebabkan seseorang, manusia boleh berubah..ia sesuai dengan watak Kyun Jing yang berubah personaliti dari lembut ke kasar selepas kehilangan kembar tersayang..moral terakhir ialah ajal dan jodoh ketentuan Ilahi..ia dapat dibuktikan menerusi watak Kyun Jing dan Myung Woo sebagai pasangan kekasih..akan tetapi, mereka tiada jodoh untuk bersama dek kerana ajal lebih menemui Myung Woo..ending citer nie pun si Kyun Jing menemui lelaki yang mempunyai jiwa yang sama seperti Myung Woo..maybe lebih baik daripadanya..


Lagu dalam citer nie pun best cam Stay, BK Love, Tears dan Knockin' On Heavens Door..


Pelakon:
Jang Hyuk - Myung Woo
Jeon Ji Hyun - Kyun Jing

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails