Teng-Teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Kalau dahulu, orang tua2 cakap permainan ini lebih sesuai dengan kanak2 perempuan kerana ia bersifat lembut tapi kini tidak lagi. Kaum Adam turut meminati permainan ini. Gelanggang dibuat dengan melukiskan garisan di atas permukaan jalan raya atau di kawasan terbuka. Sebelum permainan bermula, satu undian harus dijalankan bagi menentukan pemain yang akan memulakan permainan tersebut. Pemain dikehendaki melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki saja kecuali dengan kedua-dua belah kaki pada petak kesembilan. Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Selasa, 29 Mac 2011
Permainan Teng-Teng
Teng-Teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Kalau dahulu, orang tua2 cakap permainan ini lebih sesuai dengan kanak2 perempuan kerana ia bersifat lembut tapi kini tidak lagi. Kaum Adam turut meminati permainan ini. Gelanggang dibuat dengan melukiskan garisan di atas permukaan jalan raya atau di kawasan terbuka. Sebelum permainan bermula, satu undian harus dijalankan bagi menentukan pemain yang akan memulakan permainan tersebut. Pemain dikehendaki melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki saja kecuali dengan kedua-dua belah kaki pada petak kesembilan. Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Label:
Info
Jaga Exam..
Pada minggu ini merupakan minggu peperiksaan untuk seluruh Sekolah Kebangsaan di negeri Perlis berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Selasa sehingga hari Khamis - bersamaan 29 - 31 Mac 2011. Saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menjaga kelas 6 Bestari pada hari Selasa, mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dan kelas 6 Bijak pada hari Rabu bagi mata pelajaran Matematik Kertas 2..Syok gak rasanya bila jaga exam nie..perhati sorg2 budak yg jawab exam..macam2 reaksi..ada yang berkerut dahi la..ada yang siap awal la..macam2..hehe..bila lihat murid jawab exam teringat la pulak masa zaman sekolah dulu..jawab soalan exam yang ada macam2 subjek..apapun, pengalaman menjaga exam untuk murid sekolah sememangnya pengalaman manis yang saya takkan lupakan..rasa puas dan best..
Label:
Luahan Hati
Ahad, 27 Mac 2011
Kejohanan Bolasepak Rendah Peringkat Kawasan Simpang Empat, Perlis..
Gambar Hiasan

Alhamdulillah, kejohanan bolasepak peringkat kawasan Simpang Empat, Perlis berakhir juga pada minggu lepas. Kejohanan tersebut berlangsung selama 5 hari - 21 Mac hingga 25 Mac 2011..Host bagi kejohanan tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Utan Aji, Perlis dan melibatkan 8 buah pasukan sekolah termasuk sekolah yang saya jalani praktikal, Sekolah Kebangsaan Sungai Baru..Sekolah tersebut kalah pada perlawanan pertama kepada pasukan tuan rumah 0-2..Perlawanan berikutnya pula berjaya mencatatkan kemenangan 9-0 kepada pasukan SK Long Boh seterusnya merekodkan jaringan tertinggi dalam satu2 perlawanan..Perlawanan terakhir pada peringkat kumpulan adalah menentang pasukan SK Dato' Ahmad Musa berkeputusan 2-2..Mata terkumpul di peringkat kumpulan adalah 4 mata dan menduduki tempat kedua, di belakang pasukan tuan rumah SK Utan Aji..Kedua2 pasukan layak ke pusingan separuh akhir..Pada peringkat tersebut, pasukan SK Sungai Baru tewas di tangan pasukan SK Simpang Empat berkeputusan 1-3..Perlawanan akhir menemukan pasukan SK Utan Aji vs SK Simpang Empat berkesudahan pasukan tuan rumah menang 2-1..Meskipun tewas pada peringkat semi final, pasukan SK Sungai Baru telah berjaya mempamerkan prestasi yang baik serta melepasi target yang pihak sekolah sasarkan..apapun, ini merupakan pengalaman baru yang saya timba dan banyak pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang terlibat dengan kejohanan tersebut..best..
Label:
Luahan Hati
Selasa, 22 Mac 2011
Out of the Blue - Michael Learns To Rock

I was almost about to lose my faith,
Were still dreaming fear that was too late,
But then you came along to my surprise,
And stole my heart before my very eyes,
You took me right out of the blue,
Simply by showing but you love me to,
Only by giving me your everything,
With a love so true you took me out of the blue.
I was wondering what love is all about,
I was trying but couldn't work it out,
But then you came along to my surprise,
And make my frozen mind come alive.
