Rabu, 16 Mac 2011

Pelihara Permainan Tradisional



Ada banyak jenis dan bentuk wau. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau bulan. Sehingga kini negeri Kelantan dan Terengganu masih lagi mengekalkan tradisi pembuatan wau. Selain dijadikan permainan, ia juga digunakan sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding di rumah.






Permainan Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut @ Serembat. Kebiasaannya, ia digemari oleh kanak-kanak perempuan yang bermain secara berkumpulan seramai dua orang atau lebih. Sebelum permainan ini dimulakan, pemain perlulah menimbang buah bagi mendapatkan mata sebagai penentu siapa yang akan bermain dahulu. Bermula dengan peringkat pertama dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah peringkat teratas dinamakan buah tujuh. Jika ibu buah tidak dapat disambut atau mengenai tangan ketika mengutip buah atau buah jatuh ketika menimbang, pemain akan dikira mati.







Permainan congkak menggunakan papan kayu berlubang dan buahnya dari biji congkak, biji getah, biji guli, dan lain-lain. Lubang2 congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Di hujung terdapat sebuah lubang besar dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak adalah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung2 ini diisikan dengan buah congkak yang sama banyak.









Permainan sepak raga atau sepak takraw sudah wujud sejak 600 tahun yang lalu. Selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Bola Sepak raga diperbuat daripada bilah2 rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa. Beberapa pemain membentuk satu bulatan dan dimulakan oleh seorang pemain (feeder) dengan melambung bola kepada rakannya (tekong) dengan tangan. Rakannya akan akan menimbang bola dengan kaki sekali @ beberapa kali sebelum menendang (killer) ke arah pemain lawan dan mengawalnya dari jatuh ke tanah atau gelanggang.








Permainan gasing dimainkan dengan dua cara iaitu sebagai gasing pangkah @ gasing uri. Gasing pangkah dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 sentimeter dan sepanjang 3 - 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian, gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak itu tali yang melilit jambulnya direnggut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails