Selasa, 29 Mac 2011

Permainan Teng-Teng




Teng-Teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Kalau dahulu, orang tua2 cakap permainan ini lebih sesuai dengan kanak2 perempuan kerana ia bersifat lembut tapi kini tidak lagi. Kaum Adam turut meminati permainan ini. Gelanggang dibuat dengan melukiskan garisan di atas permukaan jalan raya atau di kawasan terbuka. Sebelum permainan bermula, satu undian harus dijalankan bagi menentukan pemain yang akan memulakan permainan tersebut. Pemain dikehendaki melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki saja kecuali dengan kedua-dua belah kaki pada petak kesembilan. Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lagu


Berlin - Instrumental Mp3
Mp3-Codes.com
Related Posts with Thumbnails