(ulang rangkap 2)
With a love so true you took me out of the blue.
You let me out of the darkness,
You brought me out in the sun,
I think you must be the only one for me,
Cause
(ulang rangkap 2)
Breathing air below my wings.
You took me right out of the night,
Simply by filling my heart with light,
Only by giving me your energy
With a love so true you took me out of the blue.
Label:
Lirik Lagu
Ahad, 20 Mac 2011
Adab Pergaulan dan Berbaik Sangka

Gambar Hiasan
Ada seorang ahli hikmat mengatakan..."Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk2 ini:
- Hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan, rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.
- Jangan terlalu banyak menoleh ke mana2 dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.
- Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak berludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau mengeliatkan badan.
- Usahakan agar ketika duduk berada dalam keadaan tenang, kata2 selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik diam sahaja.
- Jangan bersikap pura2.
- Elakkan daripada memberitahu sesiapa tentang harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
- Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.
- Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
- Jika masuk ke majlis2, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
- Jauhi daripada duduk dan bercakap2 di jalanan dan jika terpaksa senantiasalah menundukkan pandanganmu.
- Jangan suka bergurau senda dengan cendekiawan dan orang yang kurang akalnya.
- Jika banyak bersenda gurau dalam sesuatu majlis kerana terlupa atau lain2, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
Label:
Adab
Rabu, 16 Mac 2011
Pelihara Permainan Tradisional
Ada banyak jenis dan bentuk wau. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau bulan. Sehingga kini negeri Kelantan dan Terengganu masih lagi mengekalkan tradisi pembuatan wau. Selain dijadikan permainan, ia juga digunakan sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding di rumah.
Permainan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut @ Serembat. Kebiasaannya, ia digemari oleh kanak-kanak perempuan yang bermain secara berkumpulan seramai dua orang atau lebih. Sebelum permainan ini dimulakan, pemain perlulah menimbang buah bagi mendapatkan mata sebagai penentu siapa yang akan bermain dahulu. Bermula dengan peringkat pertama dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah peringkat teratas dinamakan buah tujuh. Jika ibu buah tidak dapat disambut atau mengenai tangan ketika mengutip buah atau buah jatuh ketika menimbang, pemain akan dikira mati.
Permainan congkak menggunakan papan kayu berlubang dan buahnya dari biji congkak, biji getah, biji guli, dan lain-lain. Lubang2 congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Di hujung terdapat sebuah lubang besar dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak adalah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung2 ini diisikan dengan buah congkak yang sama banyak.
Permainan sepak raga atau sepak takraw sudah wujud sejak 600 tahun yang lalu. Selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Bola Sepak raga diperbuat daripada bilah2 rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa. Beberapa pemain membentuk satu bulatan dan dimulakan oleh seorang pemain (feeder) dengan melambung bola kepada rakannya (tekong) dengan tangan. Rakannya akan akan menimbang bola dengan kaki sekali @ beberapa kali sebelum menendang (killer) ke arah pemain lawan dan mengawalnya dari jatuh ke tanah atau gelanggang.
Permainan gasing dimainkan dengan dua cara iaitu sebagai gasing pangkah @ gasing uri. Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 sentimeter dan sepanjang 3 - 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian, gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak itu tali yang melilit jambulnya direnggut.
Label:
Info
Selasa, 15 Mac 2011
Personaliti vs Jenis Darah
Darah Jenis A
- Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara & merancang dengan penuh teliti.
- Suka pada keadaan yang kemas, teratur & harmoni.
- Buat semua perkara secara konsisten, bijak bergaul, serius & penyabar.
- Sentiasa menjaga percakapan & lebih senang berdiam diri daripada bercakap perkara yang sia2.
- Selalu mendekatkan diri dengan orang yang berkarisma.
Darah Jenis B
- Seorang yang antisosial.
- Sentiasa bersikap ingin tahu, banyak hobi & tertarik dengan apa yang berlaku di sekeliling.
- Akan bersungguh-sungguh mendapatkan sesuatu yang diminatinya tapi mudah cepat bosan.
- Selalu ingin menjadi orang yang pertama dalam segala-galanya & tidak mahu sama seperti orang lain.
- Selalu tampil ceria & bertenaga, tapi jangan cepat percaya sebab kadang2 mereka ini boleh berubah hati.
- Merupakan individu yang sangat lurus & suka membuat sesuatu perkara mengikut cara sendiri.
Darah Jenis O
- Selalu menjadi pemimpin & memainkan peranan sebagai ketua dalam merangsang suasana harmoni dalam sesebuah kumpulan.
- Bijak menyembunyikan perasaan, jadi mereka selalu kelihatan ceria, aman & tidak mempunyai masalah langsung. Tapi sekiranya ada masalah, mereka akan mencari pendengar setia.
- Baik hati & tidak keberatan untuk mengeluarkan duit poket sendiri untuk individu lain.
- Senang mempengaruhi orang lain, degil tapi tegas dalam menyuarakan keputusan.
- Walaupun selalu cuai & melakukan kesalahan, karakternya sangat disenangi orang lain.
Darah Jenis AB
- Sangat sensitif & kurang daya kendiri.
- Selalu berhati2 dengan keadaan persekitaran.
- Tegas dengan diri sendiri & individu2 lain yang rapat dengannya.
- Agak pendendam & selalu berfikir secara mendalam. Mempunyai ramai kawan.
- Memerlukan ruang & masa untuk memikirkan masalah sendiri.
Label:
Info
Rabu, 9 Mac 2011
Jadi Pegawai Kejohanan Acara Lompat Jauh
Letih dan memenatkan..Itulah antara gambaran perasaan yang saya terima apabila terbabit dengan Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Simpang Empat, Perlis..Mana tidaknya, acara bermula pada sebelah petang pukul 3..panas terik ketika itu..peluh membasahi seluruh badan..tapi terselit juga perasaan seronok apabila turut serta dengan kejohanan tersebut..Kejohanan tersebut berlangsung selama 2 hari bermula pada hari semalam dan berakhir pada petang ini..em, saya telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menjadi Pegawai Kejohanan Olahraga bagi Acara Lompat Jauh; membabitkan peserta lelaki dan perempuan..mula2 tu rasa gelabah jugak la sebab takde pengalaman handle acara macam nie..lagipun masih lagi kabur2 tentang peraturan asas lompat jauh..kiranye bila kena handle tu masa tu la baru tau sebenarnya..hehe..antara bentuk tugas pegawai kejohanan bagi acara lompat jauh seperti mencatat jarak lompatan peserta, mengukur tempat kaki atau tangan peserta mendarat di pasir..melihat kaki peserta sama ada pijak di papan atau melebihi papan dan sebagainya..best, memang best..sebab apa?? sebab habis cepat..hehe..
Label:
Luahan Hati
Ahad, 6 Mac 2011
Sakit Gigi
Nak demam rasanye ngan penangan sakit gigi..dah lama dah sakit..tapi tak la rasa sakit gila cam baru2 nie..siap berdarah lagi..bila makan plak terpaksa amik makanan yang lembut dan kunyah makanan kat sebelah gigi yang tak sakit..lupa pulak nak bagitau kedudukan gigi saya yang ada problem kat bhgn atas, sebelah ngan gigi geraham..sebatang jela..ari semalam g klinik gigi swasta..doktor ckp mmg kena cabut..pikir panjang jugak la masa tu sebelum nk wat keputusan..akhirnya nak tangguh dlu n diberi ubat tahan sakit n antibiotik..alhmdulillah, bila makan ubat dah kurang rasa sakit..harap gigi yg sakit tu ok semula..xyah kena cabut..hehe..
Label:
Luahan Hati
Selasa, 1 Mac 2011
Birmingham City - Juara Piala Carling 2011

Birmingham City merupakan kelab bola sepak England yang berada pada kelas pertengahan, jarang mendapat perhatian daripada peminat global sebagaimana sambutan hangat yang diterima oleh pasukan2 elit EPL seperti Arsenal, Manchester United dan Chelsea..Apapun, tanggapan pemerhati bolasepak selepas ini mungkin berubah apabila pasukan Birmingham City berjaya mengalahkan pasukan pilihan, Arsenal seterusnya menjuarai Piala Carling ataupun Piala Liga pada tahun 2011..Walaupun pasukan mereka tidak diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai piala kelas kedua tersebut, tetapi dengan semangat juang tinggi yang telah dipamerkan oleh pemain2 mereka telah berjaya membantu pasukan mereka menjuarai Piala Carling buat julung kalinya..Mereka berjaya mengalahkan pasukan Arsenal dengan keputusan 2-1..Gol dijaringkan oleh Nicola Zigic serta Obafemi Martins..Manakala Arsenal pula dijaringkan oleh penyerang sensasi Belanda, Robin Van Persie..Kekalahan yang diterima oleh pasukan "The Gunners" itu memanjangkan lagi kemarau pasukan mereka dalam mendakap satu2 trofi selama hampir 6 tahun..
Label:
Bola Sepak
Lagu
Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com


